Categories
Berita Semasa

Perisikan Mesir ugut mangsa Palestin yang cedera.

Jumaat, 23/01/2009 – Beberapa penduduk Gaza cedera yang menerima rawatan di beberapa buah hospital Mesir dan telah pulang semula ke Gaza berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan terhadap beberapa orang daripada mereka untuk mengetahui tempat membuat roket dan bagaimana senjata diseludupkan ke Gaza.

Portal berita internet Al-Jazeera melaporkan rakyat Gaza yang cedera itu berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan dengan cara yang kasar bahkan mengugut sesiapa yang enggan bekerjasama akan sentiasa diburu dan akan dihentikan rawatan mereka di hospital-hospital Mesir.

Mereka yang cedera itu menjelaskan, setelah kecederaan yang mereka hadapi sembuh sedikit, pihak keselamatan Mesir terus melakukan soal jawab dan menuntut mereka memberikan maklumat tentang kumpulan-kumpulan jihad yang menentang Zionis. Mereka juga dituntut agar tidak lagi memberikan sokongan kepada gerakan HAMAS setelah kembali semula ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

613 replies on “Perisikan Mesir ugut mangsa Palestin yang cedera.”

ape nak jadi dgn islam kalo negare islam sendiri yg membangkang para pejuang islam dan aku doa mesir akan dapat balasan dari allah.

JGN MAIN CAKAP CENDERA WASIH..APA YG HANG TAHU HIDUP PELAJAR AZHAR KAT CNI..JGN CAKAP KALAU BELUM BERDEPAN DENGAN SUASANA JIHAD SEBENAR..OK

Suasana di sini(mesir) berbeza jauh dengan malaysia.
Mesir telah berada dalam keadaan darurat dan di bawah kuasa tentera ever since.

Di malaysia, kita boleh bersuara dan melakukan demonstrasi dan menyampaikan petisyen.
Di sini(mesir), jangan kata nak buat demonstrasi, nama presiden mubarak pun sensitif untuk dicakap. sesiapa yg buat demnstrasi dituduh bersubahat dengan IkhwanulMuslimin dan ditangkap masuk penjara tanpa siasatan.

Berapa ramai pelajar malaysia yg dihantar pulang sebab dituduh di bawah Ikhwanul Muslimin.

Dan bilangan polis di sini nisbahnya seperti seorang polis boleh menjaga seorang rakyat, so bayangkan betapa ramainya mereka, itu tidak termasuk tentera lagi. Jadi kami sentiasa berwaspada untuk jaga keselamatn kami di sini. Pun begitu, kami cuba juga bantu apa yg terdaya untuk palestin seperti derma duit, derma darah… dll.

Itulah yg terdaya. Jadi minta tolong faham keadaan kami di sini.
Kalau nak diikutkan, keadaan ni sama lah seperti orang Islam di selatan thailand dibunuh dan diburu, tapi kita di malaysia ade buat ape2 sangat? sebab tak sampai kemampuan kita untuk buat ape2 sangat.

Cuma alhamdulillah keadaan di malaysia jauuuuuuh lebih baik dari di sini dari segi kebebasan untuk bersuara.

Wallahua’lam

pelajar azhar….jngan kita ambik hati..duduk kat negara orang ni lagi susah,itu bg rakyat malaysia atau bukan warganegara mesir la….mesir punya kerajaan…nampak jahat sungguh…sekongkol ngan yahudi beb,bukan benda kecil..bangsa yg disebut dlm kitab kita,sbg pembunuh nabi,pengkhianat,putar belit,kufur,pendusta….kalau orang melayu kita ada perangai mcm tu,samala…kita ngan bangsa yahudi.ada pelajar azhar yg mampu pg ke medan jihad…ada…kita ni…cakap banyak…orang islam kat asia tenggara ni pun tak mampu nak p tolong….

yg sng lain kali xyah blaja kalo kat mesir tu keadaan dah mcm tu…
sblom wat tindakan kne pki lu..
bkan nak nyalah kan kalian..
xtrlintas pon..
tp pd perspektif ana skali pon keadaan sne dah truk.
dgn presiden mesir pon yg dah condong ke arah kafir laknatullah tu..
ape2 pon saba la..
tumpukan prhatian pd pelajaran..
dan dgn plajaran anda akan hukum mesir pada satu hr nnti..

Yup, pelajaran mesti kami utamakan. In fact, bukan kami jer, seluruh umat Islam perlu utamakan Ilmu. Itulah salah satu senjata yahudi untuk mengalahkan umat Islam, iaitu dgn ilmu.

Walaupun keadaan di mesir macam ni rupa tetapi hikmah disebalik nyer tersirat dengan baik sekali. Perancangan Allah tu mengalahkan perancangan manusia. 🙂

Disini, kesedaran timbul untuk pulang mencari jalan Islam dengan bersungguh2. Rasanya, kalau ana di Malaysia, mungkin ana lalai dengan macam2 benda. Dengan politik nya, dengan hiburan nya, dengan sosial nya. Mungkin nilah hikmah Allah pilih kami ke sini.

Dan ada hikmah Allah pilih yg lain di Malaysia, sebab kesedaran dan iman mereka hebat mungkin?. Moga Allah beri kesedaran kepada Umat Islam seperti antum di Malaysia sekalian. Dan doakan moga Allah beri hidayah kepada “pemimpin2” arab untuk berubah.

Mesir tunggu kemurkaan Allah,akan tiba.. Mesir Gedung ILMU, tpi aku hairan gak, Pelajar kita disana asik Gagal dlm Exam, mcm tak der pelajar TERBAIK dari MALAYSIA rasanya!!

SEMAKIN RAMAI MENUNDING JARI PADA PELAJAR MESIR..KAMI DISINI DOA KAN SEMOGA ALLAH BERI PETUNJUK PADA MEREKA.MUNGKIN MEREKA TIDAK FAHAM SUASANA PELAJAR2 DISINI.KITA MESTI BERSATU BUKAN MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.ITULAH KELEMAHAN PADA KITA SENDIRI.KITA NAK BOIKOT YAHUDI TP PERANGAI KITA MACAM MEREKA!!!KITA NAK SALAHKAN ORG YG JAUH TP ORG YG DEKAT TIDAK NAMPAK.KITA NAMPAK SEMUA SALAH TP PADA DIRI SENDIRI ADA KELEMAHAN JUGA.MEMANG PEMIMPIN ISLAM TIDAK JALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BETUL.KITA PERLU KEMBALIKAN PEMIMPIN YANG PEGANG ALQURAN&SUNNAH.KALAU PEMIMPIN CINTAKAN DUNIA,MACAM NI LAH JADINYA UMAT ISLAM SKRG..PEMIMPIN PERLU DIPERBETULKAN DAHULU!!!

salam, ustaz ustaz bachul mesir apa yang korang buat ? hanya pandai bagi ceramah nak bedik senapang pun tak tau ! balik malaysia himpun duit ceramah aje lepas tu jadi syaitan bisu !

Jom kita Istighfar dulu.

Yg tgh marah tu, jom kita berwudhu dulu,
Yg sudah berwudhu tu, jom kita solat 2 rakaat dulu,
Yg dah solat tu, jom kita baca Al-Quran kejap.

Tinggalkan papan keyboard kita buat sementara, jom kita mohon mengadap Allah dulu.

Dan yg tengah baca Al-quran tu, jom kita selak surah Al-Hujurat jap. Dah baca? Jom kita teliti makna dan tadabur seketika surah Al-Hujurat tu sat.

Dah habis? Alhamdulillah. Jom kita ingat balik niat kita lawat “Palestin”kini.info ni. 🙂

hurm, rasa lain macam lagi hati ke kita ke? Kuat nya syaitan ni kan? Kalau rasa macam tu lagi apakata kita ulang balik berwudhu, solat 2 rakaat dan tartil dan tadabbur Al-Quran jap.

Allah Yubarik. Moga Allah berkati kita atas keperihatinan kita.

assalamualaikum.
sy student di malaysia, dan saya cuba memahami apa yg ingin disampaikan student2 al-azhar.
saudara2 ku di malaysia..sya bkn bertindak utk jadi peacemaker di sini.
tp, adalah lebih baik kita cuba mendalami/renungkan kembali kekangan yg dhadapi azhari.janganlah sesdap rasa megutuk dan menjatuhkan hukuman trhadap mereka.
senang cerita, cuba baca novel ‘ayat-ayat cinta’..(nak memahami keadaan di sana).bukan filem tau.novel by habiburrahman el-shirazy.dan sya pasti, penulis memaparkan keadaan sebenar di sana dan bukan hanya rekaan.
betapalah sensitif kerajaan mesir dgn isu ikhwanul musimin ni..
demonstrasi ckit, dah masuk penjara bawah tanah tu.
xdenye nak siasat2.dah tu, kat dlm sane, kene seksa lak dgn dasyatnya.
hurm.
xkan kita nak azhari kita mengalami keadaan sedemikian rupa.sedangkan, objektif asal x tercapai lagi.free2 je nanti.
sya pasti, mereka telah mencuba sedaya yang mungkin.
yg kat malaysia ni pulak, daripada dok salahkan student mesir ni, kita lihat kembali diri sendiri..
apa yang kita dah buat?ada x tolong sedar2kan sahabat2 kita yg xnak sokong boikot2?banyak lagi yang kat luar tu yg x sedar wahai saudaraku..ambik masa ckit, pergila buat observation kat mane franchise kfc mcD n so on..
banyak lagi saudara semuslim kita yg memenuhi premis2 tu..betul.
kita buatla apa yang kita terdaya.

kepada yang emosi2 tu, cool down.same2 fikir jalan penyelesaian terbaik.

salam suma…
peace….
relax2 jgn gaduh2…minta suma bertenang,x perlu nak gaduh atas bnda yg kita seniri x tau apa kesudahannya..
sebaiknya kita sama2 beganding tenaga untuk membantu rakyat menggunakn cara seniri,klu yg mampu dr segi kewangan bantu la melalui saluran yg sepatutnya,klu yg mampu menggunakan mata pena sbg wasilah untuk menyampaikan keberanna,teruskan dgn niat anda,klu yg mampu dgn kalam,lontarkan pendapat dan idea yg munasabah…
x perlu nak menuding jari pada org lain,ukurlah diri seniri dulu…
x dak sapa pun yg sempurna kat dunia ni…so jom teruskan jihad kita menggunakan cara yg sendiri…
WARISILAH ISLAM DAN PERJUANGANNYA…..

Assalamualaikum.
To selamat, x semua lepasan mesir macam tu. memang susah belajar di sana. kalau tak ada sedara mara atau kawan2 yg terlepas belajar di sana memang tak tahu penat jerih belajar di mesir. kawan aku sorang pernah kena tahan lepas keluar masjid, hanya sebab membaca ma’thurat. disoal macam2, sebab dianggap anggota ikhwanul muslimin (ma’thurat-doa2 himpunan as syahid hassan al banna-perintis pertubuhan ikwanul muslimin). alhamdulillah x terjadi apa2 padanya. kisah lain, kawan aku jgk, randomly arrested by polis mesir. suka hati diorang nak tahan sesiapa. bila disisasat dan digeledah rumahnya, banyak terdapat buku2 fikrah, terus disyaki anggota IM. dah kena hantar balik malaysia pun kawan aku tu.. tergendala pelajaran. maka jangan sewenang2 nya menuding jari kepada orang2.. semoga hidayah Allah tetap bersama kita, amin

salam,
mmg hebat cabaran di mesir sebenarnya kawan2. di masia pelajar bebas bersuara berdemonstrasi tapi di mesir tak boleh. boleh2, buatje kene tangkap mcm2 kene. saya pun dapat info dari kwn2 n ustat2. mesir tu lagi teruk [pemerintahannya. betul cakap khalif, bukan semua buku boleh baca kat mesir. kita kat msia belambak buku agama yang kita boleh baca. sampai tak tebaca. lagi2 gol muda harini, lagi seronok baca urtv dari buku agama gamaknya. tp di mesir, berbeza.

ape kene mengene azharian malaysia ngan kes skrg? satu lg, mlysia bebas ke? ingat2 le ISA tuh walaupun kekejaman die kurang beberapa percent je dari krajaan mesir…

hosni mubarak is the world’s worst animal…jom pakat demonstarsi kt kedutaan mesir..usir je diorg dari mesia…

Assalamualaikum,
setuju dgn TibMisr.memang duduk kat mesir ni bagi sy rasa lebih dkt ngn jiwa rakyat2 palestin.
bagi sy rasa lebih sedih,
lebih marah,
lebih geram.
sy tak pasti kalau sy ada kat Malaysia sy boleh pupuk perasaan macam ni.
apa yg sy lalui, kesenangan hidup kat Malaysia buat sy lupa tentang tanggungjawab sebenar seorang muslim.
tp ‘rasa’ je tak cukup.
nak buat mcm mana? apa yg boleh dibuat utk tlg Palestin?
da boikot,da doa,n banyak lg.
tp still,sy masih duduk2 kat uma..makan sedap2,tido dgn selesa
dan dlm masa yg sama ada rakyat Palestin yg tengah kelaparan,ada yg tgh kesejukan,ada yg tengah cedera,luka sana-sini tanpa rawatan,
ada yg tengah menangis…
lagi sekali:apa yang boleh saya buat?
kalau ikutkan,pg je sempadan Rafah.6jam je perjalanan. lepastu?
tak pasal2 kene tembak ngn tentera Israel.paling kurang pun kena hantar balik Malaysia.
Memang yg sebenarnye ilmu tu sangat sangat sangat penting.
kalau tengok balik dlm diri,banyak yg kena dibaiki.
ilmu tak banyak mana,ketakwaan tak sekuat mana.
banyak lagi yg boleh diperbaiki…

hmmm…
nak kata bodoh, sume yang tulih kat blog nih pandai baca.. pandai taip..pandai guna media electronic nih…
yang nak salahkan orang tuh buat per…
korang sume nih org msia, xkire kat mesir or kat msia…

si penulis yang tuduh2 plajar mesir tuh, korg tuh taw sgt ke agama????
paham sgt ke keadaan kat mesir????

n org kat mesir plak, xyah dah laa nak backing diri… cukup laa korg taw ape korg buat… xguna cakap dgn org yang xtaw keadaan sebenar…

n pasal lulus kat mesir, orang yang xberotak je ckp bende mcm tuh… nama pon kat negara org, sure la org mesir tuh nak lebihkan org sendiri… kalau kat msia pon, org cina nak tolong bangsa die…

g cari balik sejarah islam zaman dlu… ade ke tulih org2 yang berjaya suka kutuk2 n ngata2 mcm nih??? kalau tringin bg setan hepi, penuhkan lah blog nih dgn kutuk2… g baca kisah hassan al-banna n salahuddin al-ayubi… ape y hassan al-banna ckp pasal kalifah.. nape salahuddin al-ayubi dpt bebaskan palestine dlu… kutuk2 n defend2 xbawak kemana pon…

n lastly, sori kalu bahasa yang digunakan nih kasar sgt… pk lah, hamba Allah sekalian…

rasa sedih bile baca..sesama kite pun bergaduh disebabkan perkara macam ni..macamana islam nak menang..umatnya sendiri saling bertikam lidah atas perkara yang jauh dari muhim..

harap sangat la all those tali barut israel nie binasa!!teruskan usaha memboikot.boikot bersungguh-sungguh sampai bila2.

erm..apala korang saling tuduh bertengkar sesama korang.seronok klu yahudi kat luar sane tue baca komen2 korang.camni ke nak bersatu.biarla org belajar,menimba ilmu utk kekuatan umat islam.nie nak hentam org nie apa masalahnye.ish2x.pelik2.sekarang nie org nak pupuk kesedaran yang kite umat islam nie sedang ketinggalan kebelakang dlm pelbagai sudut. jauhila pergolakan sesama kita.bersatu teguh,bercerai roboh.

hahaha….
mesir sampah gila..
x pnah ada negara sesampaah mesir..
rakyat sampai ke pemimpin..suma sampah..
korg nak tau satu citer x…

ari tuh..akoo borak ngn org mesir..
dia tny..camna mesir..akoo jawab la..
mesir kotor nak mampus..cam sampah..
pastuh dia trus marah akoo…
dia cakap…
“u rude man..its only polution..”
pas akoo dtg mesir baru akoo tau…
polution tuh x kotor rupanya~

hahahaha….
mmg best la dok kat mesir..
ummu dunia…
suma bodoh tahap anjing…

ops!
kecuali alim ulama…
ulama kat cni mmg mantap~
seb baik ada ramai ulama kat cni je mesir x kena bala….

sori…
panjang lak akoo tulis..
sekadar nak meluahkan perasaan…
melihatkan kepada umat islam skang…
dh la bodoh tahap anjing…
sedih akoo….
so…belajar la bebtol…
setelkan korg nye perjuangan dlu…
kang belajar x abis..
dh kena antar balik malaysia…
nak cari keje pe kalo x der ijazah??
matang ckit beb…
jgn ikot perasaan….

kepada stdnt azhar…
jgn la terasa ati ngn kata2 org2 yg x tau pape psl keadaan kat cni…
kepada stdnt mesir..
tabahkan ati..
banyakkan berdoa…
ALLAH S.W.T dh pilih korg utk merasai kesusahan idop…
korg kena igt beb…
mana ada pejuang lahir dr kesenangan…
setiap langkah korg at mesir nih penuh ngn kepayahan…

mana x nye…
akoo yg x berzina nih pon dh kena rejam ngn dak2 arab kat cni…
eh!
x pon akooo terzina mata kot..
astaghfirullah~

huh!
puas ati akooo…
pape pon…
belajar la rerajin!
kita kembalikan kegemilangan islam ngn ilmu!
bukan ngn kutuk mengutuk cam “selamat”~

hahaha….
akoo arap ko selamat dunia akhirat selamat….

Assalamualaikum,

Saya nak mohon maaf. Mungkn mana2 post saya kowt yg tak elok dan tak sedap dibaca.

Maaf sangat-sangat. Minta maaf sangat-sangat.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?.. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Saya bukan Admin,
Cuma org yg selalu terlalai di dunia elektronik nih.
Saya minta sangat2 supaya tinggalkan perbincangan ini demi nama Muslim yg kita bawa. Tak perlu reply lagi yer.

Jazakallah khairan kathira. Terima kasih banyak2.

woi..ak nk buat visa pon xleh..ni plk nk g perang..aper student mlysia buat yg dok kutuk pelajar azhar??????hbat sgt ker pljr uia buat??hbat sgt pljr uitm buat??stakat bantah ikut isu bangsa tuh kire terpuji r???dunt talk without knowledge..

tlg jgn mulakan skali lg… ok? td baru nk berdamai pastu ade plak setan hasut bdk azhar ni cari pasai ngan bdk uia n uitm… ish3, bawak2 ler bertaubat… ko tuh dah ler blaja agama… astaghfirullah…mmg kompem yahudi blh gelak bila nengok bdk blaja agama kutuk org… lu pikir la sndiri…

Mulut bdk2 yg ngaji kt malaysia ni mcm celaka je.bru ngaji kt ipt malaysia dh bangga gila mcm ngaji kt langit amik trus ilmu dr Allah.kami yg dok ngaji kt bumi anbiya’ ni,malah ngaji ilmu syariat Allah lg tp xdapun ada rasa nk rendah2kn n kutuk2 org yg ngaji ilmu lain ni.1 dunia tau,ilmu Allah ni bknla ilmu yg bleh ko blajar dlm sekelip mata je.hbs ijazah,master pas2 phd bkn mknanya ko dh kuasai ilmu Allah 100%. makin byk ilmu Allah yg ko plajari,makin tgi dugaan yg ko trima.kami yg dok kt mesir ni,mcm2 dugaan yg kami kna tmpuhi.dhla korg kt malaysia 2 xnk bg bantuan kt kami,ni siap kutuk lg.tp dlm susah2 kami ni,msh lg kami dok fkrkn ttg umat Islam lain.kt palestin,kt malaysia apatah lg..jd mana2 mulut hancing yg kejenya nk mengata je,sdr2la diri sket.ilmu kalo pnjg sjengkal,jgnla dunia ni ko nk buat mcm ko dh jelajahi sluruh isi rahsianya..yg mana asyik kata student Azhar ni slalu gagal,ko dtgla bw ‘ketereran’ ngan sikap takbur ko 2 dtg cni.ko tgula natijah dr Allah bg org2 yg takabbur ni.Wallahu a’lam…

bismillah..dengan nama Allah saya cuba mulakan..

huerm..yang mengutuk..masih x puas mengutuk..
yang nak defense diri@kawan2 di mesir..pun masih sungguh2 nak mempertahankan..
yang cuba nak damaikan pun ramai jugak..tapi tgk2 xde orang pun yang peduli..
yang membaca komen2..dan akhirnya jadi sedih,tanpa tinggalkan apa2 kesan… saya pasti mesti lagi ramai..

saudara-saudariku seislam semua…
jom kita buat mende yang lebih memberi impak positif pada agama!
((kalau rasanya x sambung perbincangan yang lebih membawa timbulnya perpecahan ini,lebih baik…jom sama2 tinggalkan..semoga ada imbuhan pahala di situ..))

P/S:cuba juga sama2 kita faham 1 konsep..JIHAD ITU MEMBINA, BUKAN MERUNTUHKAN

Bismilah,
Saya bukan hendak berkata banyak,
cuma kadang – kadang saya tertanya..
mana pangakal mereka yang berfikir..
semua nya masing masing dengan agenda masing masing.
tp dimana persamaan dlm agenda tersebut?
kelihatan komentar terhadap artikel telah bertukar,
menjadi komentar terhadapt komentar..

ma asabakal hasanah, faminallah.

astaghfirullah..ana raser dua2 menyokong islam..tp harap pihak yg mulakan tidak memanjangkan hal yg kecik..perpaduan itu diwajibkn..igtlah,pelajar mesir amnyer n pljr azhar khasnya tidak bersalah samer sekali..walaupun mungkin ader yg mengatakan perlu berjuang,tetapi kiter kna mlihat pada konteks hakiki..islam xmengajar kiter mencari mudarat..sedangkan bantuan dr malaysia ke gaza pon pihak kedutaan telah menetapkan syarat jgn sesekali melibatkn pelajar2 malaysia kt mesir..renungilah wahai saudaraku..pelajar di malaysia ataupun pljr malaysia di mesir,dua2 adalah harapan bangsa..hapuskan pengkhianatan etrhadap negara..ayuh berganding bahu sesama islam..atas nama islam,bangsa dan negara…
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR……..!!!!!!!!!

Assalamu’alaikum wbt..
haii semua…perbincgn yg hangat nmpak..hee
sy tulis ni bukan utk bg komentar kpd komentar just nak balikkan korg kpd isu sbnr yg artikel ni nk smpaikan…iaitu,kesengsaraan penduduk palestin..huhu
marilah kt bermuhasabah semula n igt kt sedara2 kt kat sna..dpd kite saling melontar batu antra stu sm lain baik kt sm2 doakan Allah tlg shbt2 d palestin..dorg nk p sekolah pn xslmt, ap lg nk ke U..kt sume ni yg dpt jejak menara gading jgnla pula saling bertelagah sesama sendiri ye..ingatlah shbt2 sekalian ikut hati mati,ikut rasa binasa..smala2 kt berdoa smuga Allah memberi kekuatan kpd umat islam semua utk bersatu padu menentang musuh2 Allah..ameen..ingatlah, kebaikan yg tidak dirancang dpt dikalahkan oleh kebatilan yg terancang…sm2 lah kt renungkan @__@

bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah, Engkau mengetahui bhw hti2 ini tlh brkumpul krn mngsihiMu, brtemu dn patuh prntahMu,bersatu memikul bbn dakwahMu.Hti2 ini tlh mngikat jnji setia utk mndaulat dn mnyokong syariatMu, maka ertknlah ya Allah akn iktnnya. Kklknlah kmesraan antara hti2 ini. Tunjukknlah kpd hti2 ini jlnNya yg sbnr. Pnuhknlah piala hti ini dgn chaya rabbaniMu yg tdk knjung malap. Lpangknlh hti2 ini dgn limphn iman dn keindahan tawakal kpdMU. Hidup sburkn hti ini dgn ma’rifat(pengetahuan sbnr) tntgMu. (jika Engkau mntakdirkn mti),mka matiknlah pemilik hti2 ini sbgai syuhada’ dlm prjuanagn agamaMu. Engkaulah sbaek2 sndarn dn sebaik2 penolong. Ya Allah, prknnknlah prmintaan ini…..

rabbighfirlana ya Allah..
satukn hti2 kmi, ya Allah…

Dunia islam hari ini ditangan mereka yang menjadikan agama itu main -main Sementara mereka yang betul-betul berjihad kumpulan mereka terpecah- pecah,aku tidak heran jika mereka yang menjadikan ugama itu main-main tidak mahu bersatu, kerana ia main-main, kepentingan politik mereka lebih utama dari kepentingan ilahi-syirik yang sebegini amat dimurkai Allah.
Namun aku terluka bila melihat kumpulan yang bersungguh-sungguh ini terpecah-pecah, seeolah-olah mahu dilihat sebagai pendahulu,jangan begitu marilah kita bersatu bermesyuaratlah antara kita seluruh dunnia,orang yang terbaik diantara kita ialah orang yang bertaqwa kepada ilahi.
Aku menyeru kepada diriku dan saudara pembaca marilah kita bersama menstrukturkan kumpulan ini di seluruh dunia sebagai sebuah tembuk yang kukuh apa yang aku maksudkan disini.
Mulakan batu asas yang pertama kemudian lengkap dengan batu-kedua ketiga dan seterusnya menjadi tembuk.
Asas 1 setiap kumpulan mendakwahkan perpaduan.
Batu 11 mesyuarat pemimpin seluruh dunia bagi melantik kepimpinan.
batu 111 meletakkan semua kumpulan yang terpecah dalam struktur dan berikan jenama baru di peringkat dunia.
batu 1111 tentukan tugas mengikut syariah.
batu 11111 gabungkan kumpulan yang sekecil manapun.
batu 1111111111111111seterusnya jihad
Siapa yang nak buat ni… wallahuaklam

tidak kira dimana kita islam mesti bersatu……Jangan berkulit islam berhatikan yahudi……Berjihad ada berbagai cara dan kaedah…. gunakan ilmu yang ada untuk melawan……..secara lembut atau…… darah dibalas darah…
pilihan ditangan kita……… I’m proud to be islam

kepada syabab:
aku tak mengerti dgn maksud kutukan kau pada mesir..
boleh terangkan secara terperinci???
hantarkan ke laman web nurpenerang@yahoo.com..
n kpd student mesir..
belejar baek2..
dgn ilmu yg kte miliki inilah..
kte haus bersatu menaikkan islam…
mencapai zaman kegemilangan islam kembali seperti dahulu..
=D

Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta’at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian”. (Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi Hind-Arrazi).

Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida’ supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan kudengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu.

sesungguhnya perselisihan itu kadang2 baik bg kamu,sekarang sudah sensitif ye…sedikit masa lg…buat tindakan masing2….tak jauh dr jalan allah pun…sabar,sabar…takutkanlah musuh2 kamu ngan kekuatan…dalam maksud kekuatan itu…

Comments are closed.