Categories
Berita Semasa

Warga Baitulmuqaddis mengadakan bantahan sambil duduk di pagar Al –Aqsa untuk hari ke 10

Jumaat , 28-07-2017 – Warga Baitulmuqaddis dan para pekerja Jabatan Waqaf di Masjid al-Aqsa Mosque mengadakan bantahan sambil duduk di pagar masjid dan juga di jalanan menuju ke kawasan suci itu untuk hari ke 10 berturut-turut sejak Isnin. Bantahan itu diadakan sebagai protes ke atas pemasangan pengesan logam oleh polis rejim di pagar kawasan suci itu.

Warga Baitulmuqaddis turut membantah sebarang langkah keselamatan oleh Israel termasuk pemasangan kamera pengawasan di pagar. Polis rejim pada Isnin tidak berjaya menghalang para pembantah dari berada di pagar al-Majles, salah satu pagar utama Masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel bina sekatan baru di Bab al-Asbat, Masjidil Aqsa.

Jumaat , 28-07-2017 – – Rejim Israel membina laluan dan penghadang besi baru di bahagian Bab al-Asbat luar Masjidil Al-Aqsa. Berikutan pembinaan sekatan tersebut, penganut Kristian dan pekerja wakaf beragama Islam terus berkumpul di luar kawasan masjid untuk hari ke 10 kerana membantah pemasangan alat pengesan di laluan tersebut.

Menurut kata pihak Kristian, kumpulan pembantah itu tetap enggan memasuki masjid itu sehingga langkah keselamatan terbaru termasuk pemasangan kamera pengawasan ditarikbalik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Penduduk Gaza Seru UNRWA Campur Tangan Tamatkan Krisis Elektrik.

Jumaat , 28-07-2017 – – Puluhan pelarian Palestin berdemo dihadapan ibu pejabat UNRWA yang ditutup di bandar Gaza kerana membantah pengepungan Israel dan krisis tenaga elektrik yang semakin buruk.

Semasa demo duduk itu di hadapan ibu pejabat UNRWA, mereka menggesa Agensi itu memikul tanggungjawab ke arah pelarian berdasarkan keadaan ekonomi dan kehidupan yang sukar mereka mengalami akibat sekatan Israel. Para peserta meminta UNRWA untuk mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengangkat pengepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza dan mencari penyelesaian bagi krisis kuasa elektrik.

Jawatankuasa popular bagi pelarian di Gaza mengumumkan pada Ahad bahawa bermula Isnin ibu pejabat UNRWA akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Mereka mengesahkan bahawa langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada satu siri langkah-langkah protes oleh jawatankuasa terhadap UNRWA memandangkan kegagalan mereka untuk memenuhi permintaan pelarian dengan krisis elektrik yang berterusan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

OIC menuntut Israel menarik balik sekatan terhadap Masjid Aqsa

Jumaat , 28-07-2017 – Pertubuhan Kesatuan Negara Islam (OIC) pada Isnin lepas menggesa negara anggotanya untuk memberikan tekanan terhadap Israel susulan tindakan negara tersebut menutup masjid Al-Aqsa

Kenyataan tersebut dikeluarkan OIC setelah mesyuarat diadakan di Jeddah, Arab Saudi dalam membincangkan keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan Israel di Jerusalem. Pertubuhan tersebut mengutuk keras Israel diatas tindakan negara tersebut menutup masjid Al-Aqsa dan memasang pengesan logam dan kamera litar tertutup di seluruh kawasan masjid.

Ianya jelas bertentangan dengan kebebasan umat Islam dalam melakukan ibadah, yang dijamin konvensyen antarabangsa dan mengancam status quo masjid Al-Aqsa. OIC turut menegaskan dalam kenyataannya bahawa Israel sebagai penjajah, tidak mempunyai hak terhadap Jerusalem dan juga kawasan suci untuk umat Islam dan kristian bertepatan dengan resolusi antarabangsa dan keputusan terbaru UNESCO.

OIC juga turut memuji tindakan penduduk Palestin yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan masjid Al-Aqsa dan menyeru anggota pertubuhan tersebut untuk membiayai mereka melalui bantuan kewangan dan ekonomi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Facebook Sekat Laman Intifadha

Jumaat , 28-07-2017 – Facebook memadamkan halaman rasmi Intifada BaitulMaqdis kerana menerbitkan berita mengenai serangan Israel di Masjid al-Aqsa. Penyelaras laman Intifada mengatakan, sekatan itu tidak akan mampu menyekat perjuangan mereka, malah akan terus mendedahkan jenayah Israel dan mendokumentasikan peristiwa Intifada.

Mereka menegaskan bahawa tindakan Facebook menyekat laman Palestin adalah usaha bagi menyekat suara Palestin dalam menyekat berita palsu Israel. Laman Intifada bertujuan untuk mendokumentasikan peristiwa Intifada, termasuk jenayah Israel, dan bertujuan untuk menjadi rujukan pertama bagi penyelidik dan mereka yang berminat untuk membaca tentang sejarah Intifada Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pergerakan Islam mahu Israel bertanggungjawab atas ketegangan yang kini semakin memuncak.

Selasa , 25-07-2017 – Pertubuhan Pergerakan Islam mahu rejim Israel bertanggungjawab atas keadaan keselamatan yang semakin tidak terkawal di wilayah tersebut.

Menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa perbuatan rejim Israel menghalang para jemaah Palestin dari memasuki Masjidil al-Aqsa atau menghampiri pintu masuknya merupakan satu bentuk pelanggaran yang nyata terhadap hak kebebasan umat Islam untuk beribadah.

Pergerakan itu turut mengecam keras tindakan rejim yang sejak akhir-akhir ini melancarkan kempen pengusiran dan penahanan secara sebarangan ke atas aktivis Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

80 pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa

Selasa , 25-07-2017 – Para pendatang Yahudi memasuki Masjid Aqsa menerusi Pintu Magharebah pada Ahad dengan kawalan ketat polis rejim Israel.

Sumber tempatan menyatakan yang sekitar 80 orang pendatang Yahudi mencemarkan kawasan suci umat Islam itu pada awal pagi dan mengadakan lawatan yang mencetuskan provokasi di datarannya. Para pendatang Yahudi selalunya mendengar taklimat ketika lawatan tersebut di tempat yang dikatakan kuil Yahudi tentang ‘sejarah’nya serta mencuba melakukan upacara Talmud di kawasan timur dataran suci itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tokoh Agama Tolak Tindakan Israel di Al Aqsa

Selasa , 25-07-2017 – Sejumlah pimpinan dan tokoh agama di AL-Quds dan Palestin menolak tindakan pemerintah Zionis yang memasang pintu elektrik di pintu masuk terhadap semua warga yang ingin melakukan ibadah. Tindakan tersebut dilihat akan mengakibatkan perubahan sejarah dan keagamaan di wilayah Al-Quds, terutama di Masjid Al-Aqsha Mubarak.

Pandangan ini dilontarkan oleh sejumlah tokoh agama di Al-Quds, setelah tindakan yang dilakukan pemerintah otoriti Israel di minggu kedua dengan memasang pintu elektronik dan pasukan pengawal disamping pintu automatik yang telah ditempatkan beberapa hari sebelumnya di gerbang Al-Aqsha.

Dalam kesempatan ini, para tokoh pelbagai agama meminta masyarakat antarabangsa melakukan tanggungjawab menghentikan segala bentuk kejahatan yang dilakukan Zionis.

Mereka juga minta Raja Jordan, Raja Abdullah 2, presiden Mahmud Abbas dan sejumlah pemimpin Arab yang lain bertanggungjawab terhadap Al-Quds dan menggunakan tekanan politiknya untuk menghentikan kejahatan Zionis terhadap tempat-tempat suci ummat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

25 penduduk Palestin cedera dalam pertembungan di Jerusalem

Selasa , 25-07-2017 – Polis Israel bertindak menyerang penduduk Jerusalem yang melakukan demonstrasi di Bab al-Asbat berhampiran masjid al-Aqsa pada Ahad lepas setelah protes jalanan berjalan selama 8 hari dalam usaha menolak tindakan rejim Israel memasang pengesan logam di pintu masuk masjid.

Wartawan melaporkan bahawa polis Israel cuba untuk meleraikan penduduk dengan melancarkan bom bunyi tetapi penduduk Palestin tidak berganjak dari keudukan mereka dan mengerjakan solat Asar di Bab al-Asbat.

Awal hari ini, 25 penduduk Palestin termasuk 2 orang wartawan mengalami kecederaan selepas polis Israel melancarkan peluru getah dan gas pemedih mata kearah penduduk yang melakukan protes di bandar Abu Dis dan Qalandia.

Pihak berkuasa Israel telah menutup Masjid al-Aqsa dan menyekat penduduk Palestin dari menunaikan solat didalamnya bermula pada 14 Julai lepas selepas insiden 2 pegawai polis Israel dibunuh dalam satu siri tembakan.

Bandar lama Jerusalem buat masa ini ditutup tentera rejim dan upcara keagamaan didalamnya adalah dilarang. Ianya adalah insiden pertama kali yang berlaku sejak 1969.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Masjid Aqsa adalah penghormatan untuk 1.7 bilion umat Islam

Selasa , 25-07-2017 – Presiden Turki Recep Erdogan mengatakan bahawa Masjid Aqsa adalah penghormatan untuk 1.7 bilion umat Islam dan bukan sahaja rakyat Palestin, yang mengesahkan bahawa dunia Islam tidak akan berdiam diri terhadap sekatan yang dikenakan oleh Israel di Masjid Aqsa.

Erdogan membuat kenyataannya semasa sidang akhbar yang diadakan pada hari Ahad di lapangan terbang Ataturk di Istanbul menjelang pemergiannya untuk Arab Saudi, perhentian pertama dalam jadual perjalanannya yang juga termasuk Kuwait dan Qatar.

Erdogan menyatakan pengecaman kuat negaranya terhadap sekatan Israel di Masjid Aqsa dan berikrar untuk meneruskan usaha untuk mewujudkan keamanan di rantau ini dan menyokong hak rakyat Palestin dan perjuangan mereka untuk kebebasan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Norshuhada

Categories
Berita Semasa

Penganut Muslim Diserang Tentera Zionis di MasjidilAqsa

Isnin , 24-07-2017 – Sekurang-kurangnya sembilan orang warga Palestin cedera ketika tentera Israel menyerang penganut Muslim yang beribadah secara aman di luar Masjid al-Aqsa.

Menurut sumber-sumber tempatan, tentera Israel secara agresif menyerang berpuluh-puluh rakyat Palestin ketika mereka melakukan solat Isya’ dekat al-Asbat Gate (salah satu pintu masuk utama masjid al-Aqsa).

Paramedik Red Crescent melaporkan, mereka merawat sembilan orang rakyat Palestin sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya 17 orang menerima rawatan ringan. Seorang wartawan berita PIC berkata pertempuran ganas telah berlaku di Bandar Lama Baitul Maqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menyekat pegawai keselamatan Masjid Aqsa dari memasuki masjid

Isnin , 24-07-2017 – Menurut Bahagian Perhubungan Awam Masjid Al-Aqsa, Polis Israel telah bertindak menyekat semua pegawai keselamatan Masjid Al-Aqsa dari memasuki perkarangan masjid.

Sementara itu, wartawan PIC melaporkan bahawa Polis Israel menyerang sekumpulan warga Palestin dan Ahli Majlis Awqaf yang sedang menunaikan solat Zuhur di Pintu Al-Asbat dan memasuki masjid tanpa melalui pengimbas logam yang baru dipasang di pintu masuk masjid.

Ketua Hakim Jerusalem, Sheikh Wasif al-Bakri, menggesa orang islam diberikan kebenaran untuk solat secara bebas di Masjid Al-Aqsa dan menolak kawalan keselamatan terbaru sambil berkata ianya “melanggar status quo masjid tersebut”.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa Israel kembali membuka kota lama Jerusalem kepada umum secara berperingkat bermula Ahad lepas. Bagaimanapun, penduduk Palestin masih disekat dari memasuki kota tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Para nelayan Gaza dicederakan oleh tentera laut Israel

Isnin, 24-07-2017 – Dua nelayan Palestin telah ditembak dan dicederakan oleh tentera laut Gaza di luar selatan panta Gaza pada lewat petang Ahad. Ketua Kesatuan Nelayan di Khan Younis, Fuad al-Amoudi, berkata nelayan berusia 19 tahun Abu Jahjouh dan Khedr Abu Shamala, 24, cedera setelah tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah kapal mereka di selatan Gaza. Al-Amoudi memberitahu PIC yang paramedik membawa para nelayan itu ke Hospital Nasser untuk dirawat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi ceroboh hingga keluar kawasan di Bethlehem

Isnin, 24-07-2017 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi mula meletakkan rumah-rumah bergerak di luar sempadan sebagai persediaan meluaskan lagi kawasan petempatan yang baru dibuka di bandar al-Khader, selatan ibu kota Bethlehem.

Menurut kata Ahmad Salah, Penyelarasan Jawatankuasa Anti Penempatan Haram Kebangsaan kepada al-Quds Press, jentolak Israel membersihkan kira-kira 500 dunum (ekar) tanah milik penduduk Palestin di sebelah barat bandar tersebut dan kemudian memasang pagar berduri di sekelilingnya menandakan mereka telah merampas dan meluaskan kawasan penempatan itu hingga keluar sempadan.

Salah mengingatkan tentang kegiatan pendatang Yahudi yang berterusan meluaskan penempatan mereka dengan merampas lebih banyak tanah milik penduduk Palestin di kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Bakal Rampas Tanah BaitulMaqdis

Isnin, 17-07-2017 – Pihak berkuasa Israel mengeluarkan perintah rampasan tanah kepada Majlis Perbandaran Hizma, BaitulMaqdis. Bekas Ketua Majlis Kampung Hizma, Mowaffaq al-Khatib, memberitahu Quds Press bahawa pihak berkuasa Israel sebelum ini telah memasang kawat berduri di sekitar kampung sebagai persediaan untuk merampas tanah-tanah ini, sebelum membina bahagian baru dinding apartheid.

Menyangkal pembohongan Israel, Khatib menegaskan bahawa kawasan sebenar tanah yang akan dirampas jauh melebihi yang diumumkan oleh pihak berkuasa Israel iaitu 20 dunums.

Beliau menegaskan bahawa keputusan ini akan memberi kesan negatif kepada 8,000 penduduk kampung Hizma dan menghalang akses warga Tebing Barat ke kawasan utara Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed Ahmad Muhsin