Categories
Berita Semasa

Walaupun mendapat tekanan dari Israel, Ekspo Palestin tetap dilancarkan di London

Rabu, 12-07-2017 – Acara warisan Palestin yang terbesar di Eropah berjaya dilancarkan meski terdapat usaha melobi oleh pihak pro Israel untuk membatalkannya, demikian menurut al-Jazeera.

Ekspo Palestin merupakan sambutan meraikan budaya, sejarah dan makanan Palestin, serta dijangka menarik penyertaan lebih 10,000 pengunjung pada Sabtu dan Ahad. Pada minggu lepas, acara tersebut belum mendapat kepastian akan dijalankan kerana kerajaan Britain mempertimbangkan aduan oleh kumpulan-kumpulan pro Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel penjarakan ketua Kesatuan Wanita Palestin tanpa bicara.

Rabu, 12-07-2017 – Mahkamah Ofer, Israel menjatuhkan hukuman tahan pentadbiran, tanpa tuduhan mahu pun perbicaraan ke atas ketua Jawatankuasa Kesatuan Wanita Palestin, Khitam al-Saafin.

Menurut ketua Unit Perundangan, Persekutuan Menyokong Tahanan dan Hak Asasi Palestin yang juga peguam, Mahmoud Hassan berkata bahawa pihak mahkamah telah memberi jadual baru dan menetapkan kes tersebut akan didengar semula pada hari Rabu, 12 Julai ini di mahkamah Ofer untuk mengesah hukuman tersebut.

Al-Saafin telah ditahan pada 2 Julai di rumah keluarganya di wilayah Tebing Barat di mana pada hari yang sama, seorang ahli parlimen wanita Palestin, Khalida Jarrar turut ditahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel mengarahkan pemberhentian aktiviti pertanian di Nablus

Rabu, 12-07-2017 – Pihak Berkuasa Israel mengarahkan pemberhentian aktiviti pertanian pada Ahad lepas di bandar Aqraba, selatan Nablus. Ketua Pakatan Penentang Tembok dan Pendudukan Haram di Aqraba, Yousuf Deiriya, memberi kenyataan bahawa tentera Israel bersama wakil dari Jabatan Perangkaan dan Pembangunan Israel, menyerbu Kirbat al-Tawil dan memberikan penduduk notis untuk menghentikan aktiviti pertanian.

Pihak Berkuasa Israel menyatakan bahawa kawasan berkenaan adalah digazetkan untuk aktiviti latihan ketenteraan yang diadakan dari masa ke masa.

Yousuf Deiriya menyatakan, Khirbat al-Tawil adalah antara kawasan yang paling subur untuk melakukan aktiviti pertanian dan beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini dilakukan bagi menghalau penduduk Palestin dari tanah yang telah didiami mereka sejak sekian lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Duta Qatar Tiba di Gaza

Isnin, 10-07-2017 – Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Gaza melaporkan bahawa Duta Qatar ke Gaza, Mohammad al-Ammadi bersama ketua timbalannya, Khaled al-Hardan akan tiba di Gaza dalam lawatannya yang pertama seumpamanya setelah krisis Qatar yang berlaku pada bulan Jun.

Puluhan projek utama sedang dilaksanakan di Jalur Gaza yang terkepung oleh tersebut. Projek-projek ini dibiayai oleh geran Putera Hamad bin Khalifa Al Thani untuk pembinaan semula Gaza dengan nilai dianggarkan $ 407 juta sebagai tambahan kepada geran lain.

Sumber-sumber khas memberitahu PIC bahawa lawatan beberapa hari Ammadi ke Gaza bertujuan untuk mengikuti beberapa projek yang dibiayai oleh negaranya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel bersiap sedia untuk membina 800 unit penempatan di Baitulmuqaddis

Isnin, 10-07-2017 – Jawatankuasa Pembinaan Perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel akan meluluskan pembinaan 800 penempatan baru, Berita Ynet melaporkan pada Khamis. Menurut Berita Ynet, perancangan pembinaan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Penempatan baru tersebut dirancang untuk dibina di Pisgat Ze’ev, Neve Ya’akov, Ramot, dan Gilo.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tempatkan pasukan gerak cepat di sempadan Jordan.

Isnin, 10-07-2017 – Tentera rejim Israel menubuhkan satu pasukan gerak cepat yang akan ditempatkan di sepanjang sempadan Palestin-Jordan. Brigade yang baru ditubuhkan itu diberi tanggungjawab untuk membantu operasi ketenteraaan di kawasan sempadan.

Menurut akhbar berbahasa Yahudi, Maariv yang memetik kenyataan pihak tentera Israel sebagai berkata, anggota bridgate itu akan diserap masuk seperti unit-unit tentera elit yang lainnya sebagai pasukan askar simpanan yang mana mereka diambil dari kalangan pendatang haram Yahudi yang tinggal di sepanjang sempadan.

Matlamat penubuhan pasukan itu adalah untuk menjadikan mereka seperti anggota dari Unit Pencegah Keganasan atau Eilat yang ditempatkan di sempadan Mesir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tahanan Kanak-kanak didenda 42,000 shekel di Penjara Ofer bulan lalu

Isnin, 10-07-2017 – Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Penjara mendedahkan bahawa Pihak Berkuasa Israel (IOA) mendenda tahanan juvana Palestin di penjara Ofer Israel sebanyak 42,000 shekels pada bulan Jun.

Dalam satu kenyataan pada Khamis lalu, jawatankuasa tersebut menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang mendadak berbanding denda yang dikenakan ke atas banduan muda pada bulan sebelumnya.

Badan kehakiman Israel baru-baru ini mengenakan denda terlalu mahal terhadap tahanan Palestin sebagai hukuman. Sekitar 35 orang kanak-kanak di bawah umur ditahan di seksyen juvana, penjara Ofer selepas ditangkap dari pelbagai lokasi bulan lepas. Mereka semua tertakluk kepada pelbagai bentuk penyeksaan semasa di dalam tahanan atau pemindahan ke pusat tahanan, kem tentera dan penempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ambil Nombor Telefon Para Pemandu Teksi Palestin

Isnin, 10-07-2017 – Angkatan Tentera Israel (IOF) baru-baru ini telah meminta pemandu teksi Palestin untuk memberikan nombor telefon mereka semasa melalui halangan tentera di tebing Barat.

Salah seorang pemandu memberitahu wartawan PIC, pada hari Rabu, bahawa dia ditahan oleh askar IOF di pusat pemeriksaan al-Hamra di lembah Jordan utara. Mereka menulis namanya dan nombor telefon tanpa diberi alasan atas arahan tersebut, tambahnya. Ramai pemandu teksi di Palestin akhir-akhir ini telah melaporkan cerita yang sama pada halangan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel halang kerja membina khemah di Lembah Jordan.

Jumaat, 07-07-2017 – Tentera rejim Israel menyerahkan notis arahan menghentikan kerja-kerja membina 4 buah khemah tempat tinggal dan stor penyimpanan di al-Hadidiya, utara Lembah Jordan, wilayah Tebing Barat.

Menurut kata Arif Daraghmeh, seorang pakar hal ehwal penempatan di Palestin, projek yang dalam proses pembinaan itu kepunyaan Mohammad Bani Odeh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan 4 Pemimpin Hamas di Betlehem.

Jumaat, 07-07-2017 – Pihak Otoriti penjajah Zionis, Rabu (5/7/2017) membebaskan empat pemimpin gerakan Hamas setelah ditahan secara administratif (tanpa tuduhan dan proses undang-undang) selama 4 bulan.

Keempat-empat pemimpin Hamas tersebut adalah anggota badan legislatif Palestin iaitu Khaled Thafish, Anwar Zabun, Dr. Gassan Harmas dan Syiakh Hasan Wardiyan.

Mereka semua berasal dari Betlehem dan dibebaskan dari penjara Ofer. Masyarakat Betlehem menyambut pembebasan mereka dengan perayaan besar yang diselangi dengan ucapan daripada beberapa orang tokoh pemimpin. Mereka berharap agar pembebasan segera para tawanan lain.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perhimpunan diadakan di Nablus bagi menyokong warga Palestin di dalam penjara Israel

Jumaat, 07-07-2017 – Satu perhimpunan diadakan oleh jawatankuasa kebangsaan bagi menyokong para tahanan Palestin di Nablus juga sebagai tanda kebersamaan dengan ahli parlimen dan aktivis Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Para peserta perhimpunan membawa gambar ahli parlimen Khalida Jarrar and Mohamed Badr, serta aktivis Khitam Sa’afine dan tahanan mogok lapar Mohamed Allan, yang dipenjarakan di penjara Israel.

Satu memo telah diedarkan oleh Kesatuan Umum Wanita Palestin ketika perhimpunan bagi menyelar penahanan ahli Sekretariat Kesatuan Khitam al-Sa’afine dan ahli parlimen Khalida Jarrar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel membebaskan 4 tahanan Hamas.

Jumaat, 07-07-2017 – Pihak Berkuasa Israel (IOA) membebaskan 4 pemimpin HAMAS berserta seorang ahli parlimen setelah ditahan selama 4 bulan di Penjara Ofer. Satu sambutan telah dianjurkan di bandar Bethlehem, bandar asal para tahanan yang dibebaskan bagi meraikan pembebasan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

15 Pertubuhan Bantah Keputusan Sekat Bekalan Tenaga ke Gaza

Rabu, 21-06-2017 – 15 organisasi hak asasi manusia Israel memfailkan petisyen kepada Peguam Negara Israel, Avichai Mandelblit, pada hari Ahad bagi menuntut anggota kabinet Israel untuk membatalkan keputusan mereka untuk mengurangkan bekalan tenaga ke Semenanjung Gaza.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut menegaskan bahawa keputusan itu menyalahi undang-undang Israel dan antarabangsa, yang mana Mahkamah Agung Israel sebelum ini memutuskan bahawa Israel mesti menyediakan keperluan minimum rakyat Gaza.

Mereka menegaskan bahawa motif di sebalik keputusan itu semata-mata politik dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kabinet Israel memutuskan dalam pertemuannya pada 12 Jun 2017 untuk menjawab permintaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengurangkan bekalan kuasa ke Jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Netanyahu istihar Bab al-Amoud di Baitulmuqaddis zon larangan tentera.

Rabu, 21-06-2017 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengistiharkan Bab al-Amoud atau Damasscus Gate bèrdekatan Masjidil al-Aqsa, Baitulmuqaddis sebagai zon larangan untuk tentera sahaja.

Tindakan beliau itu dilihat seolah-olahnya seperti mahu menghukum penduduk Palestin yang menetap di Kota Lama Baitulmuqaddis berikutan satu serangan komando oleh 3 penduduknya baru-baru ini yang menyebabkan seorang pegawai polis wanita Israel terbunuh manakala seorang lagi rakannya cedera.

Menurut larangan itu lagi, warga Palestin tidak dibenar menghampiri atau tinggal atau membuka perniagaan berdekatan kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sabri: Keadaan semakin tegang di Masjid Aqsa akibat dari keganasan Israel

Rabu, 21-06-2017 – Ketua Jawatankuasa Agung Islamik, Sheikh Ekrema Sabri, menyelar sekeras-kerasnya keganasan rejim di Masjid al-Aqsa – tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Sheikh Sabri mendakwa rejim Israel bertanggungjawab atas suasana yang makin meruncing di Masjid al-Aqsa. Pada pagi Ahad, rejim Israel menyasarkan umat Islam yang beribadah secara aman dan yang membuat bantahan duduk dengan gas pemedih mata setelah menutup masjid itu. Sekurang-kurangnya 20 orang tercekik akibat gas dan sejumlah yang lain cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati