Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis rampas hadiah daripada pesakit Gaza dalam perjalanan pulang

Isnin, 10/05/2010 – Persatuan Doktor Tanpa Sempadan, para pembela hak asasi manusia, didedahkan untuk pertama kalinya bahawa pasukan Israel disita hadiah, permainan dan barangan peribadi dibeli oleh pesakit Palestin dan rakan mereka selama rawatan di Israel, semasa menyeberang “Erez” di Gaza utara.

Menurut aduan rakyat Palestin, para askar rejim Zionis di “Erez” merampas barang-barang peribadi dan lain-lain barangan mereka beli selama mereka tinggal di Israel dan membuang hadiah dan bagasi ke dalam tong sampah.

Tentera rejim Zionis menghalang pesakit Palestin daripada membawa lebih dari satu bagasi, dan ketika mereka mengumpulkan semua milik mereka ke dalam satu bagasi, tentera rejim Zionis juga mencegah mereka dari memasukkan itu mendakwa bahawa tidak ada barangan yang tidak terpakai boleh dibawa masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Britain tidak membenarkan kepulangan wakil dari “Mossad”

Jumaat, 07/05/2010 – Kerajaan Britain mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kepulangan wakil Badan Perisikan Israel “Mossad” ke Kedutaan Israel di London, selepas perselisihan yang melibatkan kedua-dua belah pihak (kerajaan Britian dan Mossad) dengan penggunaan Pasport warganegara Britian dalam kejadian pembunuhan pemimpin tentera Hamas, Mahmoud al-Mabhouh.

Akhbar The Guardian melaporkan bahawa pendirian yang diambil oleh Kerajaan Britain ini adalah sebagai membantah tindakan Agensi Perisikan berkenaan supaya tidak menyalahgunakan Pasport warganegara Britain dalam melakukan tindakan perisikan pada masa akan datang, sepertimana yang dilaporkan juga Akhbar Yedioth Ahronoth / Ibrani.

Pihak kerajaan Britain dan rejim Zionis tidak mendedahkan sebarang butiran terperinci berkenaan dengan wakil Mossad yang yang telah diusir keluar dari kedutaan Israel di London tersebut pada bulan Mac lalu, selepas banyak pihak mendapat bukti bahawa Agensi Perisikan Israel “Mossad” adalah dalang di sebalik pembunuhan Pemimpin Tentera Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di Emiriat, Dubai.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel lancarkan serangan di Selatan Gaza


Jumaat, 07/05/2010 – Tentera Zionis Israel hari ini melancarkan serangan yang bertumpu di Khan Younis, Gaza. Zionis turut melepaskan tembakan gas pemedih mata. Beberapa jentera berat digunakan untuk menyerang dan menghancurkan kawasan yang dimiliki rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

UK enggan membenarkan wakil Mossad masuk

Jumaat, 07/05/2010 – Selepas lebih sebulan setengah pembuangan wakil Mossad daripada ibu negara British kerana peranannya dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmoud Al Mabhouh, United Kingdom enggan membenarkan pengganti wakil baru Mossad ke wilayahnya.

Menurut Yediot Aharonot, akhbar Hebrew utama, Inggeris mengatakan keengganannnya terhadap persetujuan lalu antara dua negara untuk membenarkan wakil mosad yang baru untuk masuk ke wiyahnya setelah membuang wakil terdahulu.

Pihak inggeris mahukan perjanjian bertulis daripada pihak Israel untuk tidak menggunakan passport Inggeris dalam operasi perisikan pada masa akan datang. JIka Israel menerima syarat itu, barulah wakil mosad dibenarkan masuk. Namun Israel masih tidak mahu menandatanagani kerana ia akan mengesahkan Israel terlibat dan bertanggungjawap soal pembunuhan Komander Hamas Al-Mabhouh.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Kempen Palestin bagi kumpul sokongan antarabangsa

Jumaat, 07/05/2010 – Majid al-Zeir, Pengarah Pusat Kepulangan Palestin dan Pengerusi Persidangan Palestin di Eropah mengumumkan beberapa aktiviti sokongan terhadap isu Palestin dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke kampung halaman sedang giat dijalankan di seluruh dunia dan di Eropah, termasuk menjadikan bulan Mei ini sebagai bulan untuk menampilkan simbol Palestin.

Beliau berkata dalam satu pertemuan terbuka dengan para wartawan al-Jazeera.net, bahawa program ini akan diadakan secara tahunan. Beliau juga menjelaskan ia lahir daripada seruan nasional Palestin oleh lapan buah pertubuhan Palestin yang meliputi dari sudut geografi pelbagai negara, termasuk Persekutuan Hak Pulang ke Tanah Air di Amerika, Pusat Kembali ke Tanah Air di Eropah, tiga pertubuhan sivil untuk kembali ke tanah air di Syria, dua pertubuhan masyarakat sivil untuk kembali ke tanah air di Lubnan dan Jawatankuasa Tertinggi Hak Kembali ke Tanah Air di Jordan.

Beliau juga menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menunjukkan hubungan rapat mereka dengan tanah air mereka, Palestin dan bagi menunjukkan mereka sekali-kali tidak pernah melupakannya dengan memperlihatkan simbol-simbol Palestin menerusi pemakaian kain serban Palestin, dan memasang bendera Palestin pada rumah dan kereta. Beliau juga menganggap aktiviti ini sebagai suatu promosi dan kempen yang tidak menyenangkan pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ceroboh Jenin

Khamis, 06/05/2010 – Tentera rejim Zionis   semalam telah menceroboh perkampungan di Barat Jenin dan melakukan penggeledahan tetapi tiada penahanan dilaporkan.

Operasi penggeledahan itu dilakukan di Barqeen, Al-Hashmyah dan Kfrdan di mana tentera rejim Zionis dilaporkan mencari tanah pertanian, kata sumber tempatan. Rejim Zionis telah mengarahkan penduduk kampung dan kenderaan mereka berhenti di tengah-tengah jalan yang menyambungkan kawasan Barqeen dan Al-Shohada serta memeriksa mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Hukuman terhadap Syria mengancam kestabilan serantau


Khamis, 06/05/2010 – HAMAS mengutuk pentadbiran Amerika yang berterusan mahu mengenakan hukuman ke atas Syria atas alasan politik yang dangkal. Ia menegaskan Syria berhak sebagaimana bangsa lain di rantau yang sama untuk bertindak apa sahaja bagi mengembalikan semula tanah airnya yang dijajah dan demi mempertahankan dirinya.

HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Biro Penerangannya dan diterima oleh Pusat Media Palestin: “Adalah lebih baik Presiden Barrack Obama mengenakan hukuman terhadap penjajah Zionis yang masih menjajah tanah air bangsa Arab, menceroboh hak asasi manusia dan melakukan pelbagai jenayah terhadap rakyat Palestin dan rakyat negara lain di rantau tersebut menggunakan pelbagai senjata yang diharamkan pada peringkat antarabangsa.

HAMAS menganggap hukuman dan tekanan Amerika itu sebagai satu polisi silap yang akan mengancam kestabilan rantau ini dan juga akan mengancam kepentingan Amerika sendiri. Sebagaimana ia adalah polisi yang bercanggah dengan dakwaan Obama yang mahu memperbaiki imej Amerika pada pandangan rakyat di negara rantau tersebut dengan mementingkan persefahaman, dialog dan saling menghormati di antara satu sama lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Abu Shaer: Pembakaran Masjid adalah Kezaliman

Khamis, 06/05/2010 – Menteri Wakaf Palestin di Gaza, Dr. Taleb Abu Shaer mengecam tindakan Zionis-Israel yang membakar masjid di selatan Nablus. Tindakan rakyat haram Zionis Israel ini merupakan satu bentuk kezaliman yang jelas. Tindakan mereka ini juga mendapat perlindungan dari kerajaan Zionis Israel dan telah dirancang secara sistematik.

Masjid al-Aqsa di ancam oleh kerja-kerja penggalian oleh Zionis Israel dan masjid-masjid di bakar. Keadaan tegang memang sengaja dicipta oleh Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

150 Juta Dolar sumbangan Amerika kepada kerajaan Fatah

Khamis, 06/05/2010 – Melihat kepada hampirnya usaha rundingan damai yang dibuat secara tidak langsung di kawasan Tebing Barat antara kerajaan Fatah dan kerajaan penjajah Zionis, Amerika Syarikat telah bertindak mengemukakan bantuan kewangan secara langsung bagi mengimbangi kewangan pemerintahan tahun 2010, dengan jumlah bantuan sebanyak 150 juta Dolar Amerika, dan jumlah ini telah berjaya disalurkan oleh pihak Washington kepada kerajaan Fatah.

Dengan jumlah bantuan ini, Amerika Syarikat telah menyalurkan lebih 650 Juta Dolar Amerika, sebagai bantuan sokongan yang dibuat secara langsung bagi mengimbangi pemerintahan kerajaan Palestin (Fatah) dalam tempoh tiga tahun yang terakhir ini.

Menurut Biro Maklumat dari Konsulat Amerika Syarikat, “Atas permintaan kerajaan Palestin, Amerika Syarikat telah meluluskan juga 75 juta dolar pada bulan Disember 2009, dengan menunjukkan bahawa bantuan ini akan dapat “menyokong” usaha “Presiden” Mahmud Abbas dan “Perdana Menteri” Salam Fayad, sepertimana yang ia telah ungkapkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

3 pelajar perempuan mencipta tongkat elektronik untuk golongan cacat penglihatan di Nablus

Khamis, 06/05/2010 – Tiga pelajar perempuan yang tinggal di sebuah kem pelarian Palestin di Nablus, Tebing Barat, mencipta sebuah tongkat elektronik untuk membantu golongan buta untuk mengelak dari sebarang halangan semasa berjalan dengan menggunakan sistem inframerah dan loceng kecil sebagai peringatan agar mereka waspada.

Noor Al-Urda, salah seorang daripada tiga pelajar tersebut mengatakan, “Projek kami adalah berunsur sains dan teknologi. Kami cuba untuk memanfaatkan teknologi di persekitaran kami untuk memberikan bantuan pada golongan. Dengan terciptanya kayu elektronik untuk golongan buta ini, ia akan memudahkan pergerakan mereka.

Seorang lelaki tua dari Nablus yang cacat penglihatannya,Fatih Kandil menggunakan tongkat elektronik tersebut dan mengatakan bahawa tongkat itu sangat membantu dan besar manfaatnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuat sekatan dan tangkapan di Hebron.

Khamis, 06/05/2010 – Pasukan penceroboh Israel telah menahan seorang penduduk Palestin dari kampung Al-Samouh, selatan Hebron dan membuat dua sekatan di pintu masuk bandar hari ini.

Rejim Zionis  tiba di jalan Al-Samouh dan menggeledah rumah Abed Allah Okail yang mana dia telah ditahan dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Sumber keselamatan melaporkan pasukan Israel membuat sekatan di Halhoul serta menghalang dan mengherdik penduduk yang ingin keluar. Mereka juga membina sekatan antara Dorah dan Al-Zahriah mana mereka menghentikan kenderaan penduduk selama berjam-jam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin melakukan protes di Erez

Khamis, 06/05/2010 – Dua warga Palestin dari Tebing Barat yang telah diusir oleh Israel ke Semenanjung Gaza telah melakukan protes hari ini di persimpangan Erz (Bait Hanoon).

Ahmed Abu Shalouf dan faried Shaban memprotes sebagai tanda menolak arahan Israel yang mengusir warga Palestin dari Tebing Barat ke Gaza dan cuba kembali ke rumah.

Persatuan Wa’d untuk baduan dan bekas banduan mengatakan bahawa Ahmed Abu Shalouf telah menetap bersama keluarganya di Beer Sheva iaitu di bair Al-Sabea selama 15 tahun sebelum diusir Gaza.

Fadi Al-Azazma, 19, yang dilahirkan di Gaza, telah diusir dari Hebron ke Semenanjung Gaza pada bulan lepas.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan remaja di Hebron

Khamis, 06/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menahan dua orang remaja dari Bandar Seir yang terletak di Timur Laut Hebron pada awal pagi ini dan membawa mereka ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Menurut sumber tempatan, mereka yang ditahan adalah Murad Muhammad Mteir Motawer, 19, dan Waheed Nawaf Eid Jaradat, 19, selepas rumah mereka diserbu.

Dalam kes yang sama, mahkamah tentera rejim Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama 2 ½ tahun dan denda sebanyak NIS 1000 terhadap Tha’er Nedal Oweiwi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis larang perjalanan pemimpin terkenal

Khamis, 06/05/2010 – Eyat Burnat (gambar), seorang pemimpin aktivis terkenal yang membantah tembok Zionis telah dilarang oleh tentera Zionis daripada menyeberangi sempadan Tebing Barat ke Jordan pada Sabtu lalu.

Burnat merupakan ketua jawatankuasa tempatan yang membantah pembinaan tembok pemisah dan penempatan haram Yahudi di tengah Tebing Barat, di perkampungan Bil’in. penduduk Kampung Bil’in telah mengadakan protes anti-tembok pada setiap minggu sejak 5 tahun lepas.

“Ini merupakan satu lagi penganiayaan Zionis terhadap kami. Pihak tentera telah menahan saya selama 3 jam dan mengarahkan saya supaya pulang ke rumah. Apabila saya tanya mengapa, alasan mereka adalah atas sebab-sebab keselamatan,” kata Burnat kepada IMEMC.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pelampau Zionis minta 48 ahli Parlimen yang berkunjung ke Libya di hukum

Rabu, 05/05/2010 – Michael Ben-Ari salah seorang ahli parlimen Knesset Zionis yang di kira pelampau telah memohon agar 48 ahli parlimen Arab yang berkunjung ke Libya di hukum. Kumpulan pelampau in juga memohon agar Ahmad Taybi ketua pakatan Arab dicabut keanggotaannya di Kneeset. Seorang lagi wakil Arab di Knesset Muhammad Barkah, telah menyeru agar sidang parlimen seterusnya diboikot. Ini kerena sikap “double standard” golong pelampau Zionis ini tidak lagi mengikut undang-undang.

Mereka berasa hairan mengapa perlu dihukum atas alasan ke Libya. Sedangkan Israel sendiri mempunyai hubungan dengan Libya samada secara rasmi atau tidak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif