Categories
Berita Semasa

Kerajaan Jordan menghantar memo protes kepada Israel atas pencerobohan Masjid Aqsa

Rabu, 21-06-2017 – Kerajaan Jordan pada Ahad lepas mengutuk keras pencerobohan yang dilakukan oleh sejumlah besar pihak berkuasa Israel dan ekstrimis Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa pada pagi Ahad lepas. Selain menyerang penduduk yang sedang beribadah, pelampau mereka juga bertindak menyembur gas pemedih mata dan menutup pintu masjid.

Mohammad al-Momani, jurucakap kerajaan Jordan merangkap menter berkaitan media mengutuk aksi provokatif yang mencemarkan kesucian masjid Al-Aqsa dan melukakan perasaan umat Islam di seluruh dunia.

Momai menekankan, kerajaan Israel yang sedang menjajah Jerusalem Timur bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan masjid Al-Aqsa, pengunjung yang sedang beribadah dan para pekerja masjid dibawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Momani menambah bahawa Kementerian Luar Jordan telah menghantar memorandum kepada kedutaan Israel pada Ahad lepas yang mengutuk keras tindakan pencerobohan yang dilakukan kerajaan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Pegawai PBB memberi amaran terhadap pengurangan bekalan elektrik ke Gaza.

Isnin, 19-06-2017 – Penyelaras bantuan kemanusiaan PBB bagi Palestin, Robert Piper, memberi amaran pada Rabu lepas menganai krisis yang bakal melanda penduduk Gaza sekiranya bekalan tenaga elektrik terus dikurangkan.

Beliau menyeru pihak berkuasa Palestin, Hamas dan Israel untuk meletakkan kebajikan penduduk Gaza sebagai perkara yang paling penting dan mengambil langkah bagi mengelakkan krisis berterusan. PBB merayu komuniti antarabangsa untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk mengelakkan terputusnya bekalan ubat-ubatan, air bersih dan perkhidmatan perbandaran.

Awal minggu ini, kabinet Israel telah meluluskan langkah mengurangkan bekalan elektrik ke semenanjung Gaza susulan keputusan pihak berkuasa Palestin untuk mengurangkan jumlah bayaran terhadap bekalan tersebut sebanyak 30 peratus.

Keputusan ini akan menyebabkan kebanyakan rumah dan perkhidmatan awam hanya mempunyai elektrik selama 2 jam untuk tempoh sehari. Hospital, bekalan air, perkhidmatan sanitari telahpun terjejas sejak April lepas dan bekalan elektrik hanya bergantung kepada sumber minyak PBB yang disimpan bagi tujuan kecemasan. Pengurangan bekalan elektrik akan menyebabkan PBB terpaksa menyalurkan 1 juta minyak bagi tujuan menampung bekalan elektrik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel lulus potong elaun untuk tahanan dan syuhada.

Isnin, 19-06-2017 – Dewan Parlimen atau Knesset Israel meluluskan rang undang-undang pada bacaan kali pertama untuk memotong peruntukan elaun yang diberi kepada keluarga para tahanan dan syuhada warga Palestin dari hasil cukai yang dipungut pihak Israel bagi pihak Berkuasa Palestin (PA).

Menurut siaran televisyen berbahasa Yahudi, Channel Seven, keputusan itu dibuat selepas perbahasan dengan undian majoriti 48 menyokong sementara 13 menentang.

Sementara itu, jemaah menteri PA dalam mesyuarat mingguan yang diadakan menyatakan, rang undang-undang itu sebagai satu “rompakan” dan menjelaskan bahawa peruntukan itu adalah hak Palestin bukannya hadiah serta menambah bahawa pihak rejim hanya pemungut dan perlu menyerahkan cukai yang menyumbang pada 3 % hasil cukai bulanan bernilai 27 juta Shekel itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin kehilangan tempat tinggal kerana rejim Israel memusnahkan perkampungan Araqeeb.

Isnin, 19-06-2017 – Rejim Israel memusnahkan perkampungan Araqeeb di Negev untuk ke 114 kali pada hari Rabu, mengakibatkan puluhan keluarga tinggal di jalanan.

Ahli Jawatankuasa Tempatan untuk membela al-Araqeeb, Aziz al-Touri, mengatakan kenderaan pemusnah yang diiringi oleh polis rejim tiba di kampung itu pada waktu subuh dan memusnahkan semua khemah dan berek.

“Bayangkan suatu hari kenderaan bersenjata muncul di kejiranan anda dan memusnahkan rumah anda, menyebabkan anak-anak dan ahli keluarga tiada bumbung untuk berteduh,” kata al-Touri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Amaran PBB tentang pengurangan bekalan elektrik di Gaza

Isnin, 19-06-2017 – Koordinator Kemanusiaan PBB di kawasan Palestin, Robert Piper, memberi amaran mengenai kesan buruk daripada pengurangan bekalan elektrik di Selat Gaza, terhadap lebih dari dua juta rakyat Palestin.

Beliau berbincang dengan pihak berkuasa Palestin, Hamas dan Israel agar mengutamakan kebajikan rakyat Palestin dan mengambil tindakan yang wajar untukmengurangkan penderitaan mereka. PBB telahpun membuat rayuan kepada komuniti antarabangsa untuk menambah bantuan kemanusiaan bagi mengelakkan jatuhnya keperluan keberlangsungan hidup, kesihatan, kebersihan dan masalah lain.

Awal minggu ini, kabinet Israel bersetuju untuk mengurangkan bekalan elektrik ke Selat Gaza berikutan keputusan pihak berkuasa Palestin untuk mengurangkan bayaran bulanan bekalan elektik sebanyak 30 peratus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hafizah Hashim

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Guru Palestin di Jenin

Isnin, 19-06-2017 – Tentera Israel (IOF) menahan seorang lelaki Palestin berusia 38 tahun dari bandar Silat al-Harithiya, barat Jenin, ketika sedang menuju ke BaitulMaqdis untuk mendapatkan rawatan.

Isteri tahanan itu, Khaled Jaradat, mengatakan bahawa tentera IOF menangkap suaminya ketika dia cuba memasuki BaitulMaqdis untuk menerima rawatan di Pusat Perubatan Hadassah. Dia menderita pendarahan di mata dan sakit akut. Jaradat, yang merupakan guru sekolah, adalah bekas tahanan dan pernah ditahan selama beberapa tahun penjara di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Wakil Luar Negara Palestin Selar Media Arab Label Gerakan Penentangan Sebagai Pengganas

Isnin, 19-06-2017 – Sekretariat Ketua Persidangan Luar Negara Palestin telah menolak kenyataan terbaru yang dilaporkan dalam media Arab dan surat khabar yang membantah menyatakan gerakan penentangan sebagai pengganas.

Mengulas kenyataan baru-baru ini oleh menteri luar Saudi yang menyeru Qatar untuk menamatkan sokongannya terhadap Gerakan Hamas, Sekretariat Jeneral Persidangan memberi amaran, dalam satu kenyataan, kenyataan demikian telah memperlekeh hak rakyat Palestin untuk menentang Zionis.

Sekretariat Umum Persidangan itu menyeru orang-orang Arab dan Muslim untuk mengutuk kenyataan tersebut yang jelas menyinggung dan mengelirukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan 2 Bekas Tahanan di Bethlehem

Isnin, 19-06-2017 – Angkatan Tentera Israel (IOF) menangkap dua lelaki muda Palestin ketika cuba menyeberangi pos pemeriksaan tentera yang di kota Khader di selatan Bethlehem. Tahanan dikenali sebagai Youssef Sarahna dan Mufti al-Masri, di mana kedua-duanya pernah ditahan di penjara Israel. Lebih daripada 700 pusat pemeriksaan tentera Israel didirikan di seluruh Tebing Barat bagi menyekat pergerakan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Qatar: Pergerakan Penentang Hamas

Khamis, 15-06-2017 – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani mengeluarkan keyataan bahawa Hamas adalah gerakan penentang yang berfungsi untuk menyatukan rakyat Palestin dan bukanlah satu organisasi pengganas.

Dalam satu sidang media bersama rakan dari Perancis, menteri tersebut menerangkan bahawa kehadiran Hamas di Qatar adalah bertujuan untuk membantu rundingan damai dengan Fatah, dengan mengambil kira kepimpinan biro politik pergerakan tersebut yang berpengkalan di Gaza bukan Doha.

Beliau menambah bahawa usaha Qatar dalam membina semula Gaza adalah jelas dan telus dan dilaksanakan melalui mekanisma antarabangsa, mengukuhkan lagi bahawa Qatar menyokong rakyat Palestin dan tidak menyokong hanya satu pihak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel culik 2 remaja Palestin dari kem Shu’fat.

Khamis, 15-06-2017 – Tentera rejim Israel menahan dan membawa pergi 2 remaja warga Palestin selepas menyerbu kem yang menempatkan pelarian Shu’fat yang terletak di utara Baitulmuqaddis.

Menurut kata saksi, anggota tentera rejim dilihat memasuki petempatan tersebut dan kemudiannya menahan kedua-dua remaja sebelum merampas sebuah motorsikal milik mereka

Tambah saksi itu lagi, anggota tentera rejim dilihat mengepung sebuah bangunan di dalam kem tersebut sebelum menangkap dan kemudiannya membawa kedua-dua remaja itu pergi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen Jerman menolak untuk menemui menteri Israel di Baitulmuqaddis

Khamis, 15-06-2017 – Seorang wakil ahli parlimen Jerman enggan menemui menteri dalaman Israel Gilad Erdan, di pejabatnya di timur Baitulmuqaddis.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew, Erdan membatalkan mesyuarat yang dijadualkan dengan wakil Jerman itu setelah beliau dengan tegas menolak untuk mengadakan mesyuarat di luar kawasan Garisan Hijau.

Erdan juga dilaporkan menolak untuk menemui delegasi tersebut di tempat lain, dan mendakwa yang dia tidak akan bekerjasama dengan pihak yang menyatakan timur Baitulmuqaddis adalah kawasan yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Mengeluarkan Amaran akan Keputusan Israel untuk Mengurangkan bekalan kuasa

Khamis, 15-06-2017 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran mengenai kesan daripada keputusan pihak berkuasa Israel untuk mengurangkan bekalan kuasa ke Semenanjung Gaza.

Kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas menyatakan bahawa keputusan berbaur “perkauman” itu akan memberikan kesan buruk ke atas pesakit dan orang awam di Gaza. Israel harus bertanggungjawab ke atas akibat daripada keputusan untuk mengurangkan jumlah kuasa yang dibekalkan ke Semenanjung Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin ditahan dan disoalsiasat di Kem Hawara

Selasa, 13-06-2017 – Rejim Zionis telah menahan dua remaja Palestin Khamis lalu dan meletakkan mereka disoal siasat secara kejam di Kem Hawara berdekatan dengan Nablus.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa dua remara tersebut ditahan setelah kereta mereka di tahan dan digeledah di pusat pemeriksaan tentera. Kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Kem Hawara di mana mereka dipukul dengan teruk dalam jangka masa berjam-jam. Walaubagaimanapun mereka dilepaskan selepas itu, kata sumber tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hafizah Hashim

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel serah notis arah roboh.

Selasa, 13-06-2017 – Tentera rejim Israel bertindak menyerahkan notis arah roboh ke atas 2 buah restoran yang terletak di lokasi bersejarah di bandar Sabastia, utara kota Nablus, wilayah Tebing Barat.

Menurut kata Ketua Majlis Perbandaran Sabastia, Mohammad Azzam pihak tentera rejim telah datang ke lokasi tersebut dan menyerahkan notis roboh kepada kedua-dua pemilik restoran, dikenali sebagai Nael Aqel dan Fakher Mekhaimer. Dakwa pihak Israel, kedua-dua restoran itu terletak di kawasan milik tenteranya yang ditanda sebagai Kawasan C.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memotong bekalan air Nablus

Selasa, 13-06-2017 – Rejim Israel memotong bekalan airke 13 bandar Palestin di tenggara Nablus, timur laut Tebing Barat. Menurut Ghassan Dughlas, seorang aktivis Palestin yang memantau kegiatan pendatang di barat laut Tebing Barat, rejim kerap memotong bekalan air ke kawasan tersebut tanpa sebarang makluman awal.

Namun begitu, penempatan haram yang dibina di tanah Palestin dan kawasan berdekatan telah mendapat kebenaran tanpa had kepada sumber air Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati