Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Diculik Tentera Zionis

Selasa, 25-10-2016 – Tentera Israel (IOF) pada Isnin menculik seorang pemuda Palestin dari BaitulMaqdis serta memasang kamera pengawasan di sekitar bandar. Seorang wartawan berita PIC berkata, IOF memasang banyak kamera pengawasan di Jalan Salah al-Din di Baitulmuqaddis sebagai langkah untuk menangkap penunjuk perasaan anti-Israel. Pemuda Palestin, Ahmad Darwish telah diculik oleh tentera Zionis selepas dibelasah teruk berhampiran pintu masuk barat ke bandar al-Issawiya , BaitulMaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Penunjuk perasaan anti-penjajahan melontarkan koktel Molotov ke arah Tentera Israel

Selasa, 25-10-2016 – Penunjuk perasaan anti-penjajahan Palestin telah melempar batu ke arah sebuah bas Israel dan melontar bom Molotov ke arah pasukan tentera Israel di Baitul Lahem.

Menurut laman berita 0404, penunjuk perasaan Palestin telah melempar batu ke arah bas penduduk Israel berhampiran Baitul Lahem bandar Husan, memecahkan cermin hadapan bas itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Para penunjuk perasaan anti-penjajahan juga telah melemparkan koktel Molotov ke arah tentera Israel berhampiran bandar Marah Rabah, di selatan Baitul Lahem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Resolusi Baru UNESCO Mengesahkan Masjidil Aqsa Milik Mutlak Umat Islam

Selasa, 18-10-2016 – Negara anggota UNESCO akan mengundi cadangan resolusi yang menafikan sebarang kaitan Yahudi dengan perkarangan Masjid Aqsa dan Tembok Barat (al-Buraq Wall) serta kawasan sekitarnya. Cadangan itu dikemukakan oleh rakyat Palestin, bersama-sama dengan Mesir, Algeria, Morocco, Lubnan, Oman, Qatar dan Sudan, yang turut mengutuk Israel dalam beberapa isu yang berkaitan dengan

BaitulMaqdis dan tempat suci itu. Menurut akhbar Haaretz, cadangan tersebut mengakui bahawa kota BaitulMaqdis merupakan kota suci buat penganut Islam, Kristian dan Yahudi, tetapi Masjid Aqsa dan al-Buraq Wall adalah milik umat Islam.

Dalam pada itu, Israel dilaporkan telah berusaha secara diplomatik untuk menyekat resolusi tersebut dengan melobi anggota negara lain. Lembaga Eksekutif UNESCO telah mengeluarkan resolusi yang sama pada April lepas dengan sokongan beberapa negara Eropah, yang diketuai oleh Perancis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Polis Israel larang 8 belia Islam masuki Masjidil Al-Aqsa.

Selasa, 18-10-2016 – Pihak polis penjajah rejim Israel keluar arahan melarang 8 pemuda Islam warga Palestin dari memasuki Masjid Al-Aqsa selama 15 hari.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keluarga Tahanan, Amjad Abu Asab, sebelum ini pihak polis rejim Israel telah menangkap dan menahan 9 warga Palestin di Kota Lama Baitulmuqaddis dan Silwan pada waktu tengah malam. Selepas ditangkap, 8 pemuda dari 9 yang ditahan telah disenaraikan sebagi orang yang tidak dibenarkan untuk memasuki masjid suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Laporan Pertubuhan Israel Beri Amaran Plot Rampas Batan al-Hawa di Silwan

Selasa, 18-10-2016 – Kumpulan-kumpulan pertubuhan Israel, Peace Now dan Ir Amim, baru-baru ini mengeluarkan satu laporan bersama mengenai pengembangan penempatan Israel di kejiranan Batan al-Hawa Silwan, kawasan yang paling sensitif dan tidak menentu di Baitulmuqaddis.

Laporan bertajuk “Pecah Amanah: Penglibatan Israel dalam Penempatan Swasta di Batan Al-Hawa, Silwan,” menerangkan bagaimana, sejak tahun 2001, organisasi peneroka Ateret Cohanim disokong kerajaan telah berusaha untuk mengubah Batan al-Hawa ke dalam penempatan Israel yang besar melalui pengambilalihan hartanah Palestin dipersoalkan dan pengusiran secara paksa dan penyingkiran keluarga Palestin yang telah hidup di kawasan kejiranan yang selama beberapa dekad.

Laporan itu memberi amaran bahawa Batan al-Hawa akan menjadi penempatan Israel terbesar dalam kejiranan Palestin di Historic Basin Kota Lama, menambah besar penempatan di sekitar Kota Lama, mewujudkan realiti yang tidak boleh dipulihkan dan teruk melemahkan kemungkinan penyelesaian dua negara masa depan. Percubaan penuh kegilaan Ateret Cohanim untuk mengambil alih kejiranan Palestin mengancam 100 keluarga, yang terdiri daripada 600 rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rumah warga Palestin menjadi mangsa tembakan rejim Zionis

Jumaat, 14-10-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah kediaman warga Palestin di timur bandar Khuzaa, timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada petang Khamis.

Menurut seorang wartawan PIC, tentera rejim melepaskan tembakan ke arah kediaman dan kawasan pertanian warga Palestin dekat Sekolah Shuhada di bandar Khuzaa.

Terdapat nyalaan api ditembakkan ke langit, sumber tersebut menambah. Tentera laut rejim turut menyasarkan bot-bot perikanan di luar pantai Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pengarah PPS BaitulMaqdis ditawarkan pembebasan bersyarat

Jumaat, 14-10-2016 – Mahkamah Majistret Israel telah memutuskan untuk melepaskan Pengarah Hal Ehwal Persatuan Tahanan Palestin (PPS),Nasser Qawas dan dikenakan denda sebanyak 500 syekel. Beliau juga telah dihalang daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama 45 hari. Qawas ditahan oleh tentera Israel di Baitulmuqaddis Ahad lalu dan dibawa ke pusat soal siasat selepas diserang secara kejam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul husna

Categories
Berita Semasa

Turgeman Hentikan Rancangan Pembangunan Perumahan Penduduk Arab

Jumaat, 14-10-2016 – Timbalan Datuk Bandar Jerusalem, Meir Turgeman mengarahkan semua rancangan pembinaan perumahan orang Arab di kawasan sekitar kota suci dihentikan sebagai tindak balas kepada insiden serangan Ahad lalu yang membunuh dua rakyat haram Israel dan serta enam lagi cedera.

Turgeman, yang juga ketua jawatankuasa perancangan dan pembangunan, mengarahkan untuk menyerang rakyat Palestin dengan mengancam mengambil tindakan menghentikan rancangan pembangunan buat mereka di Jerusalem. Sebelum ini, Turgeman yang juga terkenal sebagai fanatik Zionis telah menghalau keluarga pemuda Palestin yang terlibat dengan serangan itu ke Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tahanan mogok lapar, Ahmed Abu Fara berhenti minum air

Jumaat, 14-10-2016 – Banduan Palestin Ahmed Abu Fara, yang telah melancarkan mogok lapar selama 18 hari kerana membantah penahanannya, mengambil keputusan untuk tidak minum air.

Menurut adiknya, Ramzi, Abu Fara enggan mengambil air selepas mendedahkan penganiayaan di rumah sakit penjara Ramla itu. “Disebabkan mogok lapar, tahap kesihatan dan keadaan fizikal Abu Fara sangat teruk,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman & zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sembilan remaja dan dua adik beradik diculik di kem Aida dan Beit Umar

Jumaat, 14-10-2016 – Rejim Zionis menculik sembilan kanak-kanak bawah umur daripada kem pelarian Aida di Betlehem dan dua adik-beradik di bandar Beit Ummar di al-Khalil pada hari Isnin. Sumber tempatan berkata bahawa tentera berpakaian awam menahan sembilan remaja ketika pertempuran dengan pasukan tentera di kem Aida dan membawa mereka ke tempat yang tidak diketahui. Sumber itu menambah bahawa tentera menembak gas pemedih mata dan peluru getah ke arah remaja-remaja tersebut ketika kejadian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Israel Berlatih di Selatan Nablus

Jumaat, 14-10-2016 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menjalani latihan tentera pada petang Isnin di timur bandar Aqraba selatan Nablus di utara Tebing Barat .

Ketua kampung Abu Fakher menegaskan bahawa berpuluh-puluh khemah tentera Israel didirikan lewat Isnin beberapa timur bandar dan mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon tentera tertutup. Tentera Penjajah Israel telah gunakan tanah pertanian Palestin untuk menjalankan latihan tentera berhampiran terutamanya semasa musim menuai zaitun dengan tujuan lain untuk membuat kerosakan besar ke atas tanaman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Aktivis bantah urusniaga gas Jordan dengan AS.

Selasa, 11-10-2016 – Aktivis terdiri dari rakyat Jordan berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat elektrik negara itu di kota Amman kerana membantah tindakan syarikat itu yang baru-baru ini menadatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pembekal bahan bakar AS yang membeli gas dari Israel.

Aktivis berdiri sepanjang jalan sambil memegang sepanduk mengecam urusniaga itu dan meminta kerajaan membatalkan perjanjian tersebut serta segala layanannya terhadap Israel. Sebahagian sepanduk itu bertulis, “Musuh sebalik perjanjian itu adalah Israel” dan “Tidak untuk perjanjian memalukan ” dalam bahasa Arab.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan seorang pemuda Palestin dekat Nablus

Selasa, 11-10-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan seorang wanita muda Palestin dari bandar Deif Sharaf, barat Nablus.

Saksi mata melaporkan yang rejim Israel turut menutup jalan Nablus-Tulkarem dekat bandar Deir Sharaf sebelum menghentikan sebuah kereta dan menahan pemandunya. Rejim Israel turut menutup jalan Aqraba dengan sebuah jentolak tentera tanpa sebab yang diketahui.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang lokasi pejuang di Gaza

Selasa, 11-10-2016 – Angkatan Tentera Israel (IOF) mengebom dua lokasi pejuang di timur Al-Bureij dan Maghazi berhampiran kem pelarian di tengah Semenanjung Gaza. Menurut wartawan PIC, kereta kebal Israel ditempatkan di sepanjang sempadan Gaza telah mengebom kawasan tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan. Israel melancarkan serangan ke atas Gaza selepas sebuah roket dilancarkan oleh pejuang mengenai jalan berhampiran Bandar Sderot, Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas Mohon Pelbagai Pihak Hentikan Manipulasi Pilihanraya

Jumaat, 07-10-2016 – Hamas berusaha mendapatkan kerjasama pelbagai pihak di Palestin untuk menghalang Fatah dari memanipulasi proses pilihan raya yang boleh mempengaruhi keputusan rakyat Palestin membuat undian. Dalam kenyataan kepada PIC, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, Hamas akan bekerjasama dengan kuasa parti politik dan agensi lain untuk menghadapi manipulasi proses pilihanraya seperti cubaan penangguhan pilihanraya tempatan di Ramallah. Fawzi menegaskan bahawa rakyat Palestin menolak alasan Fatah untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin