Categories
Berita Semasa

MP Attal Ditahan Selepas Perbicaraan Tentera

Rabu , 26/01/2011 – Mahkamah Tentera Israel di Ofer pada Ahad menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Mohamed Attal.  Rejim Israel menculik Attal tiga minggu lalu daripada rumahnya di Addaheriya, selatan bandar al-Khalil.

Kempen antarabangsa untuk membebaskan ahli parlimen daripada tahanan Israel mengutuk tindakan rejim Israel menahan Attal dan mendesak parlimen antarabangsa untuk bertindak menghentikan tindakan melampau Israel ke atas ahli parlimen Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Keselamatan Mesir, Arab ialah kedalaman strategi kami

Rabu , 26/01/2011 – Hamas menunjukkan kebimbangan tentang satu kenyataan daripada menteri dalaman Habib Adly yang menuduh Tentera Islam di Gaza (Army of Islam) bertanggungjawab dalam letupan di sebuah gereja di Alexanderia.

Pergerakan itu berkata dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa keselamatan Mesir dan Arab ialah keutamaan Hamas, yang menganggap kedalaman strategi Hamas bergantung kepada keselamatan Mesir dan Negara Arab. Hamas tidak akan pernah melakukan sesuatu yang memusnahkan keselamatan itu.

“Hamas mengetuai penentangan terhadap rejim Israel dalam Palestin dan tidak akan dan tidak membenarkan penentangan dengan pihak lain di luar Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

11 ditahan dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di Silwan

Rabu , 26/01/2011 – 11 warga Palestin termasuk 7 berusia bawah umur dipukul dan ditahan pada Isnin dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di timur Baitulmuqaddis, daerah Silwan.

Tentera-tentera menyembur gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam, sumber tempatan mengatakan. Mereka juga memukul seorang lelaki berusia 70 tahun dan menyembur gas pada mukanya dalam serangan itu, demikian laporan dari Pusat Maklumat Wadi Al-Hulwa.

Mereka turut menahan seorang aktivis Silwan, Moussa Awda, 53 tahun dan 7 orang remaja berusia 10 hingga 14 tahun. Gas pemedih mata juga disembur secara rawak ke arah kediaman orang awam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Dokumen Rasmi: Fatah Lepas Tangan Hak Pelarian Untuk Kembali Ke Palestin

Rabu , 26/01/2011 – Sejumlah dokumen rahsia yang disiarkan televisyen Aljazeera, Isnin (24/1) menunjukkan tindakan juru runding gerakan Fatah yang menyerahkan hak kembali pelarian kepada penjajah Zionis.

Dalam memo dalaman pihak otoriti Fatah bertarikh 24 Julai 2008 menyebutkan, presiden, Mahmud Abbas menawarkan jumlah yang sangat rendah bagi para pelarian yang boleh pulang ke tanah kelahirannya di Palestin 48, setelah beberapa proses perundingan dengan Israel bermula.

Dalam surat yang ditujukan kepada pihak Zionis pada tahun 2007 disebutkan, pihak Palestin bersedia melepaskan hak kembali dan cukup mengembalikan 10 000 pelarian Palestin setiap tahun, dalam jangka sepuluh tahun. Ini bererti hanya 100 000 pelarian yang disetujui Fatah untuk kembali ke tanahairnya di Palestin 48.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tahanan di penjara PA mengisytiharkan mogok lapar

Selasa , 25/01/2011 – 13 tahanan di penjara PA Junaid di Nablus telah menyatakan niat mereka untuk terus mogok lapar pada Isnin besok sebagai langkah untuk menuntut pembebasan mereka.

Sumber hak asasi manusia menyatakan kepada PIC pada hari Ahad bahawa 13 tahanan politik di Junaid berkata wakil terhadap jawatankuasa bebas untuk hak asasi manusia bahawa mereka menuntut pembebasan mereka kerana mereka dihukum di bawah keputusan mahkamah tentera yang digunakan di awal bahagian dalaman.

Sumber menyatakan bahawa tahanan berkata sekurang-kurangnya mereka harus mempunyai perbicaraan kembali di bawah mahkamah undang-undang dan mahkamah keadilan dan bukan di mahkamah tentera. Mereka juga menuntut perbaikan keadaan tahanan dan memberikan rawatan perubatan bagi mereka yang memerlukan.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah :syuhada

Categories
Berita Semasa

Dokumen rasmi skandal “PA Abbas”.. Pendedahan persepakatan dan kerjasama dengan Zionis dan projek tembok Gaza.

Selasa , 25/01/2011 – Stesen Al-Jazeera telah menyiarkan 1,600 dokumen rahsia mengandungi rekod-rekod dialog yang dijalankan di antara PA Fattah dan Zionis serta kandungan proses tersebut, secara langsung mendedahkan meskipun PA Oslo berusaha keras dalam sesi dialog ini namun masih gagal membuahkan sebarang hasil, terutamanya dalam isu Al-Quds, pelarian Palestin, sempadan negara dan isu keamanan.

Antara yang didedahkan Al-Jazeera secara terperinci sejak 4 hari lepas adalah isu Al-Quds, para pelarian, operasi keselamatan, perang Gaza dan laporan Goldstone, sementara laporan khas pada hari Ahad yang lepas menyiarkan kerjasama ke atas Bandar Al-Quds yang dijalankan oleh PA.

Pendedahan isu “hadiah dialog dengan harga mahal” yang dijalankan PA Fatah diwakili oleh Ahmed Qurei’ yang memberitahu Condoleeza Rice pada 15 Jun 2008 bahawa Fatah memberi tawaran untuk menyerahkan kesemua petempatan di Al-Quds kecuali kawasan Bukit Abu Ghonem, dan ini tercatat sebagai tawaran tanah pertama yang dilakukan oleh bangsa Palestin sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel seksa secara brutal

Selasa , 25/01/2011 – Sejumlah rakyat Palestin yang akan di buang negeri terus memenuhi pusat bulan sabit merah. Mereka di seksa dengan teruk dan brutal. Kezaliman berterusan ke atas mereka. Rombongan dan delegasi negara Eropah, turut menyaksikan keadaan itu. Para tahanan turut berkesempatan meluahkan pengalaman ngeri yang merka hadapi di dalam tahanan Zionis Israel.

Apa yang dilakukan oleh Zionis ini merupakan antara tindakan penghapusan etnik. Pihak dewan perundangan Palestin memohon agar delegasi Eropah bertindak membantu mereka dengan menyampaikan maklumat yang sebenar ke negara-negara jiran dan antarabangsa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

13 Tahanan Politik Di Penjara Abbas Umum Mogok Lapar

Selasa , 25/01/2011 – 13 tahanan politik di penjara Junaid di Nablus, Tebing Barat menyatakan tekad melakukan mogok lapar, mulai Isnin (24/1) sebagai protes kepada pihak otoriti Abbas. Mereka menuntut segera dibebaskan atau segera dibawa ke muka pengadilan, sesuai dengan undang-undang yang ada, bukan dengan pengadilan tentera yang selama ini dikenakan terhadap mereka.

Pernyataan ini disampaikan oleh badan bebas kepada pihak Hak Asasi Manusia Palestin secara rasmi yang telah mengunjungi tawanan politik yang ada di penjara Junaid.

Ia mengungkapkan, sebanyak 13 tawanan poltik Hamas yang telah dipenjara, sebahagian mereka telah dipenjara selama dua tahun. Sebahagiannya menderita pelbagai penyakit kronik. Tuntutan mereka adalah dibebaskan dari penjara Abbas atau sekurang-kurangnya diadili mengikut proses pengadilan sivil. Mereka juga menuntut diperbaiki keadaan tawanan serta memberi rawatan terhadap para tawanan yang menderita sakit.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar keputusan siasatan Turkel yang berpihak pada Israel

Selasa , 25/01/2011 – Gerakan Islam Hamas mengutuk keputusan siasatan Turkel terhadap serangan bersenjata tentera Israel ke atas Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Pada Ahad, lembaga tersebut mengeluarkan laporan yang menyatakan serangan itu tidak melanggar undang-undang antarabangsa. Hamas berkata, laporan itu mendedahkan pengaruh politik panel dalam menghalalkan tindakan kejam Israel serta memesongkan fakta.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Yahudi mempergunakan hari pohon untuk memperluaskan penempatan haram Tebing Barat

Isnin , 24/01/2011 – Pelampau Yahudi akan memanfaatkan hari cuti yang bermula Khamis untuk memperluaskan penempatan haram antarabangsa di Tebing Barat yang diduduki tanpa sebarang usaha pun untuk pembinaan.

Gerakan kanan Israel Kahane mengumumkan rancangan Rabu untuk menandakan perayaan Tu Bishvat dengan melakukan penanaman secara rawak 20,000 pohon di sekitar penempatan di Tebing Barat. Satu-satunya peraturan adalah bahawa pokok-pokok harus ditanam sekurang-kurangnya seratus meter di luar penempatan dan dengan sekurag-kurangnyal 150 cm antara setiap pokok.

Media Perancis mengutip sumber anti-penempatan haram yang mengatakan: “Mereka tidak hanya menanam pohon tetapi agenda tersembunyinya adalah berusaha mendapatkan tanah. Daripada perumahan, kini mereka menggunakan pertanian ..”

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis Menghantar Notis Pindah Baru di Nablus

Isnin , 24/01/2011 – Tentera Rejim Israel mengedarkan notis untuk meruntuhkan rumah di Khirbat al-Tawil, timur bandar Aqraba, daerah Nablus pada Rabu lepas, menurut sumber tempatan.

Mereka mengatakan bahawa semua rumah penduduk Palestin di kawasan itu terancam untuk diruntuhkan, dan mungkin kerja-kerja meruntuhkan dijalakan pada Khamis.

Kediaman penduduk Yahudi di kawasan itu telah dibangunkan di atas seribu dunum sejak tahun 1973, kata sumber itu, sambil menambah bahawa kawasan itu dikenali kerana simpanan haiwannya, yang menyebabkan rejim Israel berminat untuk menghilangkan sumber reseki di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas nafikan tuduhan Fatah tentang pertemuan El-Arouri dan pegawai Zionis di Eropah.

Isnin , 24/01/2011 – Hamas menafikan apa yang dilaporkan oleh media Fatah berkenaan pertemuan seorang pemimpin Hamas, As-Syeikh Solah El-Arouri, dengan pegawai Zionis di negara Eropah, sambil menyatakan bahawa laporan media Fatah ini bertujuan untuk merosakkan imej Hamas.

Media Hamas berkata dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin berkata, : “Kami barisan Hamas menentang keras kempen yang dijalankan oleh sebahagian pusat media kepunyaan Fatah yang menyebarkan berita palsu bahawa terdapat pertemuan di antara saudara Solah El-Arouri, seorang pemimpin Hamas, dengan pihak Zionis di Eropah. Kami ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah palsu dan tidak berasas, dan hanya bertujuan untuk meburukkan imej Hamas dan para pemimpinnya yang tidak langsung wujud kecuali di dalam imaginasi mereka (Fatah) dan khabar berita palsu sebegini.”

Hamas menambah : “sebahagian pemimpin yang berpengaruh di dalam Fatah dan PA sibuk dengan berbincang, bermesyuarat dan bekerjasama dengan pihak Zionis, dan mereka telah menerima kesan buruk akibat bekerja bersama pihak musuh ini iaitu mereka dianggap tiada peranan lagi dalam hidup, sehingga mereka terpaksa memberhentikan segala perjumpaan dan dialog keji mereka bersama Zionis. Kini mereka menuduh dan memburukkan imej para pemimpin Hamas dan para pemimpin yang tegar berjuang untuk mempertahankan rakyat Palestin, sebagai langkah untuk menutup aib mereka yang sering berganding bahu dengan pihak musuh, iaitu Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kementerian Hubungan Antara Agama beri amaran tembok perkauman rejim Zionis yang terbaru di Jerusalem

Isnin , 24/01/2011 – Kementerian Hubungan Antara Agama Palestin berkata tembok pemisah yang sedang giat dibina oleh rejim Zionis di sekeliling Bandar Jerusalem yang dijajah mereka bakal mengasingkan kira-kira 100, 000 penduduk asal Palestin daripada kota suci itu. Mereka akan dibiarkan hidup disebalik tembok itu.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu lalu, kementerian itu berkata bahawa pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) dijangkakan akan siap membina tembok itu setahun lagi seperti yang tertulis dalam pelan yang diluluskan oleh Yair Naveh, Timbalan Ketua Kakitangan

Kementerian itu turut memberi amaran sekiranya tembok itu berjaya disiapkan, tiada siapa dibenarkan memasuki kota suci itu dan tanah yang dirampas pada 1948 tanpa kebenaran daripada IOA. Majlis Perbandaran rejim Zionis di Jerusalem pula cuba meredakan kebimbangan penduduk asal Palestin dengan mengatakan bahawa tembok itu bertujuan untuk memelihara keselamatan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Projek Baru Konvoi Harapan Untuk Menamatkan Sekatan Gaza

Isnin , 24/01/2011 – Keane Okven, Anggota “Konvoi Harapan” yang bertolak menuju Gaza menjelaskan rancangan projek ke hadapan untuk menamatkan sekatan Gaza, melalui persiapan kapal-kapal besar ke Gaza dengan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan yang diperlukan warga Gaza.

Rancangan tersebut dinyatakan Okven dalam kunjungannya ke Gaza, Rabu (19/1) sebagai ketua delegasi konvoi harapan ke Fakulti Sains Sosial, Universiti Gaza. Menurutnya kelangsungan sekatan hingga kini merupakan pelanggaran berbahaya terhadap konvensyen antarabangsa dan tradisi kemanusiaan.

Okven menyebutkan bahawa sekatan terhadap Gaza sangat dirasakan oleh para mahasiswa yang melihat kesan negatif yang besar di semua bidang sosial di Palestin, sama ada dalam bentuk kebendaan mahupun moral.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel mencederakan 4 wanita hamil di Shufat

Isnin , 24/01/2011 – Tentera rejim Israel menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan para pemprotes di kem pelarian Shufat, Baitulmuqaddis pada petang Rabu.

Sumber tempatan mengatakan 13 orang awam termasuk 4 wanita hamil cedera dan mengalami kesusahan bernafas disebabkan tindakan ganas Israel itu. Sejumlah besar tentera Israel dikerahkan di pintu masuk kem dan kawasan utama di mana mereka melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata kepada ahli demonstrasi dan rumah-rumah.

Pada Rabu sebelumnya, mereka mengejar kanak-kanak sekolah yang membaling batu rentetan provokasi yang dilakukan oleh pihak tentera berhampiran sekatan jalan di kawasan utara kem.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati