
Sabtu, 06/02/2010 – Pasukan Pendudukan Israel melakukan sebuah serangan pagi ini di timur Kem Tahanan Bureij di pusat bandar Semenanjung Gaza.

Sabtu, 06/02/2010 – Pasukan Pendudukan Israel melakukan sebuah serangan pagi ini di timur Kem Tahanan Bureij di pusat bandar Semenanjung Gaza.

Sabtu, 06/02/2010 – HAMAS menegaskan Mahmoud Abbas, ketua pentadbiran yang sudah tamat tempohnya tidak lagi mewakili rakyat Palestin dan tidak layak untuk menjadi wakil yang mengemukakan hasrat dan harapan mereka.

Sabtu, 06/02/2010 – Khaled Mashaal, ketua biro politik Hamas, Ahad lalu menyeru negara-negara Arab untuk menganjurkan satu mesyuarat sejujurnya untuk pihak-pihak bertelagah Palestin di Kaherah dan menghormati hasil perjanjian mesyuarat sekiranya mereka mahu pendamaian nasional menjadi kenyataan.

Sabtu, 06/02/2010 – Jumaat lalu, Khaled Mashaal, Ketua biro politik Hamas, telah berjanji untuk membalas dendam ke atas pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai, dan mengingatkan Israel bahawa kegembiraan untuk jenayah ini tidak akan bertahan lama.

Sabtu, 06/02/2010 – Polis Dubai berkata pada Ahad, sekuang-kurangnya tujuh individu terlibat dengan pembunuhan pegawai Hamas di Hotel tempatan minggu lepas, dan tidak menolak kemungkinan agensi risikan Israel Mosad terlibat dalam serangan itu.
“Ianya mungkin Mossad, atau pihak lain,” ketua polis Dhahi Khalfan memberitahu AFP. “Secara peribadi, saya tidak ketepikan sebarang kemungkinan. Saya tidak ketepikan sebarang pihak yang mempunyai hubungan pada pembunuhan itu.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hasbullah

Selasa , 02/02/2010 – 10 pemimpin Fatah pada Sabtu malam secara rasmi telah meletak jawatan kepada pimpinan pusat gerakan mereka di Nablus kerana memprotes sikap monopoliu dalam membuat keputusan dan tidak melakukan resolusi sebarang revolusi dalam kounsil.

Selasa , 02/02/2010 – Pertubuhan Sheikh Yassin pada Sabtu lepas telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di hadapan Kedutaan Mesir di Paris bagi mendesak Mesir meleraikan kepungan terhadap Semenanjung Gaza dan menghentikan pembinaan tembok besinya.

Selasa , 02/02/2010 – Dr. Muhammad Badi’, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin menghubungi Khaled Mesy’al dan menyampaikan ucapan takziah dia atas syahidnya komandan Al-Qassam, Mahmud Abdur Rauf al-Mabhuh.
Beberapa pimpinan Ikhwan yang lain antaranya Dr. Muhammad Mursi, Dr. Sa’d Al-Katatini, Dr. Isham Uryan turut menghubungi Mesy’al bagi mengucapkan takziah. Mahmud yang telah dibunuh oleh Mossad pada 19/1 lalu di Dubai.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Isnin , 01/02/2010 – Pihak berkuasa Mesir menahan Ketua Polis Ronda Khan Younis, Ibrahim Maarouf , sewaktu pulang selepas mendapatkan rawatan untuk ayahnya di luar negeri.

Isnin , 01/02/2010 – Di bawah tajuk ‘lengan panjang’, akhbar Zionis yang diterbitkan pada hari Ahad (31/1) menyebutkan bahawa pembunuhan seorang pemimpin sayap tentera HAMAS Briged Izzuddin al-Qassam, iaitu Mahmud al-Mabhuh (Abu al-‘Abd) memperlihatkan situasi ‘gembira’ di Israel, sambil menjelaskan bahawa al-Mabhuh adalah antara pemimpin yang bertanggungjawab terhadap jaringan gerakan HAMAS dan sayap tenteranya semenjak ia berjaya menculik dua orang tentera Israel yang kemudiannya dibunuh pada tahun 1989 dan menyeludup senjata ke Semenanjung Gaza.

Isnin , 01/02/2010 –Khaled Mashaal,ketua biro politik Hamas berkata pada hari Selasa bahawa pengunduran Mesir daripada tanggungjawabnya kepada Palestin telah membuka ruang kepada Turki dan Iran untuk menghulurkan tangan mereka kepada rakyat Palestin di Gaza tetapi Khaled bertegas rakyat Palestin tidak akan dijadikan alat oleh mana-mana pihak untuk tujuan kepentingan mereka.

Isnin , 01/02/2010 – Jawatankuasa Jerusalem di bawah Majlis Perundangan Palestin (PLC), pada Rabu lalu memberi amaran tahun 2010 akan menyaksikan lebih banyak keganasan rejim Israel dan serangan-serangan yang lebih dahsyat ke atas segalanya di kota Jerusalem yang kini dijajah Israel, terutamanya berkaitan komplot memusnahkan Masjid Aqsa.

Isnin , 01/02/2010 – Mahmud Abbas sekali lagi menyatakan persetujuan dan kesepakatan dengan mantan perdana menteri Zionis-Israel berkenaan beberapa masalah seperti Al-Quds, pelarian dan masalah air.Dalam banyak hal, Abbas dilihat mengalah kepada tuntutan Zionis-Israel. Apa yang mengejutkan, Abbas bersetuju bahawa sebelah barat al-Quds adalah milik Zionis-Israel.

Isnin , 01/02/2010 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Palestin di Semenanjung Gaza Khamis lalu menafikan laporan yang mengatakan ketua kerajaan Ramallah, Salam Fayyad akan membekalkan stesen janakuasa elektrik Gaza dengan diesel industri.

Jumaat, 29/01/2010 – Hari ini adalah Hari Peringatan Holocaust Antarabangsa United Nation (UN), tetapi mengapa kita hanya mengingati satu peristiwa ini sahaja, sedangkan masih banyak lagi holocausts telah berlaku? Cuba fikirkan tentang Armenia, Rwanda, Congo, Kemboja, Sudan, Iraq dan lain-lain. Mengapakah peristiwa ini difokuskan seolah-olah seperti peristiwa berprofil tinggi, sedangkan peristiwa lain tidak pernah disebut.