Categories
Berita Semasa

IOF membina pos pemeriksaan di antara Jenin dan Ramallah

Jumaat, 29-07-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) membina pos pemeriksaan di sepanjang jalan Ramallah-Jenin. Seorang pemuda Palestin dari kem pelarian Jenin telah ditahan di pos tersebut. Beliau kemudiannya dibawa ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOF memperketatkan pemeriksaan di jalan tersebut dan menghadkan pergerakan kenderaan warga Palestin dari kedua-dua arah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Perjuangan menentang penjajahan jadi dasar Hamas.

Jumaat, 29-07-2016 – Pegawai Kanan Hamas, Salah al-Bardawil menyatakan, budaya perjuangan telah menjadi sebahagian daripada dasar politik pergerakan itu dan menegaskan bahawa kedudukan mereka dalam politik hari ini menggambarkan yang mereka telah membayar harga yang tinggi untuk itu.

Semasa berucap dalam satu simposium bertajuk, Budaya Perjuangan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Palestin di Gaza pada hari Isnin lalu, Bardawil menyatakan bahawa oleh kerana rakyat Palestin dan para pejuang mereka bangkit melawan dan sanggup mengangkat senjata menentang penjajahan maka mereka diserang dan dikepung.

“Setiap orang mahu kami berundur dari perjuangan ini dan sebab kami tidak mahu berundur maka kami dibom dan dikepung,” tambah beliau lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

PA menangkap rakyat Palestin yang mengutuk percubaan rampasan kuasa di Turki

Selasa, 26-07-2016 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) bahagian pencegahan keselamatan telah menangkap Imam Sheikh Naser Alawneh , dari bandar Jaba di selatan Jenin, kerana mengutuk percubaan rampasan kuasa di Turki dalam khutbah Jumaat dan memuji sumbangan orang-orang Turki dalam menggagalkan rampasan kuasa.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa penangkapan Sheikh Alawneh memperkenalkan sikap rahsia sesetengah pihak Palestin ke arah cubaan rampasan kuasa. Imam Alawneh telah ditangkap dan disaman beberapa kali atas sebab latar belakang politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

65 orang pendatang menyerbu Masjid Aqsa.

Selasa, 26-07-2016 – Polis rejim Israel pada pagi Ahad membenarkan 65 orang pendatang Yahudi secara berkumpulan menyerbu Masjid Aqsa. Mereka berkeliaran di dataran masjid sambil menyampaikan penerangan tentang kononnya kawasan itu merupakan lokasi Kuil Solomon. Akhbar Quds mendedahkan yang para pengunjung Muslim cuba menentang dengan melaungkan takbir. Tetapi para pendatang itu dilindungi oleh pihak keselamatan rejim Israel yang mengiringi mereka keluar dari masjid seraya menari dan menyanyi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Calon datuk bandar Nablus cuba ditembak di rumahnya.

Selasa, 26-07-2016 – Seorang yang tidak dikenali didapati melepaskan tembakan ke arah rumah dan kereta Muhammad Jihad Dweikat, jurutera yang baru-baru ini, mengumumkan akan menyertai pilihanraya bagi memilih datuk bandar Nablus yang baru.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun facebook miliknya, Dweikat menyatakan bahawa bukti awal menunjukkan seseorang yang menutup muka didapati memandu sebuah kereta dan turun berhampiran rumah beliau di Timur, Nablus dan melepaskan tembakan ke arah rumah dan keretanya. Kejadian berlaku pada jam 2. 30 pagi, hari Ahad kelmarin. Anggota polis Palestin beserta pegawai siasatan jenayah segera bergegas ke tempat kejadian bagi mencari dan memgumpul bukti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru penduduk mendaftar untuk pilihanraya

Selasa, 26-07-2016 – Husam Badran, jurucakap Hamas, menggesa rakyat Palestin untuk mendaftarkan nama mereka dalam daftar pemilih agar dapat mengundi dalam pilihan raya perbandaran yang dijangka pada 8 Oktober.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu, Badran berkata mengundi adalah hak dan tugas yang sah bagi setiap warga negara dalam masa yang sama. Beliau menekankan bahawa rakyat Palestin akan memilih calon yang paling layak untuk berkhidmat kepada rakyat dan memenuhi keperluan mereka melalui majlis-majlis perbandaran dan majlis-majlis tempatan. Proses pendaftaran dan mengemaskini rekod untuk pilihan raya bermula pada pagi Sabtu dan akan berlangsung sehingga 27 Julai di pejabat pendaftaran pemilih. Pendaftaran elektronik akan dibuka sehingga 12 Ogos.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa menggesa Palang Merah menghentikan pelanggaran hak tahanan oleh Israel

Selasa, 26-07-2016 – Jawatankuasa Penyelarasan Puak dan Jawatankuasa Kebangsaan Menyokong Tahanan Perang menyeru Pasukan Palang Merah Antarabangsa untuk berusaha menghentikan pelanggaran Israel terhadap hak tahanan Palestin.

Satu memorandum mengenai keadaan tahanan Bilal al-Kayed yang melancarkan mogok lapar telah diserahkan kepada wakil Palang Merah semasa mesyuarat di Nablus. Beliau telah dipindahkan ke tahanan pentadbiran di penjara Israel pada hari yang sama hukuman tahanan beliau selama 14 tahun berakhir.

Jawatankuasa tersebut menyelar dasar Israel di tahanan pentadbiran yang mengenakan taktik jenayah penyeksaan terhadap kemanusiaan seperti tanpa caj atau perbicaraan, dan hukuman-hukuman harian seperti pengasingan, pemindahan antara penjara, dan pengharaman lawatan terhadap tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menembak mati kanak-kanak di Baitulmuqaddis

Selasa, 26-07-2016 – Pasukan polis Israel menembak mati seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun pada petang Selasa ketika pertempuran tercetus di bandar al-Ram utara Baitulmuqaddis. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan ringkas bahawa kanak-kanak Palestin Muhye Muhammad Sidqi al-Tabbakhi, 12 tahun, terbunuh petang hari ini akibat ditembak Israel. Mangsa telah ditembak di hatinya dengan sengaja oleh polis Israel menggunakan peluru getah sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah di mana beliau telah diisytiharkan mati.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Hamas sertai pilihanraya negeri dengan barisan calon yang layak.

Selasa, 26-07-2016 – Seorang jurucakap Pergerakan Hamas Sami Abu Zuhri, malam tadi mengatakan bahawa, pergerakan beliau akan mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dengan barisan calon yang layak dan menyeru semua rakyat untuk terlibat sama dalam pilihan raya ini.

Abu Zuhri berkata dalam satu ucapan dalam satu majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang di tengah Semenanjung Gaza, Hamas akan mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan barisan calon yang layak demi mencapai matlamat untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin.

Beliau menegaskan seperti yang dipetik dari Safa agensi bahawa pilihan raya akan berjalan mengikut sistem yang sama, pada hari yang sama dan ketetapan yang sama di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kita menolak segala tuduhan yang dilemparkan sebelum ini dengan menyampaikan mesej yang jelas (pada pilihanraya ini) bahawa Gaza berpegang teguh pada sistem demokrasi yang sama.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

Parlimen Knesset Israel meluluskan bil mengusir ahli Parlimen berbangsa Arab.

Isnin, 25-07-2016 – Knesset Israel meluluskan draf undang-undang pada Isnin yang membolehkan pengusiran ahli parlimen Arab. Akhbar Haaretz mendedahkan yang ahli pembangkang menolak pindaan semula ke atas bil kontroversi itu yang menuntut penggantungan dan pembuangan ahli parlimen Arab.

Menurut bil tersebut, sejumlah majoriti 90 orang ahli parlimen dari 120 kerusi di Knesset akan memiliki kuasa untuk membuang seorang ahli parlimen atas tuduhan mencetuskan perkauman atau menyokong tentangan bersenjata ke atas Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

6 wartawan dikenakan tahan tanpa bicara.

Isnin, 25-07-2016 – Pertubuhan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa 6 daripada 22 warga Palestin yang ditahan di bawah tahanan tanpa bicara di penjara Israel adalah wartawan.

Menurut pertubuhan itu, salah seorang wartawan yang ditahan adalah Malik al-Qadi dari Bethlehem. Beliau lulusan pengajian kewartawanan, Universiti al-Quds dan sedang mengadakan mogok laparnya untuk hari ke 5.

5 lagi wartawan ialah Hassan al-Safadi dari Baitulmuqaddis, Mohammad al-Qadoumi dari Ramallah manakala Ali al-Uwaiwi, Musab Qafisheh dan Adib al-Atrash dari al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Abbas kepada Erdogan: Bantu Gaza hanya melalui PA

Jumaat, 01-07-2016 – Pihak berkuasa Palestin (PA) mengumumkan keengganan mereka menyerahkan bantuan kemanusiaan dari Turki ke Gaza melainkan ia dilakukan melalui PA di Ramallah.

Ia merupakan rentetan dari perjanjian Turki-Israel yang melibatkan bantuan Gaza oleh Turki. Menteri Luar PA, Riyad al-Malki mengalu-alukan bantuan Turki dalam kenyataannya pada Isnin. Namun beliau menekankan permohonan oleh Presiden Abbas.
Israel dan Turki secara rasminya mencapai persetujuan untuk kembali kepada perhubungan bilateral.

Perjanjian tersebut membenarkan Turki menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang berada di bawah cengkaman Israel selama 10 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Penjara Israel pindahkan Bilal Kayed ke Beersheba.

Jumaat, 01-07-2016 – Pihak berkuasa penjara Israel memindahkan Bilal Kayed, warga Palestin yang sebelum ini ditahan di penjara Ramon ke bilik kurungan berasingan di penjara Ella yang terletak di Beersheba pula.

Langkah pihak penjara rejim itu, bertujuan bagi memaksa Kayed agar menamatkan mogok laparnya yang telah beliau mulakan sejak 12 hari yang lalu kerana membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas dirinya.

Beliau yang sepatutnya dibebasksn pada 13 Jun, 2016 setelah menjalani tempoh tahanan selama 14 tahun setengah tetapi sebaliknya dipindahkan untuk ditahan dibawah penahanan tanpa bicara pula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel akan membina tembok pemisah di selatan Al-Khalil

Rabu, 29-06-2016 – Angkatan Israel Penjajah (IOF) memulakan pembinaan tembok pemisah berhampiran bandar al-Thahiriya di al-Khalil yang akan memisahkan kawasan pemerintahan al-Khalil dari Penjajahan Palestin 1948.

Abdulhadi Hantash, pakar dalam aktiviti penempatan Israel memberitahu wartawan PIC bahawa dinding yang akan dibina akan merampas ribuan dunum tanah Palestin di al-Thahiriya, al-Burj, dan bandar-bandar Arab Al-Ramadein. Hantash juga menekankan bahawa tembok tersebut juga akan menghalang lalu lintas ke arah Penjajahan Palestin 1948 bagi mereka yang bekerja di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Hamas minta Turki guna kedudukannya desak sekatan atas Gaza ditamatkan.

Rabu, 29-06-2016 – Rombongan delegasi Hamas yang berkunjung ke Turki mengesa pemimpin negara itu mendesak agar sekatan di Semenanjung Gaza ditamatkan dan memasukkan isu itu sebagai satu syarat dalam sebarang proses damai dengan Israel.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Sabtu kelmarin menyatakan bahawa ketua biro politik Pergerakan Hamas, Khalid Mishaal dan sejumlah ahli kanan pertubuhan itu telah mengadakan satu berbincang bersama dengan presiden Recep Erdogan, perdana menteri Bonali Yildirim dan beberapa pegawai kerajaan Turki yang lain di Istanbul.

Delegasi Hamas itu membawa harapan rakyat Palestin yang mahu pihak kepimpinan Turki menyelesaikan masalah sekatan di Gaza semasa mereka mengadakan perbincangan dengan pihak Israel dalam usaha damai terbaru.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin