Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Dilanggar Pendatang Israel di Al Quds


Isnin  , 22-07-2019 - Seorang pemuda Palestin di al-Quds tercedera dan patah tulang pada hari Rabu (17/7/2019) setelah dilanggar oleh seorang pendatang Israel di al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Sumber setempat melaporkan bahawa pemuda yang menjadi mangsa langgar lari tersebut bernama Adnan Samer Mujahid berusia 19, dari Kota Tua al-Quds.

Sumber itu menyatakan bahawa mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba-tiba kenderaannya rosak di Jalan Abu Ghosh di sebelah barat al-Quds. Ketika dia turun untuk memeriksanya, seorang pendatang Israel melanggarnya. Akibatnya, beliau mengalami patah tulang dan cedera di kepala. Dia dibawa ke hospital Hadassah di Ein Karem. Sementara pendatang Israel yang melanggarnya melarikan diri.

Pasukan penjajah Israel mendirikan sekitar 503 penempatan, 474 di Tebing Barat dan 29 di al-Quds, yang menempatkan lebih dari 46% dari jumlah wilayah Tebing Barat, dihuni sekitar 800,000 pendatang Yahudi. Hampir setiap hari mereka melakukan penyerangan di wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel, termasuk dengan cara melanggar warga Palestin dan tindakan kekerasan lainnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Hammad: Perjuangan Hamas hanya untuk menentang penjajahan.

Khamis  , 18-07-2019 – Anggota biro politik Hamas, Fathi Hammad berkata bahawa pertubuhan Hamas hanya berjuang bagi menentang penjajahan Israel yang menjajah tanah milik penduduk Palestin dan mencemar tempat suci, sebagai “satu dasar yang sangat jelas.”

“Kedudukan tersebut kerap dinyatakan pihak Hamas menerusi tindakan politik dan disahkan melalui dokumen-dokumen politik, ” demikian kata beliau. Beliau juga menjelaskan bahawa semua bentuk perjuangan menentang penjajahan Israel akan diteruskan melalui perjuangan bersenjata atau jalan damai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Ingin kembangkan hubungan dengan Hamas, Moscow tolak ‘deal of century’





Khamis  , 18-07-2019 -  Wakil Menteri Luar Negeri Rusia, Mikhail Bogdanov menyatakan hasrat negaranya untuk mengembangkan hubungan dengan Hamas. Beliau menegaskan pendirian Moscow berkaitan rancangan Amerika yang dirumuskan dalam 'deal of century'. Ketidakhadiran Rusia dalam pertemuan Manama (Bahrain) selari dengan sikap ini. Hal tersebut disampaikan Bogdanov dalam pertemuan dengan delegasi Hamas yang dipimpin oleh Mussa Abu Marzuq.  

Beliau menegaskan sokongan terhadap hak-hak asasi rakyat Palestin dan menekankan keperluan menjadikan persatuan nasional sebagai prioriti bagi semua pihak Palestin. Rusia sedia untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada Palestin untuk memastikan tercapainya persatuan nasional.

Ini kerana ia merupakan faktor utama dalam mewujudkan obsesi sah rakyat Palestin. Delegasi Hamas menjelaskan kepada Bogdanov berkait perkembangan politik di Palestin, termasuk masalah 'deal of century' Amerika. Beliau turut menegaskan bahawa Hamas dan semua komponen rakyat Palestin menolak penuh 'deal of century' dan sekresinya, termasuk pertemuan Manama yang baru saja dijalankan di Bahrain.

Mussa Abu Marzuq mengatakan bahawa kunjungannya ke ibukota Rusia ini atas undangan yang diterima dari Wakil Menteri Luar Negeri Rusia, Mikhail Bogdanov. "Kunjungan itu atas undangan Tuan Mikhail Bogdanov, dan tentu saja ini bukan undangan baru," ungkapnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Lynk: Tidaktelus galak Israel luaskan petempatan haram Yahudi

Rabu , 17-07-2019 – Pegawai Pelapor Khas PBB mengenai situasi di Palestin, Michael Lynk menyuarakan kebimbangannya berhubung ketidaktelusan dalam hak asasi kemanusiaan menyebabkan rejim zionis Israel melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin dan seterusnya memberi amaran bahawa keadaan itu telah menggalakkan lagi perluasan wilayah secara haram.

Amaran itu dinyatakannya di Amman, Jordan semasa beliau mengadakan lawatan seminggu bagi bertemu dengan organisasi-organisasi hak kemanusiaan di Palestin dan Israel selepas kemasukkannya ke Israel dihalang pihak rejim.

“PBB telah banyak kali menyatakan bahawa penempatan Yahudi adalah haram, perluasan tanah di timur Baitulmuqaddis melanggar undang-undang dan mencabuli hak asasi kemanusiaan yang melanggar perjanjian dengan penduduk Palestin serta perjanjian antarabangsa.” Tambah beliau lagi, perbuatan pihak Israel menolak kehadirannya itu juga bertentangan dengan tanggungjawab beliau sebagai seorang anggota PBB.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Palestin Parah Ditembak Tentera Israel

 
Rabu , 17-07-2019 - Seorang kanak-kanak Palestin cedera parah di kepala akibat tembakan peluru tajam oleh tentera Zionis ketika meleraikan perarakan di Kfar Qudum, sebelah timur Qalqilia. Sumber tempatan menyebutkan kanak-kanak tersebut bernama, Abdurahman Yaser Syitawi (10 tahun) tercedera di bahagian kepala ketika menyertai perarakan di Kfar Qudum.

Beliau segera dibawa ke hospital kerajaan di Nablus dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin pada Selasa lalu menyebutkan bahawa tentera Zionis telah membunuh 16 kanak-kanak Palestin sepanjang 6 bulan pertama tahun 2019 ini. Badan Hak Asasi Manusia El-Mizan dalam laporanya menyebutkan, sebanyak 1233 kanak-kanak Palestin tercedera. Majoriti mereka ditembak ketika mengikuti perarakan.

Manakala 17 kanak-kanak lainya dipenjarakan selama tempoh tersebut. El Mizan menegaskan, tentera Zionis terus melakukan pelanggaran demi pelanggaran terhadap hak asasi manusia di Semenanjung Gaza, terutama terhadap anak-anak di bawah umur.Beberapa maklumat menunjukan wujud usaha pembunuhan dan penganiayaan yang dilakukan tentera Zionis serta penangkapan terhadap anak-anak Palestin pada pertengahan awal tahun ini.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Sekumpulan Warga Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa

Rabu , 17-07-2019 – Puluhan rakyat Israel telah mencemari Masjid al-Aqsa dan mereka berada di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Sementara itu, polis Israel mengadakan banyak sekatan jalan sementara di jalan menuju ke Masjid al-Aqsa dan mengetatkan sekatan ke atas rakyat 
Palestin yang ingin memasuki tempat suci tersebut.

Jurucakap Islamic Awqaf, Feras al-Dibs berkata 71 rakyat, 8 pelajar dari institut keagamaan, dan 6 pegawai perisikan Israel telah memecah masuk ke Masjid al-Aqsa pada waktu pagi Ahad lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di tahan rejim Zionis

Isnin , 15-07-2019 – Pada selasa yang lalu, rejim Zionis telah menahan rakyat Palestin kerana cubaan beliau untuk melanggar tentera Israel berdekatan Ramallah. Sumber media Israel melaporkan, seorang lelaki Palestin pada hari selasa waktu tengahari yang lepas telah melakukan cubaan untuk serangan menggunakan kereta berdekatan dengan kem Giv’at Asaf yang sememangnya tanah milik Palestin. 

Tiada kecederaan dilaporkan, tambah mereka. Rejim zionis kemudian mengepung kawasan terbabit, mengejar kereta tersebut dan menahan saspek tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Hasil Buah Melon Melebih Keperluan Tempatan


Isnin , 15-07-2019 - Beberapa meter dari pagar sempadan selatan Semenanjung Gaza, Mohammed dan Sami Mu'ammar sibuk membantu ayah mereka memungut hasil melon (tembikai susu) dari tanah pertanian mereka yang terletak di Sufa antara Khan Yunis dan Rafah. Keluarga Abu Mu'ammar biasanya memulai memungut hasil melon pada awal pagi untuk menghindari panasnya sinar matahari.

Mereka tidak peduli dengan ancaman peluru yang dilepaskan oleh pasukan penjajah Israel yang ditempatkan di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza. Musim tanaman melon, menurut Issa Abu Mu'ammar, dimulai pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Jun. Sebagai salah satu buah kegemaran warga Gaza, melon tahun ini dijual dengan harga murah kerana tidak tidak dapat dieksport akibat penutupan pintu masuk sempadan Semenanjung Gaza yang dikendalikan sepenuhnya oleh penjajah Israel.

Abu Mu'ammar mengatakan bahwaa hasil tanaman melon tahun ini sangat bagus namun harganya tidak sesuai dan ramai petani menderita kerugian besar. Petani Palestin tersebut mengatakan bahawa Semenanjung Gaza memiliki buah melon dan tembikai terbaik. Dia menegaskan bahawa para petani Palestin di Semenanjung Gaza memiliki kepakaran menanam melon yang memenuhi standard antarabangsa. Dia menyeru agar dapat dibuka pasaran diluar negeri bagi eksport melon Gaza kerana keluaran melon di Semenanjung Gaza sudah melebihi keperluan tempatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meyerang Barta’a dan menyoalsiasat penduduk

Isnin , 15-07-2019 – Pada hari ahad waktu tengahari yang lepas, rejim Zionis telah menyerbu bandar Barta’a di Jenin bagi mencari rumah penduduk Palestin. Sumber tempatan berkata, rejim Zionis telah memecah masuk rumah penduduk Palestin di kawasan Timur Barta’a yang terletak di belakang tembok meratap dan menyebabkan kekecohan di tempat tersebut. 

Mereka menambah, rejim Zionis juga telah menyoalsiasat penduduk rumah tersebut dan penduduk Palestin yang lain sebelum mereka memasuki sebuah pekan di bandar tersebut dan memasang tembok pemisah diantara kawasan barat dan timur Barta’a.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel menahan seorang wanita dan anaknya di rumah

Rabu , 10-07-2019 – Pihak berkuasa rejim Israel pada Sabtu menjatuhkan hukuman penahanan di rumah serta 5,000 NIS ikat jamin ke atas seorang wanita Palestin dan anak lelakinya sebagai syarat pembebasannya dari tahanan Israel.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata, tentera rejim menyerbu rumah warga Palestin Ahmad al-Zaghal pada Jumaat di bandar Silwan serta menahan beliau, isterinya Hayat dan anak-anak mereka Ibrahim dan Husein.

Hayat dan Husein kemudiannya dibebaskan manakala si bapa dan seorang lagi anak lelaki ditahan reman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap 3 Warga Palestin di Al-Quds dan Hebron


Rabu , 10-07-2019 - Pasukan penjajah Israel pada Ahad (7/7/2019) malam menangkap tiga warga Palestin di al-Quds dan Hebron di Tebing Barat yang diduduki penjajah Israel. Menurut saksi, pasukan penjajah Israel menangkap dua pemuda iaiu Ahmad Shawish dan Ibrahim Natsheh ketika mereka berada di mushalla Bab al-Rahmah di Masjid Al-Aqsha, dan mengusir para jamaah dari mushalla tersebut.

Pada hari yang sama, pasukan penjajah Israel menangkap seorang warga Palestin dari kota Nuba, bahagian barat laut Hebron, wilayah selatan Tebing Barat. Menurut sumber setempat, pasukan penjajah Israel menangkap Mohammed Abdel Aziz Sharoof (30 tahun) di sebuah pos pemeriksaan militan Israel di kem pelarian al-Arub di utara Hebron.

Pasukan penjajah Israel menutup pintu besi di jalan utama dekat kota Beit Awwa, yang menghubungkan kota Beit Awwa dan Deir Samet ke perkampungan-perkampungan al-Majd, Sikka, Beit al-Rosh, Deir al-'Asal dan perkampungan lain di barat daya Hebron. Tindakan pasukan penjajah Israel ini menghalangi aktiviti seharian penduduk dan menghalang perjalanan mereka antara bandar-bandar tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

7 rakyat Palestin di culik di Jerusalem

Isnin , 08-07-2019 – Rejim Zionis telah menculik tujuh rakyat Palestin di kawasan yang berbeza sekitar Baitul Maqdis. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan Israel menyerbu bandar Silwan dan menahan doktor Palestin, Emad Shabana di tempat kerjanya dan seorang lagi, Sa’ada al-Abbasi.

Dua saudara lelaki yang dikenal pasti sebagai Ramzi dan Luay Ja’abis, 16 dan 21, ditangkap di kawasan kejiranan Jabal al-Mukabber.Sementara itu, tentera Israel dilaporkan telah menyerang bandar al-Isawiya dan menculik Fadi al-Isawi, Saleh Muheisen dan Ameer Derbas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin




Categories
Berita Semasa

11 tahanan politik mogok lapar di penjara Israel

Isnin , 08-07-2019 – Sejumlah tahanan Palestin mogok lapar di penjara Israel sebagai protes terhadap penahanan politik pada Isnin.

Suruhanjaya Hal Ehwal tahanan dan bekas tahanan berkata yang tahanan Mohammed Abu Akar, Mohammed al-Hasanat dan Huthaifa Halabiya pada Isnin memulakan mogok lapar di penjara Negev membantah penahanan mereka tanpa bicara.

Ehsan Othamn, 21, dan Ja’far Izz el-Din, 48, telah mogok lapar selama 17 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel roboh perumahan Palestin di Nablus

Isnin , 08-07-2019 – Pihak Berkuasa negara haram Israel pada hari selasa yang lalu telah mengeluarkan arahan bagi meroboh 2 kemudahan rakyat Palestin di kampugn Burqa, utara bandar Nablus.

Sumber tempatan berkata, sebuah perumahan dan taman di kawasan a;-Mas’udiya yang masih dalam proses pembinaan akan diroboh. Aktivis anti-pencerobohan Ghassan Daglas berkata, pihak berkuasa Isreael telah menyerahkan notis kepada sorang penduduk Palestin, Ghanem Husni berkenaan dengan arahan bagi merobohkan rumah yang baru siap dibina beliau. 

Daghlas menambah, satu lagi arahan bagi merobohkan taman yang didalam proses pembinaan berdekatan kawasan Nablus dan Jenin telah diserahkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik 34 warta Palestin di Tebing Barat

Isnin , 08-07-2019 – Rejim zionis telah menahan 34 rakyat Palestin pada subuh hari selasa yang lalu didalam siri serbuan rumah di tebing barat dan Baitulmaqdis. Sumber tempatan berkata, kebanyakan tahanan tersebut adalah mereka yang aktif didalam gerakan pelajar Hamas, Islamic Bloc di Universiti Berzeit.

Rejim zionis kemudiannya menyita komputer riba dan telefon bimbit pelajar terbabit, kata mereka. Satu pertempuran telah berlaku semasa siri serbuan tersebut yang menyasarkan Qalqilya dan al-Khalil. Rejim zionis telah menembak gas pemedih mata kearah penduduk Palestin, berdasarkan laporan PIC.

Pada pagi Isnin yang lepas, polis Israel telah menahan 12 pemuda Palestin di bandar al-Isaqiya di Baitulmaqdis. Penduduk al-Isaqiya dan kawasan Jabal al-Mukabber berekata, polis Israel telah menyerbu kejiranan mereka dan satu pertempempuran telah berlaku diantara mereka dan pemuda Palestin yang sedang marah. Polis telah menembak rambang peluru besi bersalut getah, bom pemedih mata dan ‘stun grenade’ ketika pemuda itu membalas serangan dengan membaling batu dan botol kosong. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi