
Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.
Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.
1- serangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?
Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetkaa paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.
2- pendapat saudara ttg tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel. kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?
Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.
3 – saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 ? natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekak kan sahaja oleh Israel dah sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?
Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.
Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel dan AS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka di dekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.
4- jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun … bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah ?
Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka menghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.
Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.
Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…
5-Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap utk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?
Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik gagal, pertubuhan2 NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.
6- Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?
Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.
7- Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiiti . TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?
Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…
8-Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?
Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang terlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. Walau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam.
Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.

9-Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?
Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.
10-Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ? apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?
Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.
73 replies on “Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia””
Salam perjuangan untuk rakyat Palestine dan rakyat Malaysia yang prihatin kepada kekejaman Yahudi laknatullah.
Dah banyak yang dilakukan oleh kita dari demo, kutuk, boikot produk, doa n solat hajat dsbnya.
Ada beberapa cara lagi boleh dilaksanakan utk ajor si kapir nih;
1. Boikot acara-acara anjuran syarikat MNC pro US n Yahudi
2. Boikot acara-acara anjuran Kedutaan Besar US di Malaysia n seluruh dunia
3. Boikot program-program anjuran NGO’s US di Malaysia
4. Boikot media-media yang pro Yahudi n US
5. Boikot perkhidmatan yang pro US
6. Halau NGO’s yang pro Yahudi n US yang banyak bertaburan di Malaysia kerana mereka adalah mata-mata yang menjalankan “convert and overt operations” / misi-misi rahsia khas yang berselindung di Malaysia.
7. Hack / godam sebarang websites pro US n Yahudi seluruh dunia
8. Kepung Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Ampang, KL atau Konsul Jenderal mereka di JB, Penang n KK selama 24 jam sehari sehingga mereka mendesak Israel berundur dari bumi Gaza, buat demo, baling kasut dan batu (jangan baling bom salah tu).
Apamacam ada yang sanggup…? Ingat pekik terlolong tak banyak ubah keadaan! Biar kerajaan jalankan misi-misi diplomatiknya membantu menamatkan perang, kita rakyat biasa buat macam 8 cadangan nih. Paling baik no (8) tuh Insya Allah berkesan macam kat Thailand tempoh hari
Panglima
Sekretariat
Pertubuhan Pembela Melayu Muslim Malaysia (PPMMM)
kalo kt bg derma pd Aman Palestin x pe ke?
mcm mn nak bezakan derma tu akan disalurkan pd kedutaan atau terus pd Palestin?
A’ah..mcm mana nak tau die salurkan kat kedutaan palestin atau tidak ?
salam
sy setuju dengan pandangan tentang menarik balik pelajar2 di mesir,ini sebagai tanda protes.lagipun,terlalu ramai pelajar di universiti al-azhar dan kualiti serta fasiliti universiti tersebut amat teruk sekali. hanya yg benar2 mahu belajar shj kita htr,tu pun buat penapisan betul2.bukan semua yg di mesir study betul2,yg ulang 3-4 thn pun ramai.kita htr yg btul2 berkualiti sahaja..
Boleh saudara senaraikan badan-badan yang betul-betul boleh menyampaikan bantuan terus kepada sasaran???
Salam semua sahabat Palestinkini,
Setahu saya NGO AMAN Palestin adalah saluran sah yang mempunyai hubungan terus denagn kerajaan demokratik yang sah di Palestin. Tidak seperti wakil rasmi di negara kita yang sebenarnya mewakili Palestinian Authority (PA) yang diterajui Mahmoud Abbas.
Justeru, peranan AMAN Palestin tidak perlu diragui sama sekali.
Salam..
Pebenda lak nk antar yg tol2 brkualiti kt unvrsiti azhar ni..nape nk sekat orang nk bljr.Soal dia blajar tol2 ke..men2 ke..tu dia punyer pasal la.Tp stahu saya yg skang ni pon msih lg bljar kt msir ni..kita kt msir pon ada stdy group, stdy motivation tuk smua pljr2 kt sini.Skang kita bincang soal nk bntu palestin..jgn lari tajuk ye..
Percayalah aman palestin adalah badan NGO yg menyalurkan terus sumbangan kpd rakyat Palestin melalui Hamas bg membela nasib saudara kta di sana
operating system yang digunakan juga bantu israelkan ..microsoft windows
teruskan usaha msg2,hosni mubarak mmg ptt diajar.
saudara rijalulghaib knape nak melahirkan rase xpuas ati,jgn bersikap selfish k.
jgn pkir diri sendiri jer,nyawa saudara seislam kite lg penting.lg pon sy pon sedang bljr di alexandria,mesir.ape slh nyer klu kite berkorban sedikit demi saudara kite,jgn salahkan negara2 arb yg lain krn xmenghulurkan bantuan sedangkan saudara sendiri bersikap selfish,so saudara xde beza pon dgn dorang.lgpon sy sy sendiri memerhatikan perkembangan pelajar2 malaysia disini.terlampau ramai yg dtg,xksah la ade kelayakan ke tdak,so kerajaan tarik jer la blik,xksah pon,kat malaysia pon ade lg universiti yg bgus2.
hidup PAS…hdup islam.kte mmg ptt mnarik plajar2 kte yg d hntr ke mesir.hny glongn yg mau enjoy duk blajo kt ovrsea je yg xstju tarik blk student yg bljr kt mesir.ye la,nnt dyorg kn blk mlysia smule
sbb2 la rijalulghaib xstju.tp klw studnt kt tmpt lain yg dicadangkn untk dhntr pulg ke mlysia.sure rjalulghaib stju.yeah,dat’s right.mri lah kte bramai rmai bersatu boikot mesir,boikot israel.hdup PAS
jikalau tidak ditarik balik,boleh juga saluran lain seperti menghantar ke negara2 islam lain selain daripada mesir seperti magribi,sudan,afrika selatan.fasiliti negara2 tersebut juga lebih baik.
ana setuju sgt dgn ammar and ummar.korang mmepunyai pendapat yg same n name pon hampir pon same.ana pon bljr kat alexandria,mesir ni dlm faculty perubatan.ana setuju klu krajaan nak tarik semua student malaysia dr mesir blik ke malaysia,klu ini saja cara utk membuatkan hosni mubarak si anjing us tu membuka pintu mesir-rafah.kami rela berkorban demi saudara seislam kami,ayuh pelajar2 perubatan di mesir mari kite berkorban demi saudara seislam kita,rijalulghaib and the geng mahu xmahu terpulang lah pada mereka,kita jalankan sahaja kewajiban kite ok,saudara2 perubatan sekalian.haza faqot minni.wslm
sememangnya x-azhar.anta berfikiran matang,thanx kerana tidak bersikap selfish,inilah sifat2 graduan azhar yg kite mahukan,sesungguhnya graduan azhar skrg semaikn lemah.wslm
don’t talk about this shit if u an idiot
learn more..
think before talk..
merci..
peace 4 all…
salam
sape yang bagi cadangan suruh tarik balik pelajar yg sedang blajar di mesir?ini satu cadangan yang kurang bijak.ana tak setuju langsung.kenapa pulak nak sekat org blajar?soal palestin memang kita perjuangkan,tapi blajar tetap kena blajar.kat mesir nie terlalu ramai para ulama ibarat debu2 yg berterbangan.jgn kerana hosni mubarak tiba2 kite pulak nak lari balik malaysia.jgn pandang yg buruk,pandang yg baik2 saje.kite nak menuntut ilmu kat sini,soal husni mubarak tu die punye pasal la.dah abis blajar nanti kite lawan arr die.
mesir perkataan yg paling banyak skali di sebut di dalam al-quran.so,sekiranya kerajaan malaysia nak sekat org belajar di sini ana x setuju sama sekali.soal die blajar betul2 atau blajar main,itu hal individu.yg penting jgn sekat org nk blajar.
ha3 promubarak thinks he is clever but he is also stupid like mubarak.whoever agree with mubarak= stupid+coward.i,m also study in egypt.so i know him very well.he will be assassinated like anwar sadat.take a look at egypt now,then you will know why that country really ****.this is because from the start until now the leader of that **** really stupid.during period of anwar sadat.he and his army already enter the tel aviv but why he retreat at the very last moment.he is coward.egypt can’t stand without USA.all islamic country should have a leader like Tun Dr Mahathir.not like anwar or hosni the dog.am i right?prodog.
hang pa ni pelik laaa sebb nyamuk kelambu nk bakar…pikiaq cerdik laaa ….Palestin Terus berdarah … Ayuh Kita Mahasiswa Bangun Membina Tamadun Islam ,, Hidup Hidup … Hidup Islam … Hancur Hancur … Hancur Kuffar…… Hancur Hancur …Hancur YaHUdi ,,Hancur ISrael , Hancur Amerika, Hancur Umno….
boikot pebende lagi bangang!mana la jalan bende2 bodoh tu.pemimpin setiap negara oh i see pg la hantar tentera.jangan la dok pikir kutip derma je memanjang.orang da baling tuba jgn la pandir sgt balas dgn susu!tu bangang tak bertempat.
yg atas tu khas untuk pemimpin yg bajet bgs je.rakyat2 biasa buat la pebende yg patut.jgn jd bangang tak tentu pasal boikot tu boikot ni .kalo tak de kfc tu mana la bebudak remaja kita nak kerja.lenn kali sediakan dulu peluang pekerjaan lain sebelum bpoikot tak tentu pasal bangang!
pada pendpr saya, drpd disuruh penuntut azhar ni balik, lagi bagus klu suruh diorang ni gi berJIHAD bersama2 dgn HAMAS..bukankah ni yg lebih baik?…JIHAD dgn sebenar2 JIHAD..ALLAHUAKBAR!!!
what the hell r u talki’ bout promubarak,the trully idiot is u actually.so what if i’m idiot.even an idiot is not blind like u.knp la saudara elmi ni trlalu narrow minded,study kt mn ni?al azhar ek..no wonder u’re thinking dat way.klw nk tgu da hbis blaja dlu bru nk lwn si bubarak laknatullah 2,saudara bley jamin ke smntra nk tgu seme studnt mlysia hbis blaja kt mesir 2 xd nyawa2 kt palestin yg dcabut oleh israel dsbbkn sikap mubarak si anjeng zionis 2?if u’re sure bout dat,then just stay there 4 u’r own convenience.mmg ler dlm quan byk ckp psl mesir.tp klw mesir 2 sndiri da xdpt nk bg ctoh yg bek kpd ngr2 islam yg len knp kte nk agung2 kn mesir….byk lg tmpt len yg bley kte blaja agma.sy sgt stju ngn saudara X AZHAR,kte still bley santa studnt kte kt ngr2 islam2 yg len like mgribi n sudan
yeah,saudara halim hadi.sy sgt2 stju ngn pndpat saudara,
dok gaduh ape ni,,ape ape aje la yang penting sekarang kita bantu palestin,,ni nak tanya DUIT YANG KUMPUL BANYAK2 TU TAK MAU BELI ROKET KE<,PELURU KE CIPTA BOM KA HANTAQ Pi KAT HAMAS<<BAGI KAT DEPA SURUH BOM ISRAEL???
tak pun sapa2 yang pakar kat malaysia ni and others country tentang bom ni cipta la bagi kat depa,.,,,hehehe kan,,betul la tu,,
mekasih saudara ummar
ok saudara azharian i really agree with you.we are in the same boat now.ok instead of send our students back to malaysia we also can help Hamas to fight the scum of the earth(israel).i really agree with mahmoud ahmamadinejad,we should erase israel from earth,hosni mubarak too cuz he is stupid,and you promubarak or prodog you should follow your dog too.he is a dog,and you are lower than dog.both of you can go to hell.hamas_mas your idea quite good i think,but as long as our economy depends on USA,we can’t do that easily unless we’re getting help from other country.we should follow mahathir’s idea to boycott us dollar.by this way israel will loss the biggest supporter.ALLAHUAKBAR.
AStaghfirullahalazim…
camne la umat islam nak maju kalo ada di antr kite pon bergaduh2 mcm ni..dok sibuk dgn gaduh ape bende pon x jalan.watch out ur words..we r muslims.
tamo gaduh2 ye…
sekadar nasihat..nasihat saudara islam anda dalam forum baik2..secara berhikmah..mcm bapak nasihat kat anak..
semua sama…sayang kn palestine…sabar…tamo kasar2 cakap k…cakap baik2.biar tak terguris…blh laa kita berdiskusi dgn tenang….
emm..stuju ngan Ain,x perlu nak gune bhasa yang kasar…hayati firman Allah srh Al-ahzab:70..jgn bagi peluang syaitan yamg keji bersame2 ngan kite..salam Ukhwah
juz pray~talk too much but no output at all~
its sch a waste..
so juz pray~
kalau pelajar tamau balik dari mesir ? ..pelajar2 kita di mesir itu sendiri sekurang2nya pegilah berdemo kat si mubarak tu ..baling kasut kat die ke ..pancitkan tayar krete die ke.. atau sebagainye ..ape- ape jelah sampai mubarak akur ..barula best ///..tp kerajaan kat sini jgnlah marah derang pulak (psl itu menunjukkan bahawa mereka mmg benar2 [“pelajar agama dr malaysia yg berkualiti] ~amacam ? ade berani ka?
ok2..sbnrnya msing2 brcakp x tau ape. Org yg duk kt alex tu da bpe lama ye agknya kt msir ni.Bukan mudah nk buat demontrasi kt msir ni. X mcm kt msia…x mcm kt uk.Diorg negara bebas.Msir len..Msir ngara ktenteraan.Korang semua nk kami kt msir ni msuk pnjra bwh tnh ke. Klo ade inisiatif len lg npe nk memyah2kn keadaan. Nabi pon bila ada dua bnda yg sng dan susah..nabi akn pilih yg sng.So, skang ni kita guna la lu inisiatif len yg ada.
Nk mmbrontak x tntu hala kt ngara org bukan satu prkara yg mudah.Bila2 ms sje kita akn trperangkap. Sedangkan nabi pon ada strategi dlm pe jua bnda. So..jln trbek adalah kita sama2 pk apa yg lbih mudah dan dapat dilakukan semua..
Salam..I’m sick 4 da people who r talking too much but nonsense at all..Ya Alloh,satukanlah hati2 kami dgn persamaan,jauhkanlah kami dari jurang perbezaan..juga jauhkan kami dr musuh dlam selimut..dan gunting dlm lipatan..aminnn ya Rob…
salam,,tenang tenang jgn emosi…. kalau gaduh teruk pun x dapat selamat sikit pun palestin, mereka mgharapkan doa dr kita semua n kita sebagai PEJUANG ISLAM kena la berSATU….
yg teruk tu husni mubarak. bkannya mesir n al azhar,lgpun al azhar ni salah satu dr sasaran yahudi… betapa yahudi takut dgn kemegahan dan ulama azhar. bg mereka, islam akan mudah d kalahkan apabila lenyapnya azhar….
aku sokong ila…. hang pa cuba pikiaq laa tara laa org mengaji agama byk mesir.. jordan ..syria.. sudan … magribi… saudi … tu pon makin teruk gejala siosial kat mesia tuh.. cuba PIKIAQ LAAAA ,,, cuba ingat apa kata seorng arab masa ada mercy mesia tny apa bantuan bole bg.. dia kata hangpa balik didik anak umat islam jd pejuang islam nk ganti depa… tu hang pa pikiaq… nk harap universiti kat mesia…saja .. cuba kira berapa ja universiti islam …… pondok2 koi sikit … SAR pon koi tenat ,,, aduh camna hang pa pikiaq nih…. takat cakap buih2 xmau …. tok sah nk kata org laaa tgk kita sudah … sikit bhas byk mengarut kot len …sama ja suma hang pa nih termasuk aku.. bercakap macam presiden ..suruh buat keja haram xbuat …dah laaa aku cdg kat palestin info toksah laa duk buka coment nih ..buat penuh jaaa.. pakat merapu kot;len .. org buka tajuk palestin duk balun pelajar len plak .. apa hal
ISLAM BUKAN AGAMA PIKIAQ KOMEN >>>>> ISLAM AGAMA IMAN ILMU AMAL>>>>>>
PAKAT-PAKAT PIKIAQ
ALLAHHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!!
haih..wats wrong ppl..blaja laa mane2 pun.as long ader kesedaran..ade matlamat..kite just x leh men layan je..tgk sndri,remaja mesia,mak bapak ai,,rmai yg lingkup,clubbnig,tunggang arak,n so on so on,sume nih pengaruh barat act,,slow2 meresap masuk,,mula2 jadik pelik,x elok laa,bkn budaya kite,at last,tgk laa sndri,x ke bersepah bbdk2 gnih kat mesia,bnayk gampang kan,ttepuk dada,taye iman sndri,taye hati,,
bnyk la ko punye kasar…orang kapir kasa rkorang duk tadah muka je.oksum muslimin kasar skit mula merapu suh ckp baik2 dgn kapir2 ni.mana nak jalan mcm tu mangkok hayun.pikir skit.bkn sume bende2 kasar2 ni emosional.keras dgn kapir lembut dgn kaum muslimin br la kena cara.orang baling bom tsakkan korang nak ckp lembut2 lagi.apelah bangang sgt ni.lagi satu, jgn la bggg sgt suh kitorang pg pancitkan tayar husni tu.pg baling kasut lagi la bggg ko punye idea.pg hantar tentera usir pukimak yahudi tu dr tanah muslimin.hbs cite.mng kalah blkg cite.allah tgk usaha kita.yg ni untuk pemimpin la.nak tgk pemimpin mana yg korang pilih masa pilihanraya syg islam ke syg kroni, tgk masa skrg!untk ngo2 yg bnyk duti plak,boikot je us dolar dlm urusniaga.pakat ramai2.islam ke bkn islam ke.jom bersatu!jom jd satu negara!sblm 1924 kita bole kuat dgn satu negara je.skrg da ade 52 negara islam sume mcm bangkai je perangai masing2hpskan nasionalisme!bersatu bwh akidah yg satu!hbs cite.jgn cite ko syiah ke sunni ke qadariah ke ape2 je la.tu blkg kira.dah settle sume bende2 ni korang nak berdebat,debatlah sampai berbuih mulut
Salaam.. @halimhadi.. Bagus semangat jihad halimhadi ni. Mcm ni yg kita nak pd semua anak2 islam.. Tapi kan, astaghfirullahalazim.. Bahasa yg kita gunakan tu kan bagus kalu kita jaga gak.. Malu kat Allah x carut marut maki hamun kita tu. Ingatkan malaikat kiri kanan tgh tulis apa yg kita buat?
Salam. Adoila, kate umat islam negara arab xbersatu, kite pun same gak, yg dok kat mesir pun, dah xbersatu dah..apetah lg 1 dunia. korg pikir la sndri..
bincang pun,xbhemah gile, padahal sorg bakal ustaz, dan sorg lagi bakal doktor..ayat siap ade **** ni nye, ade stupid2 nye..haha..adoila..
Salam..
Kpda Halimhadi;
Kamu sungguh semangat dan punyai pendapat bernas,betul kene bersatu dan cuma bila berkisar ttg negara,perkara ini mmg sukar la untuk dicapai(kerna pemimpinlah,birokrasi,berkepentingan,ect) tetapi tindakan daripada rakyat juga adalah perlu.Kalo kite tak dapat respon utk boikot terhadap israel,baik kite boikot je kerajaan yg kurop pulak,agar mereka sedar kesungguhan rakyat islam malaysia terhadap perkara ini.Jadi boikot dan demonstrasi masih lagi rasional dan diperlukan,cuma perlu lebih bermatlamat dan pastikan ia berjaya.Seperti yg dinyatakan artikel diatas.
Istiqamah!
cuma bab tak bleh boikot ‘sbb remaja takde tempat kerja kalo kfc atau seangkatan dengan nya tutup?? (McD,Coca-cola,Nestle,Intell)??’
Takkan kat situ je tempat yg boleh mereka kerja?
Dan ada gak satu lagi,”nanti kite nak makan ape?”
Pemikiran ini agak cetek.. byk lagi tempat kerja yg halal boleh mereka peroleh,tambahan pengorbanan yg mereka lakukan utk menegakkan islam,perasan benci terhadap zionis yg ditunjukkan adalah lebih mulia. Mungkin dengan tindakan berhenti itu mereka akan dikurniakan dgn pekerjaan lebih baik daripada itu.Sapa tahu?
Tambahan,jika mereka SEMUA ‘boikot kerja’ disebabkan sedar ttg masalah ini,
ini akan lebih memberikan kesedaran kepada agensi2 besar malahan kerajaan juga. InsyaAllah.
Untuk boikot tue,mulakan sahaja dengan perkara2 yg nampak simple,kecik,tapi kalo dibuat oleh SEMUA ORANG (terutama sekali orang ISLAM)di Malaysia de juga dapat memberi kesan. InsyaALLAH.
Boikot.Jangan makan MAGGI,KFC,McD,Pepsi,Coca-cola,Nestle(nescafe,MAGGI,ect),KOTEX.
Dan kepada askar2,penggunaan brand KIWI utk kilat kasut.Berapa ramai askar kat Malaysia nih? Semua guna brand kiwi. Berapa ramai orang yg makan MAGGI kat malaysia nih? berapa kerap? Banyak kalu hendak dikira. jadi fikirlah. pilihan di tangan anda,anda mampu mengubahnya. Hendakkah anda bersekutu dengan PEMBUNUH??! Anda tentukan. Apa pengorbanan anda utk agama ALLAH ini?
Maaf jika pendapat saya nampak keanakan,kekurangan dan kelemahan.
Salam..
ana malas la nak gaduh ngan hampa..jngan lupa doa kat depa,,emm takpa la pelajar2 mesir tu,,blajar jee setakat mana ada rezeki
bangang!tu pasal ko kena bg diorang tempat kerja.jgn ckp bnyk je.ekonomi negara ptg gak.agak2 ko,bape orang yg keje tu ade tanggungan?dan agak2 ko plak bape orang isi minyak bayar pakai air?sume skang duit.ko ingat diorang keje kfc tu je kena korban?pastu nak isi minyak moto pakai ape?nak bg anak bini mkn ape?makan pasir hari2?pakai otak skit len kali.kalo ko bleh jamin sume pekerja syarikat yg ko nak boikot tu dpt kerja setara dgn gaji lama diorang, aku tak kepoh2 kat sini.aku tak pnah pon keje kfc tu.cuma kesian je dgn orang yg keje kat situ.mgkn situ je orang nak terima die kerja.da rezaki die.dpt la merasa duit kerja sendiri.pastu ko lak nak kepoh2 boikot suh die berkorban lak tu.ckp sng la sedara.kalo ko smgt sgt nak boikot,masuk parlimen..usul suh tukar pendasaran mata wang us dolar kepada mata wang lain untuk perdagangan.tu kalo ko ade kelayakan la.takde jgn ckp bnyk.
Kecewa saye tengok komen2 kat sini.Kalau camni la cara intelek2(betol ke intelek haha) Islam berbincang sesama sendiri,it’s not a suprise why the Ummah have come to the present state.
(sori xde isi bernas nak disampaikan takot2 kang terjerebak plak dalam maki hamun haha)
salam…doa,solat hajat..bg y boleh berdemo truskan..bg y xmmpu,ada cara lain..so,jgn salahkn y lain n tuding menuding..kita nk selmatkan PALESTINE..bkn nk mngkn sper2..sbb kita smua UMAT BERSAUDARA…
klu igt lagu ni: BILA LAGI KITA NK SAT HATI…..
“”bca qunut nazilah…ps y demo tu…bole je suruh kdutaan anjurkn..tp ada r cara2mye..klu xder jaminn msuk lokap,mak bapak jgk y sush…ok…igt..nbi suruh kita bljr..ISLAM sarankn bljr kt mna2..’.jnji ILMU TU BERKAT N BOLEH DIAMALKN…
SALAM KEAMANAN…UNTUKMU PALESTINE
maki hamun bukan budaya Islam..syaitan makin GEMUK dengar kita maki hamun..Fikir-fikirkan wahai ulul albab!!
sokong AIRE PAL, hayyen .. aku dok kata dah sia-sia ja komen kat sini .. patut kita buat perbincgn dalam bukan telagah .. suma ni ngaji dah tp tu laaa…ilmu kalo byk xguna kalo xamal …try tny depa sehari berapa kali hang pa buat qunut nazilah untuk palestin…. tu sudah laaaa sembng jihad macam duk kat palestin tp apa ada hampeh … dah la woi .. berenti laa tudun menuduh.. cuba buat satu perbincagan secara intelek ..bincang masa depan umatislam …negara islam , ekonomi islam , politik islam , pendidikan islam … baru ada value kita punya perbincagan …kalo bole bawak keluar satu pandangan tu walau kita xdapat buat .. dapat bg kesedaran sudah laah …. dakwah lah kepada ALLAH dengan hikmah dan bijak sana..
TAKBIIIIIIIIIIIIIIR
TAKBIIIIIIIIIIIIIIIIR
TAKBIRRRRRR
wei mangkok!tgk balik ruang lingkup hikmah dgn bijaksana tu sblom ko ckp!agak2 ko la…hikmah dgn bijaksana tu mesti ke ckp lemah lembut? agak2 ko…stupid dgn bodo tu bende sama ke lain?kalau orang ckp kasar dgn ko tak semstinya die bermaksud kasar.lain orang lain care die membesar.lain latar belakang pendidikan.lainla cara die bergaul dgn orang pulak.phm2 la keadaan orang dulu.lingkup btol cara melayu ni pikir