Categories
Berita Semasa

Kediaman Sheikh Jarrah: Penduduk Dibenar Tinggal Sementara

Selasa, 08-03-2022 – Mahkamah Tinggi Israel pada Selasa memutuskan empat keluarga Palestin yang diancam pengusiran dari kejiranan Sheikh Jarrah, kekal di kediaman mereka buat sementara waktu.

Wakil peguam Palestin, Sami Irshid memaklumkan, keputusan mahkamah berpihak kepada keluarga Al-Jaouni, Al-Kurs, Iskafi dan Abu Hasna.

Sementara itu, keluarga berkenaan membayar deposit berjumlah 2400 shekel (RM3,106.37) setahun sebagai simbolik sewa kepada peguam kedua-dua pihak, sehingga keputusan muktamad hak kediaman di Sheikh Jarrah selesai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Penceroboh bocorkan tayar, musnahkan harta benda di timur Salfit

Selasa, 08-03-2022 – Sekumpulan pelampau penceroboh Yahudi membocorkan tayar kira-kira sebelas buah kenderaan milik warga Palestin dan menyembur dengan cat kata-kata menghina dan mengugut di atas harta benda penduduk di kampung Iskaka, timur Salfit di Tebing Barat yang diduduki, pada hari Rabu.

Ketua majlis kampung, Osama Daher berkata bahawa penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu pada waktu subuh dan memotong tayar kereta di kawasan kejiranan utara.

Beliau menambah bahawa penceroboh juga menyembur cat grafiti dengan kata-kata menghina warga Palestin pada beberapa buah kereta dan dinding rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Wardiyan enggan menerima rawatan dalam usaha membantah penahanan beliau

Khamis, 03-03-2022 – Pegawai kanan Hamas Hassan al-Wardiyan, yang menderita dari penyakit kencing manis, enggan menerima suntikan insulin di dalam penjara rejim zionis Israel selama 7 hari dalam tindakan beliau membantah penahanan beliau tanpa siasatan atau perbicaraan.

Anak beliau , Diaa berkata bapanya telah memasuki hari ke 7 untuk membantah tahanan yang bermula sejak 11 bulan lalu. Dia berkata bapanya menderita akibat hiperglisemia di saat melalui penahanan yang tidak berperikemanusiaan di dalam penjara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Puluhan Cedera, Ditahan dalam Keganasan Polis Israel di Kota Suci

Khamis, 03-03-2022 – Sekurang-kurangnya 37 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita cedera manakala 24 lagi ditahan pada petang Isnin selepas polis Israel menyerang ratusan rakyat di kawasan Bab al-Amud dan Kota Lama di Jerusalem.

Sumber setempat berkata pasukan polis menyerang warga Palestin itu ketika mereka sedang menyambut peristiwa Isra dan Mi’raj di jalan-jalan Kota Lama, terutamanya di Bab al-Amud.

Polis juga menggunakan kekerasan untuk menundukkan dan menangkap beberapa rakyat yang berkumpul di Bab al-Amud untuk menyambut peristiwa penting Islam itu. 24 rakyat termasuk kanak-kanak dilaporkan telah ditahan semasa kejadian berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Serbuan Rejim Zionis: Dua Terbunuh, Seorang Cedera

Khamis, 03-03-2022 – Rejim Zionis membunuh dua pemuda Palestin termasuk seorang pejuang penentang, manakala seorang lagi cedera dalam serbuan di kem pelarian Jenin, utara Tebing Barat pada subuh Selasa.

Menurut sumber perubatan tempatan, seorang bekas tahanan, Abdullah Al-Husari maut, manakala dua lagi tercedera dalam insiden tembakan di kem berkenaan. Tidak lama selepas itu, Shadi Najm berusia 19 tahun, yang mengalami cedera parah akhirnya disahkan meninggal dunia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel musnahkan kedai-kedai Palestin di bandar Ramla

Khamis, 03-03-2022 – Pada Isnin, rejim israel musnahkan kedai-kedai Palestin di bandar lama al-Ramla. Menurut sumber tempatan, kedai-kedai itu dimusnahkan atas alasan ingin memasang saluran telekomunikasi dan membuat jalan baru sebagai sebahagian rancangan sistematik Israel untuk menyusahkan penduduk tempatan.

Ibrahim Badwiya, salah seorang pemilik kedai berkata, jentolak Israel telah memusnahkan tiga kedai di kota lama bagi membolehkan satu syarikat telekom Israel memasang saluran di kawasan itu. Beliau menambah yang kedai-kedai itu telah dibina 35 tahun lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel serang nelayan Palestin di perairan Gaza

Khamis, 03-03-2022 – Bot tempur tentera laut Israel menyerang nelayan Palestin dan bot mereka di luar pantai utara Semenanjung Gaza yang dikepung pada petang hari Isnin.

Menurut sumber tempatan, bot meriam Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan semasa kehadiran mereka di luar pantai kawasan as-Sudaniya di utara Gaza. Tentera laut juga menyasarkan nelayan dengan meriam air dalam usaha untuk membanjiri bot mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF ratakan empat kediaman rakyat Palestin di Yatta

Selasa, 01-03-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu memusnahkan empat rumah rakyat Palestin di kampung Shi’ab al-Batum, timur Yatta di selatan al-Khalil.

Pegawai tempatan Fuaad al-Amour berkata bahawa IOF memusnahkan empat rumah di kampung dan mengusir penghuninya yang terdiri daripada keluarga Jabbarin.

40 individu termasuk kanak-kanak tinggal di rumah-rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lakukan Pencerobohan Terhad Sempadan di Gaza

Selasa, 01-03-2022 – Rejim Zionis melakukan pencerobohan berskala kecil di kawasan sempadan tenggara Semenanjung Gaza pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, lapan kenderaan tentera termasuk jentolak berperisai dan kereta kebal, mara dari pos tentera ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis di selatan Gaza di tengah-tengah tembakan yang bertalu-talu.

Jentolak itu kemudian mula membuat timbunan tanah di kawasan berkenaan apabila kereta kebal melepaskan tembakan mesingan untuk memaksa petani di kawasan berhampiran keluar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Tahanan Terus Boikot Mahkamah Israel

Selasa, 01-03-2022 – Ratusan tahanan pentadbiran Palestin terus memboikot mahkamah tentera Israel untuk hari ke- 55. Semenjak awal tahun, mereka telah melancarkan langkah protes di bawah slogan “Keputusan kami adalah kebebasan.”

Tahanan pentadbiran itu juga enggan bertemu dengan penyiasat Shin Bet sebagai langkah kedua protes terhadap penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Polis Israel robohkan dua rumah, kemudahan komersil di Baitulmuqaddis

Selasa, 01-03-2022 – Pasukan polis rejim Zionis merobohkan dua buah rumah milik warga Palestin dan kemudahan komersial di bandar Anata, timur laut Baitulmaqdis yang diduduki.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa jentolak pihak perbandaran Israel menyerbu kejiranan Baqa’an di Anata dan merobohkan kemudahan kediaman dan komersial tempatan. Sebuah rumah dua tingkat adalah antara kemudahan yang dirobohkan, tambah sumber itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel mengugut hendak memusnahkan 110 rumah dan kedai warga Palestin di Tira

Jumaat, 25-02-2022 – Rejim zionis mengeluarkan arahan pemusnahan 110 buah rumah dan kedai warga Palestin di bandar Tira. Menurut  perbandaran Tira, pemilik 46 buah rumah dan 64 kedai di selatan bandar itu menerima notis pemusnahan.

Para pemiliknya telah bertahun-tahundiancam perancangan Israel untuk meluaskan tanah atas pelbagai alasan, termasuk kononnya ingin memasang saluran elektrik di kawasan itu serta ingin membina jalan dan landasan keretapi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis sekat pergerakan pelajar Lubban ash-Sharqiya

Jumaat, 25-02-2022 – Untuk hari ketiga berturut-turut, tentera rejim Zionis pada pagi hari Khamis mengganggu pelajar Palestin dan menyekat pergerakan mereka ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah di kampung al-Lubban Ash-Sharqiya, di selatan Nablus.

Sumber tempatan berkata, askar itu sengaja menghalang ketibaan pelajar perempuan dan lelaki di dua sekolah tempatan yang terletak berhampiran jalan utama Ramallah-Nablus.

Mereka menambah bahawa amalan provokatif IOF seperti itu berlaku selama tiga hari berturut-turut dengan alasan untuk memberi perlindungan kepada penceroboh Yahudi yang terus berpusu-pusu ke kawasan itu untuk melakukan ritual.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Para tahanan Palestin mengisytiharkan mogok lapar berterusan

Khamis, 24-02-2022 – Para tahanan Palestin tidak akan menghentikan protes mereka hingga tuntutan mereka dipenuhi, ahli pejabat Media Asra, Ayman Al-Sharawneh, berkata demikian dalam kenyataan akhbar pada Ahad malam.

Sharwaneh menyatakan yang para tahanan akan meningkatkan protes mereka pada hari-hari mendatang.Mogok lapar tersebut akan berterusan tanpa ditetapkan tarikh tamat, beliau menambah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Bina Jalan, Ratakan Tanah di Selatan Nablus

Khamis, 24-02-2022 – Peneroka Yahudi membina jalan ke penempatan mereka dan meratakan petak-petak tanah pertanian di selatan kampung Qaryut, selatan Nablus di Tebing Barat pada pagi Isnin.

Aktivis tempatan Bashar Qaryuti berkata penduduk Kampung Qaryut melihat jalan baru yang menghubungkan penempatan haram Eli di barat kampung itu dengan penempatan haram Shilo di selatan.

Qaryuti menambah, peneroka juga meratakan tanah yang luas iaitu kira-kira 40 dunum di kawasan selatan kampung itu, di mana 10 dunum tanah berkenaan adalah kebun zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar