Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Ireland melawat Semenanjung Gaza

Isnin, 15-01-2018 – Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Ireland, Simon Coveney, tiba pada Khamis di Semenanjung Gaza dan melawat sejumlah projek yang dibiayai oleh negaranya.

Menteri Ireland itu memasuki Semenanjung Gaza melalui Beit Hanoun yang dikawal Israel untuk lawatan beberapa jam.Ketika lawatan, Coveney bertemu dengan para pegawai organisasi-organisasi antarabangsa yang bekerja di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel menutup pintu masuk ke Nablus

Isnin, 15-01-2018 – Sekumpulan pendatang Israel menutup petang semalam di semua pintu masuk utama ke bandar Tebing Barat utara Nablus. Wartawan PIC mengesahkan bahawa berpuluh-puluh pendatang Israel berkumpul di pintu masuk ke bandar sambil mengucapkan slogan anti-Arab.

Keadaan panik merebak di kalangan penduduk tempatan selepas pendatang mula melemparkan batu di kenderaan Palestin dan gas lada pada pemandu. Penduduk Israel meningkatkan serangan mereka terhadap warga Palestin selepas seorang rabbi Israel meninggal Selasa lalu dalam serangan tembakan yang dikatakan berhampiran Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Para wanita di Gaza mengadakan bantahan sambil duduk tanda kesatuan dengan Baitulmuqaddis

Jumaat , 12-01-2018 – Perkumpulan organisasi-organisasi wanita di Gaza Tengah pada Selasa diadakan sebagai tanda kesatuan dengan Baitulmuqaddis dan membantah pengiktirafan AS ke atas bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Acara itu dihadiri oleh ratusan wanita dan kanak-kanak. Para peserta membawa bendera Palestin dan slogan mengutuk keputusan AS dan pencerobohan Israel ke atas Baitulmuqaddis.

Seorang aktivis wanita, Inam Abu Uwaymer, menyelar kerajaan Arab kerana tidak mempertahankan kota suci itu dan menyeru semua pihak berkuasa dan organisasi yang prihatin agar mengambil tindakan serius tentang hal ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Gadis Palestin ditahan atas dakwaan cuba menikam.

Jumaat , 12-01-2018 – Tentera rejim Israel menahan seorang gadis warga Palestin kerana didakwa cuba melakukan serangan dengan senjata tajam. Kejadian berlaku di bandar Tremsaya , utara Ramalah.

Menurut laporan akhbar berbahasa Yahudi, Yediot Ahronot gadis tanpa pengenalan diri itu telah ditangkap di persimpangan Shilo, Tebing Barat selepas disyaki cuba melakukan serangan anti penjajah. Walaubagimana pun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku semasa kejadian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

B’Tselem: Tentera Israel membunuh lapan demonstran Palestin tidak bersenjata di Gaza

Jumaat , 12-01-2018 – Tentera Israel menembak dan membunuh lapan orang demonstran Palestin yang tidak bersenjata sepanjang Disember. Menurut laporan, tentera Israel menembak peluru hidup semasa demonstran berkumpul bagi memprotes tindakan US mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel. Tindakan tersebut menyebabkan kematian 10 orang warga Palestin dan kecederaan serius kepada beratus-ratus yang lain di Tebing Barat, Gaza dan Jerusalam.

Dalam demonstrasi di Gaza, tentera Israel yang berada di bahagian seberang sempadan yang dilindungi pagar dan demonstran tidak memberikan sebarang ancaman berbahaya kepada tentera Israel yang berkawal.

Walaupun tindakan terbaru regim Israel ini adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kes ini diramalkan akan hanya diabaikan oleh pihak berkuasa Israel dan tiada pihak yang akan dibawa ke muka pengadilan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel Iktiraf Tabung Kebangsaan Palestin Sebagai Pengganas

Jumaat , 12-01-2018 – Kementerian Keselamatan Israel secara rasmi mengesahkan keputusan yang dikeluarkan pada 28 Jun 2017 untuk melabelkan Tabung Kebangsaan Palestin sebagai organisasi “pengganas”.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanna Amira, mengecam keputusan “provokatif” Israel itu, dan mengatakan bahawa ia seiring dengan dasar AS-Israel yang mensasarkan PLO dan Pihak Berkuasa Palestin.

Amira memberitahu PIC bahawa Israel sedang berusaha untuk memberi lebih banyak tekanan kepada PLO, sambil menambah bahawa keputusan ini akan menyebabkan kesan yang sangat serius terhadap urus niaga bank antara Dana Negara Palestin dan bank-bank di Tebing Barat, serta akan menjejaskan pekerja PLO yang menerima gaji mereka dari Dana tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Suara Yahudi untuk Keamanan dilarang dari memasuki Israel

Rabu, 10-01-2018 – Organisasi sayap kiri Suara Yahudi untuk Keamanan telah disenaraihitamkan oleh Israel, Akhbar Haaretz Hebrew memetik kata-kata Kementerian Hal-Ehwal Strategik.

Kementerian tersebut mengumpulkan sejumlah 20 organisasi yang mana ahli-ahlinya tidak akan dibenarkan memasuki Israel kerana sokongan mereka terhadap gerakan boikot (BDS) ke atas Israel. Menurut akhbar itu, Kementerian Israel enggan menamakan organisasi-organisasi lain dalam senarai itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas seru penganut Kristian bantah Theophilos III.

Rabu, 10-01-2018 – Pergerakan Islam Hamas memohon “keikhlasan” masyarakat Kristian Palestin supaya mengadakan bantahan terhadap Ketua Gereja Orthodox bagi Baitulmuqaddis, Theophilos III semasa lawatan beliau ke Baitlehem sempena sambutan Krismas.

Tegas Hamas, bantahan terhadap ketua gereja itu, seorang yang baru-baru ini diketahui terlibat sama dalam urusan penjualan hartanah milik gereja kepada pihak rejim Israel, sebagai menghantar isyarat jelas bahawa penganut Kristian dan umat Islam di Palestin bersatu menentang penjajah Israel dan pengkhianat sepertinya.

Pergerakan itu dalam satu kenyataannya telah meminta supaya badan kehakiman Palestin bertindak mempercepatkan prosiding mahkamah terhadap Theophilos dan meminta pihak Gereja Ortodoks memecat beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Pemuda Cedera di Nablus

Rabu, 10-01-2018 – Angkatan Keselamatan Israel (IOF) menahan seorang pemuda Palestin dari pekan Salem, di timur wilayah Nablus. Para saksi melaporkan kepada wartawan PIC bahawa pemuda tersebut, Madi Hamed Ashtiyeh ditangkap selepas cedera sewaktu pertempuran di bahagian timur bandar.

Pekan Salem baru-baru ini menyaksikan pertempuran hampir setiap hari antara pemuda tempatan dan askar IOF, di mana berpuluh-puluh ditangkap atau cedera. Sejak permulaan gelombang kemarahan Palestin terhadap pengiktirafan Presiden AS Donald Trump terhadap BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel pada 7 Dis, 17 orang Palestin terbunuh manakala 3500 yang lain cedera di Tebing Barat dan jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Kenakan Sekatan di Selatan Nablus

Rabu, 10-01-2018 – Bermula petang Ahad yang lalu, Angkatan Tentera Israel (IOF) telah menutup pintu masuk utama ke bandar Osrin di selatan Nablus dengan timbunan batu.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu kawasan tersebut dengan jentolak tentera dan menutup pintu masuk dengan alasan bahawa para belia tempatan terlibat dalam serangan anti-pendudukan. Tindakan serupa turut dikenakan di bandar-bandar dan kawasan kejiranan menggunakan alasan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel roboh gerai jualan penduduk Palestin.

Isnin, 08-01-2018 – Tentera rejim Israel bertindak meroboh beberapa buah gerai menjual sayuran milik warga Palestin yang didirikan berhampiran pintu masuk kem pelarian al-Fuwar, al-Khalil dan mengusir pemiliknya.

Menurut laporan wartawan Palestinians Information Center (PIC), tentera rejim menghalau penduduk Palestin yang berada di sepanjang Jalan 60 dan seterusnya bertindak meruntuhkan beberapa buah gerai yang terdapat di situ menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka jual rosak teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap seorang rakyat Palestin di al-Khalil selepas dituduh membuat percubaan menikam

Jumaat, 05-01-2018 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Isnin menahan seorang lelaki Palestin selepas dituduh mencuba menikam askar IOF di persimpangan bandar Beit Anoun di al-Khalil di Tebing Barat selatan.

Saluran Israel 2 telah melaporkan bahawa tahanan telah membawa pisau dan menyerang sekumpulan tentera IOF di persimpangan. Dia telah dinetralkan tanpa kecederaan yang dilaporkan, tambahnya. Orang tawanan Palestin dipindahkan dipersoalkan oleh alat perisikan Shin Bet Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Knesset akan mengundi bagi rang undang-undang “penyatuan Baitulmuqaddis”

Jumaat, 05-01-2018 – Pada Isnin, Knesset akan mengundi bagi rang undang-undang “penyatuan Baitulmuqaddis” yang menyentuh pemisahan kejiranan Palestin daripada Baitulmuqaddis dan melarang pelepasan sebarang bahagian daripada kota tersebut di bawah perjanjian pada masa akan datang.

Rang undang-undang yang diusulkan oleh parti Rumah Yahudi itu memerlukan persetujuan 80 orang ahli untuk sebarang keputusan bagi menyerahkan bahagian-bahagian daripada Baitulmuqaddis kepada pihak berkuasa Palestin pada masa akan datang.

Jawatankuasa Menteri Perundangan telah mengesahkan rang tersebut beberapa bulan lalu, dan ia telah dipinda kemudian untuk menyelesaikan perbezaan pendapat dalam kerajaan gabungan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

2 Rakyat Palestin Cedera Dalam Pertempuran di Al-Khalil

Selasa, 02-01-2018 – 2 rakyat Palestin cedera pertempuran di perkampungan Aroub, utara al-Khalil pada hari Isnin malam. Saksi-saksi memberitahu wartawan PIC bahawa pertempuran meletus di pintu pintu masuk kem selepas Angkatan Keselamatan Israel (IOF), yang ditempatkan di menara mensasarkan pemuda tempatan dengan peluru dan gas pemedih mata. Penduduk tempatan bertindak balas dengan membaling batu kepada IOF. Dua pemuda ditembak dan cedera di kaki mereka semasa pertempuran itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin membatalkan sambutan Krismas bagi membantah keputusan Trump

Selasa, 02-01-2018 – Komuniti Kristian seluruh Palestin yang mengikut calendar Barat, telah membatalkan sambutan Krismas dan melakukan ritual keagamaan dan Perkumpulan Tengah Malam sebagai membantah keputusan Presiden AS Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Terdapat penurunan yang nyata dalam jumlah warga Palestin yang datang ke Bethlehem untuk menyambut Krismas akibat sekatan jalan di sekitar Bethlehem. Ratusan warga Palestin datang dari bandar-bandar di Tebing Barat dan dari Garisan Hijau ke Bethlehem hingga malam Ahad untuk sambutan Krismas yang dikawal ketat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati