Categories
Berita Semasa

DFLP Peringatkan Upaya Batasan Perluaskan Kekuatan Intifadha

Khamis, 28-01-2016 – Pimpinan Hadapan Demokrat untuk Pembebasan Palestin (DFLP) mengingatkan tentang rencana untuk membataskan meluaskan kekuatan intifadha saat ini, di bawah alasan “tidak tertarik pada rancangan penjajah (Zionis)”. Oleh itu DFLP ingin bergabung secara luas dalam intifadha dan penguasaannya.

Ahli Tertinggi DFLP yang juga bekas menteri Palestin, Majidah Mishri, menegaskan tentang bahaya seruan dan tindakan untuk meluaskan kuasa Intifadha di bawah matlamat tersebut dan juga tindakan daerah keamanan Pihak Palestin tentang keamanan dan halangan aksi-aksi dan demonstrasi.

Sementara itu ahli tertinggi DFLP Ramzi Rabah menegaskan betapa pentingnya bergabung dengan lebih luas dan teratur dalam aksi-aksi intifadha dan kawalannya serta mendapatkan perhatian masyarakat, untuk mengembalikan perhatian dunia tentang konflik yang melanda Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejiim Zionis mendakwa dua beradik atas tuduhan memiliki bahan letupan.

Khamis, 28-01-2016 – Shin Bet Israel mengumumkan penahanan dua saudara perempuan Palestin dari Tulkarem atas tuduhan memiliki bahan letupan untuk digunakan dalam serangan menentang pendudukan Israel.

Rangkaian 7 Israel mendedahkan yang kedua bersaudara itu adalah kembar berusia 18 tahun bernama Diana dan Nadia Khwailed yang telah ditahan pada akhir Disember dari daerah Shwaika di Tulkarem.

Mahkamah tentera Salem Israel mendakwa kedua-duanya atas tuduhan memiliki bahan letupan, bom dan pisau serta bendera gerakan Hamas, rangkaian itu melaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cedera ditembak dekat penempatan haram Dolev, Ramallah.

Khamis, 28-01-2016 – Sebuah kenderaan pendatang Yahudi telah ditembak berdekatan penempatan haram Dolev yang terletak di tengah daerah Ramallah, Tebing Barat. Kejadian berlaku pada waktu petang hari Ahad, kelmarin. Demikian dakwa laman web 0404 milik Israel.

Tambah berita itu lagi, penduduk Palestin disyaki telah menembak ke arah sebuah kenderaan yang dipandu seorang pendatang Yahudi dan mencederakannya.Pihak tentera rejim Israel, segera bergegas ke tempat kejadian. Bagaimana pun, suspek berjaya melarikan diri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Human Right : Perniagaan Yang Dilakukan Yahudi Rampas Sumber Daya Palestin

Selasa, 26-01-2016 – Organisasi Human Right Watch menegaskan, perusahaan perniagaan yang beroperasi di penempatan Yahudi di wilayah Tepi Barat telah sedikit sebanyak membantu penjajah Israel dalam merampas sumber alam dan manusia Palestin.

HRW yang beroperasi di Amerika Syarikat dalam laporannya yang dikeluarkan Selasa(19/1) menegaskan, perusahaan itu harus berhenti beroperasi, memeberikan servis, jual beli sebagai komitmen terhadap tanggungjawab terhadap HAM.

Menurut HRW, aktiviti perusahaan di penempatan Yahudi secara tidak sah mengambil keuntungan dari rejim dan politik yang tidak sah dan memberikan citra dan melanggar hak-hak Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Tawanan pemogok lapar Shokeh dipindahkan ke penjara Megido

Selasa, 26-01-2016 – Perkhidmatan Penjara Israel ( IPS) pada hari Selasa telah memindahkan tawanan Palestin Hassan Shokeh , yang telah melancarkan mogok lapar selama 36 hari, dari penjara Jalama ke penjara Megido tanpa mengira keadaan kesihatannya yang kritikal.

Dalam satu kenyataan, Muhjat al -Quds pengasas pejuang yang syahid dan banduan mendedahkan bahawa IPS memberitahu tahanan pemogok lapar Shokeh bahawa dia akan ke hospital Ramleh , tetapi kemudian dia sedar bahawa dia telah dipindahkan ke pusat tahanan Jalama sebelum pulang kembali semula ke penjara Megido.

Yayasan itu menegaskan bahawa tawanan itu berusia 27 tahun dan berasal dari Betlehem. Beliau telah mengalami masalah kesihatan yang serius disebabkan oleh mogok laparnya secara terbuka yang telah dilakukan selama 36 hari berturut-turut. Beliau melancarkan mogok lapar sebagai protes terhadap dasar Israel ke atas tahanan pentadbiran juga untuk menuntut pembebasannya dengan segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kejadian membaling batu semakin meningkat di keretapi Israel, Baitulmuqaddis

Selasa, 26-01-2016 – Laman web Israel 4040 melaporkan yang serangan menggunakan batu ke atas keretapi Israel oleh pemuda Palestin semakin meningkat.
Laman web yang hampir dengan tentera rejim itu mendedahkan yang warga Palestin membaling batu ke keretapi sebanyak 5 kali dalam tempoh 24 jam ketika ia melalui bandar Shufat di selatan Baitulmuqaddis.

Akhbar Quds mendedahhkan yang tentera rejim Israel tidak dapat menghalang kejadian membaling batu yang semakin bertambah sejak awal 2016 dengan purata sekali sehari dan kadang-kadang tiga kali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Duta AS selar rejim Israel terlalu rakus buka penempatan haram di Tebing Barat.

Selasa, 26-01-2016 – Duta Amerika Syarikat ke Israel, Dan Shapiro melemparkan kritikan tajam terhadap pihak rejim Israel atas polisi penempatan haram yang diamalkan dan menyatakan bahawa pihak rejim telah melaksanakan dua undang-undang berbeza di wilayah Palestin yang dirampas itu, satu untuk Israel dan satu lagi untuk Palestin.

Semasa berucap di Institut Kajian Keselamatan Kebangsaan Israel (INSS), beliau mengatakan bahawa pihak Berkuasa Rejim Israel yang merampas dan menduduki Palestin dengan sengaja membiarkan pendatang haram Yahudi terlalu banyak melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin.

Menurut Duta itu, ” Sudah terlalu banyak kejadian vigilantism (Melanggar undang-undang ) oleh pendatang Yahudi di Tebing Barat yang tidak disiasat, ” dan tambah beliau lagi, ” Ia berlaku kerana penyiasatan yang dijalankan tidak menyeluruh … maka di situ, pihak rejim dilihat seolah-olah menguatkuasakan dua undang-undang dan peraturan yang berbeza dan perlu dipatuhi. Satu untuk bangsa Yahudi dan satu lagi untuk bangsa Palestin.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pesakit Kanser Gaza Tuntut Kebenaran Rawatan Luar

Selasa, 26-01-2016 – Pesakit Palestin dengan kanser pada Selasa mengadakan demostrasi di hadapan ibu pejabat kementerian hal ehwal awam di bandar Gaza menuntut hak mereka untuk rawatan di luar negara.

Salah seorang pesakit memberitahu wartawan PIC bahawa dia dilarang daripada keluar untuk rawatan melalui sempadan Erez walaupun keadaan kesihatan beliau kritikal.

Bilangan pesakit Palestin dengan kanser di Gaza telah mencapai 14600 orang menurut laporan statistik Kementerian Kesihatan Palestin . Setiap bulan mencatat 130 kes dalam seksyen tumor al-Shifa Hospital di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pertemuan Tertinggi Pihak Palestin-Zionis Untuk Hentikan Intifadha

Selasa, 26-01-2016 – Menteri Zionis, Moseh Kahlon bercakap tentang pertemuan antara pihak tertinggi Palestin dengan pihaknya untuk berbalas pendapat tentang pemberhentian Intifadha Al-Quds di Palestin.

Kahlon ada berkata lagi, pihaknya mengutarakan beberapa syarat untuk memberikan kemudahan bagi Ekonomi Palestin dalam pelbagai sektor. Tetapi yang terpenting seharusnya ada penolakan dari Pihak Tertinggi Palestin untuk aksi-aksi yang dilakukan warganya.

Di dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan Palestin, Syukri Basyarah, orang kuat Abbas, Husaen Syaikh di Pejabat Kahlon di Al-Wuds, mereka berbincang lebar tentang strategi memberikan pelbagai kemudahan khususnya dalam bidang ekonomi kepada pihak tertinggi Palestin. Mereka mengaku bahawa kemudahan ini bertujuan untuk menjaga keamanan Israel dan memberikan kemudahan bagi bangsa Palestin di Pinggir Barat.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Kesihatan al-Qeiq semakin berbahaya menjelang hari ke 54 mogok lapar

Rabu, 20-01-2016 – Menurut isteri kepada Muhammad al-Qeiq, seorang tahanan Palestin telah kehilangan berat badan sehingga 25 kg dan mengalami muntah darah yang berpanjangan.

Dalam suatu kenyataan kepada pihak PIC, Fahya Shalash, isterinya telah membunyikan loceng amaran sebagai tanda tahap kesihatan al-Qeiq yang semakin meruncing menjelang mogok lapar yang telah masuk ke hari 54.

Shalash telah memohon kepada badan-badan kemanusiaan dan juga wakil media bagi terlibat secara langsung untuk membebaskan suaminya sebelum terlambat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Jadi warga Palestin kedua paling lama ditahan, 34 tahun hidup di penjara Israel.

Rabu, 20-01-2016 – Seorang warga Palestin yang sedang menjalani hukuman penjara selama 34 tahun di penjara Israel, disokong bagi mendapatkan haknya supaya dibebaskan.

Menurut Pusat Kajian bagi Tahanan Palestin, tahanan bernama Maher Younis yang berasal dari bandar Arrow, sebuah bandar yang terletak di wilayah Palestin yang diduduki rejim Israel sejak 1948, telah ditahan di penjara Israel sejak 34 tahun lalu.

Kata jurucakap Pusat Kajian itu, Reyad al-Ashqar, Younis telah ditahan pada 18 Januari, 1983. Beberapa minggu sebelum itu, sepupunya, Kareem ditahan dan kini, Kareem merupakan tahanan warga Palestin paling lama di penjara Israel. Younis telah disabitkan dengan tuduhan membunuh seorang tentera rejim Israel dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Penanaman 400 pohon zaitun di al-Khalil

Rabu, 20-01-2016 – Kesatuan Pemeliharaan Alam Semulajadi Palestin menanam 400 pohon zaitun dalam projek penanaman yang menyasarkan 100 pohon zaitun di wilayah Palestin yang diancam rampasan dan pendatang.

Wakil persatuan awam Jordan Hussein Yahya berkata, pokok-pokok ditanam pada Sabtu di kampung al-Reheya village di selatan al-Khalil dalam fasa ketiga projek penanaman seratus pokok.

Yahya menjelaskan yang 120,000 pohon telah ditanam di Tebing Barat pada tahun 2015. Beliau memberitahu Akhbar Quds yang 2 juta pohon telah ditanam antara tahun 2000 dan tahun 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Boulos: Tahanan al-Qiq Jalani Operasi Hidup Kembali

Rabu, 20-01-2016 – Ketua unit undang-undang Persatuan Tahanan Palestin, Jawad Boulos berkata, tawanan Palestin Mohammed al-Qiq pengsan dan dipindahkan, pada waktu subuh Jumaat lepas, ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana beliau menjalani operasi penghidupan kembali sehingga dia sedar kembali.

Boulos dipetik banduan al-Qiq, yang telah melancarkan mogok lapar selama 54 hari sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran, sebagai berkata bahawa doktor penjara bersama-sama dengan krew pentadbiran penjara memaksa ganas untuk meyakinkan beliau untuk mengambil makanan dengan menjerit kepadanya, tetapi ia menolak bahawa dan meminta mereka untuk tidak campur tangan dalam apa jua keadaan walaupun dia pengsan.

Peguam Boulos memberi amaran betapa seriusnya keadaan kesihatan tawanan al-Qiq yang menghidap sakit teruk di pinggang dan tangan dan kakinya serta matanya. Dia masih digari ke katil hospital tanpa mengira keadaan kritikal beliau.

Tahanan al-Qiq akan merayu kepada Mahkamah Agung Israel selepas mahkamah tentera Ofer enggan menerima rayuan terkini yang telah dikemukakan di depan matanya, Khamis lalu, Boulos berkata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Serbuan dan Konfrantasi Berlangsung di al-Quds

Rabu, 20-01-2016 – Para pemuda Palestin pada Ahad malam (17/1) melempar batu ke arah kereta Yahudi di utara kota al-Quds. Serangan ini menyebabkan kerosakan pada cermin kereta.

Sumber media Zionis meyebutkan bahawa para pemuda Palestin melempar batu ke arah kereta dengan batu ketika kenderaan tersebut melintasi desa Shafaat di utara al-Quds. Serangan ini menyebabkan kerosakan teruk hingga ditaksir kerugian mencapai ribuan Shekel setelah 4 cermin kereta pecah.

Sumber militan Zionis menambah bahawa sekurang-kurangnya sebuah kereta Zionis mengalami serangan lemparan batu dalam sehari. Di timur al-Quds, pasukan penjajah Zionis menyerbu desa Isawilyah sambil melepaskan tembakan secara massif dan meriam gas pemedih mata serta meriam bunyi ke arah para pemuda dan rumah penduduk Palestin, sehingga menyebabkan sejumlah orang mengalami sesak nafas.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tiga Pemuda maut Ditembak Israel di Hebron dan Betlehem

Isnin, 18-01-2016 – Tiga Pemuda Palestin maut ditembak pasukan penjajah Zionis pada hari Selasa(12/1/2016) dalam peristiwa di Kota Hebron dan Betlehem, Wilayah Selatan Pinggir Barat.

Di Kota Betlehem, Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa seorang pemuda bernama Surur Ahmad Ibrahim Abu Surur yang berusia 21 tahun dari kem Pelarian Aidah berdekatan Betlehem, telah maut setelah ditembak tentera penjajah Zionis di dadanya. Hal ini terjadi pada saat tercetus pergolakan antara pasukan penjajah Zionis dan para pemuda Palestin di daerah tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad