Categories
Berita Semasa

100 cedera di Pusat Peranginan Eliat, Israel (tanah Palestin yang dijajah).

Selasa , 17/02/2009 – Seramai 100 penghuni sebuah hotel di Israel cedera akibat menghidu gas toksik pada tengahari Isnin di pusat peranginan Eliat, Israel dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Polis Israel memberitahu kebocoran gas toksik tersebut adalah disebabkan kecuaian manusia dan bukannya bermotifkan politik.

Pengurus hotel tersebut memberitahu seorang pekerja telah membiar sebuah tong kimia yang bocor di sebuah bilik berdekatan dengan kolam renang yang menyebabkan reaksi toksik yang membawa gas tersebut ke seluruh hotel melalui saluran udara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Hamas sedia gencatan senjata dan membebaskan Shalit jika Israel komited.

Selasa , 17/02/2009 – Gerakan pejuang Hamas, menegaskan, pihaknya tidak pernah menghalang kesepakatan berkaitan gencatan senjata mahupun pembebasan tahanan tentera, Gilad Shalit. Namun begitu Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan melepaskan sedikitpun haknya.

Categories
Berita Semasa

Olmert akan terus menghukum 1.5 juta rakyat Palestin sehingga Shalit dibebaskan.

Selasa , 17/02/2009 – Dalam satu pencabulan secara terang-terangan ke atas hak asasi manusia antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat, yang mengharamkan hukuman secara kolektif ke atas seseorang penduduk, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyatakan yang beliau akan meneruskan hukuman ke atas keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza sehingga Gilad Shalit, iaitu salah seorang askar Israel yang ditangkap oleh pejuang Palestin pada 2006, dilepaskan.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Ra’id Solah seru kawalan secara harian di Masjid al-Aqsa elak pencerobohan Zionis.

Isnin , 16/02/2009 –Syeikh Ra’id Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah di negara Palestin yang dijajah pada tahun 1948, menyeru para aktivis gerakan tersebut dan pelbagai institusinya agar melipatgandakan usaha dengan berkubu dan melakukan kawalan sepanjang masa di masjid al-Aqsa.

Categories
Berita Semasa

Nazzal : Gaza membongkar realiti Zionis.

Isnin , 16/02/2009 – Mohamed Nazzal selaku anggota biro politik Hamas dalam sesi penutup bagi persidangan kemenangan Gaza di Istanbul yang dianjurkan oleh kempen antarabangsa untuk menentang pencerobohan menyatakan pertempuran di Gaza mengubah segala kriteria dan membongkar realiti “Entiti zionis”.

Categories
Berita Semasa

Misteri kehilangan aktivitis bebaskan Gaza, Teresa McDermott terjawab.

Isnin , 16/02/2009 – Aktivitis Scotland , Teresa McDermott yang dikatakan hilang selepas menaiki kapal dari Lubnan yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terjawab apabila kerajaan haram Israel yang ‘menghilangkan’ beliau dan ditahan di Penjara Ramleh Israel.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Tahanan Palestin yang terlibat dalam rancangan membunuh Olmert berjaya melepaskan diri.

Ahad, 15/02/2009 Radio tentera Israel melaporkan pada hari semalam,  13 orang tahanan Palestin berjaya melarikan diri pada hari Jumaat lalu daripada penjara Jericho yang dikawal oleh tentera2 khas Palestin . Salah seorang daripada mereka yang melarikan diri itu dituduh kerana terlibat dalam rancangan membunuh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Categories
Berita Semasa

Osama Hamdan : Israel harus kembali kepada kefahaman terhadap perdamaian.

Ahad, 15/02/2009 Usamah Hamdan wakil Hamas di Lubnan mengatakan ekspansi Zionis bertanggungjawab iaitu kembali kepada kefahaman terhadap usul perdamaian. Beliau meminta agar Kaherah mengambil inisiatif tentang hal(perdamaian) ini, sepagai penjamin dan pengusul untuk sebuah perjanjian.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Rejim Zionis terus menyerang Tebing Barat dan Gaza.

Sabtu , 14/02/2009 – Askar-askar rejim Zionis telah membunuh seorang kanak2 Palestin semalam di selatan bandar raya Tebing Barat ,al-Khalil, dan mencederakan dua pejuang di Semenanjung Gaza menurut sumber-sumber perubatan Palestin .

Categories
Berita Semasa

Terkini : Serangan udara terbaru rejim Zionis di Gaza semalam.

Sabtu , 14/02/2009 – Satu serangan udara rejim Zionis petang semalam telah menyebabkan kematian seorang lelaki Palestin yang menunggang sebuah motosikal di bandar Abasan, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza manakala dua lagi cedera dalam serangan tersebut.

Categories
Berita Semasa

Kelahiran bayi di Gaza meningkat berganda.

Jumaat , 13/02/2009 – Hospital-hospita, di Gaza kini di penuhi oleh wanita-wanita yang melahirkan anak. Peningkatan jumlah kelahiran baru meningkat sebanyak 2 kali ganda mengatasi mereka yang terbunuh(baca:syahid) akibat serangan ZIonis-Israel. Ia seakan satu signal Allah menggantikan mereka yang syahid.

Categories
Berita Semasa

Delegasi HAMAS bertemu Sulaiman di Kaherah, Akan tandatangani perjanjian gencatan senjata dalam tempoh 3 hari.

Jumaat , 13/02/2009 – Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin yang mengiringi delegasi HAMAS ke Kaherah menegaskan terdapat perkembangan positif dalam perbincangan yang diadakan dengan menteri bertanggungjawab terhadap pasukan perisikan Mesir, Umar Sulaiman yang menyentuh isu gencatan senjata, dialog nasional dan pembangunan semula Gaza.

Categories
Berita Semasa

Abbas bersedia untuk “keamanan” dengan mana-mana kerajaan Israel.

Jumaat , 13/02/2009 – Pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan rundingan damai dengan mana-mana kerajaan Israel hasil dari pilihan raya yang diadakan. Kenyataan Abbas itu diadakan ketikamana darah kanak-kanak Palestin dan orang awam yang tidak berdosa masih mengalir hasil dari mesin perang Israel yang masih kelihatan di jalanan Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Ridhwan: Siapa yang menang dalam pilihan raya Israel tidak penting.

Jumaat , 13/02/2009 – Gerakan pejuang Hamas menyatakan sikapnya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya Israel. Ini kerana semua parti Zionis adalah pembunuh, berusaha menang dengan mengorbankan darah Palestin.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Aktivis Mesir dipenjara 2 tahun kerana ke Gaza.

Khamis , 12/02/2009 – Mahkamah Tentera Mesir hari ini (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun terhadap Majdi Ahmad Hussein (gambar ), seorang aktivis Mesir dari pihak pembangkang, atas dakwaan memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan yang tidak sah.