Categories
Berita Semasa

22 buah rumah dan bangunan di barat Salfit diancam akan diroboh.

Khamis, 30-04-2020 – Rejim Israel pada hari Ahad lalu telah menghantar notis berhenti kerja dan arahan roboh terhadap 22 buah rumah dan struktur binaan pertanian di bandar  Qarawat Bani Hasan, barat wilayah Salfit.

Menurut sumber tempatan, rumah dan bangunan itu terletak di beberapa lokasi di kawasan al-Ras, Qattan Attaweel, Khilat al-Qarn dan al-Habayer, sebelah utara dan timur bandar tersebut.

Semua kawasan yang diduduki warga Palestin di wilayah Salfit terdedah kepada ancaman perluasan secara sistematik dan aggersif pihak rejim yang mahu merampas tanah lebih luas di Tebing Barat terutama bagi tujuan membina projek penempatan dan perluasan wilayah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pejuang Berjaya Jatuhkan Drone Israel di Sempadan Gaza

Khamis, 30-04-2020 – Pejuang Palestin pada Isnin malam (27/4/2020), berjaya menembak jatuh dan menguasai drone Israel di sempadan Semenanjung Gaza. Wartawan berita Arab Quds Press di Semenanjung Gaza mengatakan, “Pejuang Palestin, malam ini (Isnin), berjaya mengendalikan pesawat tanpa pemandu Israel di sebelah timur kota Deir al-Balah (Jalur Gaza tengah) setelah dijatuhkan, dan kemudian dipindahkan ke lokasi selamat.”

Disebutkan bahawa keadaan ruang udara di Semenanjung Gaza dalam beberapa hari terakhir ini nampak ada penerbangan drone-drone Israel secara aktif.

Seorang jurucakap tentera pendudukan penjajah Israel mengesahkan dalam sebuah pernyataan, bahawa  malam tadi pergerakan militan dimulai di sekitar Semenanjung Gaza, dan akan berlangsung selama beberapa jam. Dia menegaskan bahwa pergerakan ini dilakukan sebagai sebahagian dari latihan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik Peguam Palestin di Pusat Pemeriksaan di Ramallah

Khamis, 30-04-2020 – Pasukan rejim Zionis (IOF) pada hari Isnin lalu telah menahan seorang peguam Palestin di sebuah pusat pemeriksaan berhampiran penempatan Beit El di daerah Ramallah, Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Zionis yang ditempatkan di pusat pemeriksaan tentera di utara Kota al-Bireh menahan peguam Amr al-Sal’ous dan memaksanya keluar dari keretanya.

Rejim Zionis kemudiannya merampas kereta tersebut, menggari peguam Palestin berkenaan dan membawa beliau ke sebuah destinasi yang tidak dinyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

8 penduduk Palesitn diculik oleh rejim Zionis di Tebing Barat.

Selasa, 28-04-2020 – Pada waktu subuh Khamis yang lalu, Rejim Zionis telah menculik lapan orang pemuda Palestin dari rumah mereka dari sekitar Tebing Barat.

Mengikut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menculik empat orang pemuda Palestin dari rumah mereka di bandar Bethlehem dan pekan Tuqu.
Tahanan tersebut dikenali sebagai Ibrahim al-Huraimi, Murad Abu Ahour, Aan al-Badan dan Hamza Sabah.

Empat yang lain pula juga ditahan ketika kempen Rejim Zionis di Qalqilya, Tulkarem dan al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nafi

Categories
Berita Semasa

Haneyya mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaannya mengakhiri coronavirus

Selasa, 28-04-2020 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menghantar mesej mengucapkan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping terhadap kejayaan negara ini dalam mengatasi coronavirus (COVID-19).

“Kami turut berkongsi kekaguman terhadap kecekapan, kekuatan dan pengetahuan negara anda dalam berjuang menentang penyakit berbahaya ini,” Haneyya berkata dalam mesejnya.Pemimpin Hamas itu menggesa kepimpinan China agar menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan di kem pelarian luar negara untuk membantu mereka menghadapi pandemik dan kesannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jumaat Hari Pertama Ramadan Di Palestin

Selasa, 28-04-2020 – Mufti Al-Quds dan Wilayah Palestin sekaligus Ketua Dewan Fatwa, Syekh Mohammad Husain, memaklumkan pada Khamis petang semalam  bahawa Jumaat 24/4 merupakan hari pertama bulan Ramadan penuh berkah.

Mufti mengatakan, “Dalam pertemuan bersama Dewan Fatwa Palestin di Masjidil Aqsa untuk menentukan awal Ramadan tahun 1441H ini, ditetapkan bahawa hilal Ramadan sudah kelihatan di malam ini dan Jumaat  24 April 2020 merupakan hari pertama bulan Ramadan penuh berkah.”

Syekh Mohammad Husain menambah, “Dari kawasan Masjidil Aqsha, kiblat pertama, masjid kedua, dan masjid ketiga yang sangat dianjurkan untuk dikunjungi. Kami menyampaikan selamat kepada segenap kaum muslimin di timur dan barat, dan kepada segenap rakyat Palestin di Palestin dan di manapun mereka berada, atas kedatangan bulan penuh berkah ini.”

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Gaza: Nelayan cedera ditembak rejim Israel.

Jumaat, 24-04-2020 – Seorang nelayan Palestin cedera ditembak tentera laut rejim Israel di luar pantai al-Sudaniyah, utara Semenanjung Gaza.

Menurut jawatankuasa tempatan yang terlibat dalam mendokumentasikan keganasan rejim Israel terhadap nelayan Gaza berkata, nelayan berumur 25 tahun yang dikenali sebagai Ziyad Bakir telah cedera terkena peluru getah di kepala menyebabkan mangsa menerima bantuan rawatan perubatan di Hospital al-Shifa, Bandar Gaza.

Tambah jawatankuasa itu lagi, bot tentera laut rejim melepaskan tembakan beberapa butir peluru getah ke arah mangsa dan botnya serta menahan beliau sebentar sebelum dilepaskan pergi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penjajah dipercayai penghidap virus Corona menyerbu bandar Kifl Hares

Jumaat, 24-04-2020 – Puluhan penjajah Yahudi Orthodoks yang disyaki dijangkiti virus Corona, hari ni telah menyerbu bandar Kifl Hares di utara kota Salfit di Tebing Barat dan mereka telah melakukan ritual di kawasan kubur bersejarah.

Menurut media Hebrew, virus Corona telah menjangkiti ramai Yahudi yang mengikut mazhab Breslov selepas mereka melawat tapat bersejarah di bandar tersebut pada subuh hari Isnin.

Penjajah tersebut yang datang dari penempatan di Tebing Barat dan tanah yang dijajah pada tahun 1948 telah menyerbu bandar Kifl Hares tanpa sekatan oleh Pasukan Penjajahan Isreal meskipun mereka telah mengenakan sekatan pergerakan kepada rakyat Palestin tempatan sejak bermulanya krisis virus Corona. 

Bandar Kifl Hares terdedah kepada pencerobohan berulang kali atas tujuan kononnya melawat kubur suci. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai Palestin dan aktivis telah memberi amaran bahawa lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengawal kawasan kuno bandar tersebut dan sekaligus menjadikan ia sebagai kawasan Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Zahhar Bantah Undang-undang Israel Baru Bertujuan Merampas Gaji Tahanan

Jumaat, 24-04-2020 – Ahli Parlimen Palestin Mahmoud al-Zahhar menyifatkan undang-undang ketenteraan Israel yang baru mengenai penyitaan wang yang diperuntukkan untuk tahanan Palestin sebagai “pencabulan yang jelas ke atas undang-undang dan nilai-nilai hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.”

Dalam kenyataan media pada hari Selasa, Zahhar, seorang pegawai kanan Hamas, mengutuk kegigihan pihak berkuasa rejim Zionis dalam “menyasar dan memeras ugut tahanan Palestin dengan menggubal undang-undang yang bersifat perkauman yang bertujuan mematahkan semangat mereka dan menghukum mereka.”

Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa Majlis Perundangan Palestin sama sekali tidak akan mengabaikan tahanan Palestin yang terpaksa berhadapan dengan penjajahan tersebut dan telah mempertaruhkan nyawa dan kebebasan mereka demi rakyat dan tanah air.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia untuk mendesak Israel supaya menghentikan sekatan mereka terhadap tahanan Palestin dan hak-hak mereka yang sah.

Media Ibrani pada hari Isnin lalu telah mendedahkan bahawa pemimpin tentera Israel di Tebing Barat yang terjajah baru-baru ini telah menandatangani perintah baru yang mengambil kira upah yang dibayar untuk “wang haram” tahanan Palestin.

Menurut saluran tujuh Israel, perintah ketenteraan ini akan berkuat kuasa mulai 9 Mei dan akan membolehkan Israel merampas upah tahanan dari bank atau mana-mana warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Aruri: Hari pembebasan tahanan makin hampir.

Rabu, 22-04-2020 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh al-Aruri menyatakan keyakinannya bahawa “hari di mana tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel kian hampir.”

Dalam satu perutusan sempena Hari Tahanan Palestin, beliau berharap dapat melihat tahanan warga Palestin kembali ke pangkuan keluarga serta rumah mereka hujung tahun ini, menjelaskan lagi bahawa tahanan menjadi “sumber rasa hormat, maruah dan bangga.”

Beliau menegaskan bahawa “bagi Hamas sejak mula lagi, pembebasan tahanan dari penjara Israel telah menjadi agenda paling utama” dan Pergerakan itu akan melakukan apa sahaja bagi memenuhi tujuan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Masjid Aqsa akan terus ditutup sepanjang bulan Ramadhan

Rabu, 22-04-2020 – Dataran Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis akan terus ditutup kepada pengunjung Muslim sepanjang bulan Ramadhan kerana epidemik coronavirus, Dewan Ulama Palestin di kota suci itu mengumumkan pada Khamis lepas.

Sejajar dengan fatwa Islam dan arahan kesihatan, Dewan Waqaf dan Urusan Islam & Kota Suci menyatakan ia mengambil keputusan untuk terus melarang para pengunjung Muslim daripada bersolat di MasjidAqsa ketika bulan Ramadhan yang mulia.

Dalam satu kenyataannya, Dewan yang memantau kawasan Islam di Baitulmuqaddis itu menyifatkan keputusan itu sebagai menyakitkan namun ia selari dengan fatwa dan nasihat perubatan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

7 Kes Baharu COVID-19 di Tebing Barat

Rabu, 22-04-2020 – Pemerintah Palestin di Ramallah mengumumkan, 7 kes baharu akibat coronavirus tercatat di kota Shuqba, sebelah barat Ramallah, Kafr Kufr utara Al-Quds dan Tulkarem. Total kes adalah  431 orang, 307 orang di Tebing Barat, 13 orang di Gaza, 111 di Al-Quds.

Pada sidang akhbar Ahad pagi (19/4) Menteri Kesihatan Palestin mengatakan, kes baru adalah seorang wanita berusia 45 tahun dari Shuqba, yang memiliki infeksi yang ditularkan dari suaminya yang bekerja di dalam Wilayah tahun 1948, sementara kes baru lain dicatat di Kafr Aqab, seorang wanita yang telah menularkan infeksi dari suaminya, pekerja itu juga dalam Wilayah 48 yang pada gilirannya menularkan infeksi terhadap 4 orang anak perempuannya.

Kes lain seorang lelaki berusia empat puluh tahun di Tulkarem. Menteri Kesihatan menambah, terdapat 111 kes yang terinfeksi di kota Al-Quds. Sementara itu 69 kes sembuh, semua kes dalam keadaan stabil dan tidak ada kes serius. Seramai 1500 orang dikuarantin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Polis Rejim Zionis Serang Kediaman Penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis

Rabu, 22-04-2020 – Polis rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah menceroboh beberapa kediaman penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis dan mendenda mereka dengan alasan mereka meraikan upacara Api Suci pada hari Sabtu.

Ketua Persatuan Ortodoks Arab di Baitulmaqdis Mousa Jarjou’i mengatakan bahawa polis Israel menyerbu kediaman sejumlah pemuda Palestin dan mendenda setiap seorang 5,000 NIS kerana didakwa mengambil bahagian dalam perarakan Api Suci.

Jarjou’i mengatakan semua langkah keselamatan yang diperlukan telah diambil sepanjang perayaan tersebut, yang diadakan dalam keadaan terhad, dan menekankan bahawa polis Israel mengambil kesempatan di atas krisis koronavirus untuk memperketatkan cengkaman mereka ke atas masyarakat Kristian di Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Qatar beri Palestin geran bantu hadapi Koronavirus.

Rabu, 22-04-2020 – Bahagian Hal Ehwal Awam kerajaan Palestin berkata, Qatar telah memberi sokongan kewangaan kepada pihak Berkuasa Palestin (PA) bag membantu mereka menghadapi penularan pandemik Koronavirus.

Menerusi catatan di Twitter, ketuanya Hussein al-Sheikh menyatakan bahawa kerajaan Qatar memberi lima juta dollar kepada pihak PA dan tambahnya lagi bahawa  pemberian itu adalah bagi kali kedua sejak perintah darurat diisytiharkan di wilayah itu.

Beliau mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan ke atas sokongan negara Qatar  yang pemurah itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel Bebaskan Ibu Asyraf Na’alawah Dari Penjara

Isnin, 20-04-2020 – Pemerintah Zionis membebaskan Wafa Naaluh (55 tahun) Ibu As-Syahid Ashraf Na’alawah yang dibunuh tentera Zionis satu setengah tahun yang lalu setelah melakukan operasi serangan di penempatan Barkan, di mana dua penduduk  Zionis terbunuh.

Sumber tempatan mengatakan, proses pembebasan ini berlakui di pos pemeriksaan Salem, sebelah barat Jenin, di Tebing Barat utara, tempat pemeriksaan kesihatan dilakukan. Kemudian beliau dipindahkan ke rumahnya di kawasan Shweikeh di Tulkarm.

Sumber menambah, Na’alawah diterima oleh warga di pos pemeriksaan tersebut  dan diterima oleh jawatankuasa darurat setempat di kota Rummaneh di Camp Salem. Na’alawah menghabiskan 18 bulan di penjara Zionis. Ia menolak semua tawaran pembebasannya serta tuduhan tidak menghalang anaknya melakukan serangan. Ia juga menganggap tindakan terhadap dirinya dan keluarganya merupakan salah satu bentuk hukuman kolektif yang paling keras dilakukan pemerintah Zionis terhadap keluarga para pejuang.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman