Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis mengaku merampas rumah.

Jumaat,  15/05/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa seorang askar mengaku telah merampas sebuah rumah di bahagian utara Semenanjung Gaza sewaktu serangan terbaru Israel Selasa lalu.

Categories
Berita Semasa

Pimpinan Fatah tolak Abbas.

Jumaat,  15/05/2009 – Terdapat sumber media Palestin yang menyatakan beberapa pimpinan Fatah yang menolak untuk berada bersama kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Mahmud Abbas dan diketuai oleh Salam Fayyad. Barisan kerajaan Fayyad terdiri daripada beberapa figur dari Fatah dan daripada fraksi-fraksi PLO.

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Briged al-Qassam bekerja siang malam kosongkan penjara Israel.

Jumaat,  15/05/2009 – Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan bahawa Briged al-Qassam iaitu sayap tentera bagi HAMAS bekerja bertungkus lumus siang dan malam bagi mengosongkan penjara Zionis daripada kesemua tahanan, dan bertegas bahawa rundinganlah yang menyebabkan isu tawanan, bandar al-Quds dan pelarian tidak dihiraukan lagi.

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Pembentukan kerajaan baru di Ramallah buntukan dialog nasional Kaherah.

Jumaat,  15/05/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan pembentukan kerajaan baru Palestin di Ramallah sama seperti meletakkan periuk api di hadapan dialog nasional Palestin yang diadakan di Kaherah, sambil bertegas bahawa pembentukan itu mempamerkan perkembangan yang amat merbahaya.

Categories
Berita Semasa

Zehar: Gerakan Palestin sedia hadapi Israel.

Khamis,  14/05/2009 – Dr. Mahmod Zehar, pimpinan Hamas menegaskan bahawa satu barisan Palestin yang menyatukan kumpulan pejuan Palestin hampir siap ditubuhkan dalam rangka menentang Zionis-Israel dan memerdekan Palestin.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Israel menangkap wartawan Haaretz setelah keluar dari Gaza.

Khamis,  14/05/2009 – Polis Israel Selasa lalu telah menahan wartawan Haaretz bernama Amira Hass (gambar) di pintu keluar Semenanjung Gaza, di mana beliau telah tinggal dan membuat laporan sejak beberapa bulan yang lalu.

Categories
Berita Semasa

Terminal Rafah dibuka Sabtu dan Ahad.

Khamis,  14/05/2009 – Jabatan Sempadan melaporkan pada hari Selasa sempadan Rafah akan dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad untuk beberapa kategori dan beberapa senarai yang diberikan Kementerian Dalam Negeri.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Kenyataan Pope mengecewakan dunia.

Selasa,  12/05/2009 – Sheikh Taiseer Tamimi, Ketua Keadilan Islam memulakan ucapannya ketika berada di depan Pope Benedict XVI dengan menyatakan Baitulmuqaddis merupakan ibu negara Palestin masa depan meskipun pembantaian dan pencabulan Israel dilakukan terhadap Warga Palestin dan tempat-tempat suci mereka. Kenyataan Pope juga mengecewakan beberapa ketua agama Israel.

Categories
Berita Semasa

Kenyataan Abbas gagalkan hasil dialog nasional.

Selasa,  12/05/2009 –HAMAS menganggap kemahuan presiden Palestin yang sudah tamat tempoh kekuasaannya untuk membentuk kerajaan baru di Tebing Barat sebagai tindakan menggagalkan hasil dialog nasional Palestin dan langkah pendahulu yang mendahului dialog Kaherah serta tidak menunjukkan niat yang baik bahkan sebaliknya mengandungi niat yang jelas tidak baik.

Categories
Berita Semasa

Kunjungan Paus tidak wajar.

Selasa,  12/05/2009 – Hamas menganggap kunjungan Paus Benedict ke Israel hanya akan menampakkan Zionis-Israel bagus di mata dunia sedangkan mereka telah melakukan kezaliman amat dasyat ke atas rakyat Palestin. Seorang pimpianan Hamas, Fauzi Barhum menyatakan kehairanannya dengan sikap Paus yang menyokong pendirian ZIonis-Israel.

Categories
Berita Semasa

Abbas: Ahmadinejad tiada hak bercakap mengenai hak Palestin.

Selasa,  12/05/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berucap pada hari Ahad bahawa Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak berhak bercakap bagi pihak rakyat Palestin dan pihak berkuasa Palestin mahu sebuah negara merdeka di sebelah negara Israel.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Tiada perkembangan menarik pertemuan Netanyahu-Mubarak.

Selasa,  12/05/2009 – Perdana Menteri Rejim Zionis , Benjamin Netanyahu, melengkapkkan lawatan sulungnya semalam ke Mesir sejak dia menjadi PM , tanpa menyebut apa2 kenyataan tentang isu keamanan di Timur Tengah.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Netanyahu akan bertemu Hosni Mubarak.

Isnin,  11/05/2009 –   Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Categories
Berita Semasa

Hammad: KDN akan kukuhkan saf dan bentuk kekuatan dalaman bagi hadapi penjajahan dan kepungan.

Isnin,  11/05/2009 – Fathi Hammad, Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin menegaskan pasukan keselamatan berjaya memelihara infrastrukturnya meskipun telah menerima serangan sengit daripada Zionis sepanjang serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Categories
Berita Semasa

Syeikh Solah: Zionis mahu menyahudikan bandar al-Quds.

Jumaat,  08/05/2009 – Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.