
Sabtu, 13/02/2010 – Tentera penceroboh Israel pada pagi Khamis lalu telah menahan 10 pemuda dari bandar yang dahulunya dikenali sebagai Dugit, utara Semenanjung Gaza kerana mendakwa bahawa pemuda-pemuda itu sedang menghampiri tembok pemisah.

Sabtu, 13/02/2010 – Tentera penceroboh Israel pada pagi Khamis lalu telah menahan 10 pemuda dari bandar yang dahulunya dikenali sebagai Dugit, utara Semenanjung Gaza kerana mendakwa bahawa pemuda-pemuda itu sedang menghampiri tembok pemisah.

Sabtu, 13/02/2010 – Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas menuduh penjajah Israel menyerang kem pelarian Shafat di Jerusalam dalam usaha mendirikan satu negara yang sepenuhnya Yahudi dan bersifat fanatik.

Jumaat, 12/02/2010 – Israel Zionis hari in telah mempersetujui undang-undang berkaitan pengembalian hak tanah yang disita. Menurut undang-undang itu, tanah yang disita akan dipulangkan jika tanah itu dibangunkan menurut tujuan yang telah ditetapkan. Undang-undang itu turut tidak membenarkan rakyat Palestin untuk menuntut hak tanah mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu tanah melebihi 25 tahun sejak disita tidak akan dikembalikan.

Jumaat, 12/02/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk Waqaf dan Warisan memberi amaran Isnin lalu bahawa terdapat retakan besar dan merbahaya di bahagian utara Masjid Al-Aqsa, serta mengesahkan bahawa retakan itu berpunca daripada aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin dahsyat dijalankan oleh Israel.

Rabu , 10/02/2010 – Dua belas orang ditahan sewaktu sesi ucapan di UC Irvine, California, di mana Michael Oren, Duta Besar Israel berucap mengenai hubungan AS-Israel.

Rabu , 10/02/2010 – Kumpulan hak asasi manusia Jerusalam telah mengeluarkan amaran bahawa satu pertiga dari populasi penempatan Shiyah di tengah Jerusalem diancam untuk dipindahkan.

Rabu , 10/02/2010 – Sheikh Ekrema Sabri, Ketua Majlis Islam Tinggi, telah menegur kekacauan yang berlaku di masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.


Rabu , 10/02/2010 – Gaza adalah kawasan berpenduduk paling padat di dalam dunia. Sebilangan besar pelarian palestin tinggal di lapan kem pelarian selepas Al-Nakba sejak 1948 di bandar Gaza. Jarak yang rapat di antara rumah dengan jarak yang amat kecil untuk memisahkan mereka. Ruang yang rapat tidak cukup untuk seorang dewasa untuk lalu- dan tak cukup privasi dan kerahsiaan di dalam rumah .

Rabu , 10/02/2010 – Wakil Hamas yang diketuai oleh pemimpin politik, Khaled Meshaal, tiba di Moscow pada Isnin. Meshal dan rombongan tiba di Kementerian Luar Rusia untuk dialog bersama Menteri Luar, Sergei Lavrov.

Rabu , 10/02/2010 – Puluhan warganegara Britain berketurunan Arab dan Palestin yang tinggal di London berkumpul di depan institut kajian strategik antarabangsa Selasa lalu bagi memprotes lawatan Timbalan Menteri Luar Israel, Daniel Ayalon ke Britain.

Rabu , 10/02/2010 – Isnin lalu, MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular menentang pengepungan, telah menggambarkan kerajaan Turki , institusi-institusi dan rakyatnya sebagai satu contoh mulia yang telah memberikan sokongan yang tiada batasan untuk penduduk Palestin.

Rabu , 10/02/2010 – Tentera laut Israel telah menculik empat nelayan daripada persisiran utara Gaza dan dihantar ke tempat yang tidak diketahui. Nizar Ayash, ketua bagi nelayan Palestinian , berkata tentera laut Israel menahan empat nelayan ini ketika mereka menampak ikan sebatu daripada pantai Gaza. Nelayan itu adalah Odai Al-Soltan and saudara lelakinya Mohammed, dan Dieb Al-Ankah dan saudara lelakinya Ahmed.

Selasa , 09/02/2010 – Pergerakan Hamas mengesahkan pada Ahad lalu bahawa respon mereka di dalam laporan Goldstone tidak mengandungi sebarang permintaan maaf. Pergerakan itu juga menegaskan bahawa penduduk Palestin berhak mempertahankan diri mereka dan menentang pencerobohan Israel.

Selasa , 09/02/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menyerbu rumah penduduk Palestin Ismail Abu Tamie, seorang pemimpin politik Hamas di bandar Jenin, utara Tebing Barat, pada hari Isnin, menurut sumber-sumber tempatan.