
Rabu, 30-05-2018 – Majlis berbuka puasa tahunan kali ke 4 untuk negara Palestin telah diadakan di Harrow Leisure Centre, London dengan dihadiri oleh kira-kira 700 warga Palestin, mereka yang menyokong Palestin serta beberapa etnik lain. Majlis dianjurkan oleh kumpulan pemuda ‘zaitun’ Palestin dengan kerjasama Palestinian Forum in Britain (PFB).
Majlis yang diadakan pada sebelah malam itu telah berlanjutan hingga ke pukul 1.00 malam dan diakhiri dengan pertandingan “bakat Palestin’ – buat pertama kalinya – di mana ia berjaya menarik 20 penyertaan dari kalangan kanak-kanak dan diadili oleh barisan juri terdiri dari artis penyanyi seperti Rashid Gholam dari Algeria, Zain Al-Juwairi dari Iraq, Ibrahim Alan dari Jordan dan Anas Al-Karmi dari Palestin.
Tempat pertama dimenangi oleh Lina Khattab dari Iraq selepas beliau mendeklamasikan sebuah puisi yang menyentuh perasaan hasil tulisnya sendiri berkenaan Palestin. Hadiah berupa wang tunai £500 hasil sumbangan ahli komuniti.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali













