UNRWA: 171 kakitangan kami terbunuh dalam pencerobohan Israel ke atas Gaza

Khamis , 04-04-2024 – Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mengumumkan kesyahidan 171 kakitangannya semasa pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023.

“Jumlah kakitangan UNRWA yang terbunuh sejak permulaan pencerobohan di Gaza sehingga 25 Mac telah mencecah 171,” kata agensi PBB itu dalam satu laporan pada hari Sabtu.

Sepanjang serangannya terhadap Semenanjung Gaza, Israel menyasarkan banyak kemudahan UNRWA di seluruh Semenanjung Gaza, yang terbaru berlaku pada 14 Mac, apabila pusat pengedaran bantuan makanan di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza menjadi sasaran pengeboman Israel, mengakibatkan 8 nyawa terkorban.

Pada hari Khamis, Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan bahawa Israel menghalang UNRWA daripada memberikan bantuan kepada beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Melanggar undang-undang dan konvensyen antarabangsa, Israel telah menyekat akses kemanusiaan ke Gaza, terutamanya melalui darat, menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan bahan api serta kebuluran yang meragut nyawa ramai kanak-kanak dan orang tua di Semenanjung Gaza yang telah dikepung selama 17 tahun.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom