Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Keutamaan tertinggi Hamas adalah terus membina kekuatannya

Selasa, 21-12-2021 – Timbalan ketua biro politik luar negara Hamas, Mousa Abu Marzouk telah mengesahkan bahawa keutamaan pertama pergerakannya adalah untuk terus membina kekuatannya, menjelaskan bahawa laluan untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan telah diserahkan kepada pengantara di Mesir.

Dalam temu bual yang dijalankan dengannya oleh Pusat Maklumat Palestin (PIC), pegawai Hamas itu bercakap tentang beberapa isu utama yang mempengaruhi keadaan Palestin secara umum.

Menjawab soalan mengenai visi Hamas untuk memulihkan pergeseran di Palestin, Abu Marzouk berkata bahawa visi ini datang dalam konteks motivasi kendiri pergerakan itu terhadap kepentingan mencapai perpaduan nasional; dan mempunyai satu suara Palestin dan satu kepimpinan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas Komited Dengan Prinsip Dan Pendirian – Mishaal

Jumaat, 17-12-2021 – Dalam seminar di Istanbul pada Isnin, pengerusi Hamas di luar negara, Khaled Mishaal menyatakan gerakannya memperoleh legitimasi hasil komitmen terhadap prinsip kebangsaan Palestin. 

Tambahnya, sempena ulangtahun ke-34 penubuhan, Hamas terus mencapai kejayaan berturut-turut dan masih teguh dengan pendirian mereka.  Jelas Mishaal, perjuangan Hamas adalah sah sekaligus memperoleh legitimasi demokrasi melalui pilihanraya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

IOA musnahkan rumah warga Palestin di Baitulmuqaddis

Jumaat, 17-12-2021 – Pihak rejim (IOA) di timur Baitulmuqaddis pada pagi Selasa memusnahkan sebuah rumah warga Palestin dan asas sebuah rumah lagi, yang mana pemiliknya dipaksa memusnahkan rumah pada bulan lepas.

Menurut sumber tempatan, pekerja pemusnahan dikawal oleh polis rejim sewaktu menyerbu kawasan ash-Shayyah di timur Baitulmuqaddis kejiranan at-Tur, dan memusnahkan asas rumah yang dimiliki oleh keluarga Burqan.

Keluarga Burqan terpaksa memusnahkan rumah mereka pada bulan lepas bagi mengelak daripada membayar jumlah wang yang tidak masuk akal kepada perbandaran Israel jika tidak mematuhi arahan pemusnahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lancar Kempen Tahanan Besar-Besaran di Tebing Barat, Jerusalem

Jumaat, 17-12-2021 – Rejim Zionis melancarkan kempen serbuan dan tangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Jerusalem pada awal pagi Selasa.

Di Ramallah, askar rejim menahan lima penduduk tempatan selepas menceroboh pekan Deir Abu Mashal di barat bandar itu. Seorang anggota Gerakan Hamas juga telah dipanggil untuk siasatan di pusat siasatan Ofer.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

9 kematian korona, 343 kes baharu di Palestin dalam tempoh 24 jam

Jumaat, 17-12-2021 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa melaporkan sembilan kematian baharu yang dikaitkan dengan COVID-19 (coronavirus), 343 ujian positif baharu dan 224 pemulihan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian itu, tujuh daripada mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu adalah dari Tebing Barat dan dua lagi dari Gaza.

Selain itu, 57 pesakit COVID-19 yang tenat sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 16 daripadanya telah diletakkan pada ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Puluhan peneroka Yahudi memasuki perkarangan Masjidil Aqsa

Jumaat, 17-12-2021 – Sekumpulan peneroka Yahudi yang turut diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan perkarangan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis pada pagi Selasa kelmarin.

Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh peneroka termasuk beberapa orang askar separa tentera telah memasuki masjid dalam kumpulan yang berbeza melalui Pintu Maghriba dan melewati perkarangan di bawah kawalan pihak polis yang ketat.

Semasa lawatan mereka di Majidil Aqsa ini, para peneroka ini telah mengadakan ceramah daripada rabbi Yahudi mengenai dakwaan kuil di gunung serta beberapa orang daripada mereka telah melakukan upacara Talmud di kawasan masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan sebuah rumah dan tapak rumah lain di Baitulmuqaddis

Jumaat, 17-12-2021 – Pihak berkuasa Israel di timur Baitulmuqaddis pada pagi hari Selasa telah merobohkan sebuah rumah milik warga Palestin dan tapak sebuah rumah lagi yang mana pemiliknya telah dipaksa merobohkan rumahnya pada bulan lepas.

Menurut sumber tempatan, krew pemusnahan diiringi polis menyerbu kawasan ash-Shayyah di timur kejiranan at-Tur di Baitulmuqaddis, dan mula memusnahkan tapak rumah dimiliki keluarga Burqan.

Keluarga Burqan terpaksa merobohkan rumah mereka pada lebih kurang sebulan lalu bagi mengelak terpaksa membayar denda yang tinggi kepada pihak perbandaran Israel sekiranya mereka gagal mematuhi perintah perobohan rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Sejumlah pendatang mencemarkan Masjid Aqsa pada waktu pagi

Rabu, 15-12-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang diiringi oleh polis rejim pada pagi Isnin mencemarkan Masjid Aqsa.

Puluhan pendatang memasuki masjid dalam beberapa kumpulan melalui Pintu Maghariba dan berlegar-legar di dataran dengan kawalan ketat polis, demikian menurut sumber tempatan.Ketika keberadaan mereka di kawasan suci Islam itu, mereka mendengar ceramah oleh para rabbi tentang kuil yang kononnya ada di situ. Sejumlah daripada mereka sengaja mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah: Saya akan teruskan tugas saya pertahan masjid Al-Aqsa

Rabu, 15-12-2021 – Sheikh Ra’ed Salah, ketua cawangan utara Gerakan Islam 1948 di Palestin yang diduduki, berkata bahawa beliau akan terus mengangkat budaya Arab Palestin dan mempertahankan masjid Al-Aqsa.

Sheikh Salah berkata demikian semasa sidang media yang diadakan pada tengah hari hari Isnin yang dihadiri orang ramai di bandar Umm al-Fahm selepas pembebasannya dari penjara Israel.

“Kita akan hidup dan mati mempertahankan budaya Islam, Arab dan Palestin. Budaya ini tidak akan mati atau berhenti”, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Hamas mengalu-alukan Algeria sebagai tuan rumah persidangan kumpulan-kumpulan Palestin

Selasa, 14-12-2021 – Algeria akan menjadi tuan rumah persidangan untuk semua kumpulan Palestin tidak lama lagi, demikian menurut saluran media rasmi Algeria pada Isnin.

Pengumuman itu berikutan pertemuan di Algiers pada Isnin di antara presiden Palestin Mahmoud Abbas dan presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune.

Tebboune mengumumkan dalam satu siding akhbar bersama Abbas bahawa negaranya akan membanyar sejumlah 100 juta dollar kepada pihak berkuasa Palestin dan menambah ia bertepatan dengan sokongan tidak berbelah bagi Algeria terhadap Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Israel sembur graffiti perkauman pada dinding di Umm al-Fahm

Selasa, 14-12-2021 – Sekumpulan pelampau Israel pada awal hari Rabu menyembur slogan berunsur perkauman pada dinding sebuah masjid tempatan di bandar Umm al-Fahm, dalam Garisan Sempadan Hijau. 

Sumber tempatan mengesahkan bahawa pelampau tersebut memecah masuk ke dalam bandar Arab Umm al-Fahm dan menyembur slogan anti-Arab pada dinding masjid berkenaan.

Insiden tersebut berlaku seminggu selepas polis Israel menahan enam orang rakyat Palestin dari Umm al-Fahm; selepas beberapa rumah dibakar berikutan satu pembunuhan yang berlaku di bandar tersebut pada hari Khamis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Ditahan Dalam Kempen Serangan Rejim Zionis

Selasa, 14-12-2021 – Rejim Zionis melancarkan kempen serbuan dan tangkapan berskala besar pada pagi hari Rabu di kawasan berasingan di Tebing Barat dan Jerusalem.

Di Bethlehem, bekas banduan Shurooq Muhammad Musa Al-Badan, 28, ditahan selepas tentera Israel menyerbu dengan ganas dan menggeledah rumah keluarganya di bandar Taqou.

Shurooq, ibu kepada dua anak, dibebaskan dari penjara Israel enam bulan lalu selepas menjalani hukuman selama lapan bulan dalam tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mai al-Kaila: Satu kematian, 337 kes baharu COVID-19 di Palestin

Selasa, 14-12-2021 – Menteri kesihatan Palestin, Mai al-Kaila, mengumumkan pada hari Selasa bahawa satu kematian, 337 kes baharu virus korona direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menteri itu berkata dalam laporan epidemiologi harian virus korona bahawa 247 kes pemulihan direkodkan dalam tempoh yang sama, sambil menambah bahawa kematian tunggal direkodkan di Semenanjung Gaza.

Beliau menegaskan bahawa 58 pesakit kritikal dimasukkan ke unit rawatan rapi manakala 92 yang lain dirawat di bahagian COVID-19 Tebing Barat di pelbagai hospital termasuk 12 yang telah diletakkan pada ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor Syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Robohkan Struktur Binaan Palestin di Baitulmaqdis Yang Diduduki

Selasa, 14-12-2021 – Pada hari Selalsa lalu pihak perbandaran Israel telah merobohkan tembok penahan di bandar Jabal Mukaber, selatan Baitulmaqdis yang Diduduki.

Sumber media berkata beberapa jip dan jentolak tentera Israel menyerbu kejiranan Sal’a di Jabal al-Mukaber dan mula merobohkan tembok penahan yang mengelilingi tanah pertanian milik Kayed Naim Fatafta, di bandar Jabal Mukaber.

Kesemua tanaman juga musnah semasa proses perobohan.

Pihak berkuasa rejim Zionis Israel melaksanakan pelbagai bentuk gangguan terhadap penduduk Baitulmaqdis, sebagai cara untuk memaksa mereka meninggalkan kota yang penting dari segi agama ini; untuk memudahkan rancangan untuk perluasan penempatan khas untuk penganut Yahudi sahaja.

Dalam tempoh tahun 2021 sahaja, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki telah mendokumentasikan perobohan 698 bangunan oleh tentera Israel, dan pengusiran 949 rakyat Palestin dari “Kawasan C” Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan berhimpun di luar Masjid Lod untuk melindunginya daripada pendatang

Khamis, 09-12-2021 – Puluhan warga Palestin berkumpul di luar Masjid Besar Kota Lod untuk melindunginya daripada sebarang serangan oleh para pelampau pendatang Yahudi, yang menganjurkan perarakan provokasi.

Peguam dan aktivis Palestin Khaled Zabarqa berkata, perhimpunan tersebut menjadi penghalang kepada sebarang usaha pendatang untuk menyasarkan masjid atau penduduk tempatan di kota itu seperti yang telah berlaku pada kejadian bulan Mei lalu.

Zabarqa mengesahkan yang apa telah berlaku pada beberapa bulan kebelakangan di kota itu menggambarkan kemampuan warga Palestin untuk melindungi diri mereka dan mempengaruhi masa depan mereka. Beliau menambah bahawa perhimpunan-perhimpunan mampu meneutralkan ancaman dan rampasan hak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati