Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel halang keluarga dari Tebing Barat lawat saudara di penjara Negev.

Jumaat, 25-10-2019 – Tentera rejim Israel bertindak menghalang ahli keluarga Qassam dan Adham Jabbarin, tahanan adik beradik yang berasal kem pelarian Jenin dari  melawat saudara mereka di penjara Negev.

Keluarga itu menyatakan bahawa tentera rejim yang bertugas di pos pemerikasaan al-Jalama menyekat  mereka dari meneruskan perjalanan ke penjara Negev untuk melawat saudaranya walau pun mereka mempunyai permit lawatan daripada Pertubuhan Palang Merah.

Keluarga itu juga tetap tidak dibenarkan bertemu Qassam Jabbarin yang ditahan di penjara Gilboa atas alasan langkah keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Musim Memetik Zaitun, 3 Serangan Sehari daripada Pendatang Yahudi Terhadap Petani

Jumaat, 25-10-2019 – Sekumpulan penduduk pendatang Yahudi pada Rabu (23/10/2019) menyerang para petani yang memetik zaitun di kota Ya’bad, Tening Barat, sebelah barat Jenin. Ini merupakan serangan ketiga yang dilakukan para pemukim pendatang Yahudi terhadap petani zaitun dalam tempoh sehari.

Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi menyerang warga dari keluarga Atatra ketika mereka memetik zaitun di tanah mereka di kawasan desa Zohr al-Abed di daerah Khirbet Mas’ud. Penududuk Palestin menyebutkan bahawa pendatang Yahudi telah merebut bukit di daerah tersebut dan membiarkan ternakan mereka bekeliaran di kawasan tersebut serta berusaha merebut tanah di situ,

Selain itu, pendatang Yahudi telah mencuri peralatan yang digunakan oleh para petani untuk memetik zaitun dari tanah mereka. Sekumpulan pendatang Yahudi dari penempatan Yahudi ilegal “Mapodotan” yang berdiri di tanah Ya’bad, juga menyerang petani yang memetik buah zaitun dari keluarga Abu Bakar. Sebelumnya pada hari yang sama,pendatang Yahudi menyerang para petani Palestin di tanah mereka di kampung Ummu Safa, barat laut Ramallah

. Ketua Dewan Penduduk Perkampungan Ummu Safa, Marwan Sabah, mengatakan, “Sepuluh pendatang Yahudi dari penempatan Yahudi ilegal “Halmish”, dengan dijaga dan dilindungi pasukan penjajah Israel menyerang para petani di “Ghabt” di sebelah barat kampung dan melarang para petani untuk terus tinggal di kawasan tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

6 orang tahanan tanpa bicara mogok lapar di penjara Israel

Jumaat, 25-10-2019 – Enam tahanan, termasuk seorang wanita muda, menjalankan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka tanpa bicara.

Mereka adalah Ahmad Ghannam, Ahmad Ali, Tareq Qa’dan, Mus’ab al-Hindi, Ahmad Zahran, dan Heba al-Labadi; masing-masing telah mogok lapar selama 102, 92, 84, 30, 26 dan 30 hari.

Pejabat Media Tahanan memberi amaran tentang keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan anak beranak Palestin di Baitul Maqdis

Jumaat, 25-10-2019 – Rabu lalu Rejim Zionis telah menahan seorang warga Palestin dan anaknya di perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis.

Aktivis Mohammed Abu al-Hummus berkata pihak Rejim Zionis telah menyerbu al-Isawiya, menceroboh masuk rumah warga Palestin Nayef Mustafa, dan telah menahan beliau dan anak beliau yang menjerit dan menangis semasa serangan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, aktiviti penahanan semakin giat berlaku di al-Sawiya, diirigi dengan serbuan semberono di rumah-rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul



Categories
Berita Semasa

Tentera rejim tembak kawasan pertanian, bot nelayan Gaza.

Jumaat, 25-10-2019 – Tentera Rejim Israel hala tembakkan ke arah kawasan tanah pertanian dan bot nelayan di Semenanjung Gaza.

Menurut kata penduduk tempatan, anggota tentera rejim mensasarkan tembakan ke arah kawasan pertanian di Jabalia dan Khuza’ah  di timur Gaza.

Di barat Gaza pula, nelayan dan bot menjadi sasaran tembakkan bot tentera laut rejim. Serangan lebih kerap memaksa nelayan kembali semula ke pantai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Amaran usaha Israel bagi menerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis

Khamis, 24-10-2019 – Pihak berkuasa Sokongan Kristian dan Islam bagi Baitulmuqaddis dan Kota Suci telah memberi amaran yang rejim Israel sedang berusaha merubah karakter Arab dan identity Baitulmuqaddis bagi menerapkan unsur Yahudi.

“Kempen yang dilakukan oleh pihak berkuasa rejim dan kumpulan pelampau agama ke atas Masjid Aqsa dan para pengunjung itu jelas menandakan pencabulan Israel dalam merubah ciri-ciri Arab di Baitulmuqaddis dengan mengubah struktur penempatan,” Hanna Issa, setiausaha agung Pihak Berkuasa Kristian dan Islam menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak Mahkamah Israel Memanjangkan Tempoh Penahanan Samer

Khamis, 24-10-2019 – Pihak Mahkamah penjajah Israel pada hari Selasa (22/10/2019), memanjangkan tempoh penahanan Samer Arabeed selama lapan hari lagi.Badan Hak Asasi Manusia Palestin yang prihatin dengan isu tahanan “Al-Dhamir”, mengambil pernyataan dari para doktor di Hospital Hadassah, yang mengatakan, “Tahanan Palestin Samer Arabeed menderita pneumonia dan ada sedikit peningkatan fungsi buah pinggang.”

Penjajah Israel masih terus melakukan soalsiasat terhadap beliau di unit rawatan intensif(ICU) Hospital Hadassah.

Pada hari Selasa (15/10/2019), satu sidang akhbar dijalankan di Hospital Hadassah untuk Samer Arabeed. Beliau dibawa ke hospital akibat penyiksaan yang dialaminya di pusat penyiasatan Maskobiyya.

Pada 25 September 2019 lalu, pasukan penjajah Israel menangkap Samer Arabeed di depan tempat kerjanya, ketika itu mangsa ada bersama isterinya. Samer Arabeed (44 tahun), dipindahkan ke hospital dalam keadaan kritikal setelah disiksa dengan kejam oleh para penyiasat Shin Bet.

Sumber media israel menyatakan bahawa tahanan Samer Arabeed mengalami luka parah, setelah menjalani soalsiasat militan Israel, Shin Bet dan mengalami penyiksaan yang sangat kejam. Hal itu dilakukan berdasarkan prosedur yang disebut “memenuhi keperluan” yang mengizinkan “tindakan kekerasan fizikal terhadap tahanan untuk mencegah operasi lain yang sedang dirancang.

Surat khabar “Haaretz” mengatakan bahawa Shin Bet telah memperolehi persetujuan dari otoriti keadilan bagi mempraktikkan cara yang dilarang untuk menyoalsiasat Samer.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menculik 18 Warga Palestin

Khamis, 24-10-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menahan rakyat Palestin sewaktu subuh ketika melakukan serbuan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 18 warga Palestin ditangkap di pelbagai kawasan di Bethlehem, Ramallah dan Baitulmaqdis.

Menurut saksi, berlaku pertempuran kejam antara IOF dan penduduk Palestin di kem pelarian Dheisheh di Bethlehem, namun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Berpuluh cedera dalam serangan gas pemedih mata tentera Israel di Ramallah.

Rabu, 16-10-2019 – Berpuluh-puluh pemuda Palestin menderita terkena asap gas pemedih mata dalam pertempuran ganas awal pagi dengan tentera rejim Zionis Israel di bandar Ramallah.

Pertempuran itu berlaku di kawasan perumahan Attira di Ramallah selepas pihak tentera rejim memecah masuk dan mengeledah rumah milik seorang tahanan penjara, Samer al-Arbeed.

Pertempuran sama turut berlaku di jalan masuk utama menuju bandar Surda, utara Ramallah ketika pihak rejim melakukan operasi di situ. Bagaimana pun, tiada kecedera dilaporkan berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Tembakan sambil memandu ke arah kereta para pendatang di Nablus

Rabu, 16-10-2019 – Sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan pendatang Yahudi terbakar pada petang Sabtu di Nablus, utara Tebing Barat.

Menurut media Hebrew, kereta itu ditembak dari sebuah kereta yang dippecut pada puku l 9 malam di jalan dekat kawasan ladang Gilad, barat Nablus.

Laporan berita lain mendakwa seorang lelaki bersenjata menunggang motorsikal dan melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta warga Israel di selatan Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Petani Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat

Rabu, 16-10-2019 – Tiga orang petani Palestin cedera pada hari Sabtu dan Ahad lalu dalam suatu serangan oleh peneroka-peneroka haram ketika menuai zaitun di Ramallah dan Bethlehem.

Sumber-sumber tempatan menyatakan bahawa dua petani Palestin yang dikenali sebagai Mus’ab Da’mas dan Tareq Da’mas, mengalami kecederaan sederhana pada petang Sabtu selepas diserang penduduk haram Israel ketika mereka memetik buah zaitun di kampung Ras Karkar, di barat Ramallah.

Pada hari Ahad pula seorang petani Palestin yang berusia di dalam lingkungan tujuh puluhan cedera selepas dibelasah oleh peneroka haram Israel di Bethlehem.

Aktivis Hasan Breijiya mengatakan bahawa sekumpulan peneroka haram Israel telah menyerang petani Palestin Fadel Hamdan apabila beliau bersemuka dengan mereka semasa mereka sedang mencuri buah zaitun di tanah Palestin di kampung al-Jab’a.

Hamdan telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Presiden Tunisia Yang Baru Dipilih, Qais Said Janji Sokong Palestin

Rabu, 16-10-2019 – Presiden Tunisia yang baru dipilih, Qais Said, Ahad  13 Oktober menegaskan sokongannya terhadap isu Palestin. pada awal pidato kemenangannya dalam pemilihan presiden pada pungutan suara kedua, Said berjanji akan bekerja menyokong isu Palestin secara adil.

Presiden menegaskan bahawa isu Palestin merupakan agenda pertamanya di luar negeri dan beliau berharap sekiranya bendera Palestin dapat berkibar di samping bendera Tunisia.

Presiden Tunisia mengulangi kenyataan bahawa normalisasi dengan penjajah zionis merupakan sebuah pengkhianatan, sikap ini ditegaskannya ketika debat bersejarah dengan pencabar beliau, Nabil al-Qarawi dua hari menjelang pemilihan presiden.

Di hadapan pendukungnya, Said mengatakan: “sekarang merupakan fasa bersejarah, dimana Tunisia telah selesai berada di masa pengawasan dan agenda yang perlu dilakukan adalah memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Said menyebutkan bahawa kunjungan luar negeri pertamanya akan dilakukan ke Algeria, kemudian berharap dapat mengunjungi Libya serta  menyampaikan apresiasi kepada rakyat Palestin, dengan menegaskan bahawa Tunisia akan meneruskan peranannya di forum antarabangsa untuk menyokong Palestin.

Gerakan perjuangan Islam Hamas menyampaikan ucapan tahniah atas terpilihnya Dr. Said sebagai Presiden Tunisia.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik lima rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerus Salem.

Isnin, 14-10-2019 – Rejim Zionis Israel (IOF) pada pagi Rabu menculik lima rakyat Palestin semasa kempen di Tebing Barat dan Jerusalem.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel mendakwa lima orang tahanan diminta oleh pihak berkuasa regim kerana terlibat dalam kegiatan melawan Israel.

 Menurut sumber tempatan, IOF menculik Mohamed Abu Diya, 16 tahun di rumahnya di kampung Khirbet Safa berhampiran bandar Beit Ummar di utara al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kanak2 Palestin cedera terkena gas pemedih mata Rejim Zionis

Isnin, 14-10-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan oleh askar Rejim Zionis Selasa lalu, semasa rusuhan di perkampungan al-Janiya barat Bandar Ramallah.

Pihak akhbar Quds yang memetik sumber tempatan melaporkan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu perkampungan al-Janiya dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom pegun secara rambang dan bertubi-tubi.

Sumber tempatan mengatakan bahawa kanak-kanak berkenaan mengalami lecuran di beberapa bahagian badan setelah terkena kanister gas pemedih mata ketika sedang berada di halaman rumahnya.

Kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Palestin untuk rawatan, dan kecederaannya telah dikatakan sebagai “sederhana”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pencemaran Aqsa oleh para pendatang perlukan reaksi warga Palestin

Isnin, 14-10-2019 – Gerakan Hamas telah menyelar pencerobohan ke atas Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi yang semakin menjadi-jadi dan menyifatkan ia sebagai keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara Muslim dan Arab. Tindakan itu disifatkan sebagai bertujuan untuk menerapkan unsur Yahudi di kawasan suci Islam.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menekankan perlunya reaksi yang jelas dan berkesan oleh rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan untuk membela Masjid Aqsa daripada jenayah yang dilakukan oleh para pendatang Yahudi.

Berhoum merayu Liga Arab dan Pertubuhan Negara Islam agar menjalankan peranan mereka bagi menamatkan keganasan Israel ke atas Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati