Categories
Berita Semasa

41 Warga Palestin Ditahan Dalam Tempoh Sehari di Negev

Jumaat, 21-01-2022 – Pasukan polis Israel melancarkan kempen tangkapan besar-besaran terhadap puluhan rakyat Palestin di Negev pada pagi Selasa.

Pejabat Media Asra mengesahkan 41 rakyat Palestin telah ditangkap semasa kempen itu, termasuk kanak-kanak di bawah umur. 130 daripada penduduk Negev, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah ditahan ketika kejadian yang berlaku di padang pasir Negev beberapa hari kebelakangan ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang Yahudi serbu al-Aqsa

Jumaat, 21-01-2022 – Puluhan pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa pada pagi Selasa, dengan kawalan ketat oleh tentera. Pihak Wakaf mengesahkan yang puluhan pendatang Yahudi, termasuk pelajar institusi keagamaan, memasuki masjid dalam beberapa kumpulan melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran pada waktu pagi.

Ketika berada di tempat suci Islam itu, para pendatang mengerjakan ibadah Talmud bagi membuat provokasi. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas tiba di Algeria untuk sidang perpaduan Palestin

Jumaat, 21-01-2022 – Delegasi pergerakan Hamas telah tiba di Algeria untuk sidang perdamaian antara Palestin. Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, jurucakap Hamas di Gaza Abdul Latif al-Qanoua berkata delegasi dari pergerakan itu mengadakan persidangan dengan pegawai-pegawai Algeria pada hari Isnin untuk mencapai perpaduan kebangsaan. 

Delegasi berkenaan termasuk ketua Hamas Khalil Al-Hayya dan Hussam Badran, dan juga wakil Hamas di Algeria, Mohamed Othman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Amerika menyeru siasatan keatas pembunuhan warga emas Palestin.

Rabu, 19-01-2022 – Jabatan Luar Negara Amerika pada hari Rabu telah menyokong siasatan ke atas kematian seorang rakyat Amerika berbangsa Palestin, dimana keluarga arwah dan pegawai tempatan mengatakan telah ditahan oleh tentera rejim Zionis Israel ketika serbuan ke atas sebuah perkampungan di Tebing Barat. 

Warga emas berumur 80 tahun bernama Omar Abdel-Majid Asaad dari kampung Jaljalia di utara Ramallah, menghembuskan nafas terakhir setelah diserang dan dipukul berkali-kali oleh tentera rejim zionis ketika menahan beliau.
“ Kami telah mengesahkan tentang kematian warga Amerika Omar Assad di bandar berhampiran Ramallah. Kami telah berhubung dengan keluarga En Assad untuk menyampaikan takziah kami ke atas tragedi ini. Seperti yang dijangkakan, kami telah memberikan segala bantuan yang diperlukan kepada keluarga arwah pada masa ini “ menurut jurucakap Kementerian Luar Ned Price.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Lima Tahanan Wanita Palestin Positif Covid-19

Rabu, 19-01-2022 – Ketua Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan, Mejar Jeneral Qadri Abu Bakr, pada hari Khamis berkata, penguasa penjara Israel bertanggungjawab ke atas nyawa banduan wanita Palestin selepas lima daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Abu Baker menyatakan bahawa penyebaran coronavirus di penjara Israel itu disebabkan oleh sikap tidak endah oleh pihak berkuasa Israel.

Beliau seterusnya menggesa penubuhan jawatankuasa perubatan Palestin dan antarabangsa untuk membuat susulan terhadap kesihatan banduan terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan yang kronik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

14 Rakyat Palestin Ditahan Dalam Kempen Baru Penangkapan Israel

Rabu, 19-01-2022 – Rejim Zionis telah melancarkan kempen serbuan dan pencarian baharu di seluruh Tebing Barat. Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin telah ditahan semasa kempen tersebut yang telah dilancarkan pada waktu subuh hari Rabu.

Menurut Pejabat Media Asra, tentera Israel menahan tiga rakyat Palestin di Jenin, dua lagi di Baitulmaqdis, dua di Nablus, empat di al-Khalil, dan tiga orang bersaudara di Ramallah.

Beberapa rumah turut diserbu dan digeledah semasa penahanan itu, tambah sumber tersebut.

Wartawan PIC turut menegaskan bahawa seorang remaja bawah umur yang cedera turut ditahan di al-Khalil.

Sementara itu, seorang wartawan Palestin ditembak dan cedera terkena peluru logam bersalut getah semasa membuat liputan serbuan rejim Zionis di bandar Beituniya, barat Ramallah. 

Seorang lagi pemuda Palestin ditembak di kaki ketika pertempuran berlaku di kampung Bir al-Basha, selatan Jenin.Enam lagi penduduk tempatan ditahan semasa pertempuran itu.

Rejim Zionis sering melakukan serbuan penahanan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, dan menahan warga Palestin yang didakwa dikehendaki.

Sepanjang tahun lalu, tentera Israel telah melakukan 4,084 kempen serbuan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis dan menahan 5,286 rakyat Palestin dari beberapa bahagian berlainan wilayah Palestin yang diduduki.

Israel buat masa ini menahan 4,650 rakyat Palestin, termasuk 34 wanita, 160 kanak-kanak, dan 500 tahanan pentadbiran di penjaranya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kumpulan penceroboh Yahudi serbu masjid al-Aqsa

Rabu, 19-01-2022 – Kumpulan penceroboh Yahudi pada pagi hari Khamis menyerbu masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki di bawah perlindungan ketat pihak polis Israel.

Semasa kunjungan mereka ke tapak suci itu, kumpulan penceroboh berkenaan secara provokasi melaksanakan ritual ajaran Talmud.

Ini berikutan tindakan oleh aktivis Palestin yang menyeru supaya warga Palestin memperhebatkan kehadiran mereka di masjid al-Aqsa pada hari Jumaat dalam melawan cubaan pengyahudian Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kempen Serbuan, Tangkapan Besar-Besaran Di Tebing Barat

Rabu, 19-01-2022 – Rejim Zionis melancarkan serbuan dan carian berskala besar di kawasan berbeza di Tebing Barat awal pagi Khamis.

Dalam serbuan di kem Askar, timur Nablus, dua pemuda ditahan selepas berlaku pertempuran. Manakala seorang lagi di Tubas cedera di bahagian lengan selepas terkena tembakan, ekoran bantahan terhadap serbuan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi meratakan tanah milik rakyat Palestin untuk meluaskan penempatan haram

Jumaat, 14-01-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi menyerbu tanah milik warga Palestin pada Isnin, dan meratakannya untuk meluaskan penempatan berdekatan.

Qasem Awwad, seorang pegawai Suruhanjaya Penentangan dan Tembok Pemisah, mengesahkan yang para pendatang meratakan seluas 50 dunum tanah yang terletak di selatan kota Nablus untuk meluaskan penempatan Yitzhar yang berdekatan.

Para pendatang baru-baru ini telah mendirikan unit-unit di kawasan yang diratakan itu bagi membuka jalan untuk merampas lebih banyak tanah yang dimiliki warga Palestin dari bandar Huwara, Burin, dan Asira al-Qibliya di Wilayah Nablus Province, Awwad menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Tanah Pertanian, Tembok dan Telaga di Bandar Tebing Barat

Jumaat, 14-01-2022 – Rejim Zionis merobohkan tanah pertanian dan tembok penahan serta telaga air di bandar Battir, barat Bethlehem pada hari Selasa.

Menurut sumber setempat, jentolak yang dikawal oleh tentera menyerbu kawasan al-Qusair di bandar itu dan mula memusnahkan kira-kira empat dunum tanah pertanian milik penduduk tempatan. Jentolak juga telah memusnahkan tembok penahan dan telaga air di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan 16 warga Palestin di Negev

Jumaat, 14-01-2022 – Polis rejim Israel pada hari Selasa telah menahan 16 orang awam Palestin, termasuk tiga wanita, dari perkampungan al-Attrash di gurun Negev.

Menurut sumber tempatan, polis Israel telah melancarkan kempen penahanan berskala besar di kawasan timur Negev, terutamanya di perkampungan al-Attrash.

Polis rejim juga menggunakan peluru getah dan bom pegun terhadap penduduk tempatan selepas mereka membantah tindakan meratakan tanah mereka sebagai permulaan untuk mengubahnya menjadi belukar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

PPS: Abu Hamid Kritikal

Rabu, 12-01-2022 – Kelab Banduan Palestin (PPS) mengesahkan tahap kanser tahanan Nasser Abu Hamid semakin merosot, pada Ahad.
Dalam kenyataan Facebook, tahanan di Penjara Ashkelon diberitahu keadaan Abu Hamid sangat kritikal sebelum dihantar ke Hospital Barzilai.

PPS menambah, berita ini adalah bukti tahap kesihatan Abu Hamid semakin memburuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Kereta warga Palestin rosak dalam serangan oleh pendatang di Tebing Barat

Rabu, 12-01-2022 – Sekumpulan pendatang pelampau Yahudi pada Isnin menyerang kenderaan warga Palestin di utara kota Bireh di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, beberapa kereta warga Palestin mengalami kerosakan apabila para pendatang membaling batu kepada mereka di jalan dekat penempatan haram Beit El.

Sumber mengesahkan yang tentera rejim memberi perlindungan kepada para pendatang ketika serangan tersebut yang menyebabkan kesesakan trafik dari kedua-dua arah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF menjalankan kempen penangkapan berskala besar di seluruh Tebing Barat, OJ

Rabu, 12-01-2022 – Regim Zionis Israel (IOF) melakukan serbuan dan kempen penangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada subuh Isnin.

Menurut Pejabat Media Asra, tentera IOF menangkap 17 rakyat Palestin, tiga daripadanya ditangkap di bandar Beita di Nablus. Enam lagi rakyat Palestin telah ditahan di Baitulmaqdis yang dijajah, termasuk dua bekas banduan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor Syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Rampas Tanah di Negev, Polis Serang Penduduk Tempatan

Rabu, 12-01-2022 – Sebilangan besar pasukan polis Israel menaiki kenderaan berbeza telah menyerbu kawasan timur Beersheba di padang pasir Negev pada pagi Isnin dan menyerang penduduk tempatan ketika jentolak sedang meratakan kawasan tanah milik sebuah keluarga di situ.

Menurut sumber setempat, jentolak besar milik pihak berkuasa pembangunan Badwi yang diiringi oleh pasukan polis memulakan operasi meratakan tanah secara besar-besaran di atas tanah milik keluarga Attrash sebagai permulaan untuk merampas kawasan itu dan mengubahnya menjadi kawasan taman terbuka.

Tentera Israel juga bertempur dengan penduduk tempatan dan menyerang serta menangkap beberapa daripada mereka semasa operasi itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar