Categories
Berita Semasa

COVID-19: 23 Kematian Baharu, 1,883 Kes Baru di Palestin Dalam Masa 24 Jam

Isnin, 14-12-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa 23 kematian, 1,883 kes baharu serta 1,636 kes pulih coronavirus dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa 16 kematian dicatatkan di Tebing Barat dan tujuh kematian di Semenanjung Gaza.

Menteri itu menyatakan bahawa kadar kes pulih coronavirus mencapai 76.7 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 22.4 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.

Kailah memberitahu bahawa terdapat 84 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan intensif termasuk 25 yang telah ditempatkan di bawah bantuan alat pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik beberapa warga Palestin ketika serbuan ke rumah-rumah

Isnin, 14-12-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada malam semalam dan subuh Rabu menyerbu rumah-rumah dan menculik beberapa warga Palestin ketika kempen di kawasan Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu bandar Jaba, selatan Jenin, dan menyoal siasat penduduk tempatan ketika serbuan ke rumah mereka.

Pertelingkahan ganas tercetus pada Subuh dan berterusan sehingga pagi di antara iOF dan penduduk tempatan di bandar Jaba. Enam pemuda dilaporkan cedera akibat tembakan peluru getah dan diberikan pertolongan perubatan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 pendatang Yahudi ceroboh Masjid Aqsa.

Isnin, 14-12-2020 – Beratus pendatang haram Yahudi masuk Masjidil Aqsa pada pagi Rabu semalam dengan diiringi anggota polis rejim Israel.

Menurut saksi tempatan, 101 pendatang Yahudi memasuki masjid tersebut melalui pintu al-Maghariba dan berkeliaran di pekarangan masjid dengan kawalan pihak polis rejim.

Sesetengah pendatang dilaporkan ada yang melakukan upacara sembahyang mengikut ajaran Talmud pada pagi tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas alu lawatan delegasi EU ke Gaza.

Khamis, 10-12-2020 – Hamas mengalu-alukan kedatangan delegasi duta Kesatuaan Eropah (EU) ke Gaza yang dijadualkan pada hari Khamis ini bagi melihat sendiri keadaan bencana kemanusiaan yang berlaku susulan penularan Koronavirus di wilayah yang terkepung itu.

Lawatan itu berikutan amaran pihak Kementerian Kesihatan Semenanjung Gaza akan keadaan penularan pandemik yang bertambah buruk  akibat kekurangan kemudahan perubatan asas terutamanya kit bagi ujian saringan virus tesebut.

Hamas mengulangi penegasan mereka berhubung  keadaan  yang semakin buruk itu adalah disebabkan oleh tindakan  rejim penjajah Israel mengepung wilayah itu dan tambahnya lagi pengepungan telah  menjejaskan semua aspek kehidupan di wilayah semenanjung tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera teruk akibat tembakan Israel di Baitulmuqaddis

Khamis, 10-12-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera teruk pada petang Isnin apabila tentera rejim melepaskan tembakan ke arahnya atas dakwaan beliau cuba melakukan serangan tikaman.

Menurut Saluran 7 Israel, seorang pemuda gagal untuk menikam tentera di pos pemeriksaan Qalandiya di utara Baitulmuqaddis.

Pemuda itu yang identitinya masih belum diketahui mengalami kecederaan serius akibat tembakan peluru.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Pendatang Yahudi Serbu Halaman Al-Aqsa

Khamis, 10-12-2020 – Puluhan warga pendatang Yahudi pagi Selasa menyerbu di halaman Al-Aqsa dengan dijaga ketat oleh pasukan polis Israel.

Sumber tempatan menyebutkan, 39 warga pendatang Yahudi menyerbu masjid Al-Aqsha dan menjalankan ritual Talmud dan sebahagian mereka mengenakan pakaian memalukan dengan dijaga ketat oleh polis Israel.

Kelompok Haikal Yahudi menyampaikan seruan kepada kelompok Yahudi ekstrim untuk menyerbu masjid Al-Aqsa dan mengubah musim sejuk menjadi musim sejuk Yahudi di masjid Al-Aqsa.

Hal ini bersamaan dengan hari raya Anwar Yahudi yang dikenal dengan Hanuka yang berlangsung antara 10-18 Disember yang bermula Khamis ini.

Bulan lalu, pasukan Israel memanjangkan waktu lawatan di waktu petang sehingga dari jam 12.30pm hingga 2.00pm yang sebelumnya 1.30pm.

Kelompok Haikal meminta pasukan Israel memperketat kawalan terhadap masjid Al-Aqsa dan mengusir warga Palestin. Mereka meminta agar memanfaatkan sokongan Amerika terhadap Israel dan memperbanyakkan projek Yahudinisasi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel merampas ratusan ekar tanah pertanian Palestin di Nablus Selatan

Khamis, 10-12-2020 – Pasukan penjajah Israel merampas ratusan ekar tanah rakyat Palestine di kawasan Burin,Maduma, Ashirah, Qabaliya, Nablus Selatan dengan tujuan meluaskan pemukiman Zionis Yetsahar.

Menurut Koordinator Pemukiman Tebing Barat Utara, Ghassan Douglas, pasukan Israel turutmenyerahkan surat waran rampasan di beberapa wilayah yang lain termasuk di wilayah Maraj,

Khullah Maraj dan Uqdah Maduma untuk tujuan pemukiman baru dan pelebaran jalan untuk kepentingan pemukiman zionis tersebut.
Doughlas menambah pihak Israel betujuan menyita dan merampas tanah pertanian di kawasan sekitar dan seterusnya membangunkan rumah-rumah pemukiman yahudi, mengakibatkan warga Palestine makin tersisih ke pendalaman.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Baitulmuqaddis cedera akibat tembakan Israel di Issawiya.

Rabu, 09-12-2020 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera teruk di matanya akibat tembakan oleh Israel setelah polis rejim menyerbu daerah Issawiya di timur Baitulmuqaddis pada petang Ahad.

Menurut sumber tempatan, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Omar Ahmed cedera akibat tembakan peluru getah di matanya ketika beliau berada di hadapan rumahnya di Issawiya.

Kejadian itu berlaku apabila sejumlah polis rejim menyerbu Issawiya dan bertelingkah dengan pemuda tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerang perarakan aman ke atas penerokaan haram di Salfit.

Rabu, 09-12-2020 – Rejim Zionis Israel dengan  telah secara ganas menghentikan perarakan membantah penerekoaan haram Israel di Barat Kota Salfit, utara Tebing Barat pada hari Khamis. 

Mengikut sumber tempatan, tentera zionis Israel telah menghujani peserta perarakan dengan beberapa das tembakan gas pemedih mata. Ada beberapa peserta telah dirawat akibat kesesakan nafas dari menghidu gas pemedih mata. 

Tentera rejim zionis israel juga telah menyerang beberapa peserta lain dan juga wartawan ketika acara perarakan tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Warga Jerusalem ditahan sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Zionis Israel.

Rabu, 09-12-2020 – Sebaik sahaja di lepaskan dari penjara Israel, agensi perisikin Shin Bet menahan semula warga Jerusalem pada hari Isnin lepas.

Ketua Jawatankuasa Ahli Keluarga Tahanan Jerusalem, Osama Al-Rajbi, 27 tahun ditahan semula sebaik sahaja dibebasakan dari Penjara Negev dan di pindahkan ke pusat penahanan Moskobiya di barat Jerusalem. 

Rajbi telah diculik oleh pihak polis pada 8hb September 2015 kerana terlibat dengan perjuangan Al-Aqsa dan kemudian mahkamah tentera Zionis Israel memerintahkan beliau di tahan selama 63 bulan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel Tembak Seorang Pemuda di Pos Militan Qalandia

Rabu, 09-12-2020 – Isnin petang (7/12/2020), pasukan penjajah Israel menembak seorang pemuda Palestin di pos pemeriksaan tentera Qalandia, di utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Dengan alasan bahawa mangasa berusaha melakukan serangan tikaman.

Saluran TV7 Israel melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin berusaha melakukan serangan tikaman di pos pemeriksaan militan Qalandia. Saluran televisyen Israel ini melaporkan, tidak ada yang tercedera dalam kalangan prajurit Israel dalam usaha serangan tersebut.

Menurut laporan media Israel, pemuda Palestin tersebut cedera parah.

Sementara itu saluran TV13 Israel mengatakan, seorang pemuda Palestin berusaha melakukan serangan tikaman dan berjaya diamankan dengan (ditembak) oleh tentera penjajah Israel.

Dari awal tahun 2020 ini hingga akhir Oktober lalu, gerakan Defense for Children International telah merekordkan kematian tujuh remaja Palestin yang berusia antara 13 hingga 17 tahun, kerana ditembak oleh tentera penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman


Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera parah akibat tembakan tentera Israel di Baitulmaqdis

Rabu, 09-12-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera parah ketika tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya atas tuduhan pemuda tersebut membawa peralatan tajam.

Menurut Saluran 7 Israel, seorang pemuda dicederakan berikutan percubaannya untuk menikam tentera di pusat pemeriksaan Qalandiya di utara Baitulmaqdis.

Pemuda itu, yang identitinya masih belum diketahui, mengalami kecederaan yang serius.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Pembangunan pesat perkampungan penjajah di utara al-Quds

Rabu, 09-12-2020 – Lembaga Penyiaran Israel “Kan-11” menyebut rancangan pembangunan perkampungan penjajah Yahudi di utara Al-Quds berkembang secara pesat.

Saluran television Israel menyebut Jawatankuasa Perencanaan & Pembangunan Kota Jurusalem yang berada di bawah penjajah Israel telah bersetuju untuk membangunkan 9,000 unit rumah di perkampungan “Atarot” di utara al-Quds dan hanya menunggu kelulusan dari
peringkat politik Rancangan pembangunan perkampungan Yahudi ini mendapat sokongan dari Amerika walaupun mendapat tentangan dari beberapa Negara Eropah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

EU menuntut siasatan ke atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Ramallah

Selasa, 08-12-2020 – Kesatuan Eropah (EU) telah menyelar pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera rejim di Kampung al-Mughayir, timut laut Ramallah di Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu, wakil EU di Palestin Sven Kuhn von Burgsdorff menyeru siasatan segera ke atas kejadian tembakan itu dan menyatakan mereka yang melakukan jenayah itu mesti bertanggungjawab.

“Kanak-kanak adalah di bawah perlindungan khas menurut undang-undang antarabangsa,” Burgsdorff said.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

EU Seru Siasatan Segera Kematian Kanak-Kanak Palestin Akibat Peluru Israel

Selasa, 08-12-2020 – Kesatuan Eropah (EU) menyeru agar dilakukan siasatan atas pembunuhan yang dilakukan tentera penjajah Israel terhadap kanak-kanak Palestin, Ali Abu Alia (13 tahun), di kota Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.

Perwakilan EU di wilayah Palestin yang diduduki Israel, Seven Kun von Burgsdorf, dalam sebuah pernyataan kelmarin mengatakan, “Saya menyeru agar dilakukan siasatan dan pertanggungjawaban segera terhadap para pelaku kejahatan ini.” Beliau menyatakan bahawa “kanak-kanak memiliki perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa.”Katanya “Berapa banyak kanak-kanak Palestin lainnya yang akan terdedah dengan ancaman penggunaan senjata mematikan yang berlebihan oleh pasukan Israel?!”

Beliau mengungkapkan bahawa pihaknya mengecam kejahatan pembunuhan ini dan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Abu Alya meninggal dunia akibat cedera di tembak di perut oleh peluru penjajah Israel, pada Jumaat (4/12/2020), ketika berlaku pertembungan yang meletus di desa Al Mughayer. Mangsa sempat dilarikan ke Kompleks Perubatan “Palestina” di Ramallah dalam keadaan kritikal dan kemudiannya dimaklumkan telah meninggal dunia.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman