Categories
Berita Semasa

Tentera Israel buat rondaan, lancar belon perisik di Salfit

Isnin, 03-04-2017 – Tentera Israel menjalankan rondaan di gunung Salfit dan melancarkan dua belon perisik, pada petang Selasa menurut saksi. Saksi menegaskan, belon pertama dilancarkan dari pusat pemeriksaan Zatara, manakala kedua di timur Salfit, yang mana kedua-dua belon dilengkapi dengan kamera. Sementara itu, tentera dan pegawai Israel pula dilihat membuat rondaan di pergunungan Salfit pada waktu petang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Hamas memohon agar Kemuncak Amman memberikan keutamaan kepada Baitulmuqaddis dan al-Aqsa

Isnin, 03-04-2017 – Gerakan Hamas meminta para Menteri Luar Arab yang bersedia untuk Kemuncak Amman agar memberikan keutamaan kepada isu Baitulmuqaddis yang dijajah dan perlindungan ke atas Masjid al-Aqsa.

Jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata dalam kenyatannya pada Selasa yang kerja-kerja untuk menamatkan pendudukan Israel ke atas Baitulmuqaddis adalah faktor utama bagi menyatukan bangsa Arab dan umat Islam.

Qasem turut menyentuh tentang isu berkenaan penahanan Israel ke atas para pengawal Masjid al-Aqsa. Perbuatan itu disifatkan sebagai menodai kemuliaan tempat suci umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel rampas tanah petani Palestin.

Isnin, 03-04-2017 – Tentera rejim Israel bertindak merampas sebidang tanah milik warga Palestin yang digunakan untuk tapak semaian di bandar Yatta, selatan al-Khalil. Menurut kata seorang aktivis tempatan, Ratib Jabar tentera Israel yang datang dengan sebuah kenderaan tentera telah menceroboh satu lokasi di Rifa’iyah yang terletak di bandar tersebut dan bertindak merampas tanah kepunyaan Mahmod Amar, seorang petani tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Persatuan Ulama’ Algeria: Mesir Benarkan Konvoi Kemanusiaan ke Gaza

Isnin, 03-04-2017 – Persatuan Islam Ulama Algeria memaklumkan bahawa mereka telah memulakan persediaan untuk menghantar konvoi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada penghujung April ini selepas pihak berkuasa Mesir bersetuju untuk membenarkan mereka masuk melalui pintu sempadan Rafah.

Al-Tuhami Majourie, ahli persatuan Ulama Muslim yang menganjurkan dan menyelia konvoi bantuan itu berkata ia dijadualkan bermula bulan lalu, tetapi kelewatan berlaku disebabkan oleh keadaan politik di Mesir.

“Kami menerima panggilan telefon sebulan yang lalu daripada Kedutaan Mesir di Algeria mengatakan bahawa ada kelulusan rasmi untuk mengadakan konvoi melalui Rafah menuju Semenanjung Gaza”, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Pentadbiran di Gaza membatalkan keputusan Abbas untuk membentuk mahkamah perlembagaan

Rabu, 29-03-2017 – Mahkamah Pentadbiran di Gaza telah membatalkan keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk mahkamah perlembagaan.

Mahkamah berkata resolusi Abbas adalah batal dan tidak sah kerana tamat tempoh empat tahun Presiden sebagaimana yang dinyatakan dalam Undang-undang Asas, yang mana telah selesai 8 tahun yang lalu. Mahkamah menjelaskan Abbas tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah itu

Peguam Negara Palestin, Ismail Jabr berkata, dengan peraturan ini, apa-apa penghakiman yang dibuat oleh mahkamah perlembagaan akan dianggap batal dan tidak sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Haaretz: Amerika Syarikat (AS) merestui pembinaan penempatan

Rabu, 29-03-2017 – Pentadbiran AS telah menyatakan restu mereka terhadap pembinaan penempatan secara bukan terang-terangan, demikian menurut akhbar Haaretz.

Akhbar itu menyatakan pada Khamis yang wakil AS,Greenblatt, yang tiba mingguu lepas menyampai restu Presiden Donal Tump tentang hal itu dalam perjumpaannya dengan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Namun, restu itu diberikan dengan syarat yang aktiviti pembinaan hanya dihadkan di pos Yahudi dan penempatan utama Baitulmuqaddis, bukannya melangkaui sempadan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel kerah anggotanya hampiri Universiti Arab Amerika di Jenin.

Rabu, 29-03-2017 – Tentera Israel menggerah anggotanya ke kawasan berdekatan Universiti Arab Amerika yang terletak di timur Jenin. Mereka menahan dan memeriksa kad pengenalan warga Palestin yang melalui kawasan tersebut.

Sumber tempatan memberitahu pemberita PIC, beberapa buah kenderaan tentera bertindak menutup dengan membuat sekatan di jalan menuju asrama universit itu.
Selain itu, anggota tentera Israel turut membina pos pemeriksaan di jalan menuju bandar al-Megheiyyir, Jelqammous dan Raba.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel ke atas Gaza

Jumaat, 24-03-2017 – Pesawat perang Israel pada Rabu malam membom sejumlah kawasan di Semenanjung Gaza atas alasan yang satu roket Palestin jatuh di padang kawasan Sdot Negev semalam. Menurut Pusat Maklumat Palestin (PIC) di Gaza, dua peluru berpandu Israel mengena pos pihak pejuang yang terletak di bandar Deir al-Balah, Gaza. Satu lagi pesawat perang dikenalpasti sebagai F16 melancarkan dua serangan udara ke atas kawasan pertanian di timur bandar Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dron Israel Terhempas di Gaza

Jumaat, 24-03-2017 – Tentera Israel mengumumkan kehilangan pesawat dron di Gaza. Akhbar Ibrani, Yedioth Ahronoth berkata, pesawat peninjau jenis pemandu langit jatuh di al-Shuja’iya, timur Gaza. Tentera Zionis dilaporkan melancarkan siasatan ke atas kemalangan itu. Sky Driver, pesawat dron Israel dan Amerika yang boleh mencapai 500 hingga 600 meter ketinggian, kebanyakannya digunakan oleh tentera Israel untuk mengejar aktivis Hamas di Semenanjung Gaza yang dikepung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Wartawan wanita dibebaskan dari pusat tahanan Israel

Jumaat, 24-03-2017 – Wartawan Palestin, Samah Dweik telah dibebaskan dari penjara Israel pada petang Rabu lepas selepas sesi interogasi bersama pihak berkuasa Israel. Dweik telah melalui proses interogasi intensif yang panjang bersama pihak berkuasa Israel dan dibebaskan beberapa jam beliau diculik dari rumah keluarga beliau di Jerusalem. Dweik diculik pada petang Rabu semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan Kejiranan Silwan, Selatan Masjid Al-Aqsa Sebelum ini, Dweik pernah dituduh dan diberikan arahan tangkapan atas dakwaan menjalankan aktiviti anti-penjajahan di media sosial.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel dakwa roket jatuh di wilayahnya.

Jumaat, 24-03-2017 – Pihak tentera rejim Israel mendakwa sebuah roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah jatuh di kawasan tanah lapang, di wilayah Sdot Negev. Bagaimana pun, menurut berapa sumber, tiada sesiapa yang cedera dan tidak berlaku sebarang kerosakan yang dilaporkan. Sumber dari media Israel pula menyatakan, amaran siren roket warna merah tidak pula kedengaran di kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Remaja bawah umur Palestin ditangkap oleh tentera Israel berhampiran Masjid Ibrahimi

Jumaat ,24-03-2017 – Tentera Israel telah menahan seorang remaja lelaki Palestin berhampiran Masjid Ibrahimi di Tebing Barat selatan kerana di dakwa membawa pisau bersamanya.

Polis Israel berkata dalam satu kenyataan bahawa remaja tersebut berusia 17 tahun ditahan kerana memegang pisau di
pusat pemeriksaan tentera di jalan utama ke Masjid Ibrahimi, di Al-Khalil. Remaja bawah umur itu telah dipindahkan ke pusat tahanan Israel sehingga soal siasat selesai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Lanjut Penahanan Ahli NGO Turki

Khamis, 16-03-2017 – Mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan seorang pekerja agensi bantuan Turki, TIKA sehingga Khamis. Sebuah mahkamah Israel di bandar Beersheba melanjutkan reman ahli kakitangan TIKA, Mohamed Murtaja atas permintaan daripada pendakwa raya Israel.

Mahkamah Israel juga mengenakan perintah larangan terhadap penerbitan berita mengenai kes itu sehingga 14 Mac. Murtaja yang telah bekerja untuk TIKA di Semenanjung Gaza, dalam perjalanan ke Turki apabila beliau ditahan pada 12 Februari di Beit Hanun (Erez) merentasi sempadan, utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Bantahan Parlimen atas perpaduan dengan tawanan MP Halaiqa

Khamis, 16-03-2017 – Timbalan speaker pertama Majlis Perundangan Palestin, Ahmad Bahar, menuduh Israel pada hari Ahad yang mahu menutup mulut pemimpin Palestin melalui kempen penangkapan yang dijalankan terhadap mereka di Tebing Barat.

Dalam protes anjuran Tukar dan Pembaharuan blok dalam perpaduan dengan MP Samira Halaiqa, yang ditahan oleh tentera Israel, Bahar berkata, “Israel hanya memahami bahasa kekerasan,” menyeru puak Palestin untuk bekerja untuk membebaskan banduan Palestin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mahmoud al-Zahar menyeru rakyat Palestin untuk bersatu demi mempertahankan hak-hak wanita Palestin dari dilanggar oleh penjajah Israel. Beliau juga mengutuk organisasi antarabangsa yang membisu atas jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin ditembak setelah dikatakan melakukan serangan tikaman

Khamis, 16-03-2017 – 2 pengawal sempadan Israel dilaporkan cedera dalam satu kejadian yang didakwa sebagai serangan tikaman di pintu Damsyik di Baitulmuqaddis pada subuh Isnin. Jurucakap polis Israel Luba Simari mendakwa seorang pemuda Palestin menikam dua pegawai Israel sebelum dihentikan. Seorang mengalami kecederaan tahap sederhana manakala seorang lagi cedera ringan, beliau menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati