Categories
Berita Semasa

Karavan Pertama Diletakkan di Amona

Isnin, 26-02-2018 – Karavan pertama dipasang bagi penempatan baru Zionis selepas menghalau penduduk Amona, dengan membakar kediaman mereka lebih dari setahun lalu.

Pegawai penempatan Palestin di Tebing utara, Ghassan Daghlas, mengatakan bahawa sebuah firma Israel mula meletakkan sejumlah karavan sebagai sebahagian daripada 50 karavan yang didirikan di selatan bandar Jaloud di timur Nablus City.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tembok apartheid Israel baru mengelilingi komuniti Palestin di Salfit

Isnin, 26-02-2018 – Rejim Israel memulakan pembinaan tembok pemisah baru bagi warga Palestin di Deir Balout, barat Salfit. Datuk Bandar Deir Ballout, Yahya Mustafa, berkata, pembinaan tembok itu bertujuan meluaskan penempatan Leshem dengan merampas tanah warga Palestin di bandar Rafat dan Kafr al-Dick.

Petani tempatan, Idris Abdullah berkata yang aktiviti penempatan itu menyebabkan rampasan sebahagian tanahnya dan tembok baru itu hanya beberapa meter dari kediaman keluarganya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri luar Qatar temui mufti Baitulmuqaddis.

Isnin, 26-02-2018 – Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani telah menemui Mufti Besar bagi Baitulmuqaddis dan Palestin, Sheikh Muhammad Hussein di luar Persidangan Doha ke 13 Siri Dialog Antara Agama.

Dipertemuan itu, mereka telah membincangkan pekara berkait soal pembangunan di Palestin dan juga isu-isu kepentingan bersama, demikian jelas agensi berita QNA.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sempadan Rafah dibuka untuk sehari kepada warga Palestin yang terkandas

Khamis, 22-02-2018 – Pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah dengan Gaza secara sehala sebelum para penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Ketua media sempadan Rafah, Mootaz Daloul berkata yang pihak Mesir mengumumkan untuk membuka laluan sebaik sahaja sebelum mereka terkandas di Lapangan Terbang Kaherah. Sejak beberapa hari lalu, beberapa rayuan telah diajukan oleh Pusat Maklumat Palestin untuk berbicara dengan para penumpang warga Palestin yang ditahan di Lapangan Terbang Kaherah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi perubatan Qatar tiba di Gaza.

Khamis, 22-02-2018 – Sekumpulan pegawai perubatan dari Qatar tiba di Hospital Al-Quds, Semenanjung Gaza di mana mereka akan bergabung dengan Pertubuhan Palang Merah Palestin dan berada di sana selama seminggu bagi melakukan pembedahan memasang alat bantuan pendengaran cochlear kepada 30 kanak-kanak pekak

Menurut Pengarah hospital tersebut, Doktor Khalil Abu al- Foul ini merupakan lawatan kali ke empat delegasi Qatar ke wilayah itu dan ia di bawah penyeliaan Pertubuhan Palang Merah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis menggiatkan usaha menghalang gerakan pembebasan Palestin di Salfit

Khamis, 22-02-2018 – Tentera Israel pada Isnin lepas melakukan sekatan di pintu masuk utama bandar Deir Istiya, utara Salfit dengan kawalan tentera bagi menyekat warga Palestin dari masuk dan keluar dari kawasan berkenaan.

Saksi menyatakan bahawa tentera Israel menghalang kenderaan Palestin dan warga Palestin dari melalui sempadang kawasan berkenaan dan melakukan pemeriksaan ketat ke atas warga Palestin di kawasan berkenaan. Pemandu, pekerja dan warga awam tidak dapat melintas kawasan berkenaan yang dihalang oleh penghadang batu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Dikejarkan ke Hospital Sejurus Dibebaskan

Selasa, 20-02-2018 – Tahanan Palestin, Mabrouk Jarrar dikejarkan ke Hospital Rafidia di Nablus, beberapa jam selepas dia dibebaskan dari penjara Israel. Jarrar memerlukan rawatan untuk kecederaan yang ditanggung semasa diserang sewaktu penangkapannya oleh anjing polis Israel pada 3 Februari.

Bercakap dengan koresponden berita PIC, keluarga Jarrar melaporkan pasukan keselamatan Israel meninggalkan pendarahan anak mereka selama berjam-jam selepas dia diserang secara kejam oleh anjing polis. Kecederaan yang teruk berlaku pada bahu, tangan, dan kaki kiri Jarrar. Dia dilaporkan diseret oleh tentera pendudukan ke tingkat bawah rumah keluarganya dalam keadaan berlumuran darah

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas wang, kereta seorang bekas tahanan warga Palestin di al-Khalil

Selasa, 20-02-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Selasa merampas sejumlah 12,000 shekels ($3400) dan kereta seorang bekas tahanan warga Palestin Abdurrahman al-Tamimi, 28, setelah menahan beliau di pos ketenteraan sementara dekat bandar Halhoul, utara bandar al-Khalil utara Tebing Barat.

Wartawan PIC menyatakan yang tentera rejim memindahkan kereta itu ke destinasi yang tidak diketahui dan menyerahkan arahan memanggil Tamimi untuk disoalsiasat oleh perisikan Israel di penempatan Etzion.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kren besar dipasang berhampiran masjid Aqsa oleh kerajaan haram Israel

Selasa, 20-02-2018 – Kerajaan haram Israel bertindak memasang sebuah kren yang besar di Dataran Buraq, bahagian barat Masjid Al-Aqsa. Wartawan PIC menyatakan pemansangan kren berkenaan adalah salah satu usaha dalam mempercepatkan pembinaan bangunan bertingkat di perkarangan dataran Buraq.

Gambar yang diambil dari Masjid Al-Aqsa menunjukkan sebuah kren yang besar bagi mengangkat barangan pembinaan mendominasi perkarangan masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Hamas minta kerajaan PA atasi sekatan di Gaza atau berundur.

Selasa, 20-02-2018 – Pergerakan Hamas mengesa pihak Berkuasa Palestin (PA) berusaha mengatasi sekatan yang membelengu Semenanjung Gaza atau berhenti sahaja dari menjadi kerajaan yang mampu menjaga keselamatan negara dan berupaya membebaskan rakyat Palestin dari masalah kepungan.

Menurut satu kenyataan yang dibuat jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum beliau mengecam kerajaan Palestin kerana cuai dalam memenuhi kehendak penduduk Gaza, malah langkah pihak PA menangguhkan usaha bagi mengatasi sekatan merupakan suatu tindakan tidak wajar dan seolah-olahnya seperti mahu menghukum mereka.

Kata Barhoum lagi, dasar melengah-lengahkan yang diamalkan kerajaan PA itu telah memberi kesan buruk pada semua aspek kehidupan di Gaza terutamanya di bidang kesihatan, masa depan graduan baru tamat pengajian dan peluang pekerjaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menghukum Keluarga Palestin di Al-Khalil

Selasa, 20-02-2018 – Pasukan Tentera Israel (IOF) mengenakan sekatan terhadap keluarga Palestin di bandar Beit Ummar di Al-Khalil sebagai hukuman kerana membaling batu dan koktel Molotov kepada tentera IOF.

Wartawan PIC mengatakan bahawa tentera IOF memecah masuk kediaman keluarga Allami dan mengancam mereka untuk mengenakan hukuman sekiranya mereka terus bertindak sedemikian terhadap tentera IOF di jalan utama bandar itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Tahan 2 Nelayan Gaza

Rabu, 14-02-2018 – Tentera Israel pada pagi Ahad menahan dua nelayan Palestin di luar pantai Gaza. Ketua Kesatuan Nelayan Palestin di Gaza, Nizar Ayyash, melaporkan kepada Quds Press bahawa kapal perang Israel melepaskan tembakan di Tariq dan Ayed al-Sultan ketika mereka menangkap ikan di pantai utara Gaza sebelum mereka ditangkap.

Mensasarkan nelayan Palestin di laut Gaza pada setiap hari adalah salah satu jenayah dalam beberapa siri pelanggaran Israel yang berpanjangan terhadap Semenanjung Gaza sejak menandatangani perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin pada bulan Ogos 2014 di Mesir.

Pada tahun 2017, 39 nelayan Gaza ditangkap, setelah beberapa orang daripadanya ditangkap selepas ditembak oleh tentera laut Israel, dua terbunuh dan 14 cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cemari makam suci Islam di Kifl Haris.

Rabu, 14-02-2018 – Tentera rejim Israel bertindak memasuki bandar Kifl Haris, utara Salfit, Tebing Barat bagi membantu sekumpulan pendatang haram Yahudi menceroboh sebuah makam yang terletak di bandar tersebut.

Menurut kata saksi kepada wartawan PIC, anggota tentera rejim menutup semua laluan masuk ke bandar itu, membuat beberapa sekatan dan menghalang pergerakan penduduk Palestin di kawasan tersebut.

Seterusnya saksi tempatan itu berkata, pihak tentera meninggalkan bandar tersebut selepas pendatang Yahudi itu selesai melakukan ibadah mengikut ajaran Talmud di tapak makam tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan tercetus di Beita rentetan dari tuduhan serangan ke atas kenderaan pendatang

Rabu, 14-02-2018 – Pertelingkahan ganas tercetus pada petang Ahad di antara warga Palestin dan tentera rejim Israel (IOF) di bandar Beita, tenggara Nablus. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang 10 jip IOF beserta jentolak tentera menyerbu kawasan Bir Qouza dekat jalan masuk utama Beita dan menghalang warga Palestin dari meninggalkan atau memasuki bandar itu. IOF mendakwa yang bom Molotov telah dilontarkan terlebih dahulu ke arah kenderaan seorang pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Perbincangan terkini Hamas-Mesir di Kaherah

Rabu, 14-02-2018 – Perbincangan telah dimulakan antara delegasi Hamas ke Kaherah, yang diketuai oleh ketua Biro Politik Gerakan, Ismail Haneyya, dan Mesir untuk membincangkan hubungan dua hala dan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Akhbar al-Hayat yang berpangkalan di London berkata, memetik sumber-sumber yang berpengetahuan, bahawa perbincangan itu akan menangani isu-isu yang menghalang proses perdamaian, dengan menyatakan bahawa delegasi Fatah dijangka menyertai rundingan itu pada masa akan datang.

Menurut sumber itu, perbincangan itu akan menyertakan fail yang kini menggagalkan kerja kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza termasuk pekerja, keselamatan, cukai, elektrik dan lintasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada