Categories
Berita Semasa

Pakar Cadang Tubuhkan Pusat Rawatan dan Cegahan Kanser

Selasa, 07-02-2017 – Sekumpulan pakar kanser dan doktor mengemukakan cadangan untuk menubuhkan pusat pakar dalam bidang onkologi dan penyelidikan saintifik negara bagi pencegahan dan rawatan kanser.

Keputusan diambil sewaktu mesyuarat para saintifik mengenai pencegahan kanser yang diadakan pada hari Sabtu di Universiti Islam di Gaza dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kanser.

Dalam ucapan mereka, doktor yang mengambil bahagian menegaskan kepentingan menyediakan sekolah, universiti dan badan bukan kerajaan dengan program-program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pencegahan kanser.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Aktivis: Penangkapan al-Qiq adalah tindakan tidak wajar

Selasa, 07-02-2017 – Aktivis Palestin menegaskan bahawa penangkapan wartawan Palestin, Mohammed al-Qiq oleh pihak berkuasa Israel (IOA) adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana ianya tidak mempunyai justifikasi undang-undang.

Naser Abu Bakr, wakil wartawan Palestin berkata bahawa penangkapan wartawan, al-Qiq merupakan suatu tindakan yang sengaja dilakukan oleh Israel dimana mereka mensasarkan wartawan Palestin dalam usaha untuk memutarbelitkan kebenaran.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kebebasan, Mohammed al-Lahham, menegaskan bahawa ahli-ahli Sindiket Wartawan Palestin (PJS) akan terus mempertahan al-Qiq dan semua wartawan yang ditahan menggunakan undang-undang yang ada, terutama sekali mereka yang ditahan kerana kerja-kerja mereka di dalam bidang kewartawanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Sempadan Rafah dibuka selama 3 hari.

Isnin, 06-02-2017 – Pihak berkuasa sempadan menyatakan pada hari Khamis lalu bahawa Rafah akan dibuka selama tiga hari bermula dari minggu depan. Pihak berkuasa Mesir memaklumkan kepada pihak berkuasa Palestin tentang niat mereka untuk membuka pintu sempadan Rafah di antara Semenanjung Gaza yang terkepung dan Mesir selama tiga hari untuk kedua-dua arah yang bermula semalam.

Kementerian Dalam Negeri di Gaza telah mendedahkan bahawa 16,000 orang dalam keperluan mendesak untuk bergerak ke luar negara atas sebab-sebab kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Eropah sahkan Israel lakukan pembunuhan terancang di Gaza.

Isnin, 06-02-2017 – Majlis Persahabatan Eropah-Palestin menyambut baik resolusi Majlis Dewan Parlimen Eropah (PACE) yang mengesahkan bahawa rejim Israel telah membunuh penduduk awam Palestin di luar batas undang-undang di Semenanjung Gaza sejak beberapa tahun lalu dan ianya telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah yang terkepung itu.

Perwakilan PACE telah mengundi menyokong resolusi tersebut berdasarkan kepada satu laporan berhubung situasi kemanusiaan di wilayah itu di mana rejim Israel secara sengaja dan tidak dibenarkan telah memberi tekanan berlebihan terhadap masyarakat awam di Gaza.

Menurut laporan yang dibentangkan kepada perhimpunan yang dianggotai oleh 324 perwakilan dari 47 buah negara, pada 4 Januari, 2017 itu menyatakan, “Kes-kes menembak mati secara sengaja dan kejam, individu yang tidak merbahaya menjelaskan bahawa telah berlaku pembunuhan secara terancang di luar batas undang-undang.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

PA Mahu Lapor Kepada ICC Buka Siasatan Penempatan Haram


Isnin, 06-02-2017 –
Pihak Berkuasa Palestin (PA) dilaporkan telah memilih untuk mengambil jalan keluar untuk melaporkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan penuh terhadap penempatan Israel berdasarkan resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB, yang mengatakan penempatan tidak sah di sisi undang-undang dan menjadi penghalang kepada keamanan.

Sumber dari Kementerian Dalam Negeri Palestin Luar Negeri mendedahkan bahawa PA telah menghubungi ICC selama dua tahun menarik perhatian mereka dengan pelanggaran terus-terusan Israel dalam hal dengan aktiviti penempatan haram terutama negara-negara anggota ICC menikmati keistimewaan membuat aduan pemfailan untuk siasatan.

Menteri Luar Riyad al-Malki berkata pada hari Khamis bahawa PA akan mengambil jalan keluar dengan ICC terhadap penempatan Israel minggu depan.

Israel berjaya sejak beberapa tahun lalu untuk mewujudkan lebih daripada 146 pos-pos rasmi penempatan didiami oleh kira-kira 420,000 peneroka di Tebing Barat, yang membentuk 13% daripada penduduk di Tebing Barat, dan 220,000 di Baitulmuqaddis sebagai tambahan kepada 116 penempatan tidak diiktiraf oleh kerajaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Lulus 143 Unit Penempatan Haram di BaitulMaqdis

Isnin, 06-02-2017 – Majlis Tempatan Israel di Baitulmuqaddis meluluskan pembinaan 143 unit penempatan baru di penempatan Gilo, yang dibina secara haram dalam wilayah yang dijajah. Sumber media Israel berkata, unit perumahan baru yang diluluskan datang sebagai sebahagian daripada projek penempatan besar yang merangkumi pembinaan 900 unit penempatan.

Kelulusan ini datang hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan pembinaan 2,500 unit penempatan baru di Baitulmuqaddis. Kelulusan ini adalah yang ketiga seumpamanya sejak Donald Trump menjadi Presiden AS minggu lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tindakan Memindah Semula Kedutaan AS ke BaitulMaqdis Bakal Mengundang Bahaya

Jumaat, 27-01-2017 – Suruhanjaya Ulama dan Pendakwah di BaitulMaqdis memberi amaran bahawa menempatkan semula Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmuqaddis bakal mengundang bahaya. Suruhanjaya menambah, prosedur untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke BaitulMaqdis sedang dijalankan dan “ini akan membawa kepada akibat buruk”.

Ia menegaskan bahawa BaitulMaqdis merupakan sebuah bandar Arab dan Islam, sambil menambah bahawa fakta ini tidak akan berubah oleh sebarang tindakan. Tindakan ini juga bertentangan dengan rundingan tajaan Washington antara Palestin dan Israel, menekankan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hukuman Penjara, Pengusiran dan Denda Terhadap Pemuda Al Quds

Jumaat, 27-01-2017 –  Pihak Mahkamah Zionis di al-Quds pada hari Isnin (23/1/2017) membuat keputusan menjatuhkan hukuman tahanan rumah dan penjara serta pengusiran dan penahanan terhadap para pemuda dan aktivis dari kota al-Quds.

Sumber dari pihak Hak Asasi Manusia menyebutkan bahawa mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman tahanan rumah selama 10 hari terhadap Mundzir Qanbar dari Jabal Mukabbir di selatan al-Quds, disamping penahanan selama 180 hari dan membayar denda sebanyak seribu shekel dan pendandatanganan jaminan dari pihak ketiga sebanyak 10 ribu shekel, sebelum beliau dibebaskan dari penjara Zionis.

Mahkamah Zionis juga membebaskan anggota jawatankuasa pamantau perkampungan Isawiyah, Muhammad Abu Himsh dengan syarat beliau perlu diusir dari perkampungan tersebut selama seminggu dan membayar wang jaminan sejumlah 1500 shekel serta penandatanganan jaminan pihak ketiga sebanyak lima ribu shekel.Selain itu, mahkamah penjajah Zionis menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun 10 bulan ke atas Thariq Darwis, 5 tahun 9 bulan ditambah denda 5 ribu shekel ke atas Yusuf Ilyan dan hukuman dua tahun ditambah denda 2500 shekel terhadap Luai Abu Himsh.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel mengarahkan pemulangan jenazah seorang rakyat Palestin kepada keluarganya

Jumaat, 27-01-2017 – Mahkamah agung Israel memutuskan pada petang Isnin untuk memulangkan jenazah Yaqoub Abu al-Qian, yang ditembak dan dibunuh oleh polis rejim kepada keluarganya untuk dikebumikan di kampung Badwi Umm al-Hiran.

Laman sesawang rangkaian 2 Israel menyatakan yang mahkamah telah mengarahkan polis rejim menyerahkan jenazah untuk pengebumian pada Selasa. Menurut laman itu lagi, mahkamah memutuskan yang “tiada sebarang had dikenakan terhadap bilangan pengunjung majlis pengebumian”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Adakan tunjuk perasaan di luar bangunan Knesset bantah Israel roboh kediaman.

Jumaat, 27-01-2017 – Beratus penduduk Palestin dari penempatan Garis Hijau, Baitulmuqaddis adakan tunjuk perasaan di luar bangunan parlimen Israel atau Knesset kerana membantah polisi meroboh secara rakus kediaman milik warga Palestin oleh pihak rejim Israel.

Penunjuk perasaan berarak dengan kereta hingga memenuhi sepanjang jalan luar perbandaran Qalansuwa menuju ke bangunan Knesset bagi menyuarakan bantahan terhadap pihak rejim yang meroboh secara tergesa-gesa rumah dan membunuh pemiliknya seorang warga Palestin, Yakoub Abu al-Kiaan di perkampungan Umm al- Hiran.

Datuk Bandar Qalansuwa, Abdul Bassit Salama berkata, perarakan itu dibuat bagi menyaut seruan Jawatankuasa Tertinggi Badan Bertindak Warga Arab, wilayah Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Livni Batalkan Lawatan ke Brussels Selepas Ancaman Penangkapan

Jumaat, 27-01-2017 – Bekas Menteri Luar Negeri negara haram Israel telah membatalkan lawatan ke Belgium kerana bimbang dia boleh ditangkap semasa ketibaan beliau di Brussels atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin.

Tzipi Livni, yang berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri antara 2006 – 2009 di bawah bekas Perdana Menteri Ehud Olmert, dijangka tiba di ibu negara Belgium pada hari Isnin untuk menghadiri secara tidak rasmi persidangan mengenai anti-Semitisme di Eropah.

Walau bagaimanapun, perjalanan beliau dibatalkan selepas pejabat pendakwa di Brussels berkata minggu lepas bahawa Livni menjadi subjek aduan 2010 kepada pendakwa persekutuan, dan pihak berkuasa boleh menahan atau menyoal beliau semasa ketibaan “untuk mencuba dan memajukan siasatan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru sokongan popular untuk tahanan pentadbiran

Jumaat, 27-01-2017 – Pergerakan Hamas menegaskan keperluan mendesak untuk sokongan popular sebagai langkah-langkah protes tahanan Palestin ‘terhadap langkah-langkah hukuman Israel.

Pemimpin dalam Pergerakan Hamas Abdul Rahman Shadid menggesa pihak rasmi Palestin untuk memikul tanggungjawab mereka terhadap tahanan Palestin dan untuk mengaktifkan isu mereka di forum-forum antarabangsa.

Shadid menegaskan bahawa 550 tahanan pentadbiran dijangka melancarkan perpaduan mogok lapar jika Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) tidak menamatkan hukuman bersendiri rakan-rakan banduan dan pemimpin Hamas Sheikh Bajis Nakhla.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kementerian: Sekat hak pendidikan tahanan Palestin bakal cetus isu perkauman

Jumaat, 27-01-2017 – Kementerian Penerangan Palestin berkata bahawa perbincangan Knesset Israel terhadap draf undang-undang untuk menghalang tahanan Palestin untuk meneruskan pengajian akademik mereka bakal mencetuskan isu perkauman.

Kementerian itu dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan Israel sedang mengikuti satu dasar baru terhadap tahanan Palestin di penjara itu yang menafikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan konvensyen Geneva. Kementerian turut menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel cuba menafikan hak tahanan Palestin dalam urusan pendidikan dan rawatan perubatan.

Kenyataan itu juga menekankan keperluan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghormati undang-undang demi memastikan hak asasi tahanan terjamin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel halang 69 warga Palestin keluar negara minggu lepas.

Selasa, 24-01-2017 – Pihak penjajah Israel, minggu lepas menghalang 69 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka keluar negara melalui pintu sempadan al-Karama ke Jordan yang merupakan satu-satunya laluan keluar bagi penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis di Ramallah menyatakan yang pihak rejim Israel tidak memberikan sebab perintah halangan itu dibuat sebaliknya mengatakan ia atas alasan keselamatan.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa pada minggu lepas lebih 43, 000 penduduk Palestin dibenarkan meneruskan perjalanan mereka melalui pintu sempadan tersebut dari kedua-dua arah samada keluar atau masuk kecuali 42 orang yang dihalang dan mereka telah ditahan oleh pihak polis Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin (PA) memulangkan senjata tentera rejim yang hilang di Tubas

Selasa, 24-01-2017 – Pihak keselamatan PA memulangkan senjata seorang tentera rejim pada Ahad setelah ia diambil oleh para pemuda Palestin dekat Tubas, utara Tebing Barat beberapa hari lalu, sumber media Israel mendakwa.

Laman sesawang Hebrew 0404 mengembalikan senjata itu setelah merampasnya daripada para pemuda Palestin yang mengambilnya pada Rabu lepas. Tiada maklumat lanjut didedahkan tentang keberadaan para pemuda itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati