Categories
Berita Semasa

Ratusan hadiri pengebumian dua warga Palestin yang dibunuh

Khamis, 31-12-2015 – Ratusan yang berkabung menghadiri pengebumian dua orang warga Palestin yang dibunuh di Jenin dan al-Bireh di Tebing Barat.

Di Jenin, sejumlah besar yang berkabung berarak pada petang Isnin di pengebumian Samer al-Sirissi, 51, yang jenazahnya diserahkan kepada keluarganya pada hari Ahad. Proses membawa jenazah bermula di Masjid Jenin sebelum melalui jalan-jalan kota itu, manakala mereka yang berkabung melaungkan slogan menyeru membalas dendam dan penentangan ke atas penjajahan oleh Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Kembali Larang Syaikh Shalah Masuk al-Quds

Khamis, 31-12-2015 – Ketua Gerakan Islam (Harakah Islamiyah) di Palestin 1948 Syaikh Raed Shalah, pada hari Isnin (28/12) menerima surat perintah melanjutkan larangan masuk ke kota al-Quds selama 6 bulan berikutnya, setelah beberapa tahun dilarang masuk kota al-Quds untuk mengunjungi masjid al-Aqsha sejak tahun 2007.

Syaikh Shalah mengatakan bahawa tindakan institusi penjajah Zionis yang terus melanjutkan kezalimannya semakin menambah keyakinannya bahawa penjajah Zionis menuju kebinasaan dan kerugian.

Dia menambah, “Langkah-langkah menekan dan zalim penjajah Zionis adalah bentuk keputusasaan dan kami akan tetap menegaskan bahawa kezaliman, penjajahan dan terorisme Israel menuju kebinasaan dengan izin Allah dan kami akan tetap melaungkan: “dengan jiwa dan darah kami persembahkan untuk untukmu wahai al-Aqsha”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perletakan jawatan Menteri Dalam Negeri Israel atas tuduhan jenayah seksual.

Selasa, 29-12-2015 – Menteri Dalam Negeri Israel, Silvan Shalom meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri selain Menteri Dalam Negeri apabila dituduh terbabit dalam gangguan seksual pada petang Ahad 20 Disember lepas.

Perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah keadaan ini menambah satu lagi gelaran kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan jumlah tertinggi peranan dan gelaran yang pernah dilihat. Mulai sekarang, Netanyahu harus dipanggil Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri, Menteri Komunikasi, Menteri Ekonomi dan Menteri Kerjasama Serantau.

Shalom menghadapi beberapa lagi isu yang terlibat dalam gangguan seksual dengan 13 orang wanita dan salah seorang wanita itu merupakan pekerja di bawah arahan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Penduduk Zionis Serbu Al-Aqsa Dihalang oleh Jemaah.

Selasa, 29-12-2015 – Sejumlah puak penduduk Zionis, Ahad lalu(20/12) menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat tentera Zionis.

Ada saksi berkata, 26 penduduk Zionis yang terbahagi kepada 2 kelompok menyerbu kawasan Al-Aqsa dari arah pintu gerbang Al-Mugaribah. Saksi berkata lagi, para jemaah yang berada dalam Masjid Al-Aqsa menghalang serbuan kelompok Yahudi tersebut dengan melaungkan takbir dan tahlil serta menghalau mereka dari kawasan Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak ke arah petani Gaza

Selasa, 29-12-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah para petani Palestin di Semenanjung Gaza Tengah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika serangan itu.

Saksi melaporkan, IOF yang bertempat di kawasan sempadan dekat kem pelarian al-Maghazi di bandar Deir al-Balah menembak ke arah sekumpulan petani Palestin dan kediaman-kediaman di kawasan itu.

Serangan itu berlaku pada masa yang sama kenderaan tentera rejim meronda di sempadan dan dron berlegar-legar di kawasan itu. Serangan bersenjata itu menyebabkan para petani terpaksa meninggalkan kawasan pertanian mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa.

Selasa, 29-12-2015 – Sekumpulan pelampau yang merupakan pendatang Yahudi, bertindak menceroboh masuk ke ruang dalam Masjid al-Aqsa, masjid suci milik umat Islam dengan diberi kawalan keselamatan ketat. Perbuatan itu berlaku pada pagi Ahad, kelmarin.

Menurut kata saksi, 26 pendatang Yahudi dengan diiringi oleh anggota tentera rejim Israel, masuk ke dalam masjid itu dengan memecah pintu di laluan Maghareba. Perbuatan biadap pelampau Yahudi itu menyebabkan jemaah yang sedang beribadah di dalamnya, bertindak melaungkan takbir, “Allah hu Akbar”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bahar seru Gabungan Islam hentikan keganasan Israel

Selasa, 29-12-2015 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmad Bahar menggesa Gabungan Islam yang dibentuk oleh Arab Saudi untuk memandangl serius keganasan dilakukan Israel.

Dr. Bahar menegaskan, untuk memerangi jenayah dan keganasan Israel perlulah bermula daripada pihak atasan negara-negara Arab dan Islam. Beliau turut menegaskan, campur tangan segera perlu dilakukan untuk menghentikan pendudukan Israel dan konfrontasi agresif mereka terhadap rakyat Palestin termasuk tempat-tempat suci mereka di seluruh wilayah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Gadis Terkorban Ditembak Pasukan Israel di Pos Tentera Nablus

Isnin, 21-12-2015 – Seorang gadis Palestin bernama Samah Abdul Mukmin Ahmad, 18 tahun yang berasal dari kampung Amuria di selatan Nablus, wilayah utara Tepi Barat, pada hari Rabu lalu(16/12) mati akibat luka tembak penjajah Zionis berdekatan pos tentera Hawarah sekitar 3 minggu lalu.

Samah Abdul Mukmin cedera parah pada 23 November lalu akibat dihujani tembakan oleh penjajah Zionis, seiring dengan lagak tikam menikam yang dilakukan seorang pemuda Palestin, Ala Khalil Hasyasy.

Saat itu Samah Abdul Mukmin segera dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus. Setelah itu, dia dipindahkan ke hospital Israel Pellnson di “Petah Tikva” kerana keadaannya yang kritikal.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyita rumah penduduk Palestin dan menukarkannya kepada kem tentera.

Jumaat, 18-12-2015 – Pada Rabu 16 Disember petang, pasukan tentera Zionis memaksa sebuah keluarga Palestin untuk mengosongkan rumahnya di daerah Yabud, barat daya Jenin wilayah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa tentera Zionis menjadikan rumah penduduk Palestin itu, Yahya Abu Syamla sebagai tempat tentera. Pasukan penembak tepat juga berada di atas bumbung rumah tersebut.

Turut dikatakan bahawa rejim Zionis menyerbu rumah Abu Syamla pada Selasa malam dan menyita rumah itu dengan alasan mereka telah membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi di jalan berdekatan Yabud.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Pendatang menyerang warga Palestin dekat Jenin

Jumaat, 18-12-2015 – Para pendatang Yahudi pada petang Rabu menyerang warga Palestin di Yabad dan di kampung berdekatan dekat Jenin serta menganjurkan perarakan menyeru pembunuhan bangsa Arab.

Sumber tempatan mendedahkan yang lebih 50 pendatang berkumpul di arah selatan tempat kemasukan ke kampung Yabad dan seterusnya bergerak ke padang pohon zaitun di kawasan itu.

Tentera rejim Israel melindungi para pendatang dan membenarkan mereka menyerang kereta warga Palestin. Warga Palestin membuat aduan tentang kerosakan itu, sumber tempatan menambah. Penduduk Palestin d Yabad tiada pilihan selain daripada menukar arah dan mengambil jalan alternatif untuk mengelak serangan ganas pendatang. Para pelampau tersebut menyerang para penduduk sejak malam Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel dan pendatang Yahudi masuki Masjidil al-Aqsa.

Jumaat, 18-12-2015 – Beberapa pegawai kerajaan rejim Israel dengan diiringi 2 pegawai Arkeologi bersama 20 pendatang Yahudi, didapati telah memasuki dan meninjau ruang dalam Masjidil al-Aqsa bagi tujuan menimbulkan konfrontasi terhadap jemaah yang berada di dalamnya. Kejadian berlaku pada hari Rabu, kelmarin.

Akhbar Quds mendedahkan tindakan pihak polis rejim Israel kerana menghalang pekerja binaan serta menahan jurutera terlibat, Bassam al-Hallak dari menyiapkan kerja-kerja baikpulih paip air di masjid yang mendapat peruntukan dari sumbangan umat Islam itu.

Pengurus Masjidil al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani turut menyelar pihak rejim Israel kerana sering mengganggu kerja-kerja yang dijalankan di masjid itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak secara terbuka ke arah nelayan dan petani Gaza

Jumaat, 18-12-2015 – Regim Zionis Israel ( IOF) menembak secara terbuka dalam dua serangan berasingan ke arah nelayan Palestin dan petani di Gaza.

Para saksi melaporkan bahawa tentera Israel , ditempatkan di kawasan sempadan timur bandar Jabalia , utara Semenanjung Gaza, melepaskan tembakan berat ke arah petani Palestin dan rumah tempatan di kawasan sempadan. Kawasan sempadan juga menyaksikan pergerakan yang luar biasa kenderaan tentera Israel dengan pesawat Israel terbang di atas kawasan itu , menurut sumber itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Rampas Rumah Penduduk Palestin di Jenin dan Dijadikan Penempatan Tentera

Jumaat, 18-12-2015 – Pasukan penjajah Zionis pada Rabu (16/12) petang memaksa sebuah keluarga Palestin untuk mengosongkan rumah mereka di daerah barat Yabud, barat daya kota Jenin, wilayah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menjadikan rumah warga Palestin, Yahya Abu Syamla sebagai penempatan militan. Tentera dan pasukan penembak tepat pasukan penjajah Zionis berada di bumbung rumah tersebut.

Sumber berita Palestin ini menyatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menyerbu rumah Abu Syamla pada Selasa malam dan mengeledah rumah tersebut dengan alasan kenderaan pendatang Yahudi dilempar batu di Yabud.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

5 Warga Palestin Cedera Akibat Serangan Israel di Barat Ramallah

Jumaat, 18-12-2015 – Aksi tentera yang dilakukan penjajah Zionis di desa al-Janiyah di barat Ramallah, wilayah tengah Tepi Barat, telah mencederakan 5 orang warga Palestin sejak pagi Ahad(13/12) lalu.

Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menangkap dua remaja Palestin iaitu Yazin Aiman dan Yusuf Ibrahim, dalam kejadian di kampung al-Janiyah, pinggir Ramallah. Mereka menyiasat kedua-dua mereka sebelum dibebaskan.

Pasukan penjajah Zionis yang mengepung kampung sejak dari pagi melepaskan tembakan gas air mata ke rumah-rumah Palestin yang mengakibatkan tiga warga mengalami sesak nafas dan 2 di antara mereka adalah kanak-kanak dan orang tua berusia 80 tahun bernama Abdul Majid.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengukuhkan ketenteraannya dengan 4 batalion baru.

Khamis, 17-12-2015 – Rejim Zionis mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan 4 lagi batalion infantri baru bagi wilayah Tebing Barat untuk menghadapi intifada yang dianggar akan berterusan sehingga pertengahan bulan Mac akan dating.

Akhbar Ma’arev melaporkan di laman sesawangnya, petang Ahad 13 Disember bahawa tentera Zionis telah memilih untuk mengambil 2 batalion simpanan pada awal tahun depan dan mereka telah menghantar perintah itu. Sebaliknya 2 batalion askar biasa ditukarkan ke Tebing Barat. Jurucakap Zionis berkata, pengukuhan tentera akan ditentukan dari semasa ke semasa selaras dengan ciri-ciri keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh