Jumaat , 02-10-2020 – The Shin Bet, perisik dalaman Israel, telah menculik aktivis pro-Aqsa, Aida as-Sidawi dari rumahnya di Kota Lama Baitulmaqdis.
Sidawi mengatakan bahawa pegawai Shin Bet yang dikawal oleh pasukan polis telah menahannya dan membawanya ke pusat soal siasat Qishla setelah menggeledah rumahnya di kawasan Bab al-Hadid di Kota Lama.
Sidawi telah dipanggil, ditangkap, dibuang dari Masjidil Aqsa dan dilarang melakukan perjalanan beberapa kali sebelum ini kerana kegiatan aktifnya dalam menyokong Masjidil Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Jumaat , 02-10-2020 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Mussa Abu Marzuq, Rabu malam (30/09/2020), menyatakan bahawa isu Palestin sedang menghadapi cabaran besar yang memberi dorongan kuat kepada kesatuan dan kerjasama nasional.
Abu Marzuq mengatakan, dialog Turki akan menyumbang kepada pencapaian kesefahaman yang lebih baik terhadap rekonsiliasi Palestin.
Beliau menekankan bahawa mereka tidak mungkin menawarkan rekonsiliasi dalam keadaan tidak menentu serta dalam keadaan terkesan dengan peristiwa lalu. Oleh kerana itu perlu ada langkah-langkah untuk membangun kepercayaan antara kedua pihak. Beliau menyatakan kepentingan aspek yang berkaitan dengan membangun kepercayaan ini. Seperti mengembalikan dokongan asas kepada para tahanan, para keluarga syuhada, mereka yang tercedera serta mereka yang tertekan akibat perpecahan.
Abu Marzuq menekankan perlunya membangun strategi berkaitan rekonsiliasi dan kejasamaa Palestin.Beliau menegaskan bahawa patriotisme dan tanggungjawab yang berada di bahu kedua-dua pihak merupakan syarat utama menuju kemajuan rekonsiliasi.Isu perjuangan rakyat dengan kepemimpinan pusat, terutama di Tebing Barat dan al-Quds perlu didasarkan kepada asas pemikiran persatuan penuh.
Abu Marzuq menekankan perlunya mengadakan pilihanraya untuk Dewan Nasional, Dewan Legislatif, Jawatankuasa Eksekutif PLO, dan pilihanraya presiden.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat , 02-10-2020 – Atas perintah tentera rejim Zionis, sebuah mahkamah tentera pada hari Rabu telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang petani tua warga Palestin serta memerintahkannya untuk membayar denda.
Menurut Persatuan Tawanan Palestin, Khairy Hanoun yang berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan didenda 1,000 shekel ($ 300).
Hanoun diculik pada 21 September dari rumahnya di bandar Anabta, timur wilayah Tulkarem.
Pada awal September, Hanoun diserang dengan kejam semasa demonstrasi di utara Tebing Barat. Beliau memprotes penyitaan tanahnya.
Rakaman video menunjukkan askar Israel menolak Hanoun ke tanah sebelum seorang askar mula menekan lututnya di leher petani tersebut, sementara askar yang lain pula mengacukan senjata mereka pada sesiapa yang merakam serangan itu.
Jumaat , 02-10-2020 – Seorang remaja Palestine di laporkan parah di tembak oleh penjajah Israel di Kota Surif, Barat laut Hebron. Sumber tempatan melaporkan sepasukan penduduk penjajah telah melepaskan tembakan kepada penduduk awam Palestin di Kota Surif mengakibatkan seorang remaja Palestin berumur 16 tahun luka parah.
Remaja tersebut telah di bawa ke hospital swasta di Hebron untuk pembedahan dan kini di laporkan dalam keadaan kritikal.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 02-10-2020 – Pada hari ini Gerakan Pembela Islam, Hamas, telah menzahirkan rasa sedih ke atas pemergian Dr Anwah Nagia. Beliau seorang aktivis yang berdedikasi, pejuang menentang apartheid, dermawan dan pembela golongan yang teraniaya , telah meninggal dunia akibat jangkitan Corona virus, pada malam Isnin lepas.
Hamas didalam sidng media pada hari Selasa lepas menyatakan “ Afrika Selatan telah kehilangan seorang tokoh yang ulung dalam pembelaan hak asasi manusia dan penentang perkauman. Palestin turut kehilangan seorang pelopor yang memperjuangkan hak Palestin di dalam semua arean dan forum serta penyokong halatuju Palestin melalui pelbagai cara “ .
Hamas menyatakan Dr Nagia adalah pengasas penubuhan Muzium Palestin di Cape Town di mana tujuannya adalah untuk memastikan perjuangan Palestin kekal dalam ingatan pada setiap generasi . Oleh sebab itu, beliau juga telah hadapi banyak kesukaran dan juga ancaman.
Gerakan itu juga menyatakan “ Anwah Nagia sebagai seorang pejuang telah meninggal dunia setelah sekian lama menabur bakti dan memperjuangkan perpaduan demi keadilan, terutamanya mengenai perjuangan Palestin. “
Arwah telah meninggalkan teladan yang menjadi pengaruhi kehidupan di Afrika terhadap perjuangan Palestin pada saat genting di rantau ini. Hamas mengakhiri sidang media dengan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Nagia serta rakyat Afrika Selatan diatas pemergian Anwah Nagia.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis , 01-10-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada petang Isnin menculik empat pemuda Palestin dekat penempatan haram di Elon Moreh, timur Nablus utara Tebing Barat.
Menurut saksi mata, IOF mengepung empat pemuda selepas melepaskan tembakan ke udara atas sebab dikatakan yang para pemuda itu cuba membaling bom api dekat penempatan.
Berikutan penahanan mereka, IOF mengarahkan tenteranya agar bersiap siaga di jalan menuju penempatan itu dan di sekitarnya.
Khamis , 01-10-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa melaporkan 7 kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 420 jangkitan baru, dan 827 pesakit pulih dalam masa 24 jam.
Kementerian menyatakan bahawa kadar pemulihan dari coronavirus meningkat kepada 80.3 peratus.
Jangkitan baru disebarkan seperti berikut: al-Khalil 77, Nablus 39, Bethlehem 45, Qalqilya 13, Ramallah and Al-Bireh 59, Jenin 22, Salfit 1, Jericho and Al-Aghwar 36, Tulkarem 25, Tubas 3, Jalur Gaza 25, dan pinggir bandar Yerusalem 15.
Kementerian menunjukkan bahawa terdapat 41 pesakit sakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan intensif termasuk 16 yang telah ditempatkan di ventilator.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Khamis, 1-10-2020 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada hari Selasa lalu telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki walaupun sekatan pergerakan yang ketat dikenakan oleh Israel ke atas Kota Lama.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 29 peneroka haram telah memasuki Masjid di bawah pengawasan polis dan telah mundar-mandir di kawasan halamannya.
Beberapa peneroka haram dilaporkan melakukan ritual Talmud semasa lawatan di tempat suci Islam tersebut.
Sementara itu, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi telah melancarkan kempen media sosial untuk menghasut pengikut dan penyokong mereka untuk mengambil bahagian dalam pencerobohan beramai-ramai di Masjid Al-Aqsa sempena peristiwa-peristiwa keagamaan pada hari-hari mendatang.
Mereka juga meminta polis rejim Zionis untuk memperketat cengkaman mereka di Masjid Al-Aqsa dan mengambil tindakan hukuman yang lebih ketat terhadap jemaah Muslim, dengan mendakwa bahawa orang-orang Yahudi berhak bersembahyang di mana sahaja selama berada di bawah kedaulatan Israel.
Rabu , 30-09-2020 – Mahkamah tentera rejim Israel di Salem pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada seorang remaja Palestin, Samer Abdul-Karim Awais, 17, dari kem pelarian Jenin.
Tentera rejim zionis menahan Awais lebih setahun lepas dan beliau telah disoal siasat dalam keadaan diasingkan dan diseksa selama dua bulan di pusat tahanan Petah Tikva.
Sejak penahanannya, rejim enggan menyatukan beliau dengan bapanya yang juga ditahan, Abdul Karim Aweys, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Rabu , 30-09-2020 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa 10 kematian, 503 jangkitan baru akibat coronavirus, dan 1665 pemulihan telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menteri menyatakan dalam laporan epidemiologi harian COVID-19 bahawa kadar pemulihan dari coronavirus mencapai 79.3% sementara kadar jangkitan aktif mencapai 20%, dan kadar kematian adalah 0.7% dari semua jangkitan.
Beliau menunjukkan bahawa kematian baru dicatatkan untuk dua lelaki dari Nasiriyah dan Albathan di Nablus, seorang lelaki dari Jenin, seorang wanita dari Anza, seorang wanita lain dari Qalqilya, seorang lelaki dari Bethlehem, seorang lelaki lain dari Qarawat Bani Zaid di Ramallah dan Al-Bireh, selain satu kematian dari Qatana di Jalan Baitulmaqdis, dan dua kematian dari Kota Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Rabu , 30-09-2020 – Palestin tetap menjadi keutamaan bagi Afrika, kerana lebih dari 12 pemimpin dari seluruh benua menekankan perlunya Israel menamatkan penjajahannya di Palestin dan mengulangi hak yang tidak dapat dielakkan dan sah dari rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri dan kebebasan semasa berucap melalui video pada sesi ke-75 Majlis Umum PBB minggu lalu.
Kenya, Senegal, Namibia, Afrika Selatan, Niger, Algeria, Mesir, Lesotho, Libya, Maghribi, Burkina Faso, Congo, The Gambia, Sao Tome dan Principe semuanya menyebutkan perlunya pembentukan sebuah negara Palestin untuk memastikan yang keadilan berpanjangan dan keamanan yang berterusan untuk rakyat Palestin dan Israel.
Para pemimpin juga menekankan perlunya Israel menghentikan rancangan aneksasi, pembinaan penempatan haram di Wilayah Palestin yang Diduduki (secara haram)(OPT) dan bagi masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan usaha untuk membuat Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Rabu , 30-09-2020 – Pasukan penjajah Israel (IOF) Zionis pada hari Isnin menculik tiga pemuda Palestin dari kediaman mereka di Jerusalem dan Bethlehem.
Menurut sumber tempatan di Bethlehem, Zionis menculik seorang pemuda bernama Mohamed Shusha dari rumahnya di bandar Husan.
Di Jerusalem, pasukan polis menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Imad Abeisan dari kediamannya di kejiranan Ein al-Loza di daerah Silwan dan kemudian menahan saudaranya Ali setelah dia pergi ke balai polis sebagai tindak balas terhadap saman yang dikeluarkan terhadapnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Rabu , 30-09-2020 – Mahkamah Jenayah khusus ibukota Arab Saudi, Riyad mengadakan perbicaraan terhadap 6 tahanan Jordan dan Palestin atas dakwaan mendokong perjuangan Palestin.
Sumber berkait menyatakan kepada Quds Press, keenam-enam tahanan menafikan semua dakwaan yang dikenakan kepada mereka serta perkaitan mereka mendanai kelompok yang dianggap teroris (Hamas) dan penglibatan dengan mereka.
Menurut sumber, perbicaraan kali ini merupakan yang kedua pasca penundaan perbicaraan pertama beberapa hari lalu bagi 4 tahanan dalam kes yang sama. Dijadulkan perbicaraan ketiga pada 4 November dan sidang susulan akan berlangsung sehingga 13 Oktober hadapan kerana jumlah tahanan melebihi 50 orang yang ditahan pihak Saudi sejak satu setengah tahun lalu.
Ketua jawatankuasa tahanan Jordan di Saudi, Khidis al-Masyayikh menegaskan kepada Quds Press berkait perbicaraan para tahanan Jordan dan Palestin di penjara Saudi, bahawa jumlah perbicaraan terbahagi menjadi 14 sesi, dengan 3 sehingga 5 tahanan dalam setiap kali perbicaraan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu , 30-09-2020 – Gerakan Hamas menegaskan bahawa tindakan bersama dan dialog nasional yang menyeluruh yang dilakukannya untuk menyusun semula hal dalaman Palestin, menentang penjajahan dan bersemuka dengan rancangannya, adalah suatu pilihan strategik.
Gerakan tersebut telah meminta warga Palestin untuk kerap mengunjungi Masjid Al-Aqsa, duduk di dalamnya, mempertahankannya, dan menghadapi tentera dan peneroka haram Israel dengan semua kekuatan yang ada tanpa mengira akibatnya.
Dalam pernyataan yang dikeluarkan bersempena ulang tahun ke-20 pemberontakan Al-Aqsa (Al-Aqsa intifada), Hamas menegaskan kembali bahawa penolakan sepenuhnya terhadap normalisasi Arab dengan Israel. Ia juga mengecam pendirian Liga Arab yang menyimpang dari peranannya serta telah menolak untuk mengutuk normalisasi dengan Israel.
Hamas berkata, “Pemberontakan rakyat Palestin yang meletus pada 28/9/2000 merupakan bukti nyata yang tidak dapat dipertikaikan. Rakyat Palestin tidak akan berhenti menuntut dan memperjuangkan hak mereka dan memerangi penjajahan tanpa mengira kesukaran atau apa-apa komplot.
Hamas menegaskan bahawa ia telah berhabis-habisan berusaha untuk menyatukan barisan Palestin walaupun pelbagai bahaya yang dihadapi oleh perjuangan mereka, ditambah pula dengan usaha Arab untuk menormalkannya dengan Israel, perjanjian yang disebut sebagai perjanjian abad ini, rancangan pengilhakan serta pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh beberapa negara.
Rabu, 30-09-2020 – Polis Israel telah menahan seorang wanita dan suaminya Al-Maqdisi yang berasal dari Baitulmaqdis setelah menyerbu kediaman mereka di bandar Al-Issawiya pada hari Ahad.
Sumber tempatan melaporkan bahawa wanita itu ditangkap atas alasan beliau tinggal di Baitulmaqdis secara haram, kerana beliau memegang kad pengenalan dari Tebing Barat.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa perbandaran Israel di Baitulmaqdis yang Diduduki telah memaksa dua saudara lelaki Hassan dan Muhammad Jaafara, untuk merobohkan kandang kambing mereka sendiri di kota Jabal Mukaber, selatan Baitulmaqdis.
Polis rejim Zionis telah melaksanakan perintah berkurung di kota suci itu dan mengeluarkan banyak tiket kesalahan terhadap penduduk Baitulmaqdis kerana menggunakan kereta mereka terutama berhampiran pusat pemeriksaan utama Baitulmaqdis.
Baitulmaqdis Yang Diduduki telah menyaksikan penutupan menyeluruh yang bermula beberapa hari yang lalu dan akan berlanjutan selama berminggu-minggu kerana cuti Yahudi dan wabak korona.