Categories
Berita Semasa

Hamas: Mengasari bapa almarhum Arja satu jenayah negara.

Khamis, 16-03-2017 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas, mengecam tindakan anggota keselamatan pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengasari bapa almarhum Basel al-Arja serta penunjuk perasaan yang sedang dalam perjalanan untuk menyertai perhimpunan bagi membantah tindakan pihak PA yang mahu membicarakan almarhum.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh jurucakap Hamas, Hazem Kasem menyelar langkah pihak keselamatan PA yang sering mensasarkan pejuang Palestin dan apa sahaja yang melambangkan pertubuhan tersebut.

Beliau meminta semua pihak merangka satu rancangan kerjasama bagi menghalang pihak PA dari menjadikan rakyat dan perjuangan Palestin sasaran serta tempat melepaskan kemarahan atas apa yang berlaku di Tebing Barat. Seterusnya, beliau meminta pihak PA agar menghentikan dasar yang boleh menganggu dan membawa perpecahan kepada perpaduan negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tindakan Ganas Pihak Otoriti Palestih Terhadap Penunjuk Perasaan Dikecam Banyak Pihak

Khamis, 16-03-2017 – Fraksi dan pihak pro Palestin mengecam keras tindakan menekan dan kejam pihak Otoriti Palestin di Ramallah terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan pada hari Ahad (12/3/2017) di hadapan kompleks mahkamah di kota Ramallah, untuk menolak pengadilan terhadap arwah Basil A’raj dan rakan-rakannya.

Mereka menyeru agar dilakukan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat dalam serangan dan membawa mereka ke muka pengadilan. Mereka menegur pihak Otoriti Palestin yang mendiamkan diri terhadap peristiwa tersebut dan mengadakan hubungan dengan pihak penjajah Zionis.

Sementara itu persatuan wartawan dan jurugambar menyeru agar diadakan tunjuk perasaan hari ini sebagai solidariti kepada kematian basil A’raj. Gerakan Hamas menyebut serangan pihak Otoriti Palestin terhadap ayah Basil A’raj dan para peserta penunjuk perasaan adalah kejahatan nasional dan para pelakunya harus diadili dan dihukum.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Batal Acara Sempena Hari Wanita

Khamis, 16-03-2017 – Pihak Berkuasa Israel (IOA) menghalang acara Hari Wanita Antarabangsa di Baitulmuqaddis. Pengarah Pertubuhan Wanita, Zuhour Abu Mayyala, berkata, IOA tiba-tiba menghalang penganjuran tersebut berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Menteri Israel, Gilad Erdan.

Abu Mayyala menegaskan bahawa keputusan itu adalah “tidak berasas”, terutama yang acara ini adalah acara kebudayaan tidak mempunyai apa-apa bersifat politik. Dalam satu kenyataan kepada agensi berita Quds Press, Abu Mayyala berkata, beliau telah disoalsiasat oleh Perisikan Israel disebabkan acara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Wanita kekalkan kewujudan negara Palestin.

Isnin, 13-03-2017 – Gerakan Perjuangan Islam, Hamas mengakui bahawa kaum wanitanya telah memberi sumbangan yang sangat signifikan dalam perjuangan mengekalkan kewujudan negara Palestin dan mereka telah menjadi penyokong utamanya.

Ketua Barisan Bertindak Wanita Hamas, Rajaa al-Halabi berkata, golongan wanita di Palestin telah membuktikan keupayaan mereka untuk memberi, memikul tanggungjawab dan sanggup berdiri teguh biarpun dalam keadaan bagaimana sukar sekali pun.

Menurut beliau dalam persidangan yang dianjurkan oleh Pergerakan Hamas di Bandar Gaza, “Perjuangan wanita telah menyebabkan kewujudan negara Palestin itu, kekal terpelihara.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meratakan tanah dan mencabut 400 anak pokok palma

Isnin, 13-03-2017 – Rejim Israel (IOA) meratakan tanah di kawasan pertanian bandar Jericho, utara Baitulmuqaddis dan mencabut 400 anak pokok palma dekat sempadan al-Karama di antara Jordan dan Tebing Barat.

Petani Palestin Mohammed Awajneh berkata yang tanahnya termasuk yang diratakan oleh jentolak rejim tanpa notis. Beliau menambah yang 400 anak pokok yang ditanam 2 tahun lalu telah dicabut dan dirampas oleh pekerja yang dibawa oleh IOA dengan perlindungan tentera rejim.

Ajwaneh menyatakan yang IOA mendakwa tanah-tanah ini berada di kawasan C walaupun para pemiliknya mempunyai dokumen rasmi mengesahkan pemilikan mereka serta pekerja mereka juga berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Larangan mengadakan Hari Wanita Sedunia.

Isnin, 13-03-2017 – Pihak Otoriti penjajah Zionis “Israel” pada hari Rabu (8/3/2017) melarang para wanita untuk mengadakan majlis peringatan “Hari Perempuan Sedunia” di kota al-Quds. Pengarah program “Wanita untuk Kehidupan dan Demokrasi”, Zahur Abu Miyala, menjelaskan bahawa pihak Otoriti penjajah Zionis secara tiba-tiba melarang kegiatan kaum wanita di salah sebuah hotel “St. George” di al-Quds, iaitu berdasarkan surat keputusan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gilad Ardan.

Zahur menjelaskan bahawa larangan tersebut tidak munasabah, terutama kerana ia adalah kegiatan kaum wanita yang bersifat kebudayaan dan tidak bersifat politik. Bercakap kepada pejabat berita Arab “Quds Press”, Zahur menjelaskan bahawa pihak perisikan Zionis melakukan pemeriksaan ke atasnya ketika majlis yang sudah disiapkan bertepatan pada “Hari Perempuan Sedunia”.

Aturcara majlis tersebut diisi dengan kegiatan-kegiatan hiburan dan budaya oleh kaum wanita al-Quds. Di samping memberikan penghargaan kepada mereka dalam usaha untuk membawa senyuman di wajah-wajah wanita. Beliau mengatakan, tindakan Zionis ini membawa peringatan kepada masyarakat antarabangsa berkaitan penderitaan kaum perempuan al-Quds akibat penjajah Zionis dan tindakannya yang mencekik semua warga al-Quds.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Zahhar: Masa untuk Mesir mendedahkan nasib 4 tawanan Palestin

Isnin, 13-03-2017 – Ahli biro politik Hamas, Mahmoud al-Zahhar telah menegaskan komitmen Hamas untuk meningkatkan hubungan persaudaraan dengan Mesir, menyeru untuk melepaskan empat rakyat Palestin yang telah diculik di Sinai.

Zahhar menggesa Mesir, dalam temu bual dengan Pertukaran dan Pembaharuan parlimen Gabungan-Hamas blok akbar yang diterbitkan pada hari Rabu, untuk melepaskan empat rakyat Palestin yang telah ditahan di wilayah-wilayahnya, menegasakan bahawa ia bertanggungjawab untuk kehidupan mereka.

Zahhar, yang telah baru-baru ini dipilih sebagai pengerusi blok parlimen Hamas, berkata usaha oleh blok Pergerakan beliau akan dikenakan dalam tempoh yang akan datang untuk mengukuhkan komunikasi dengan Arab, Islam, dan parlimen antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengenakan tahanan ke atas Dababsa

Khamis, 09-03-2017 – Pihak Berkuasa Israel (IOA) mengenakan tahanan tanpa bicara pada Ahad lepas keatas Ihsan Dababsa dari Perkampungan Nuba, Timur Utara Al-Khalil.

Keluarga Dababsa mengatakan bahawa maklumat dari peguam anaknya menyatakan Pihak Perisikan Israel telah mengenakan 6 bulan tahanan tanpa bicara ke atas anak guamnya berdasarkan maklumat sulit. Keluarga beliau menyatakan kepada Pihak Berita Quds bahawa pendakwaan akan dijalankan di Mahkamah Tentera di Penjara Ofer.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melarang saudara-mara yang syahid daripada bekerja di tanah Palestin yang dijajah pada 1948

Khamis, 09-03-2017 – Regim Zionis Israel (IOF) menghalang pekerja Palestin dan peniaga, saudara-mara yang syahid Qaisiya, daripada memasuki Palestin yang dijajah pada 1948. Mereka terpaksa pulang kembali dari pusat pemeriksaan tentera al-Thaheriya di selatan al-Khalil walaupun mempunyai permit kerja. Askar-askar IOF mengancam untuk merampas permit kerja mereka.

Quds Press memetik ketua Dewan Perniagaan Jalal Makharzeh sebagai berkata bahawa langkah ini jatuh sejajar dengan dasar hukuman kolektif Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau mendedahkan bahawa pihak berkuasa Israel sejak beberapa bulan lalu menarik balik beratus-ratus permit kerja daripada ahli perniagaan Palestin di al-Khalil ketika melalui halangan al-Thaheriya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Ynet: Netanyahu akan disiasat atas dakwaan rasuah

Khamis, 09-03-2017 – Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth menyiarkan berita berkaitan tindakan polis Israel yang akan menyiasat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana disyaki menerima rasuah. Selain beliau, isterinya, Sara dan anak lelaki, Yair didakwa terlibat menerima wang tersebut dari Arnon Miolczan, ahli perniagaan berbangsa Yahudi.

Berikutan itu, fail kes bernombor 1000 telah dibuka dan siasatan dijangka mengambil masa sehingga akhir bulan April. Dalam siasatan itu, pihak polis perlu menyoal 2 orang saksi utama tetapi tidak menyatakan siapa, kata akhbar itu lagi.

Satu lagi fail kes bernombor 2000, pihak polis akan menyoal Netanyahu berhubung satu perjanjian di antara beliau dan Arnon Mozes, di mana pemilik akhbar Yedioth Ahronoth itu memberi gambaran bahawa Netanyahu adalah seorang perdana menteri yang baik sebagai balasan kerana Netanyahu menutup akhbar Israel Hayom, akhbar pesaing milik Arnon.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rivlin: Kami sedang berusaha untuk mengembalikan mayat Goldin dan Shaul.

Khamis, 09-03-2017 – Reuven Rivlin, presiden Israel berkata pada Ahad yang usaha sedang dijalankan untuk mengembalikan mayat tentera Israel Hadar Goldin dan Oron Shaul yang berada dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Ucapan Rivlin itu disampaikan pada Ahad di acara sempena memperingati kedua-dua tentera Israel tersebut. Avigdor Lieberman, menteri perang Israel berkata yang kerajaan Israel terkini menggunakan segala cara yang ada sama seperti kerajaan Israel terdahulu untuk mencari tentera Israel yang hilang dan mengebumikan mayat mereka di Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Iringi Pencerobohan Pendatang Yahudi di Salfit

Khamis, 09-03-2017 – Tentera Israel pada mempergiatkan kehadiran mereka di jalan masuk utama ke Kafl Haris, utara Salfit, bagi membuka jalan pendatang Yahudi memecah masuk ke kawasan itu.

Sumber tempatan berkata beratus-ratus pendatang Yahudi, diiringi oleh rondaan tentera, bakal menyerbu Kafl Haris untuk melaksanakan ritual asusila. Menurut saksi, tentera Israel telah meronda di persimpangan Kafl Haris, berhampiran Ariel. Peneroka fanatik Israel sering menyerbu kawasan itu atas alasan ia adalah rumah kepada tempat-tempat suci Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen anti Israel British, Gerald Kaufman meninggal dunia.

Isnin, 06-03-2017 – Gerald Kaufman, ahli British House of Commons dan ahli Parlimen British paling lama berkhidmat dan terkenal dengan kritikan terhadap Israel, meninggal dunia pada umur 86 tahun.

Kaufman, seorang Yahudi dari keturuan Poland, berkhidmat selama 47 tahun untuk Parlimen British mewakili Parti Buruh. Beliau lantang menentang polisi ‘Nazi’ Israel meletakkan beliau sebagai salah seorang yang sering menjadi sasaran kerajaan dan media Israel.

Semenjak dipilih mewakili Parlimen Manchester City, Kaufman terkenal dengan pendirian keras dalam isu kebajikan pekerja dan keadilan sosial termasuklah kritikan keras terhadap pendirian Israel. Salah satu tindakan popular beliau adalah melancarkan kempen menentang operasi ketenteraan Israel di semenanjung Gaza pada tahun 2002.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel memperuntukkan $186 juta untuk projek penempatan baru.

Isnin, 06-03-2017 – Memetik dari akhbar Hebrew Daily Ynet Khamis lepas, kerajaan Israel telah memperuntukkan sejumlah $186 juta untuk projek penempatan baru di Jerusalem. Kerajaan Israel dan Majlis Perbandaran Jerusalem telah mencapai kata sepakat untuk memperuntukkan dana tersebut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam bajet 2017.

Dana yang telah diluluskan itu akan membantu usaha Majlis Perbandaran Jerusalem dalam projek meng-yahudi-kan bandar Jerusalem. Menteri Israel yang bertanggungjawab dalam urusan Jerusalem, Ze’ev Elkin menyebut “Ini adalah bajet strategik dalam membantu Jerusalem terus maju kehadapan dan saya berharap ini adalah langkah pertama dalam banyak lagi langkah yang akan diambil.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Rampas Peralatan Pertanian Di Lembah Jordan

Isnin, 06-03-2017 – Israel merampas dua trak dan dua traktor milik rakyat Palestin di kawasan al-Ras al-Ahmar di Lembah Jordan dan membawanya ke sebuah kem tentera.

Mutaz Bsharat berkata, dalam satu kenyataan hari ini, bahawa pihak berkuasa Israel (IOA) tidak memberi sebab atas penahanan itu. Menurut laporan oleh institusi antarabangsa dan kemanusiaan, IOA mensasarkan Lembah Jordan dalam usaha untuk memberi tekanan kepada penduduk Palestin di sana untuk meninggalkan rumah, tanah mereka dan meninggalkan kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin