Categories
Berita Semasa

23 Anak Palestin Gugur Sejak Intifadhah al Quds Awal Oktober

Rabu, 02-12-2015 – Seorang kanak-kanak Palestin gugur ditembak pasukan penjajah Zionis pada Ahad malam (29/11) dalam pergolakan di Kampung Rasul Amud di Silwan, timur al-Quds. Kini, jumlah kanak-kanak telah mencapai 23 orang dari jumlah 106 syuhada yang gugur sejak tercetusnya intifadhah al-Quds awal Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad tersebut berkata bahawa pasukan penjajah Zionis menembak dada seorang anak Palestin bernama Aiman Samih Abbasi yang berusia 17 tahun. Mangsa dibawa ke klinik dan meninggal di situ.

Sumber berita ada menyebut bahawa Samih Abbasi termasuk bekas tawanan yang dibebaskan dari penjara Zionis. Ketua Persatuan Tawanan al-Quds, Amjad Ashb mengatakan bahawa mangsa telah dibebaskan pada 5 November lepas setelah meringkuk di penjara selama satu setengah tahun di penjara Zionis dan sebelum itu ditetapkan sebagai tahanan rumah selama 10 bulan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin cedera oleh tembakan Israel di Tulkarem

Rabu, 02-12-2015 – Enam warga Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup oleh Israel termasuk dua dalam keadaan serius, manakala lebih lima puluh orang lain menaglami sesak nafas disebabkan oleh gas pemedih mata dalam pertempuran dengan tentera Israel di Universiti Khadouri di Tulkarem.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa pertempuran meletus berikutan tentera Israel menyerang universiti dan mendera pelajar-pelajar yang bertempur dengan tentera Israel menggunakan hanya batu dan botol kosong.

Tentera Israel menyerang pelajar Palestin semasa pertempuran berlaku. Kelas telah dibatalkan di universiti yang telah baru-baru ini menyaksikan banyak serbuan oleh tentera Israel mengikut kata sumber.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Kumpulan-kumpulan Palestin menyeru kesatuan dalam menentang Israel

Rabu, 02-12-2015 – Wakil kumpulan-kumpulan di Palestin menekankan dalam mesyuarat di Gaza pada Ahad tentang kepentingan kesatuan kebangsaan dalam perjuangan Intifada.

Mesyuarat itu diadakan di bawah tajuk “Dialog Politik: Tujuan dan Keperluan Intifada Baitulmuqaddis”. Ketika mesyuarat, Setiausaha Agung Gerakan al-Ahrar Khaled Abu Hilal menekankan kepentingan Intifada secara berterusan terutamanya setelah berjaya mencapai tujuannya. Beliau turut mengingatkan tentang usaha dalaman dan luaran untuk menghentikan kebangkitan Palestin dan menyeru ke arah pendirian kebangsaan yang teguh untuk menghalang perkara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Salmiya: Penutupan Pintu Sempadan Rafah beri kesan buruk.

Rabu, 02-12-2015 – Jawatankuasa bagi Memecah Kepungan dan Pembangunan Semula Gaza, menerusi jurucakapnya, Adham Abu Salmiya berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian penuh pada kesan buruk yang timbul, susulan penutupan pintu sempadan Rafah, sempadan antara Gaza dengan Mesir kerana ia menjadi punca utama situasi kemanusiaan di Gaza, sekarang berada pada tahap kritikal.

Dalam satu kenyataan ringkas pada hari Ahad kelmarin, Abu Salmiya berkata, terdapat beribu-ribu warga Gaza yang terdiri dari pesakit dan pelajar serta penduduk tempatan yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka, menderita akibat penutupan berterusan pintu masuk sempadan itu.

Menurut Jawatankuasa itu, mereka akan cuba untuk terus memperbaharui usaha mendapatkan bantuan kemanusiaan dengan merayu pihak Mesir dan pihak-pihak berkaitan supaya pintu masuk sempadan itu dapat dibuka dengan segera. Sehingga hari ini, pintu sempadan Rafah itu, telah ditutup lebih 400 hari oleh pihak pemerintah Mesir kerana keadaan keselamatan di utara Sinai yang mereka dakwa semakin tidak terkawal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Dua orang pemuda Tulkarem mengalami kecederaan oleh peluru dalam pertempuran dengan rejim Zionis

Rabu, 02-12-2015 – Dua orang pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru semasa pertempuran ganas pada petang Isnin dengan askar Israel berhampiran Universiti Teknikal Palestin di bandar Tulkarem.

Sumber perubatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa dua orang lelaki muda mengalami kecederaan di bahagian bawah badan mereka disebabkan peluru hidup semasa pertempuran dengan tentera di bandar.

Sumber tempatan berkata bahawa peristiwa-peristiwa ganas bermula selepas pasukan rejim Israel (IOF) menyerbu pada waktu petang kampus universiti dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Salah: Pengharaman Gerakan Islam diputuskan selepas mesyuarat Netanyahu-Kerry

Rabu, 02-12-2015 – Ketua Gerakan Islam pada tahun 1948 di Wilayah Diduduki Palestin, Sheikh Raed Salah, menyelar keputusan Israel untuk mengharamkan Gerakan Islam pada tahun 1948 dengan menyatakan bahawa larangan itu diputus berikutan perjanjian antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Amerika Syarikat, Kerry.

“Semua langkah-langkah yang diambil oleh pertubuhan Israel yang zalim dan tidak boleh diterima,” kata Salah dalam kenyataannya, menyeru pengharaman sebagai “Ketidakadilan yang nyata”. Menurut Salah, “Keputusan ini dibuat dalam pertemuan antara Kerry dan Netanyahu dan juga penglibatan negara Arab.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Israel Halang Dua Ahli Tertinggi Gerakan Islam Palestin Memasuki al-Quds

Isnin, 30-11-2015 – Puak Penjajah Zionis pada Selasa lepas(24/11) menyerahkan perintah tentera kepada dua Ahli Gerakan Islam di Wilayah Palestin terjajah tahun 1948, yang menghalang mereka memasuki kota al-Quds selama enam bulan. Sementara itu pihak berkuasa Zionis juga dalam rancangan untuk mengusir pakar masalah al-Quds dan al-Aqsha.

Pusat Informasi Urusan al-Quds dan Masjid al-Aqsha mengatakan, dua perintah tentera tersebut diserahkan kepada Syaikh Kamal Khatib dan Dr. Sulaiman Ighrabiah, dua ahli tertinggi Gerakan Islam di wilayah Palestin terjajah sejak tahun 1948.

Lepas menerima surat keputusan tentera tersebut, Syaikh Kamal Khatib berkata, “Hari ini telah tiba kepada kami keputusan larangan memasuki kota al-Quds selama 6 bulan, selepas tamat larangan memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan atas keputusan yang ditandatangani Komander penjajah Zionis. Tambahan lagi, keputusan tersebut dilampirkan sekali bersama peta Kota al-Quds, seolah-olah kami ini buta tentang kota.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencederakan 8 orang banduan Palestin di Ramallah.

Isnin, 30-11-2015 – Peguam Persatuan Banduan Palestin, Jacqueline Fararjeh ketika lawatannya ke Penjara Etzion berkata 8 orang banduan telah dipukul dan diseksa dengan teruk oleh tentera Israel. Fararjeh berkata lagi banduan Yusuf Ereiqat, 20 telah dipukul dan diseksa oleh 20 orang tentera Zionis selepas dipanggil untuk disoal oleh polis Israel Ma’aleh Adumim. Polis Israel mengancam Yusuf dengan

senjata dan memaksanya menanggalkan baju untuk mendapatkan pengakuan daripadanya tentang batu yang dilemparkannya. Banduan Ismail Mohammed Badar, 44 tahun dan Nael Yusuf al-Qadi, 24 tahun pula dipukul teruk di kepala mereka dengan senapang dan difitnah dengan kata-kata keji dan lucah. Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis mencampakkan Ismail dan Nael ke luar dalam keadaan bergari dan kesejukan .

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Hamas tolak kenyataan Kerry, kutuk sikap menyebelahi Israel

Isnin, 30-11-2015 – Gerakan Penentangan Islam, Hamas menolak kenyataan terbaru Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang menyifatkan Intifada Baitulmaqdis sebagai ‘keganasan’.

Hamas berpendapat bahawa kenyataan Kerry mencerminkan niat jahat Amerika Syarikat yang sentisa memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada kekejaman dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin. Selasa lalu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyeru pihak berkuasa Palestin agar menolak ‘kedatangan tidak diundang’ John Kerry.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menembak dan menahan warga Palestin di selatan al-Khalil

Isnin, 30-11-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menembak dan menahan seorang pemuda Palestin ketika warga Palestin membantah pencerobohan IOF di Beit Ummar, al-Khalil. Ramai warga Palestin sesak nafas akibat gas pemedih mata kem pelarian al-Fuwar, al-Khalil.

Daerah Al-Hawar dan jalan pintas (Jalan 60) di al-Khalil menyaksikan kesesakan trafik yang teruk akibat perlanggaran di antara kereta milik pendatang Israel dan warga Palestin lalu menyebabkan IOF menutup jalan tersebut.

IOF semakin meningkatkan pencerobohan ke atas bandar-bandar dan kem pelarian di al-Khalil setelah rejim Israel mengambil keputusan untuk bertindak lebih keras ke atas bandar al-Khalil yang merupakan antara bandar utama dalam operasi anti penjajahan serta ramai penduduknya syahid sejak bermulanya Intifada Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang dakwa ditembak dalam satu pertempuran berdekatan penempatan mereka.

Isnin, 30-11-2015 – Sumber media penjajah Israel mendakwa, sebuah kenderaan yang dipandu 2 orang pendatang Yahudi terkena tembakan dalam pertempuran yang berlaku berhampiran penempatan Beit El, berdekatan Ramallah. Kejadian berlaku pada petang hari Selasa, kelmarin.

Bagaimana pun, menurut laporan berita Channel 2, TV Israel, tiada mangsa yang cedera. Pada hari sama, dalam satu pertempuran lain yang berlaku di wilayah Palestin yang dijajah Israel itu, berpuluh-puluh warganya ditangkap oleh pihak rejim Israel dan ada di antaranya yang cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Arahkan Kuatkan Serangan ke atas Hebron

Isnin, 30-11-2015 – PM Penjajah Zionis Benjamin Netanyahu mengerah pasukan penjajah Zionis untuk meningkatkan serangan dan aksi tenteranya di Hebron di wilayah selatan Tepi Barat. Ia dengan alasan bahawa Hebron masih menjadi asas puncak peperangan.

Netanyahu memberitahu hal tersebut semasa memimpin sidang pemimpin Zionis pada hari Ahad lalu(22/11). Dia berkata, “Akhir-akhir ini, saya telah melakukan sepakat dengan Menteri Pertahanan, Menteri Keamanan dalam Negeri dan Ketua Staf Angkatan Bersenjata, dan saya telah mengarahkan semua ketua-ketua keamanan untuk mengetatkan kawalan di kawasan utama Hebron.”

Dia mengutarakan alasan untuk meningkatkan serangan di Hebron dengan berkata bahawa di Hebron sedang rancak segala macam peperangan. Dia menegaskan bahawa pasukannya sedang giat melakukan penangkapan dan parameter kawalan di sana serta menghantar pasukan tambahan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Seorang Wanita Peneroka Haram Israel Mati Ditikam

Rabu, 25-11-2015 – Seorang wanita peneroka haram Israel meninggal dunia pada Ahad akibat luka selepas ditikam oleh seorang pemuda Palestin berhampiran Gosh Etzion di selatan Baitulaham. Penikam itu dibunuh oleh tentera Israel yang menembak dia selepas kejadian menikam.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa penikam yang telah dikenal pasti sebagai Issam Thawabteh, 31, dari bandar selatan Beit Fujjar. Tentera Israel memecah masuk ke rumahnya dan menahan empat saudaranya. Pertempuran meletus dengan penduduk yang berkumpul di hadapan rumah assyahid.

Operasi menikam anti-penjajahan mengambil tempat selepas kesyahidan gadis berusia 16 tahun Ashraqat Qatanani dari Nablus dan pemuda Shadi Khasib yang terbunuh dalam perjalanan ke Jericho ditembak askar penjajah Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa bilangan orang yang mati syahid telah meningkat sejak awal Intifada Jerusalem, pada Oktober kepada 94 termasuk 19 kanak-kanak dan 4 wanita.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Serangan tembak-menembak di timur Rafah

Rabu, 25-11-2015 – Tentera Zionis melancarkan serangan ke dalam kawasan sempadan timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada petang Sabtu dan menahan sementara seorang pemuda sebelum melepaskannya.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel melepaskan tembakan berhampiran dengan pemuda yang ditahan selama hampir dua jam itu dekat dengan pagar timur Rafah.Mereka berkata lagi, rejim zionis melepaskan tembakan secara bertubi-tubi ke arah barat pagar
keselamatan timur Rafah dan rumah-rumah penduduk Palestin sebelum menembusi kawasan tentera zionis dalam lingkungan 200 meter.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menjadikan kediaman warga Palestin sebagai berek tentera di al-Khalil

Rabu, 25-11-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) terus mengepung sebuah rumah warga Palestin untuk hari ketiga di kem pelarian al-Aroub di al-Khalil dan menjadikannya sebagai berek tentera.

Saudara kepada pemilik rumah itu Luai Jawabrah berkata, rejim Israel menukar rumah saudaranya Mohammad kepada berek tentera. IOF menahan keluarga Mohammad yang terdiri daripada isteri dan 3 anak mereka di dalam rumah tersebut.

Luai Jawabrah mendedahkan yang IOF memberitahu saudaranya yang beliau tidak boleh keluar dari rumahnya sendiri sehingga keadaan di Tebing Barat kembali tenang. Keluarga Mohammad bimbang akan kemungkinan yang rumah mereka akan dirampas IOF sekiranya mereka meninggalkan rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati