Categories
Berita Semasa

Polis Israel mencadangkan tuduhan rasuah ke atas Netanyahu

Rabu , 05-12-2018 – Polis Israel pada Ahad mencadangkan pendakwaan tuduhan rasuah ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan isterinya. Dalam satu kenyataan, polis Israel berkata Netanyahu disyaki mengambil rasuah apabila memberi kelebihan kepada mogul media Shaul Elovitch, yang menguasai syarikat telekomunikasi Bezeq Telecom Israel, sebagai balasan kepada liputan positif tentangnya di berita syarikat tersebut.

Polis berkata, bukti dijumpai yang Netanyahu dan mereka yang rapat dengannya masuk campur dalam kandungan berita di laman web Walla, serta cuba mempengaruhi perjawatan staf.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan 355 pelanggaran terhadap rakyat Palestin pada bulan November sahaja

Rabu , 05-12-2018 – Pusat Al-Quds untuk Pengajian Palestin dan Israel pada hari Ahad mengatakan bahawa askar dan penjajah Israel melakukan 355 pelanggaran terhadap rakyat Palestin pada November sahaja.

Pelanggaran Israel termasuk pemeriksaan tentera, sekatan pergerakan, serbuan harian, serangan tembakan, pembongkaran rumah, perampasan tanah, dan serangan peneroka terhadap harta Palestin.

Ketua Pusat al-Quds Emad Awwad mengatakan pelanggaran Israel terhadap Palestina di Tebing Barat dan Yerusalem terus meningkat, terutama yang dilakukan oleh para pemukim yang menikmati dukungan penuh dan perlindungan tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Sepanjang bulan November Israel musnahkan 19 buah bangunan.

Rabu , 05-12-2018 – Rejim zionis Israel tetap meneruskan dasar rampas dan musnah harta benda milik warga Palestin sebagaimana bulan-bulan sebelumnya, demikian kata pihak yang boleh dipercayai.

Pusat Kajian bagi Penduduk Palestin dan Baitulmuqaddis mendedahkan bahawa sepanjang bulan lepas sahaja, berpuluh-puluh bangunan kediaman milik warga Palestin yang terletak di wilayah Tebing Barat dan Zon Garisan Hijau telah dimusnahkan. Sedangkan pada masa sama, beribu unit penempatan haram Yahudi telah diluluskan pembinaannya.

Menurut kata ketua pusat kajian tersebut, Emad Abu Awad, bulan November menjadi bukti berlakunya kenaikkan yang sangat ketara pada jumlah bilangan rumah yang diroboh oleh pihak rejim berbanding Oktober.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan pejuang Fatah dengan syarat ketat.

Isnin , 03-12-2018 – Mahkamah Majistret Israel memutuskan memberi pembebasan bersyarat ke atas berpuluh warga Palestin yang menyertai Fatah sebagai pejuang terlatih. Mereka ditahan di Baitulmuqaddis baru-baru ini.

Tahanan itu perlu menjalani tempoh lima hari tahanan dalam rumah dan dilarang memasuki Tebing Barat selama 14 hari. Mereka juga dikehendaki membayar terlebih dahulu ikat jamin sebanyak $270, $1,340 lagi perlu dibayar melalui penama ketiga dan $1,340 dibayar sendiri.

Pihak pendakwa Israel turut meminta supaya dipanjangkan lagi tempoh tahanan reman ke atas sembilan tahanan yang lainnya bagi tujuan dibawa ke mahkamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Orang awam Gaza dicederakan oleh Israel menghadapi risiko kematian, amputasi

Isnin , 03-12-2018 – Kumpulan bantuan perubatan antarabangsa telah memberi amaran bahawa sejumlah besar pesakit Palestin yang dirawat akibat luka tembakan dari protes sempadan yang berbulan-bulan telah mengatasi sistem penjagaan kesihatan Gaza yang sudah rapuh.

Doktor Tanpa Sempadan, yang dikenali dengan MSF yang berasal dari Perancis, pada hari Khamis mengatakan beribu-ribu rakyat Palestin yang cedera akibat tembakan Israel semasa protes Great March of Return yang sedang berlangsung berisiko terkena jangkitan dan kecacatan kerana Gaza tidak dapat merawat mereka secukupnya.

Secara keseluruhannya, kira-kira 6,000 rakyat Palestin telah ditembak oleh tentera Israel semasa demonstrasi di sepanjang pagar pemisahan sejak Mac lalu, menurut kementerian kesihatan daerah yang dikepung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Sudan nafi berita Netanyahu bakal lawat Khartoum.

Jumaat , 30-11-2018 – Seorang pemimpin Sudan menafikan laporan media Israel berhubung rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan membuat lawatan ke Khartoum.

Pemimpin parti pemerintah National Congress Party, Abdel Sakhi Abas berkata bahawa Netanyahu tidak akan melawat negaranya dan tiada perbincangan di kalangan pegawai Sudan mengenai lawatan tersebut. Abas dalam satu kenyataannya kepada Agensi Anadolu menjelaskan bahawa laporan pihak Israel itu adalah tidak berasas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Bekalan pertama ubat-ubatan dari Jepun tiba di Gaza.

Jumaat , 30-11-2018 – Kementerian Kesihatan Gaza berkata bahawa penghantaran pertama bekalan ubat-ubatan sumbangan kerajaan Jepun telah selamat sampai di wilayah Gaza yang terkepung itu.

Menurut Ketua bagi Kerjasama Antarbangsa, Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Abu Mahadi dalam satu sidang media menyatakan, kerajaan Jepun telah banyak memberi sumbangan bagi menyokong sektor kesihatan di Semenanjung Gaza dan yang terbaru dengan membuka unit pengesanan awal untuk kanser payu dara serta membekalkan ubat-ubatan untuk Hospital al-Shifa.

Abu Mahadi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan Jepun dan Japan International Cooperation Agency (JICA) kerana usaha keras mereka menyokong sektor kesihatan dan memenuhi keperluan kemanusiaan warga Palestin di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Nakhala: Kami menolak rundingan yang mengabaikan hak asasi warga Palestin

Selasa , 27-11-2018 – Setiausaha Agung Islamic Jihad Ziad al-Nakhala pada Ahad berkata yang kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza telah mencapai kemenangan besar dalam pertempuran terbaru dengan rejim Israel.

Al-Nakhala, dalam rakaman ucapannya di majlis gerakan Islamic Jihad, menekankan yang perjuangan dan kesatuan kebangsaan adalah perlu dalam menentang rejim.

Pada awal November, seorang tentera khas rejim menyelinap ke bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza dan bertelingkah dengan para pejuang dari Briged Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, menyebabkan 7 orang terbunuh. Seorang tentera rejim terbunuh dalam pertelingkahan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memberitahu pembongkaran rumah Palestin di al-Khali

Isnin , 26-11-2018 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Ahad telah memberitahu pembongkaran rumah Palestin di Yatta, selatan bandar al-Khalil. Penyelaras Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Penyelesaian Rateb al-Jabour mengatakan bahawa IOF menyerahkan warganegara Palestin Mohammed Abu Fanous notis yang memerintahkan pembongkaran rumahnya yang meliputi kawasan seluas 160 meter persegi. Al-Jabour berkata bahawa IOF mendakwa bahawa rumah itu, yang didiami oleh tujuh anggota keluarga, dibina tanpa lesen Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Afrika Selatan mengutuk keganasan Israel di Gaza

Isnin , 26-11-2018 – Pada Ahad, Afrika Selatan mengutuk keganasan terbaru Israel di Semenanjung Gaza dan menyeru dihentikan sekatan 13 tahun itu. Duta Afrika Selatan ke Palestin Ashraf Sulaiman mengesahkan sokongan penuh negaranya terhadap hak rakyat Palestin dan menyelar serangan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Sulaiman memuji usaha yang dijalankan pada pelbagai peringkat untuk menghentikan serangan dan sekatan ke atas Gaza bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin seterusnya mencapai perdamaian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lieberman secara rasminya meletakkan jawatan dan mengadakan mesyuarat terakhir

Isnin , 19-11-2018 – Menteri Perang Israel Avigdor Lieberman secara rasminya meletakkan jawatan pada Khamis, sehari selepas pengumumannya untuk untuk turun sebagai tanda protes ke atas perjanjian gencatan senjata dengan Hamas yang menamatkan keganasan di Semenanjung Gaza.

Lieberman akan mengadakan mesyuarat terakhir dengan para pegawai tertinggi pada Khamis, penyampai berita Kan melaporkan. Perletakan jawatan itu berkuatkuasa 48 jam selepas surat dihantar kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Parti Lieberman, Yisrael Beytenu juga keluar daripada barisan Netanyahu, meninggalkan Perdana Menteri itu dengan kelebihan hanya dua kerusi terhadap pembangkang di parlimen dan mengakibatkan kerajaan yang diterajuinya semakin kacau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kuwait hulur $42 juta bantu UNRWA.

Isnin , 19-11-2018 – Kerajaan Kuwait mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak $42,100,000 untuk agensi bantuan PBB bagi pelarian Palestin UNRWA, demikian lapor berita Kuwait News Agency.

UNRWA telah mengadu berhubung krisis kewangan yang mereka hadapi berikutan pengumuman AS, penyumbang terbesar kepada agensi itu, pada bulan Ogos lalu bahawa negaranya akan menamatkan pemberian dana sebanyak $350 juta setahun kepada agensi tersebut.

Utusan Tetap Kuwait ke PBB memaklumkan Setiausaha Agung Liga Arab bahawa sejumlah $42.1 juta telah disalurkan ke akaun Perwakilan Tetap Kuwait di New York untuk dipindahkan kepada UNRWA pula. Jumlah sumbangan itu adalah bagi memenuhi janji yang dibuat negara tersebut semasa Persidangan bagi Menyokong UNRWA di New York yang diadakan pada September lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Emadi : Kami menyokong sebarang usaha menangani isu Gaza.

Jumaat , 16-11-2018 – Duta Qatar Mohamed al-Emadi berkata pada Sabtu yang negaranya menyokong segala usaha untuk menangani isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan mengakhiri perpecahan di Palestin.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di stesen janakuasa Gaza, Emadi menyatakan yang penyediaan tenaga elektrik untuk tempoh yang lama pada 2 minggu lepas dapat membantu sektor swasta dan memenuhi keperluan harian penduduk Gaza.

“Dengan penglibatan PBB serta pengarah stesen ini, saya datang melawat bagi melanjutkan proses menyalurkan stesen ini dengan bahan bakar,” duta tersebut berkata, menekankan tentang memberi kemudahan tenaga kepada jalan dan kediaman dan Gaza adalah hak asasi manusia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera bertempur dengan tentera Israel.

Jumaat , 16-11-2018 – Sejumlah warga Palestin dilaporkan cedera selepas bertempur dengan tentera rejim Israel. Kejadian berlaku di kawasan sebelah utara menuju bandar al-Bireh, bahagian tengah Tebing Barat.

Tentera rejim melepaskan tembakkan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah berpuluh-puluh pemuda Palestin yang sedang berhimpun secara aman berdekatan penempatan haram Yahudi, Beit El yang dibina di atas tanah milik warga Palestin itu. Berikutan serangan itu, kumpulan pemuda warga Palestin yang anti Israel bertindakbalas dengan membakar tayar dan membaling batu ke arah anggota tentera rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Israel bakal bina beratus unit penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis.

Isnin , 12-11-2018 – Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan, Perbandaran Baitulmuqaddis telah meluluskan pembinaan 640 unit kediaman di kota suci Baitulmuqaddis, demikian dedah akhbar Harretz.

Unit-unit rumah kediaman itu dijangka akan mula dibina di satu kawasan tanah lapang milik penduduk Palestin yang terletak di antara penempatan Ramat Shlomo dengan bandar Beit Hanina, tambah sumber itu lagi.

Pembinaan penempatan haram itu telah dirancang untuk dilaksanakan pada 2010 tetapi ditanggungkan setelah tidak dipersetujui oleh pihak pentadbiran lama AS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin