Isnin, 23/03/2009 – Kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin bukan satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja. Bahkan ia adalah peristiwa besar yang mendapat perhatian mereka yang berjiwa merdeka di seluruh dunia. Ia juga menjadikan umat Islam dan bangsa Arab menyedari tentang bahaya sebenar yang dicernakan oleh regim Zionis terhadap bumi Palestin.
Category: Berita Semasa

Isnin, 23/03/2009 – Pemimpin Hamas Dr. Mahmod Zehar menegaskan bahawa antara keutamaan Hamas adalah menjaga keamanan Mesir dan segala bahaya yang menimpa Mesir akan mendatangkan kesan kepada Palestin. Beliau turut memuji Mesir kerana telah menjadi orang tengah yang baik dalam rundingan pertukaran tahanan Palestin dengan tentera Zionis-Israel Gilad Shalit.
Berkenaan kesepakatan dengan kumpulan-kumpulan di Palestin, beberapa persetujuan telah disepakati.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Jumaat, 20/03/2009 – Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

Jumaat, 20/03/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan perdamaian dan penamatan keadaan perpecahan di Palestin adalah matlamat tetap HAMAS yang mahu dicapainya. Manakala keadaan perpecahan yang berlaku sekarang hanyalah suatu yang sementara.

Khamis, 19/03/2009 – Satu lagi perintah yang membenarkan hukuman secara kolektif terhadap Warga Palestin di mana Mahkamah Agung Israel memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Israel untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin di Timur Baitulmuqaddis yang membawa kepada serangan terhadap jentolak di bandar itu pada Julai 2008.

Khamis, 19/03/2009 – Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum mendedahkan semua fraksi Palestin bersetuju membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional sebelum mengadakan pilihanraya umum.

Khamis, 19/03/2009 – HAMAS mendakwa regim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan perjanjian berkenaan pertukaran tawanan, sambil menegaskan Zionis membelakangi segala nilai dan neraca kemanusiaan. Zionis juga mengeksploitasi sokongan antarabangsa kepadanya juga dokongan sekutunya Amerika Syarikat, di samping pendirian memalukan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negara Arab.

Khamis, 19/03/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Khalil Abu Lailah menyifatkan kenyataan regim Zionis bahawa HAMAS berpendirian keras dalam perjanjian pertukaran tawanan sebagai dusta dan palsu. Beliau menegaskan pendirikan HAMAS tidak pernah berubah semenjak penawanan Gel’ad Shalit, seorang tentera Zionis.

Khamis, 19/03/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al menghargai dan mengalu-alukan pendirian kerajaan Bahrain yang menyokong rakyat Palestin semasa serangan Zionis terhadap Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Jumaat, 13/03/2009 – Peserta-peserta Seminar Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu Rakyat Palestin, telah membuat analisis mengenai kerosakan akibat dari peperangan Israel-Gaza. Kos dianggarkan menghampiri $1.9 bilion, Agensi Akhbar Palestin, WAFA, melaporkan.

Jumaat, 13/03/2009 – Fawzi Barhoum menegaskan semua fraksi yang mengadakan dialog di Kaherah mempunyai peluang cerah untuk proses perdamaian nasional dan menyeru mereka untuk merebut peluang tersebut bagi menyelesaikan segala perpecahan dalaman yang berlaku serta menggabungkan diri dalam arus perdana dunia secara bersama.

Jumaat, 13/03/2009 – Dua serangan udara Israel telah dilakukan pada waktu subuh Khamis lalu di sempadan Mesir-Palestin berdekatan kem pelarian Yibna, selatan Rafah, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat Israel itu mengebom kawasan Al Abd Jabr menyebabkan kerosakan beberapa rumah penduduk Palestin di situ.
Dalam Tebing Barat, askar-askar rejim Zionis pada awal pagi Khamis telah menceroboh bahagian-bahagian lain di bandar Jenin dan menyerang di sepanjang kawasan rondaan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Khamis, 12/03/2009 – Pusat kajian tahanan Palestin melaporkan tahanan Palestin telah mengalami banyak penderitaan dan pencabulan di penjara Israel dan menyatakan ramai tahanan tidak dapat berjumpa dengan keluarga mereka setelah dua tahun.
Kenyataan yang diterima oleh PIC itu memaklumkan banyak lagi penderitaan yang dialami setiap hari oleh tahanan Palestin di penjara Israel seperti dasar mengabaikan perubatan, pemindahan arbitrari, memisahkan adik beradik di penjara dari dan merampas barang peribadi mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Khamis, 12/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, telah bertemu dengan Ahli Parlimen UK, George Gallaway di Gaza. Gallaway dalam rangka konvoi bersama aktivis dari Eropah telah datang ke Gaza bagi meneruskan kempen “Arteri Kehidupan”.

Khamis, 12/03/2009 – Ra’fat Nasif, seorang pimpinan HAMAS di Tebing Barat menegaskan penangkapan politik berterusan di Tebing Barat akan mengancam segala persefahaman dan dialog yang sedang berlangsung di antara fraksi-fraksi Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah ketika ini.