Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan dua pemuda Palestin atas pemilikan pisau

Isnin, 23-09-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Selasa menahan dua pemuda Palestin berhampiran kawasan Ein Bubin, barat bandar West Ramallah, atas dakwaan pemilikan pisau.

Laman web Israel “0404” mendakwa bahawa dua warga Palestin telah ditangkap berhampiran Ein Bubin kerana disyaki mencuba serangan pisau.
Ia menambah bahawa tahanan kemudian dipindahkan ke pusat soal siasat Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel meratakan 145,000 meter persegi tanah desa Hajja di Qalqilya

Isnin, 23-09-2019 -  Pasukan pendudukan penjajah Israel pada Rabu (18/9/2019) meratakan tanah pertanian yang sangat luas di desa Hajja, yang terletak sebelah timur Qalqilya, wilayah utara di Tebing Barat yang diduduki penjajah Israel.

Petugas yang bertanggung jawab menghadapi pendatang Yahudi di daerah Qalqilya, Mohammed Abu al-Sheikh, mengatakan, "Jentolak-jentolak pasukan pendudukan penjajah Israel, mulai meratakan tanah pertanian yang dianggarkan luasnya mencapai 145,000 meter persegi. Hal ini dilakukan pasukan penjajah Zionis dengan tujuan untuk memperluas kawasan industri yang ada di dalam penempatan Yahudi "Karni Shomron" yang letaknya bersebelahan dengan tanah pertanian Palestin.

Menurut Hajja Tahani al-Zuhaidi, seorang ahli jawatankuasa kampung, sebahagian besar tanah tersebut ditanam dengan pohon zaitun dan dimiliki oleh lima keluarga Palestin.

Sementara itu, sebelumnya pertembungan meletus di pintu masuk kota Azzun, di sebelah timur kota Qalqilya, di mana para pemuda Palestin melempar kenderaan  pendatang Israel dengan molotov.

Sumber tempatan mengatakan bahawa para pemuda Palestin menyerang kenderaan pendatang Israel dengan batu berdekatan pintu masuk kota, yang disusuli pertembungan dengan tentara Israel yang ditempatkan di pintu masuk bandar. 

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Israel tutup Gaza, Tebing Barat pada hari pilihanraya

Khamis, 19-09-2019 – Tentera Rejim Zionis akan mengenakan penutupan sepenuhnya laluan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa pilihanraya Knesset pada hari Selasa.

Di dalam suatu kenyataan, jurucakap untuk pihak tentera Israel berkata “berdasarkan penilaian keadaan keselamatan dan arahan daripada pihak berkuasa politik, penutupan sepenuhnya akan dilaksanakan di laluan di kawasan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.”

Pihak tentera menjelaskan bahawa penutupan akan bermula pada jam 12:00 a.m. hari Selasa dan akan berkuatkuasa selama 24 jam, bergantung kepada situasi semasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel ceroboh sempadan Gaza.

Khamis, 19-09-2019 – Jentolak milik tentera rejim Israel dilaporkan telak menceroboh masuk timur Khan Younis, wilayah selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber media, dua jentolak keluar dari sebuah pos tentera yang terletak di sebelah pagar sempadan bergerak menuju timur Khan Younis dan mula melakukan kerja-kerja merata tanah di situ.

Kawasan sempadan timur Gaza sering menjadi sasaran serangan dan tembakan tentera rejim yang dilihat sebagai telah melanggar perjanjian gencatan senjata antara pejuang Palestin dan rejim Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

IRDG: Saudi Terlibat Dalam Kehilangan Rakyat Palestin

Khamis, 19-09-2019 -  Pihak Observatorium Euromed untuk Hak Asasi Manusia dan  International Institute for Rights and Development, Geneva (IRDG) menyatakan keperihatinannya yang mendalam pada Sidang Dewan Hak Asasi Manusia ke-42 atas penangkapan yang dilakukan pemerintah Saudi terhadap puluhan warga Palestin. Mereka disembunyikan tanpa dasar undang-undang. 

Dalam pernyataan bersama, Kedua-dua organisasi itu mengatakan, puluhan warga Palestin menjadi mangsa hilang atas tindakan pemerintahan Arab Saudi.

Kehilangan secara paksa ini merupakan kejahatan terhadap kemanusiaan menurut Undang-Undang Antarabangsa. 

Pada awal September tahun lalu, Euromed Observatory mendokumentasikan 11 kesaksian keluarga Palestin yang anak-anak mereka telah ditahan atau dihilangkan secara paksa dalam beberapa bulan terakhir selama mereka tinggal atau berkunjung ke Arab Saudi. Mereka dipisahkan dari dunia luar tanpa dakwaan khusus atau dibawa ke pihak  berkuasa. Mereka tidak boleh berkomunikasi dengan orang yang mereka cintai atau berkomunikasi dengan peguam mereka.

Tidak ada satu dasar undang-undang pun untuk menahan orang-orang tanpa memberi tahu keluarga mereka tentang keberadaan mereka dari pihak berkuasa menurut kedua organisasi ini.

Euro-Mediterania dan IRDG meminta Dewan Hak Asasi Manusia untuk mengutuk aksi penculikan dan kehilangan paksa warga sivil tak berdosa. Mereka juga meminta Dewan Hak Asasi Manusia antarabangsa agar berperanan  dalam menjamin kebebasan mereka. Keduanya juga menyeru semua pihak antarabangsa untuk segera bertindak menyelamatkan Palestin, termasuk rakyatnya yang menjadi sasaran kehilangan secara paksa oleh Kerajaan Saudi Arabia.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman  
Categories
Berita Semasa

Isteri kepada Pemogok Lapar Merayu Bantuan untuk Kesihatan Suaminya

Khamis, 19-09-2019 – Tahanan Palestin, Sultan Khalaf, yang telah melakukan mogok makan selama 63 hari berkemungkinan boleh mati di penjara Israel setelah keadaan kesihatannya mencapai tahap mengancam nyawa, menurut keluarganya.

Isteri Khalaf merayu kepada semua pihak yang berkaitan untuk bertindak dengan segera membantu suaminya dan mengesahkan bahawa suaminya menderita beberapa penyakit seperti otak tidak berfungsi, ditumbuhi kudis, gangguan visual yang teruk, kesukaran bernafas serta dia tidak boleh bergerak atau berdiri.

Isteri tahanan tersebut membuat kenyataan itu ketika berada di luar rumahnya di hadapan beberapa pegawai dari kota Burqin, Jenin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan gadis Palestin asal Issawiya.

Selasa, 17-09-2019 – Polis rejim Israel menahan seorang gadis Palestin di rumahnya di daerah Issawiya, timur Baitulmuqaddis atas dakwaan telah melakukan serangan menggunakan kereta.

Menurut laman web 0404, seorang perempuan Palestin yang berumur 20 tahun dari Issawiya telah ditahan kerana melakukan serangan menggunakan kereta yang dipandu laju di jalan berdekatan petempatan haram Yahudi Atarot, Baitulmuqaddis.

Polis rejim berkata, pada malam Khamis tersebut, seorang polis pengawal sempadan dan pendatang Yahudi cedera setelah sebuah kereta melanggar mereka. Berikutan kejadian itu, pihak polis telah melancarkan siasatan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

155 Peneroka Haram Cemar Masjid Aqsa

Selasa, 17-09-2019 – Puluhan peneroka haram Yahudi pada hari Khamis pagi mencemar kesucian halaman Masjid Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat.

Menurut Pihak Berkuasa Awqaf Islam di Jerusalem Dijajah, 155 peneroka, termasuk pelajar universiti dan agama menerima lawatan berpandu di dalam Masjid Aqsa.

Beberapa peneroka haram cuba melakukan ritual semasa kehadiran mereka di tempat suci.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

6 Pimpinan Tawanan Palestin Bergabung Mogok Lapar di Penjara Israel

Selasa, 17-09-2019 -  Biro media forum tawanan mengeluarkan maklumat jumlah tawanan yang melakukan mogoklapar meningkat menjadi 28 orang. Mereka memprotes tindakan sewenang-wenangnya pihak penjara Israel, selepas bergabungnya 6 pimpinan organisasi gerakan tawanan Palestin.

Keenam-enam pimpinan tawanan yang bergabung mogok lapar adalah ketua forum tawanan Hamas, Muhammad Arman dan wakilnya, Usman Bilal, Abbas Sayyid, Asraf Azgir, Muammar al-Syekh dan Ahmad al-Qudrah.

Forum tawanan memaklumkan hari ini akan dimulakan dengan langkah perjuangan baru, termasuk bergabungnya 120 tawanan untuk aksi mogok lapar secara terbuka minggu hadapan jika pihak penjara Israel menolak tuntutan para tawanan.

Sebelumnya para tawanan memberikan tempoh waktu selama 24 jam kepada pihak penjara, untuk merespon tuntutan mereka, antara lain mengaktifkan telefon umum selama 5 hari dan mengembalikan tawanan mogok lapar yang dipindahkan dari penjara Raymond ke penjara Nafha yang berjumlah 23 orang, termasuk menghentikan penggeledahan. 

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Banduan Ramon memberi penjaga masa 24 jam untuk menjawab tuntutan

Selasa, 17-09-2019 – Penjara Palestin di penjara Ramon memberikan perkhidmatan penjara Israel 24 jam untuk bertindak balas terhadap tuntutan mereka semasa mengadakan pertemuan dengan pegawai penjara pada hari Rabu.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS), para tahanan diminta mengaktifkan telefon umum di penjara selama lima hari, mengeluarkan isyarat telefon yang menyebabkan kanser, membawa 23 tahanan yang dipindahkan ke penjara Nafha, dan menghentikan serangan serbuan pada sel.

Dalam konteks yang sama, 23 tahanan telah melakukan mogok lapar sejak Selasa dan lima daripadanya telah berhenti minum air dalam protes atas pendedahan mereka terhadap penindasan ganas oleh pasukan penjara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Al Thani : Perjuangan Palestin “Isu Induk Arab”

Selasa, 17-09-2019 – Menteri Luar Negara Qatar Mohamed Al Thani menegaskan bahawa perjuangan Palestin adalah “isu induk dan tunjang kepada semua isu-isu Arab”.

Dalam kenyataan Twitter beliau Rabu lalu, Al Thani berkata bahawa “keamanan tidak mungkin tercapai di kawasan ini tanpa penyelesaian yang adil dan berkekalan [untuk perjuangan Palestin] yang selaras dengan ketetapan antarabangsa.”

“Kami membantah tindakan agresif berterusan pihak Rejim Zionis ke atas warga Palestin dan mengulang pendirian tegas kami tentang isu ini,” tambah Al Thani.

Di dalam sidang media Selasa lalu, Netanyahu telah mengumumkan bahawa beliau akan menambah Lembah Jordan dan kawasan utara Laut Mati ke dalam Israel jika beliau memenangi pilihanraya umum minggu hadapan dan menubuhkan kerajaan baharu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul


Categories
Berita Semasa

Tentera Haram Zionis (IOF) Pecah Masuk Kedai Roti Palestin

Jumaat, 13-09-2019 – Tentera Haram Zionis (IOF) pada petang Rabu menyerbu kawasan Jabal al-Mawalih di Baitulaham.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menyerbu kedai roti milik penduduk Palestin dan menimbulkan kekacauan di dalamnya.

Mereka menambah bahawa askar IOF, setelah menggeledah kedai roti, dikerahkan di kawasan jiran dan menggeledah tempat lain. Tiada alasan diberikan untuk kempen itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel gempur 2 pos pejuang Palestin di Semenanjung Gaza utara

Jumaat, 13-09-2019 -  Pesawat-pesawat tempur penjajah Israel pada Rabu (11/9/2019) malam menggempur dua pos pejuang Palestin di Semenanjung Gaza utara. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan bahawa pesawat tempur penjajah Israel menembak tiga peluru berpandu ke arah pos "Ashkelon" milik pejuang di kota Beit Lahia di Semenanjung Gaza utara, tanpa ada laporan tentang mangsa yang terkorban.

Menurut sumber tempatan, pasukan pertahanan darat pejuang Palestin menembaki pesawat drone pendudukan penjajah Israel yang menyebabkan siren di penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza berbunyi.

Jurucakap tentera Israel mendakwa bahawa serangan itu dilakukan sebagai reaksi terhadap tembakan roket dari Gaza ke penempatan Yahudi di pinggir Semenanjung Gaza pada hari sebelumnya.

Pada Rabu petang, kenderaan militan penjajah Israel menembak dua pos pemeriksaan milik Brigade al-Qassam di Semenanjung Gaza utara.

Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa pasukan artileri penjajah Israel melancarkan serangan ke pos pejuang dan kemudian ke pos lain di kota yang sama.

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman 

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel musnahkan fasiliti Palestin di Al Khalil

Jumaat, 13-09-2019 –  Jentolak Israel telah memusnahkan beberapa harta benda milik warga Palestin di pekan Masafer Yatta, selatan bandar al-Khalil di Tebing Barat, Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, jentolak Israel telah memusnahkan beberapa karavan yang digunakan oleh keluarga warga Palestin sebagai rumah bergerak, memandangkan pihak berkuasa Israel tidak membenarkan sebarang bentuk pembinaan di kawasan berkenaan.

Rejim Zionis pada awal paginya telah menyerang perkampungan Khirbet ad-Dabe’ yang berdekatan, menggeledah beberapa buah rumah, dan menahan beberapa orang penduduk Palestin untuk beberapa jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan 22 orang Palestin

Jumaat, 13-09-2019 – Tentera Zionis (IOF) pada Subuh hari Selasa menculik sejumlah rakyat Palestin ketika serbuan di Tebing Barat dan Jerusalem.

Sumber tempatan melaporkan bahawa 22 penduduk Palestin ditangkap di beberapa kampung di Nablus, Jenin dan Jerusalem.

Sementara itu di Ramallah, berpuluh-puluh penduduk Palestin di kampung Um Safa mengalami kesukaran bernafas selepas menghidu gas pemedih mata yang ditembak oleh tentera zionis semasa serbuan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen