Categories
Berita Semasa

Beberapa negara Afrika menyokong hak Palestin di UNGA

Jumaat, 04-10-2019 – Palestin masih menjadi keutamaan Afrika, apabila belasan pemimpin dari benua itu menekankan perlunya Israel menghentikan penjajahannya ke atas Palestin dan mengembalikan hak sah kepada rakyat Palestin untuk bebas dalam kenyataan mereka di sesi ke 74 Mesyuarat Agung PBB minggu lepas.

Senegal, Namibia, Nigeria, South Africa, Lesotho, Mozambique, Mauritius, Burkina Faso, Mali, Mauritania, Angola, Chad, Djibouti, Gambia, Sao Tome dan Principe semuanya menyebut tentang keperluan pembentukan negara Palestin untuk memastikan keamanan berpanjangan bagi rakyat Palestin dan Israel.

Mereka turut menekankan perlunya Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan masyarakat antarabangsa perlu mempertingkatkan usaha agar Israel dikenakan tindakan atas perlanggaran undang-undang antarabangsa. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang mogok di Baitul Maqdis , tahan aktivis.

Jumaat, 04-10-2019 – Selasa lalu, Rejim Zionis telah menyerang suatu bantahan yang dianjurkan oleh warga Palestin berdekatan Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, di mana tahanan Palestin Samer al-Arabeed sedang ditahan pada ketika ini selepas koma kerana dibelasah ketika sesi soal-siasat oleh pihak berkuasa Israel.

Rejim Zionis telah menyerang dengan ganas penunjuk-penunjuk perasaan dan telah menahan dua orang.

Berpuluh-puluh aktivis Palestin telah mengadakan mogok duduk di Baitulmaqdis sebagai menyuarakan sokongan untuk al-Arabeed, dan sebagai bantahan terhadap polisi agresif yang dilaksanakan ke atas tahan Palestin di penjara-penjara Israel.

Aktivis Palestin menekankan bahawa al-Arabeed memerlukan rawatan perubatan dengan segera, dan pihak Perkhidmatan Penjara Israel tidak memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Mereka juga mendesak supaya penyoal-siasat Israel yang telah menyerang al-Arabeed dibicarakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Palestin mendesak untuk meningkatkan jumlah kehadiran mereka di Masjid Aqsa

Rabu, 02-10-2019 – Pergerakan Islam di Yerusalem yang dijajah telah menyeru rakyat Palestin di kota suci dan tanah yang diduduki sejak tahun 1948 untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Aqsa dan berarak secara beramai-ramai dari hari Ahad hingga akhir musim cuti Yahudi.

Dalam satu pernyataan, Gerakan Islam menegaskan perlunya tidak memberi peluang kepada negara penjajah Israel untuk mengenakan dakwaan baru dan tuntutan palsu di Masjid Aqsa.

Ia menggesa para tokoh kebangsaan dan agama Yerusalem berada di barisan hadapan mereka yang bersara untuk beribadah di Masjid dan mempertahankannya pada masa kini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Beratus pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Rabu, 02-10-2019 – Sekurang-kurangnya 200 pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk ke kawasan halaman Masjidil Aqsa dengan kawalan ketat polis rejim Israel, dijangka lebih ramai lagi pendatang akan berbuat demikian.

Menurut kata saksi, penganut Yahudi itu memasuki masjid tersebut secara berkumpulan dan melakukan tindakan provokasi ketika diberi penerangan yang mendakwa di situ adalah tapak kuil mereka serta cuba mengadakan ibadat penyembahan mengikut ajaran Yahudi.

Turut kelihatan di antara mereka ialah Menteri Pertanian Israel, Uri Aril yang menyampaikan ucapan berapi-api mendesak supaya bangunan kuil Yahudi dibina di atas tapak masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Israel curi hasil tanaman zaitun di Nablus.

Rabu, 02-10-2019 – Sekumpulan penduduk haram Israel telah menyerang beberapa petani Palestin di perkampungan Deir Sharaf, di sebelah barat Bandar Nablus, Ahad lalu, dan telah mencuri sejumlah besar buah zaitun.

Seorang aktivis anti-pendudukan haram Ghassan Daghlas memberitahu bahawa beberapa penduduk haram Israel telah mengusir petani-petani Palestin dari tanah mereka sendiri dan telah mencuri sejumlah besar zaitun yang telah dirancang untuk penuaian pada musim zaitun tahunan akan datang.

Penduduk haram Israel seringkali menyerang petani-petani Palestin di tanah mereka di Tebing Barat, mencuri hasil tuaian dan memusnahkan tanaman, dan hampir setiap kali tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jordan: Ikrar sumbangan baru untuk UNRWA

Rabu, 02-10-2019 – Menteri Luar Jordan Ayman al-Safadi berkata yang beberapa wakil negara penyumbang dan institusi telah berikrar untuk memberi sumbangan baru kepada UNRWA bagi membantunya meneruskan operasi.

Safadi membuat kenyataan tersebut berikutan mesyuarat menteri-menteri tentang UNRWA yang diadakan baru-baru ini sebagai acara sampingan Perhimpunan Agung PBB di New York.Matlamat mesyuarat itu adalah sebagai sokongan terhadap UNRWA dan untuk menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa agar menyokong UNRWA ketika ia menghadapi cabaran sukar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Setelah 15 hari mereka mogok lapar, penjara Israel setuju penuhi permintaan tahanan.

Isnin, 30-09-2019 – Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa wakil tahanan telah membuat satu perjanjian rasmi dengan pihak penjara serta perisikan Israel.

Menurut Suruhanjaya itu, perjanjian yang berkuatkuasa mulai pagi hari Khamis itu turut menyatakan bahawa semua tahanan yang melakukan mogok lapar akan dihantar kembali ke penjara asal di mana mereka ditahan.

Pihak penjara juga berjanji akan menangani dan mengurangkan kekuatan pancaran alat penyekat isyarat telefon bimbit yang memberi kesan kepada kesihatan dan menganggu siaran radio serta televisyen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel dikatakan cedera dalam kejadian tikaman dekat Ramallah

Isnin, 30-09-2019 – Seorang pendatang Israel dikatakan cedera pada petang Rabu dalam satu kejadian tikaman di barat Ramallah.

Yedioth Ahronoth melaporkan yang seorang pendatang Israel berusia 20an mengalami kecederaan kecil setelah ditikam oleh seorang remaja Palestin di persimpangan Maccabim.

Tentera rejim kemudiannya bergegas ke tempat tersebut dan menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. Tiada maklumat lanjut diberikan sama ada remaja tersebut ditembak sebelum ditahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

MP Khudari: 2,000 unit rumah tidak dibina semula sejak perang 2014

Isnin, 30-09-2019 – Ahli Parlimen Jamal al-Khudari, ketua Jawatankuasa Popular terhadap Pengepungan, berkata bahawa 2,000 unit rumah di Semenanjung Gaza belum dibina semula sejak ia musnah sepenuhnya dalam peperangan Israel pada tahun 2014.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Khudari menjelaskan bahawa kekurangan dana adalah alasan untuk tidak membina semula unit-unit ini, menggambarkan keperluan untuk pembinaan semula sebagai permintaan moral, kemanusiaan dan undang-undang.

Beliau merayu kepada semua pihak yang berjanji untuk menderma kepada pembinaan semula Gaza untuk memenuhi komitmen kewangan mereka dalam hal ini, terutama sejak beratus-ratus keluarga tidak mempunyai rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan warga Palestin di utara Tebing Barat.

Isnin, 30-09-2019 – Khamis lalu Rejim Zionis telah menahan sekumpulan warga Palestin berdekatan sempadan Shuweika di pagar pemisah Tulkarem di utara Tebing Barat, dan telah membawa mereka ke sebuah tempat yang tidak diketahui.

Sumber tempatan memaklumkan kepada pemberita Pusat Maklumat Palestin bahawa tentera Israel telah menahan sekumpulan penumpang Palestin yang terkandas di tanah terjajah Palestin setelah mereka dibenarkan untuk menyeberang melalui sempadan al-Shuweika, yang telah dibuka untuk beberapa hari dan ditutup kembali malam kelmarin.

Sumber yang sama juga memberitahu bahawa pihak tentera telah menahan semua penduduk yang berada di dalam kawasan berpagar berkenaan dan telah mengumpulkan mereka sebelum dibawa pergi menaiki bas.

Ramai warga Palestin lain turut ditahan malam kelmarin di kawasan yang sama dan telah dibawa ke pusat-pusat tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Abbas Akan Umumkan Tarikh Pilihan Raya Umum Palestin Setelah Kembali Dari New York

Isnin, 30-09-2019 – Ketua Otoriti Palestin, Mahmud Abbas menyatakan tarikh pilihan raya umum Palestin akan diumumkan sekembalinya dari New York sama ada di Gaza, Tebing Barat mahupun Al-Quds.

Dalam ucapannya di hadapan sidang umum PBB ke 74 di New York, Abbas meminta PBB dan pihak antarabangsa berkaitan pilihan raya untuk memantau pilihan raya umum nanti.

Menurut Abbas, pihaknya berharap tidak ada kumpulan yang berusaha untuk menggagalkan pilihan raya umum Palestin.

Sementara itu gerakan Hamas menyatakan persetujuan tanpa syarat atas inisiatif kumpulan-kumpulan Palestin untuk menghentikan perpecahan.

Visi nasional untuk menamatkan perpecahan mencakupi pembentukan pemerintahan bersatu sebelum akhir tahun ini iaitu dengan menyatukan undang-undang pilihan raya bagi badan-badan berkaitan, pembentukan jawatankuasa pilihan raya nasional melalui perwakilan serta mengadakan pilihan raya pertengahan tahun hadapan.

Kumpulan yang menyampaikan pandangan dan visi mereka adalah Jihad Islami, Front Rakyat Demokratik, Partai Rakyat, Inisiatif Nasional, Fada, Komando Umum dan Halilintar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

MK Avi Dichter menghancurkan Masjid Aqsa

Isnin, 30-09-2019 – Anggota Knesset dan bekas ketua Shin Bet, Avi Dichter pada Rabu pagi menyifatkan halaman Masjid Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat.

Menurut sumber tempatan, Dichter memasuki masjid bersama perampas lain dan melawat halamannya.

Baru-baru ini, kumpulan Yahudi menghasut pengikutnya untuk mencemarkan masjid secara beramai-ramai untuk meraikan acara agama mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan lapan warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Jumaat, 27-09-2019 – Rejim zionis Israel menahan 8 orang warga Palestin termasuk seorang menteri dalam operasi yang diadakan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pihak tentera rejim menyatakan bahawa tujuh penduduk Palestin telah ditangkap di Tebing Barat atas alasan mengancam keselamatan.

Sementara itu, polis rejim telah menyerbu al-Suwana dan menahan Menteri Hal Ehwal bagi Baitulmuqaddis, Fadi al-Hadmi di rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Erdogan menyelar tindakan Israel meluaskan pengambilan tanah Palestin

Jumaat, 27-09-2019 – Presiden Turki Recep Erdogan pada Selasa menyelar rejim Israel kerana merampas tanah Palestin dan meneruskan perluasan tanah haram.

Berucap pada perhimpunan agung PBB di New York, Erdogan menunjukkan imej perubahan Palestin yang jelas menampakkan kerakusan Israel selama berdekad.

“Di manakah Israel pada tahun 1947 dan di manakah ia sekarang?” kata beliau sambil menayangkan peta di mana tanah Palestin ditandakan dengan warna hijau yang dirampas oleh Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan kediaman dan tempat simpanan warga Palestin di Al Khalil

Jumaat, 27-09-2019 – Rabu lalu Rejim Zionis telah memusnahkan dua fasiliti warga Palestin di bandar al-Khalil di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, jentolak Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan milik Palestin yang digunakan untuk menyimpan peralatan pertanian di kawasan Sahl al-Baq’a di Bandar al-Khalil.

Selain itu, jentolak Israel juga telah memusnahkan sebuah kediaman dua tingkat warga Palestin di kawasan al-Hajra di dalam bandar yang sama, atas alasan kononnya tidak mempunyai lesen yang sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul