Categories
Berita Semasa

5 cedera bertempur dengan rejim Zionis mempertahankan Baitulmaqdis

Ahad, 21/03/2010 – Sekurang-kurangnya lima orang tercedera tengahari Selasa lalu dalam pertempuran antara penduduk Palestin dan tentera Israel di desa Ni’lin, Ramallah, Tebing Barat selepas orang ramai mengadakan tunjuk perasaan bagi mempertahankan Baitulmuqaddis.

Salah Al-Khawaja, jurucakap Jawatankuasa Rakyat terhadap tembok di Ni’lin, berkata: “ratusan warga desa dan mahasiswa terlibat dalam demonstrasi massa untuk kempen mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa. Namun, pasukan penceroboh Israel menghadapi mereka dengan melepaskan peluru dan gas pemedih mata. ”

Khawaja menjelaskan dua orang telah tercedera akibat peluru getah Israel sementara tiga yang lain sesak nafas disebabkan oleh semburan gas pemedih mata.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Eva Bartlett mengikut jejak Rachel Corrie.

Ahad, 21/03/2010 – Hari ini adalah ulangtahun ke tujuh kematian Rachel Corrie, sukarelawan 23 tahun Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) yang dilanggar jentolak Israel ketika dia cuba menghentikan pemusnahan sebuah rumah di Semenanjung Gaza. Ibubapanya, Cindy dan Craig Corrie, masih merjuang supaya kerajaan bertanggungjawap, dan berada di mahkamah Israel minggu ini dengan kes sivilnya.

Bagi ramai di Gaza, Rachel adalah wirawati…wanita muda yang dianggap “Warga Palestin” walaupun berketurunan Amerika. Tetapi, walaupun Rachel menonjol kerana dia bayar harga tertinggi untuk mempertahankan komitmennya terhadap keadilan, terdapat juga yang lain datang sebelum dan selepas – hanya beberapa yang mencapai status “lagenda” kerana ketahanan dan dedikasi . Satu daripadanya adalahEva Bartlett, 33-tahun sukarelawan ISM yang memasuki Gaza menggunakan bot pemecah kepungan pada November 2008 — hanya sebulan sebelum Israel melancarkan serangan kejam 22 hari. Lapan belas bulan kemudian, dia masih di situ.

“Gaza tidak seperti Tebing Barat, dimana tidaklah begitu sukar bagi aktivis antarabangsa yang baru untuk menyertai pasukan. Gaza adalah seperti penjara…terlalu sukar untuk seseorang masuk dan keluar,” terang Eva. Sehingga baru-baru ini, apabila “lagenda” ISM yang lain – Vittorio Arrigoni – cuba untuk masuk-semula, hanya ada tiga orang dikalangan mereka. Adakalanya, Eva adalah satu daripada 2 orang. “Gaza adalah krisis jangka-panjang – bukan tempat yang anda boleh laportugas dan lupa tentangnya. Bahkan, selepas penyembelihan tahun lalu, , Israel terus mengebom dan menyerang Gaza secara rambang. Saya tak boleh tinggalkan begitu saja.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Pelajaran dan perjuangan di Festival Filem Ann Arbor Palestin.

Festival Filem Ann Arbor Palestin kali kedua telah dirasmikan pada Rabu lepas, 10 Mac 2010, dengan menayangkan filem Pomegranates and Myrrh. Festival filem sperti itu merupakan satu fenomena baru yang semakin berkembang di seluruh Amerika Syarikat. Ikuti wawancara penyumbang Electronic Intifada, Jimmy Johnson dengan penganjur festival iaitu Henna Ashraf, Ryah Aqel, Lauren Thams serta pengarah filem Pomegranates and Myrhh iaitu Najwa Najjar.

Jimmy Johnson : Apakah yang mendorong penganjuran festival seperti ini dan apakah matlamatnya?

Hena Ashraf : Saya mahukan satu lagi ruang untuk bercakap tentang Palestin dan saya mula membayangkan sebuah filem festival Palestin sejurus selepas saya tamat pengajian di universiti. Sebenarnya saya adalah seorang pembikin filem dan semasa menjadi pelajar, saya pernah terlibat dalam aktiviti perpaduan Palestin. Justeru itu, menganjurkan festival filem Palestin sebenarnya merupakan gabungan kedua-dua perkara yang dekat di hati saya.

selanjutnya di sini

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Bedah siasat terhadap Rachel oleh Israel mengaku langgar perintah.

Ahad, 21/03/2010 – Hari kedua perbicaraan saman keluarga Rachel terhadap kerajaan Israel menyaksikan Dr. Yehuda Hiss pegawai forensik Israel mengaku melanggar perintah mahkamah yang mahu seorang pegawai dari kedutaan Amerika berada disamping beliau semasa beliau melakukan bedah siasat terhadap jasad Rachel.

Beliau bertindak demikian kerana ianya menentang polisi beliau sendiri yang tidak mengizinkan mereka yang tiada kelayakan perubatan untuk berada di samping beliau semasa proses bedah siasat. Beliau telah memaklumkan kepada kedutaan Amerika dan mereka tidak menghantar wakil mereka dan keluarga Corrie setuju terhadap laporan bedah siasatnya itu. Dr. Hiss memberitahu tiada dokumen atau laporan yang direkodkan mengenai perbualan tersebut. Kedutaan Amerika menafikan perbualan seperti itu berlaku.

Dr. Hiss juga memberitahu beliau telah menyimpan sampel-sampel tisu badan Rachel untuk ujian histologi tanpa memohon kebenaran keluarga Rachel terlebih dahulu. Beliau juga mengaku tidak memberitahu hak-hak keluarga Rachel mengenai sampel tersebut dan kemungkinan telah ditanam bersama sampel-sampel kepunyaan orang lain. Ini merupakan kali pertama keluarga Rachel diberitahu mengenai sampel yang disimpan walaupun pernah ditanyakan sebelum ini mengenai perkara tersebut. Dr. Hiss sebelum ini menghadapi saman daripada keluarga Rachel atas sebab tersebut.

Hakim membenarkan keluarga Rachel untuk menambah tuntutan saman mereka termasuk terhadap kegagalan kehadiran pegawai kedutaan Amerika sewaktu bedah siasat Rachel dan keluarga Rachel telah meletakkan $1 sebagai tuntutan saman mereka sebagai simbolik yang mahukan keadilan dan bukannya untuk mengaut keuntungan.

Mahkamah membenarkan laporan perubatan yang dibuat oleh Dr. Ahmed Abu Nikera doktor yang mengendalikan mayat Rachel diterima pakai dalam perbicaraan ini seperti dimohon oleh keluarga Rachel. Dr. Hiss memberitahu laporannya bertepatan dengan apa yang dilaporkan Dr. Ahmed termasuk kematian Rachel yang berlaku sebelum sampai ke hospital.

sumber : freegaza
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menjadi duri antara AS dan penyokong sayap kanan.

Ahad, 21/03/2010 – Rabu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan kepada Kabinet bahawa pengumuman rancangan perumahan baru Yahudi di persekitaran Baitulmuqaddis Timur dianggap kurang tepat pada waktunya sempena kunjungan oleh Timbalan President Joseph R. Biden Jr minggu lalu yang dianggap “disesalkan” dan “menyakitkan.

Netanyahu juga mengatakan bahawa kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk “menyemak rantaian peristiwa dan untuk memastikan prosedur” untuk menghalang sebuah lagi episod daripada berlaku.

Tetapi beliau tidak menunjukkan bahawa projek pembangunan tersebut akan dibatalkan – langkah yang mungkin melonggarkan pentadbiran Obama dan permulaan tidak langsung, yang mana Amerika menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Israel dan Palestin. Bahkan, perdana menteri tidak merujuk secara jelas sama sekali berkenaan isu perdebatan bangunan di Baitulmuqaddis Timur.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Hari Marah: Intifadah (kebangkitan) meletus di bandar al-Quds

Ahad, 21/03/2010 – Ratusan penduduk dalam bandar al-Quds menunaikan solat subuh Selasa lepas bersebelahan Masjid al-Aqsa, atau lebih tepat di sisi pintu al-Asbat, setelah pihak keselamatan Zionis menghalang sesiapa yang berumur kurang daripada 50 tahun daripada bersembahyang di dalam Masjid al-Aqsa.

Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa pihak keselamatan Zionis menceroboh orang yang sedang sembahyang selepas solat subuh hari Selasa (16/3) menyebabkan beberapa pertempuran berlaku berdekatan dengan pintu al-Asbat, al-Isawiyyah dan perkhemahan Sha’fat.

Pusat Media al-Quds menegaskan beberapa pemuda membakar tayar kereta menyebabkan beberapa pertempuran di sana-sini kerana membantah pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Hamas anjur demo membela Al-Quds.

Ahad, 21/03/2010 – HAMAS minggu lepas telah  menganjur dan menggesa untuk seluruh rakyat Palestin agar sama-sama berdemo di Gaza. Demo itu bertujuan untuk memberi isyarat kepada dunia agar membela dan menolak kekerasan apa yang berlaku di bandar al-Quds dan masjid al-Aqsa.  Demo kali ini akan turut disertai oleh pelbagai peringkat pimpinan di Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Isteri berusaha mencari suami yang hilang selama 2 bulan

Ahad, 21/03/2010 – Hari ini adalah hari yang luar biasa, seperti mana hari-hari perang apabila artileri Israel menembak rumah Yosra Abu El Hussein di Rafah, utara Semenanjung Gaza.

Yosra, 39 dan 10 anaknya meninggalkan rumah tetapi suaminya Ateya, 44, menolak dan berkeras untuk tinggal di rumahnya sendiri. “Aku tidak akan meninggalkan rumahku kepada mereka (Israel), walaupun mereka akan membunuhku,” katanya. “Itu yang mereka inginkan.”

Selepas 21 hari yang tak dapat digambarkan, “perang itu tamat,” atau mereka berfikir sebegitu. Namun, Yosra dan anak-anaknya belum tahu apakah Ateya masih hidup atau mati. Dia telah mendengar daripada jirannya bahawa suaminya berada di rumah ketika artileri Israel menghentam daerah itu, serpihan peluru turut mengenai rumah mereka.

cerita lanjut di sini

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kanak kanak Gaza berjuang untuk terus hidup

Ahad, 21/03/2010 – Omsyatte memakai pakaian seragam hijaunya dan berhati-hati memanjat meja di bahagian depan kelasnya. Sipemalu 12 tahun itu memegang gambar cerah dan mula menerangkan kepada rakan sekelasnya apa yang dia lukis. Senario sebegini berlaku di seluruh dunia, tetapi terdapat perbezaan ketara: Gambar Omsyatte tidak menggambarkan percutian keluarga, atau kegembiraan aktiviti luar sekolah, tetapi hari serangan tentera Israel membunuh adik sebilan tahunnya dan memusnahkan kediamannya.

“Di sini dimana mereka menembak adik ki Ibrahim,Allah merestui rohnya. Adan ini adalah pesawat F16 yang memuntahkan roket ke rumah dan pepohon, dan di sini kereta kebal mula menembak,” katanya, mendapat tepukan daripada kawan-kawannya. Latihan ini adakan dibuat untuk membantu pelajar di sekolah memahami peperangan yang mendominasi kehidupan mereka.; khususnya kengerian operasi ‘Cast Lead’ yang ganas, dimana 1,400 orang Palestin terbunuh dan memusnahkan satu per lapan rumah.

Seperti ratusan pelarian Gazza, Keluarga Omsyatte menghabiskan masa lebih setahun hidup di khemah di satu tapak berdekatan rumah mereka. Kerja pemibinaan kecil dilakukan ketika ini – dengan bekalan yang tidak dapat sampai ke Gaza akibat daripada sekatan berterusan yang dikenakan oleh Israelpada 2007 – dan sekumpulan kanak-kanak kini mengutip timbunan piung, menendang bola sekitar tapak bom yang sebelum ini adalah mercu tanda setempat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Zionis puji peranan pihak keselamatan Abbas di Tebing Barat.

Rabu , 17/03/2010 – Kerajaan Zioins-Israel hari ini memuji Mahmod Abbas di atas pihak keselamatann tajaannya yang banyak menangkap ahli HAMAS. Dengan adanya pihak keselamatan Abbas ini, banyak membantu Zionis-Israel dalam berdepan dengan HAMAS. Seorang komander Zionis, Jeneral Evi Mezrahi menyatakan peranan pihak keselamatan Abbas memberi kesan yang signifikan.

Pihak Zionis-Israel tidak akan membiarkan HAMAS kembali menguasai Tebing Barat. Dalam satu laporan, Jeneral Evi menyatakan pihak keselamatan Abbas menyumbang dan membantu Zionis sebanyak 45% dalam berdepan dengan HAMAS.

Saat ini, lebih 800 orang ahli HAMAS berada dalam tahanan pihak keselamatan Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Persatuan guru-guru Palestin mengecam tindakan PA memotong gaji 2000 guru.

Rabu , 17/03/2010 – Persatuan Guru-gurur Palestin mengecam keras Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah dan kerajaan yang membelakangkan perlembagaan kerana telah memotong gaji dua ribu guru di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat atas alasan sekutu politik mereka.

Dekan guru Hamdi Abu Layla disebut dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di bandar Gaza sebagai melindungi para pekerja di sektor pendidikan daripada tindakan sewenang-wenangnya terhadap mereka oleh PA.

Abu Layla mendesak pertubuhan hak asasi manusia, ahli parlimen Palestin dan agensi-agensi rasmi dan ternama untuk menerima peranan mereka dalam usaha menyelamatkan proses pendidikan daripada kemunduran dan keruntuhan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Zionis ceroboh arah kiblat Masjid al-Aqsa.

Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.

Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.

Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Pengakuan jujur pekerja terowong tentang kehidupan di bawah tanah.

Rabu , 17/03/2010 – Pengepungan terhadap Gaza semakin diperhebatkan apabila kerajaan Mesir meneruskan pembinaan terowong besi bawah tanah di sempadan Rafah-Mesir dengan tujuan untuk menghentikan penyeludupan barang di bawah tanah. Seperti yang digambarkan oleh seorang wartawan bernama Robert Fisk, merupakan “paru-paru untuk Gaza terus bernafas” kerana hanya itu saja jalan yang dapat digunakan untuk mengangkut keperluan-keperluan asas seperti makanan dan perubatan untuk penduduk Gaza. Wartawan Jody McIntyre (JM) telah menemubual seorang buruh wargenegara Palestin, Abu Hanin (AH) yang bekerja di salah satu terowong yang bersempadanan dengan Mesir.

AH : Nama saya Abu Hanin, berusia 29 tahun dan berasal dari Rafah, di wilayah Palestin. Saya bekerja untuk pembinaan terowong ini (bagi pihak rakyat Gaza). Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Isteri saya pula sedang mengandungkan anak kembar sekarang dan selepas ini keluarga kami akan menjadi 10 orang.

JD : Adakah kamu berbual-bual dengan keluarga sebelum pergi kerja?

AH : Setiap pagi mereka akan berkata; “Kami harap kamu akan pulang dengan selamat dan sihat,” kerana mereka tahu saya keluar untuk bekerja. Apabila saya tinggalkan isteri, saya nampak matanya berair dan apabila saya pulang, saya dapat lihat kegembiraannya. Ia seperti keluar berperang pada setiap hari.

…berita lengkap di sini

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Marwan Al-Barghouti menamatkan pengajian kedoktoran di dalam penjara.

Rabu , 17/03/2010 – Pegawai Fatah Marwan Al-Barghouti, 50, yang dikenakan hukuman lima kali penjara seumur hidup di sebuah penjara Israel telah menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang sains politik, menurut sumber Palestin.

Al-Barghouti adalah di antara beberapa ratus tahanan Palestin di penjara Israel yang telah mendaftarkan diri di universiti-universiti di seluruh dunia, termasuk di Israel sehingga membolehkan mereka menyelesaikan pengajian mereka secara online.

Pada tahun 1999, tiga tahun sebelum beliau ditahan oleh Israel, beliau diterima Universiti Kaherah dan Akademi Penyelidikan dan Pengajian Arab, juga di Kaherah. Tesis kedoktoran Al-Barghouti berjudul “Prestasi Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Palestin dan Sumbangan kepada Proses Demokrasi di Palestin sejak 1996 hingga 2008.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis serbu rumah ahli Parlimen, tangkap dua penduduk.

Rabu , 17/03/2010 – Tentera Rejim Zionis telah membuat serbuan ke atas rumah milik Ahli Parlimen Mohammed Abu Juhaisha di perkampungan Beit Ola, selatan Al-Khalil, Ahad lalu, menurut sumber tempatan.

Tambah sumber itu, sebilangan besar tentera telah menggeledah rumah Ahli politik tersebut tanpa mempedulikan kekebalan politik beliau dan menyoal siasat sebelum memberitau beliau untuk membuat laporan kepada ibu pejabat Perisikan Israel di Etzion, utara Al-Khalil pada 17 Mac 2010.

Pemimpin Hamas di Tebing Barat mengecam serbuan Rejim Zionis pada waktu senja ke atas rumah Abu Juhaisha, sambil menambah bahawa tindakan itu bertujuan untuk melemahkan semangat juang Ahli Parlimen dan melumpuhkan usaha mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  aznil