Rabu, 03-02-2021 – Peneroka haram Yahudi meneruskan pencerobohan harian ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Selasa dan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di bawah perlindungan polis rejim Israel.
Warga Jerusalem melaporkan beberapa kumpulan peneroka memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas kawasan tanah suci. Pencerobohan dilakuan dari pintu Maghreba ke pintu Al-Silsila melepasi pintu Al-Rahma dimana peneroka Yahudi melakukan upacara keagamaan Yahudi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 03-02-2021 – Pasukan penjajah Zionis Israel (IOF) pada subuh Selasa menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima warga Palestin semasa serbuan di kawasan yang berlainan di Ramallah. Mereka dikenali sebagai Wisam Abul-Saqer, Diya Farroukh, Naseem Odeh, Atta Khattab dan Fadi Amra.
IOF juga menculik seorang pemuda bernama Ahmed Qasrawi di daerah Hindaf berhampiran kem pelarian Jenin serta Sheikh Manwar Bisharat dan anaknya dari bandar Tammun, selatan Tubas.
Tiga pemuda juga diculik oleh IOF dari kediaman mereka di kem pelarian Balata di Nablus. Mereka dikenali sebagai Ahmed Riyad, Ahmed Naser dan Saleh Abu Asab. Tiga warga lain ditawan semasa serbuan IOF di bandar Taffuh, sebelah barat al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Rabu, 03-02-2021 – Pada Ahad yang lalu, pemberontak Yahudi telah menanam pokok di sekitar bandar Idna dan Tarqumiya, utara-barat al-Khalil dalam usaha mereka untuk merampas tanah tersebut.
Abdel Monei Fatafta, Datuk Bandar Tarqumiya berkata, sekumpulan pemberontak dari penempatan berdekatan yang dibina diatas tanah milik penduduk Palestin, mula menanam pokok Zaitun dan pokok hutan yang lain di daerah Sha’b al-Masry dan Khillet Amer.
Fatafta menambah, pihak berkuasa Israel telah menghalang pemilik sah tanah tersebut untuk memasuki kawasan tersebut beberapa ketika yang lalu. Tanah-tanah ini yang berkeluasan beberapa kilometer persegi dan pihak berkuasa Israel sedang berusaha untuk merampas tanah tersebut untuk memperluaskan penempatan sedia ada dan menghubungkan antara satu sama lain.
Sementara itu, kumpulan Yahudi yang lain telah memasang Karavan di kebun Khillet Hassan, barat bandar Bidya di bahagian barat Salfit. Saksi telah melaporkan bahawa tiga kenderaan telah memindah kan Karavan ke kebun tersebut pada 03:30 pagi.
Khillet Hassan yang seluas 4 kilometer persegi telah diancam oleh pemberontak yahudi bagi memperluaskan penempatan sedia ada dan membuka penempatan yang baru yang menghubungkan penempatan dan pos diatara Salfit dan Qaqilya.
Pemberontak itu telah mulai meroboh dan memusnahkan tanah petani-petani di kawasan Khillet Alayyan dan Khillet Hassan di bandar Bidya dibawah perlindungan askar Israel. Pemberontak itu juga telah menebang pohon Zaitun, Ara dan Anggur dan memusnahkan bilik kebun dan telah memberi kemusnahan yang besar di kawasan tersebut. Terdapat 18 komuniti Palestin di Salfit berbanding jumlah penempatan Yahudi yakni sebanyak 24 penempatan termasuk kawasan perumahan dan kawasan industri. Peratusan kawasan tanah yang dikhaskan untuk penduduk Palestin di Salfit hanyalah 6% dari jumlah keluasan kawasan tersebut manakala bagi penduduk Israel pula adalah 9%.
Pihak berkuasa Israel telah meluaskan penempatan yahudi dan memberi sambungan bekalan air, elektrik dan rangkaian longkang bagi membentuk blok penempatan yang merangkumi 70% dari keluasan tanah Salfit. Ariel di katakan sebagai salah satu penempatan Israel terbesar di tebing barat yang dibina diatas tanah Palestin di Salfit. Israel berhasrat ingin menyambung jaringan tersebut sepanjang lembah Jordan dan beberapa penempatan akan dibina di atas tanah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hanafi
Selasa, 02-02-2021 – Gerakan Hamas menyifatkan keganasan yang dilakukan polis rejim ke atas seorang pemuda Palestin di selatan Bethlehem seperti “kelakuan penjenayah secara sistematik oleh tentera rejim Israel dan pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.”
“Keganasan sedemikian yang diamalkan oleh tentera rejim dan pendatang mencetuskan peningkatan penentangan ke atasnya, menghentikan penyelarasan keselamatan dan melaksanakan keputusan yang diambil oleh Setiausaha Agung Kumpulan-Kumpulan Palestin tentang keperluan menghidupkan penentangan,” jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata dalam kenyataan akhbar pada Ahad.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 01-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas telah merobohkan bangunan dan rumah serta mengarahkan kerja pembinaan dihentikan di beberapa kawasan di Tebing Barat. Mengikut sumber tempatan, rejim Zionis Israel menyerbu kawasan perkampungan Zanuta berhampiran kawasn peneroka haram Shim’a di Selatan Al-Khalil dan menyerahkan perintah merobohkan bangunan klinik dan bangunan jawatankuasa kampung.
Rejim Zionis juga memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan di Zanuta mengenai kerja perobohan 12 buah rumah, khemah, kandang haiwan ternakan dan bangsal menyimpan baran.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 01-02-2021 – Sekumpulan extremis Yahudi telah menyerang penggembala Palestin dan lembu mereka secara ganas di Kampung Kisan di timur Betlehem.
Ketua kampung tersebut, Ahmed Ghazal berkata, extremis Yahudi dari penempatan haram Ibei Hanahal telah melempar batu ke arah sekumpulan penggembala di Kisan dan mencederakan salah seorang dari mereka. Tambah beliau, mereka juga melepaskan anjing bagi menyerang penggembala dan lembu mereka menyebabkan kecederaan kepada sebahagian dari biri-biri peliharaan mereka.
Baru-baru ini, extremis Yahudi telah bertindak lebih ganas terhadap penggembala dan petani Palestin di Kisan dan merampas sejumlah besar tanah di sekitar kampung mereka. Tentera negara haram Israel juga telah merobohkan sejumlah struktur dan kediaman dan menggemburkan tanah pertanian di kampung tersebut berkali-kali.
Dalam kejadian berasingan, seorang extremis Yahudi pada hari yang sama telah tercedera ketika warga Palestin telah bertindak balas dan memukulnya setelah dia menyusup masuk ke desa Burin Iraw di Nablus didalam keadaan mencurigakan seperti ingin melakukan serangan atau tindakan sabotaj.
Namun jurucakap tentera Israel mendakwa, beliau yang berasal dari perkampungan Har Brakha berjoging berdekatan kampung Burin Iraq ketika beliau diserang.
Tidaklama kemudian, tentera Israel telah menyerbu kampung itu dan menyekat pintu masuk ke kampung tersebut dengan lumpur dan batu yang kotor dan penduduk tempatan dilarang untuk keluar dan masuk dari tempat tersebut.
Menurut sumber tempatan, lebih 20 kenderaan berperisai milik tentera tersebut, sebuah jentolak dan sebuah kereta yang membawa pengawal keselamatan menyerang kampung itu dan berkeliaran di jalanan. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, extremis dari penempatan haram dan pos di Tebing Barat melakukan serangan keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin, rumah, kenderaan dan tanah mereka. Serangan seumpama itu telah mendorong penduduk Tebing Barat untuk mempertahankan diri dan berwaspada terhadap setiap penyusupan oleh extremis ke kampung dan bandar mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hanafi
Isnin, 01-02-2021 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Isnin menyerbu kampung Khirbet al-Maitah di utara Lembah Jordan dan menyampaikan notis pemusnahan kepada sejumlah penduduk tempatan.
Menurut sumber tempatan, seorang kru dari pentadbiran awam tentera Israel menyerahkan enam notis pemusnahan rumah di Khirbet al-Maitah.
Enam keluarga akan diusir sekiranya pemusnahan dijalankan. Kru pentadbiran awam turut mengambil gambar rumah di kampung itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 01-02-2021 – Pada awal pagi Selasa lalu, rejim Zionis telah melancarkan kempen penahanan di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Pertembungan telah meletus dan beberapa warga Palestin mengalami kesukaran bernafas.
Di Bethlehem, sumber tempatan melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan seorang kanak-kanak lelaki Qusay Ali Taqatqa, 16, dari bandar Beit Fajar setelah menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya.
Di Tulkarem, saksi menyatakan bahawa tentera Zionis telah menahan Muhammad Abu Sabil dari kem pelarian Tulkarem dan Fadi al-Jabawi dan Uday Kassab dari kem pelarian Nour Shams setelah mereka memecah masuk dan menggeledah kediaman mereka.
Rejim Zionis juga menahan Muhammad Hashash setelah menyerbu kem pelarian Balata, di sebelah timur Nablus.
Sementara itu, puluhan tentera rejim Zionis telah memecah masuk rumah warga di kem pelarian Jenin, dan telah memeriksa mereka serta menahan tiga orang rakyat Palestin.
Di Qalqilya, rejim Zionis menahan Abd al-Rahman Hijjawi dan bekas banduan, Abdullah Walwil dan Qasim Suway. Suwaym yang telah dibebaskan hanya beberapa bulan yang lalu, merupakan saudara lelaki kepada dua orang yang telah syahid.
Rejim Zionis telah menyerbu bandar Tubas di mana pertempuran berlaku. 14 orang awam Palestin mengalami masalah pernafasan kerana terhidu gas pemedih mata yang ditembak oleh pihak tentera. Rejim Zionis juga menyerbu kota Tayasir yang berdekatan.
Baitulmaqdis Yang Diduduki telah menyaksikan kempen penangkapan besar-besaran yang tertumpu di kem pelarian Shu’fat. Lebih daripada sembilan orang rakyat Palestin telah ditahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 01-02-2021 – Menteri Risikan Israel, Elly Cohen melakukan kunjungan pertamanya ke Sudan. Koresponden Diplomatik Israel, Barac Ravid berkata, Cohen bertemu beberapa orang pegawai tinggi Tenteraan dan Risikan Sudan sebelum kembali ke Israel setelah beberapa jam kunjungan ke Khartoum.
Kunjungan ini merupakan yang pertama kali di lakukan oleh menteri Israel ke Sudan sehingga menjadi viral di media. Pada 6 Januari lepas, Sudan menandatangani kesepakatan damai, di sebut sebagai “Perundingan Abraham” dengan penjajah Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu, 27-01-2021 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Isnin memusnahkan tingkap-tingkap dan pintu-pintu caravanserai bersejarah Khan al-Lubban di al-Lubban ash-Sharqiya village, selatan Nablus di Tebing Barat.
Menurut saksi mata, IOF menyekat Kawasan di mana caravanserai Khan al-Lubban caravansary berada dan menggunakan jentolak untuk memusnahkan tingkap dan pintu luar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 27-01-2021 – Pasukan rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah menahan beberapa orang Palestin dari Tebing Barat dan menyampaikan saman kepada beberapa yang lain untuk disoal siasat oleh agensi perisikan tentera.
Di Bethlehem, tentera Zionis telah menahan dua bersaudara dari kem pelarian Deheisheh, di selatan bandar tersebut.
Sumber tempatan mengatakan bahawa rejim Zionis telah menahan dua saudara lelaki Muhannad, 25, dan Rami Fahmy Qawar, 19, setelah menyerbu dan menggeledah rumah kediaman keluarga mereka.
Tentera rejim Zionis juga menyerbu bandar Bir Zeit di daerah Ramallah, dan menahan Thaer Washha di rumahnya.
Di bandar Beit Rima, rejim Zionis menahan Omar al-Rimawi, seorang pelajar di Universiti Birzeit, setelah memecah masuk rumahnya di bandar itu.
Sementara itu, pasukan rejim Zionis telah menyerbu kota al-Khalil dan beberapa pemuda dipanggil untuk disoal siasat. Salim Rajoub juga ditahan di pusat pemeriksaan di al-Khalil.
Pada malam Ahad lalu, polis Israel telah menahan empat kanak-kanak lelaki di barat laut Baitulmaqdis yang Diduduki.
Saksi melaporkan bahawa polis Zionis telah menahan tiga kanak-kanak lelaki Majd Ramadan Abu Café, Mu’tasim Ahmed Gharib dan Muhammad Salim Gharib dari kampung Beit Ijza sementara kanak-kanak lelaki bernama Ayser Musa Eid Salem ditahan di kampung Bado.
Mereka ditahan ketika mereka berada di pintu masuk kedua-dua kampung tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 27-01-2021 – Pasukan penjajah Israel telah melarang jawatankuasa pembangunan hebron meneruskan kerja ubahsuai dan baikpulih Masjid Ibrahimi, Hebron. Pengarah Masjid Ibrahimi, Syeikh Hafdzi Abu Sininah berkata, pasukan penjajah Israel melarang pekerja meneruskan kerja dgn alasan tidak mendapat kebenaran untuk melakukan ubahsuai.
Syeikh Hafdzi menyebut sebarang kerja ubahsuai atau baikpulih dalaman masjid adalah di bawah seliaan Kementerian Wakaf dan Agama. Tindakan penjajah dan pemukim Israel bertujuan untuk campurtangan dan memasukkan pengaruh menguruskan Masjid Ibrahimi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Selasa, 26-01-2021 – Masyarakat Arab memberikan reaksi pada Sabtu kepada seruan Forum Palestin di Britain untuk menyatakan secara maya menolak normalisasi di bawah slogan “Palestine adalah hal saya dan normalisasi ialah pengkhianatan.”
Manakala dari Baitulmuqaddis, aktivis Hanadi al-Halawani menyeru usaha Bersama bagi menolak normalisasi dan mendedahkan bahawa normalisasi mengorbankan darah warga Baitulmuqaddis yang mempertaruhkan harga nyawa dan wang mereka bagi berjuang dan melindungi tanah air mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 26-01-2021 – Seorang pekerja Palestin terbunuh pada pagi Ahad ketika Regim Zionis Israel (IOF) menyerangnya dan yang lain dengan gas pemedih mata berhampiran Tulkarem di Tebing Barat.
Mangsa dikenali sebagai Fuaad Jawdah berusia 50 tahun dari kampung al-Taya Iraq di timur Nablus.
Menurut saksi mata, tentera Israel mengejar dan menyerang sejumlah pekerja semasa percubaan mereka menyeberang ke Israel (tanah yang dijajah Israel pada 1948) melalui lubang di pagar perimeter dekat bandar Far’un di Tulkarem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Selasa, 26-01-2021 – Pejabat akhbar Jabatan Tahanan telah memberi amaran pada pagi Ahad lalu mengenai keadaan kesihatan tahanan Palestin yang dijangkiti coronavirus yang semakin merosot di Seksyen 8 penjara Ramon Israel.
Pejabat berkenaan mengesahkan bahawa keadaan tahanan di Seksyen 8 ini sangat buruk kerana mereka tidak mendapat rawatan perubatan yang diperlukan.
Perkhidmatan penjara Israel (IPS) menghalang penyediaan vitamin dan bekalan perubatan yang diperlukan untuk tahanan yang dijangkiti.
Pejabat itu menyatakan bahawa seorang anggota Lembaga Pemerintahan Tinggi untuk Tahanan Hamas, Muammar Al-Shahroury, dibawa dari Tulkarem ke Seksyen 8 penjara Ramon setelah dia dijangkiti coronavirus.
Pejabat itu meminta institusi-institusi hak asasi manusia dan antarabangsa untuk segera campur tangan untuk memastikan agar IPS menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan oleh tahanan yang dijangkiti.
Tahanan yang dijangkiti diasingkan dalam keadaan tragis di kawasan pengasingan yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan minimum, tambahnya.
Jumlah tahanan di Ramon adalah lebih daripada 650 orang.
IPS telah mengabaikan kebajikan tahanan dan menghalang mereka daripada mendapatkan kemudahan kaedah perlindungan seperti pensteril, alatan pembersih dan topeng, yang memaksa tahanan membeli barang-barang ini dengan perbelanjaan mereka sendiri.
Menurut statistik rasmi, Israel menahan sekitar 4,200 orang Palestin di penjara mereka, termasuk 700 orang pesakit di mana 40 orang menderita penyakit kronik dan sepuluh daripadanya menderita barah di pelbagai tahap.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul