Categories
Berita Semasa

Kederaan Bertambah Dalam Pertembungan di Nablus

Selasa, 26-12-2017 – Pertembungan berterusan untuk minggu kedua antara rakyat Palestin dan pasukan keselamatan Israel (IOF) atas pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel. Konfrontasi memuncak antara puluhan pemuda Palestin dan tentara IOF berhampiran pos pemeriksaan Huwara di selatan kota Nablus.

Para saksi menyatakan kepada wartawan PIC bahawa tentera IOF menembak peluru getah dan gas pemedih mata pada pemuda. IOF turut menutup pos pemeriksaan Huwara dan menghalang pergerakan dalam kedua-dua arah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rancangan Israel bina kuil Yahudi di bawah Masjidil Aqsa jelas melampaui batas.

Selasa, 26-12-2017 – Pergerakan Perjuangan Islam, Hamas menjelaskan bahawa rancangan rejim Israel mahu membina kuil Yahudi di bawah tapak Masjidil Aqsa jelas mencabuli hak mutlak penduduk Palestin ke atas bandar Baitulmuqaddis dan masjid suci tersebut.

Memetik kenyataan akhbar jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum beliau berkata, pembinaan kuil Yahudi itu menjadi bukti jenayah baharu rejim Israel ke atas penduduk Palestin dan tempat suci tersebut yang mana ia akan menggalakkan lagi kebangkitkan Intifada di Baitulmuqaddis. Terbaharu, rejim Israel telah merasmikan kuil baharu yang dibina di dalam terowong bersebelahan dengan Masjidil al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Demonstran cedera dan sesak nafas dalam protes di Timur Gaza

Selasa, 26-12-2017 – Seorang warga Palestin cedera parah akibat tembakan peluru hidup yang dilepaskan tentera Israel manakala 20 yang lain mengalami sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata berhampiran sempadan timur Gaza.

Jurucakap bagi Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra menyatakan warga Palestin yang cedera tersebut ditembak di kaki manakala 20 yang lain mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Sempadan timur Gaza menyaksikan pertembungan antara tentera Israel dan pendemonstran setiap hari susulan pengumuman US mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember yang lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Banduan Hamas merancang untuk menculik MK Glick dan Adraee

Selasa, 26-12-2017 – Sumber Israel mendakwa seorang banduan Hamas yang ditangkap oleh Shin Bet merancang untuk menculik Likud MK Yehuda Glick dan
jurucakap bahasa Arab tentera Israel, Maj. Avichay Adraee.

Menurut laman web Israel itu, dakwaan terhadap ketua banduan, Muad Ashtiyah, 26, Mahmoud Ramadan dan Ahmed Ramadan, 19, mendedahkan bahawa ke tiga-tiga mereka kemudiannya mengubah rancangan. Untuk memudahkan serangan, mereka sebaliknya memutuskan untuk menculik seorang askar Israel atau peneroka Israel.

Ashtiyah mempunyai senjata untuk penculikan tersebut dan merekrut dua ahli yang lain. Mengikut dakwaan itu, untuk menculik Glick atau Adraee, “defendan mengenali mereka dan mengumpulkan maklumat mengenai mereka menggunakan
internet.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Bantahan seluruh Itali berikutan keputusan AS ke atas Baitulmuqaddis.

Khamis, 21-12-2017 – Beberapa buah bandar di Itali seperti Bari, Florence, Trento dan Bergamo pada hari Ahad kelmarin menyaksikan orang ramai berhimpun, memprotes keputusan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Perhimpunan yang disertai ramai warga Palestin dan masyarakat Islam yang menetap di negara itu turut menarik simpati penduduk tempatan.

Menurut kenyataan akhbar kumpulan tersebut, mereka menyokong dan menyebelahi perjuangan rakyat Palestin. Tegas mereka lagi, undang-undang antarabangsa perlu dihormati dan rakyat bebas menentukan hak mereka sendiri.

Kenyataan itu turut mengajak masyarakat dunia agar menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang penjsrael dan mengiktiraf negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Puluhan Rakyat Palestin Dalam Tunjuk Perasaan di Tebing Barat

Khamis, 21-12-2017 – Puluhan penduduk Palestin cedera pada hari Ahad dalam pertempuran baru dengan pasukan keselamatan Israel (IOF) di berbagai kawasan Tebing Barat selepas pengiktirafan AS terhadap BaitulMaqdis sebagai ibukota Israel.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa 60 pelajar universiti cedera selepas askar IOF melepaskan tembakan gas air mata di dalam Universiti Kadoori di Tulkarem.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa banyak rakyat Palestin terkena gas pemedih mata dalam pertempuran yang berlaku di pinggir bandar al-Shuwaika di Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Remaja 14 tahun dalam tahanan Israel menjalani pembedahan kedua.

Khamis, 21-12-2017 – Seorang remaja lelaki 14 tahun Palestin dalam tahanan Israel, Hamed al-Masri, menjalani pembedahan kedua dikepala selepas menjalani pembedahan di tengkok pada Jumaat lepas. Beliau masih perlu menjalani dua pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Peguam Kesatuan Tahanan Palestin, Raed Mahamid, yang melawat Masri pada Ahad lepas menyatakan bahawa remaja berkenaan dalam keadaan koma dan tahap kesihatannya dalam keadaan kritikal. Beliau ketika ini dirawat di wad rawatan rapi di Hospital Kana-Kanal Schneider dalam wilayah Palestin.

Pihak berkuasa Israel pada 12 Disember lepas melepaskan 12 tembakan dan mencederakan remaja berkenaan sebelum menahan beliau. Tembakan yang dilepaskan tentera rejim mengenai hidung dan mata kirinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel merobohkan rumah yang di duduki sejak tahun 1948 Palestin

Isnin, 18-12-2017 –Jentolak Israel merobohkan sebuah rumah Palestin di bandar Zemer di utara Palestin yang dihuni sejak 1948. Sumber-sumber Palestin melaporkan bahawa jentolak Israel, disertai dengan pasukan tentera, memecah masuk ke bandar Zemer dan menghancurkan sebuah rumah yang sedang dibina di atas tanah Palestin milik persendirian tanpa notis terlebih dahulu kerana didakwa tidak mempunyai lesen undang-undang yang diperlukan.

Ketegangan berlaku berikutan operasi perobohan ketika penduduk Zemer bergelut untuk menyatakan penolakan mereka terhadap amalan Israel yang bertujuan menggugurkan mereka dari tanah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dan penangkapan berlaku ketika tentera rejim Israel menghalang protes anti-Trump

Isnin, 18-12-2017 – Sejumlah peserta demonstrasi dari kalangan rakyat Palestin telah cedera pada petang Rabu apabila tentera rejim menghalang habis-habisan para pembantah di Bab al-Amoud, Baitulmuqaddis.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata sekurang-kurangnya 4 pemprotes cedera apabila mereka turun ke jalanan untuk menyatakan bantahan ke atas pengiktirafan Trump terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu Negara Israel. Tentera rejim juga dengan ganasnya memukul para pengunjung Masjid yang duduk secara di pintu al-Amoud Gate sambil bersedia untuk menunaikan solat Maghrib.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneya: Kami tidak mahu sentuh peranan Jordan di Baitulmuqaddis.

Isnin, 18-12-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya menyatakan kepada Speaker Parlimen Jordan, Atef al-Tarawneh melalui panggilan telefon, bahawa beliau tidak mahu menyentuh sejarah dan peranan yang telah dimainkan kerajaan Jordan di masa lalu dalam soal mempertahankan Kota Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci umat Islam yang lainnya.

Haneya turut menyuarakan ketegasan beliau berhubung penolakan rakyat Palestin terhadap apa yang disebut sebagai tempat tinggal alternatif. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Haneya itu juga menyebut bahawa beliau telah bercakap dengan Tarawneh, meminta agar Jordan dapat memberi tumpuan yang lebih ke atas usaha mempertingkatkan kordinasi bersama bagi menghalang AS dari meneruskan keputusannya untuk tetap mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Kami Menolak Sebarang Usaha Merosakkan Peranan Penting dan Bersejarah Jordan Di al-Quds

Isnin, 18-12-2017 – Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam, Hamas Ismail Haniyah menegaskan bahawa pihaknya menolak sebarang usaha merosak peranan bersejarah kerajaan Jordan di al-Quds dan tempat-tempat suci Islam di al-Quds serta menolak tegas apa yang disebut sebagai tanah air alternatif. Hal tersebut disampaikan Haniyah dalam perbualan telefon dengan Ketua Parlimen Jordan, Atef Al Tarawneh, Rabu (13/12/2017).

Pejabat Haniyah dalam pernyataan yang dikeluarkan Rabu malam mengatakan, ketua biro poltik gerakan Hamas telah menelefon Ketua Parlimen Jordan Atef Al Tarawneh, untuk membincangkan kesan daripada deklarasi Trump yang mengiktiraf al-Quds sebagai ibukota penjajah Zionis Israel.

Haniyah mengatakan, “Waktu ini menuntut diperkuatkan usaha dan koordinasi bersama yang lebih berbanding dengan waktu-waktu sebelumnya bagi menghentikan keputusan (Amerika). Ia merupakan serangan terhadap Palestin dan kerajaan Jordan tanpa kecuali, ia juga merupakan serangan terhadap seluruh dunia Islam”.

Haniyah memuji usaha Raja Jordan, Abdullah bin Husain dan peranan Parlimen Jordan serta sikapnya yang jelas dan teguh dalam menolak keputusan (Amerika). Termasuk juga gerakan rakyat yang meluas. Ia dapat mengukuhkan keberadaan Jordan sebagai pihak yang strategik bagi al-Quds dan rakyat Palestin. Haniyah menyatakan bahawa pendirian parlimen Jordan secara khusus adalah sikap kuat dan teguh yang memiliki kesan positif bagi gerakan rakyat dan masyarakat di Jordan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

OIC : BaitulMaqdis Ibu Negara Palestin

Isnin, 18-12-2017 – Organisasi Negara-negara Islam (OIC) telah mengakui Baitulmuqaddis Timur sebagai ibukota Palestin, menolak pendirian berat sebelah AS dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengikuti jejak mereka. Pada sidang kemuncak yang diadakan di Turki seminggu selepas Presiden A.S. Donald Trump mengiktiraf BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel, sekumpulan 16 pemimpin Islam pada hari Rabu menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin dan Baitulmuqaddis Timur sebagai modal yang diduduki.

Dalam satu kenyataan, OIC menambah bahawa kumpulan yang terdiri daripada 57 anggota tetap komited kepada keamanan yang adil dan komprehensif berdasarkan penyelesaian dua negara. Ia juga menggesa PBB untuk “menamatkan penjajahan Israel” di Palestin dan mengisytiharkan pentadbiran Trump untuk bertanggungjawab atas “semua akibat tidak menarik balik daripada keputusan haram ini”.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengatakan bahawa A.S. telah “membatalkan” sendiri rundingan damai Israel-Palestin pada masa depan selepas jelas “berat sebelah memihak kepada Israel”. Trump turut mengumumkan pada 6 Disember bahawa A.S. secara rasmi mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel dan akan memulakan proses memindahkan kedutaannya ke bandar raya tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Anggota parlimen Algeria minta AS tarik balik keputusan berkenaan Baitulmuqaddis.

Khamis, 14-12-2017 – Wakil kepada anggota Dewan Rakyat, parlimen Algeria dan sekumpulan pemuda negara tersebut bertindak menemui Duta Amerika Syarikat di negara itu, John Desrocher bagi menyuara bantahan berhubung langkah AS mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Kenyataan pertubuhan yang mengelar diri mereka sebagai Pergerakan Untuk Keamanan menyatakan, ahli-ahli parlimen negara itu telah mengadakan perbincangan dan mengingatkan Duta AS itu akibat buruk yang mungkin akan timbul hasil dari keputusan tersebut.

Pergerakan itu menjelaskan, keputusan yang diambil AS itu adalah seumpama “mengisytiharan perang” kepada masyarakat Arab juga negara Islam dan tambahnya lagi, ia merupakan suatu pengkhianatan secara terang-terangan terhadap perasaan kaum muslimin seluruh dunia serta seperti tidak memberi sebarang pilihan pada rakyat Palestin melainkan mereka terpaksa bangkit melakukan penentangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel mengurangkan had kawasan perikanan Gaza kepada 6 batu nautika

Khamis, 14-12-2017 – Israel telah bertindak mengurangkan had kawasan perikanan Gaza dari 9 batu Nautika kepada 6 batu Nautika. Presiden Kesatuan Nelayan Palestin; Nizar Ayyash pada Isnin lepas memberitahu pemberita bahawa arahan tersebut dikeularkan oleh Pihak tentera Israel.

Ayyash turut berkata bahawa had baru tersebut akan berkuat-kuasa mulai petang Selasa. Untuk rekod, lebih 4,000 nelayan Palestin bergantung sumber pendapatan dengan hasil lautan di semenanjung Gaza yang kini dibawah kawalan tentera Israel. Ianya mampu menyediakan sumber makanan bagi 50,000 rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Ekrima Sabri: Pengisytiharan Trump Bakal Mencetuskan Peperangan

Khamis, 14-12-2017 – Pendakwahah Masjid Al-Aqsa dan ketua Majlis Tertinggi Islam BaitulMaqdis, Sheikh Ekrima Sabri menggambarkan bahawa keputusan presiden AS, Donald Trump untuk mengumumkan BaitulMaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan AS ke situ sebagai “pengisytiharan perang”.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, Sabri menegaskan bahawa protes yang dilihat baru-baru ini di seluruh dunia terhadap pergerakan AS menunjukkan bahawa BaitulMaqdis “bukan hanya milik rakyat Palestin tetapi kepada seluruh umat Islam”.

Beliau terus mendesak rakyat Palestin dan penduduk BaitulMaqdis untuk mempertahankan bandar suci itu dengan apa jua cara sekalipun dan mengatakan bahawa “keangkuhan AS” itu tidak akan dapat mencapai apa-apa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul