Selasa, 10-11-2020 – Dua nelayan Palestin pada petang Sabtu mengalami kecederaan apabila tentera laut rejim zionis melepaskan tembakan kepada mereka di utara perairan Semenanjung Gaza.
Para nelayan tersebut adalah Mohamed al-Sultan, 26, dan adik lelakinya yang berusia 12-tahun, demikian menurut jawatankuasa nelayan.
Mereka cedera akibat ditembak apabila tentera laut rejim menyerang ketika mereka sedang menangkap ikan di pantai Beit Lahia utara Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 10-11-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya pada hari Sabtu lalu telah meminta presiden dipilih Amerika Syarikat John Biden untuk memperbetulkan hala tuju politik yang tidak adil yang telah diambil oleh pentadbiran sebelumnya terhadap rakyat Palestin, terutama berkaitan dengan perjanjian abad ini.
“Dasar AS yang tidak adil telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu dalam ketidakadilan dan keganasan [Israel], merosakkan kestabilan wilayah dan dunia, dan melumpuhkan kemampuan AS untuk menjadi pemain utama dalam menyelesaikan konflik,” kata Haneyya dalam suatu kenyataan.
“Rakyat Palestin telah menderita sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan ketidakadilan pentadbiran Amerika yang menyokong rejim Zionis, tetapi presiden Trump dan pemerintahannya adalah yang paling melampau dalam sokongan kepada Zionis dengan mengorbankan hak nasional Palestin,” tegas ketua politik Hamas tersebut.
Beliau mendesak agar pemerintah yang telah terpilih menolak perjanjian abad ini oleh presiden Donald Trump dan membatalkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel serta keputusannya yang menyebabkan penempatan semula kedutaan AS ke kota suci.
Beliau juga menggesa agar keputusan Trump mengenai isu pelarian Palestin dan penggantungan sokongan kewangan AS untuk UNRWA turut dibatalkan.
Haneyya juga meminta pemerintahan AS yang baharu untuk menghormati kehendak rakyat Palestin, dan menghormati pilihan demokratik mereka serta perjuangan nasional mereka dan untuk tidak memaksa negara-negara serantau untuk memulihkan hubungan mereka dengan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 10-11-2020 – Rejim Israel menahan beberapa warga Palestin dari Jenin, Tebing Barat dan Baitulmaqdis serta menyerbu dua rumah milik tahanan pada malam dan awal pagi hari Ahad, semalam.
Pihak tentera rejim memecah masuk rumah Nathmi Abu Bakar di bandar Ya’bad selepas didakwa membaling batu dari atas bumbung rumahnya yang telah di tutup sejak 21 haribulan lalu dan terkena kepala seorang anggota tentera rejim.
Pada 21hb. Oktober lalu, rejim Israel menutup sebuah bilik yang berkeluasan separuh dari rumah milik Abu Bakar dengan plastik hitam dan mengecatnya warna merah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Selasa, 10-11-2020 – Sekumpulan peneroka Yahudi telah memulakan pembinaan kem penempatan baru di kawasan tanah milik Palestin di Ras at-Teen di sebelah timur kota Ramallah.
Menurut saksi, para peneroka tersebut menggunakan jentolak dan mula mendirikan beberapa khemah untuk mereka sendiri di kawasan itu.
Ras at-Teen adalah komuniti keagamaan Palestin dan mempunyai sekolah dasar yang didirikan dengan dana Eropah, tetapi tentera penjajah Israel memberitahu penduduk tempatan tentang niatnya untuk menghancurkannya dengan memulakan pembinaan tidak berlesen itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Isnin, 09-11-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu menembak mati seorang pemuda Palestin setelah dikatakan melepaskan tembakan dekat pos pemeriksaan Huwara di selatan Nablus.
Mangsa dikenali sebagai Bilal Rawajba, 29 tahun yang bekerja sebagai perunding undang-undang di daerah Tubas. Beliau tinggal Bersama isteri dan anak perempuannya yang baru ;ahir di Kampung Iraq al-Tayeh, timur Nablus.
Dalam satu rakaman video, yang diambil oleh seorang warga Palestin yang lain, tentera rejim melepaskan beberapa tembakan ke arah pemuda itu yang sedang berada di dalam kereta.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 09-11-2020 – Rejim Zionis telah menculik beberapa warga Palestin pada malam Khamis serta waktu subuh hari Jumaat di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, 10 warganegara yang dikenal pasti sebagai bekas tahanan diculik dari rumah mereka semasa kempen Zionis di wilayah Tulkarem.
Di Bethlehem, Zionis menculik seorang pemuda bernama Hamada Omar setelah menggeledah rumahnya di bandar Beit Sahur.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat , 06-11-2020 – Rejim zionis Israel melancarkan operasi tangkap besar-besaran pada malam dan awal pagi hari Rabu, kelmarin di banyak kawasan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat. Beberapa penduduk Palestin ditahan termasuk remaja lelaki.
Di Baitulmaqdis, polis rejim menahan 7 remaja lelaki Palestin dari bandar Al-Tur, mereka berumur 15 hingga 17 tahun.
Polis rejim menahan Ahmad Majid Abu Al-Hummus dan Muhammad Ali Nasir dari perkampungan al-Isawiah ketika mereka berdua sedang melintasi pos kawalan Al-Zaim, Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Jumaat , 06-11-2020 – Rejim Israel menyampaikan perintah pemusnahan ke atas empat khemah dan arahan menghentikan kerja ke atas kediaman di bandar Yatta, selatan al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim memaklumkan kepada keluarga al-Da’ajneh tentang rancangan untuk memusnahkan lima khemah yang digunakan sebagai rumah sementara dan menyerahkan satu notis kepada seorang warga lain agar memberhentikan pembinaan rumahnya.
Dua bersaudara dari kawasan yang sama turut mengalami nasib sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 6-11-2020 – Gerakan Hamas mengecam serangan pengganas yang terjadi pada hari Isnin lalu di ibukota Austria Vienna, dan menggambarkannya sebagai “berdosa” dan “pengecut.”
“Menakut-nakutkan orang yang tidak bersalah tidak ada hubungannya dengan agama dan tidak selari dengan kehidupan bersama antara semua orang,” kata Hamas dalam sebuah siaran akhbar.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan agar yang tercedera akan segera sembuh,” tambah Gerakan tersebut.
“Kami, rakyat Palestin, lebih sedar tentang bahaya pengganas, yang kami sendiri alami setiap hari dan secara sistematik di tangan penjajahan Israel,” kata Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat , 06-11-2020 – Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan mengatakan bahawa jumlah tahanan Palestin yang positif Covid-19 di penjara penjajah Israel Gilboa telah meningkat menjadi 90 orang.
Dijelaskan bahawa beberapa tahanan menunjukkan gejala penyakit seperti demam dan sakit kepala. Pihak pentadbiran penjara penjajah Israel tidak menyediakan alat sterilisasi dan pelitup muka untuk para tahanan yang terinfeksi, sehingga memaksa para tawanan membelinya dari kantin dengan biaya sendiri.
Badan Urusan Tahanan menambah bahawa para tahanan keluar ke halaman penjara untuk mencari menghirup udara segar dalam jumlah kecil. Di mana setiap 6 orang keluar bersama-sama hanya selama setengah jam saja. Pihak pentadbiran penjara merubah Bahagian 3 di penjara Gilboa sebagiaan tempat kuarantin dan pengasingan.
Sebelumnya, penjajah Israel mengumumkan bahawa 11 tahanan Palestin telah positif Covid-19 di penjara Gilboa sehingga terus meningkat sekitar 90 orang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat , 06-11-2020 – Pusat hak Asasi Manusia Palestine memaklumkan pemusnahan besar-besaran prasarana awam yang di lakukan oleh penduduk penjajah Israel di Lembah Yordan Utara sama dengan pembersihan etnik.
Selasa (3/11/2020) pasukan pendudukan penjajah Israel melakukan pemusnahan besar- besaran keatas prasarana dan kemudahan asas warga Palestine di Khirbet Homsa Al-Fawqa di Lembah Yordan Utara, Wilayah Timur daerah Tubas.
Operasi memusnahkan 70 buah rumah dan kemudahan awam mengambil masa sekitar 6 jam, mengakibatkan 60 penduduk awam Palestine yang sebahagian besar kanak-kanak kehilangan tempat berlindung.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Khamis , 05-11-2020 – Pagi Selasa, pintu Rafah darat dibuka secara khusus untuk hari kedua secara berturut-turut. Seramai 816 musafir dapat melintas dari dua arah.
Hingga malam semalam, sejumlah warga yang kembali ke Gaza dapat melintasi pintu masuk dengan aman. Sementara itu sejumlah bas dijadualkan akan berangkat dari Gaza hari ini.
Kementerian Dalam Negeri Palestin menegaskan dalam keterangan akhbarnya bahawa pembukaan pintu masuk untuk hari kedua dilanjutkan. Bas yang berangkat sejak pagi sudah bersedia untuk ke Mesir. Di hari pertama sebanyak 685 warga meninggalkan Gaza dan 131 warga lainnya kembali dari luar masuk ke Gaza.
Kementerian Dalam Negeri Palestin mengisyaratkan bahawa pemerintah Mesir telah mengembalikan 55 musafir dan melarang mereka untuk masuk ke Mesir tanpa menjelaskan sebabnya.Pihak
Kementerian menyebutkan bahawa pasukannya yang bekerja di perlintasan dibantu pihak keselamatan khusus akan menjalankan peranan memberikan fasiliti bagi memudahkan warga meninggalkan wilayah setelah dipastikan bebas dari virus Covid-19 hingga Khamis, 5 November. Ini adalah kali ke-6 perlintasan Rafah dibuka sejak Corona menular Mac lalu.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 05-11-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Selasa menyerbu dusun Khirbet Ibziq di utara Lembah Jordan dan merampas kenderaan dan panel solar.
Ketua Khirbet Ibziq Abul-Malik Khudairat berkata sejumlah besar tentera rejim menyerbu dusun dan menghalang penduduk tempatan daripada meninggalkan kediaman mereka.
Beliau menambah yang IOF memecah masuk dan menggeledah rumah serta merampas kereta, tractor dan panel solar serta berkeliaran di kawasan itu.
Khamis , 05-11-2020 – Pejabat Pusat Maklumat Tahanan Palestin mengumumkan jumlah tahanan yang dijangkiti koronavarius di penjara Gilboa, Israel telah mencapai angka 81 kes dan jumlahnya dijangka terus meningkat dari masa ke semasa.
Kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu mengatakan bahawa pihak penjara Israel telah menutup dan membatalkan semua lawatan selepas 70 kes jangkitan baru dicatat dari 79 sampel yang diuji.
Penjara Israel akan mengambil langkah memindahkan tahanan yang tiada gejala dari penjara itu ke penjara lain dalam tempoh14 hari, demikian tambah pihak pejabat itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Khamis, 5-11-2020 – Rejim Zionis telah melakukan serangan terhad ke kawasan sempadan berhampiran Semenanjung Gaza tengah pada pagi Selasa lalu.
Agensi Akhbar Quds mengatakan bahawa pasukan rejim Zionis telah mengiringi lima jentolak yang memasuki kawasan berhampiran pagar keselamatan di timur kem pelarian Bureij di Semenanjung Gaza tengah.
Ia menambah bahawa jentolak Zionis telah memusnahkan dan meratakan tanah pertanian Palestin di sana.
Rejim Zionis sering melakukan serangan ke atas wilayah perbatasan Palestin di utara dan timur Gaza dan menghalang para petani daripada memasuki dan mengusahakan tanah mereka.