Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda yang ditembak ketika protes di Gaza meninggal akibat kecederaan

Isnin , 12-11-2018 – Seorang pemuda Palestin dari Khan Younis di Gaza disahkan meninggal dunia pada petang Rabu akibat kecederaan ditembak ketika menyertai perarakan untuk kembali pada bulan lepas. Sumber perubatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang Ahmed Annajjar, 21 tahun meninggal akibat kecederaan serius ditembak di bahagian abdomen. Annajjar ditembak oleh Israel ketika beliau sedang berarak di timur kawasan sempadan di Khan Younis pada 26 Oktober.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin diganggu di tempat pemeriksaan ketenteraan di Salfit

Khamis , 08-11-2018 – Tentera rejim Zionis (IOF) mendirikan tempat pemeriksaan ketenteraan pada pagi Selasa di kemasukan bandar Deir Istiya, barat Salfit. Saksi mata mengesahkan yang penduduk tempatan akan diganggu secara fizikal dan lisan apabila ditahan dan diperiksa di tempat pemeriksaan itu. IOF mendakwa yang para pemuda terlibat dalam serangan balingan batu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

NGO suarakan kebimbangan nasib pemuda cedera di penjara Israel.

Khamis , 08-11-2018 – Pertubuhan untuk Tahanan Warga Palestin (PPS) menyuarakan kebimbangan berhubung status kesihatan seorang pemuda Palestin, Muhannad al-Rajabi, 23 tahun di penjara Israel yang semakin merosot dan pihak Israel perlu bertanggungjawab atas kecederaan yang semakin parah itu.

PPS dalam satu kenyataan menyatakan bahawa tulang kaki kanan al-Rajabi telah hancur akibat ditembusi beberapa butir peluru yang ditembak tentera rejim dan melihat pada keadaannya, mengikut pegawai perubatan, dia perlu dibedah segera. Tambah PPS lagi, al-Rajabi cedera selepas terkena peluru dua tahun lalu dan telah menjalani terapi serta rawatan susulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

6 tahanan Palestin mengadakan mogok lapar

Khamis , 08-11-2018 – Enam tahanan di Palestin telah meneruskan mogok makan mereka di penjara Israel untuk menyokong langkah protes tahanan wanita Palestin. Sejak 15 September, tahanan wanita Palestin enggan keluar ke halaman penjara yang membantah kamera pengawasan yang dipasang oleh pihak berkuasa penjara Israel. Para tahanan Khalil Abu Aram dan Kifah Hattab telah melakukan mogok makan selama 15 hari sebelum disertai oleh dua tahanan Abdel Rahman Abu Libdeh dan Ahmad al-Sir enam hari kemudian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pejuang Qassam terbunuh dalam kejadian letupan

Rabu , 07-11-2018 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, mengumumkan pada pagi Khamis yang salah seorang pejuangnya terbunuh dalam satu letupan di utara Semenanjung Gaza.

Beliau yang syahid dikenalpasti sebagai Daoud Jneid, 39, telah terbunuh dalam satu kejadian kemalangan letupan di salah satu kawasan briged di Jabalia, utara Semenanjung Gaza. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan yang Daoud Jneid telah terbunuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis Israel menimbulkan kekacauan di gerai Palestin di al-Khalil

Rabu , 07-11-2018 – Regim Zionis Israel pada hari Khamis memusnahkan beberapa gerai milik penjual jalan Palestin di al-Khalil. Seorang wartawan berita PIC mengatakan tentera Israel menyerang berpuluh-puluh pedagang jalanan Palestin dan memusnahkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di selatan bandar al-Dhahriya, di al-Khalil. Beratus-ratus sayur-sayuran, buah-buahan dan kenderaan juga dihancurkan oleh tentera penjajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Presiden Brazil janji pindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis.

Rabu , 07-11-2018 – Presiden Brazil yang baru dipilih, Jair Bolsonaro berjanji akan memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis. Bercakap kepada akhbar harian Israel Hayom, bahawa beliau berikrar untuk memberi sokongan kepada Israel dan mengatakan janjinya berhubung Baitulmuqaddis bukannya gimik pilihanraya, dimana beliau akan memberi lebih sokongan tetutamanya undi di forum-forum antarabangsa seperti di persidangan PBB dalam pekara yang melibatkan Israel.

“Israel adalah sebuah negara berdaulat. Jika itulah keputusan berkait ibu negara yang kamu mahu maka kami akan menurut sahaja, Sewaktu kempen pilihanraya, bila ditanya adakah saya akan melakukannya (memindahkan kedutaan) sekiranya terpilih menjadi presiden, saya jawab ya. Kamu adalah orang yang menentukan ibu negara kamu sendiri bukan orang lain,” katanya kepada akhbar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

7 warga Palestin, asal Tebing Barat dihalang keluar negara.

Jumaat , 02-11-2018 – Rejim zionis Israel menghalang tujuh warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka melalui pintu sempadan al-Karama dengan Jordan. Kesemua mereka berasal dari Tebing Barat.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbiran Urusan Pintu Sempadan menyatakan bahawa 3,000 pengguna laluan tersebut dibenar melalui pintu sempadan itu bagi kedua-dua arah, keluar dan masuk.

Tambah kenyataan itu lagi, walau bagaimanapun tujuh warga Palestin telah dihalang dari meneruskan perjalanan mereka atas alasan keselamatan tetapi tidak dinyatakan dengan jelas sebab sebenarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel meluaskan zon menangkap ikan Gaza ke 9 batu nautika

Jumaat , 02-11-2018 – Regim Zionis Israel pada hari Rabu memutuskan untuk memperluas kawasan penangkapan ikan di laut Gaza setelah dikurangkan menjadi 3 batu nautika pada 17 Oktober.

Zakaria Baker, yang mengetuai jawatankuasa nelayan Gaza, berkata Regim Zionis Israel memaklumkan kepada mereka tentang keputusan mereka untuk mengembangkan zon memancing itu hingga 9 batu nautika.

Baker berkata sehingga Rabu petang, kawasan perikanan dari Lembah Gaza ke Rafah di selatan akan diperluas hingga 9 batu nautika, manakala kawasan dari Lembah Gaza ke utara akan diperluas hingga 6 batu sahaja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menyerang Tahanan Penjara Ofer

Jumaat , 02-11-2018 – Rejim Zionis dilaporkan telah menyerbu dan menindas tahanan Palestin pada waktu subuh Rabu di penjara di Ofer. Menurut Pertubuhan Tawanan Palestina, pasukan penjara khas menyerbu sel-sel di bahagian 15, 17 dan 18. Pasukan-pasukan itu menggeledah dan menutup kesemua tiga bahagian, tanpa sebab yang diketahui. Terdapat kira-kira 360 banduan dalam ketiga-tiga bahagian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Hanneya Bertemu Deligasi Mesir di Gaza

Jumaat , 02-11-2018 – Ketua Biro politik Hamas, Ismail Haneyya bertemu dengan delegasi keamanan peringkat tertinggi Mesir pada hari Kamis petang di Jalur Gaza. Delegasi Mesir diketuai oleh pegawai-pegawai Ketua Perisikan Ayman Badi, Ahmed Abdel Khaleq, dan Hammam Abu Zeid.

Lawatan itu sebagai sebahagian daripada usaha Mesir yang sedang berusaha untuk mencapai perdamaian antara gerakan Hamas dan Fatah dalam memulihkan ketegangan di Semenanjung Gaza.Ancaman rejim Israel telah meningkat sejak minggu lepas dengan pelancarkan serangan baru ke atas Jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Hamas: penentangan adalah satu-satunya cara membebaskan Palestin

Khamis , 01-11-2018 – Pemimpin gerakan Hamas Movement Ismail Radwan berkata pada Ahad yang penentangan bersenjata adalah satu-satunya car bagi membebaskan Palestin dan mencapai kesatuan kebangsaan.

Bercakap kepada PIC, Radwan menekankan kepentingan Perarakan Untuk Kembali yang bermula sejak 31 minggu lalu di Semenanjung Gaza.
Perarakan itu bertujuan menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza, mendapatkan hak warga Palestin untuk kembali dan membatalkan perjanjian tidak adil yang dibuat ke atas Palestin, kata beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel bahas rang undang-undang usir keluarga pejuang lakukan serangan.

Khamis , 01-11-2018 – Televisyen Israel, Channel Seven berkata bahawa kerajaannya akan mengadakan perbahasan minggu ini bagi membincangkan rang undang-undang untuk mengenakan tindakan lebih keras ke atas ahli keluarga pejuang Palestin yang melakukan serangan terhadap Israel di Tebing Barat.

Menurut rang undang-undang baru yang diusulkan oleh Ahli Parlimen dari parti Jewish Home, Moti Yogev itu adalah bagi membolehkan tentera rejim mengusir “keluar daerah” ahli keluarga kepada pejuang Palestin yang melakukan serangan.

“Tindakan menangkap adalah langkah paling asas untuk menjaga keselamatan Israel dan ia merupakan suatu kaedah bagi melindungi nyawa serta memelihara undang-undang dan peraturan,” kata Yogev yang turut menjelaskan bahawa rang undang-undang itu telah mendapat sokongan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Menteri Kesihatan : Nyawa Pesakit Buah Pinggang Gaza Dalam Bahaya

Isnin , 29-10-2018 – Kehidupan pesakit buah pinggang Palestin di Semenanjung Gaza sangat berisiko kerana kekurangan ubat-ubatan penting, lapor Kementerian Kesihatan Palestin. Kementerian menggesa institusi antarabangsa untuk campur tangan segera bagu menyediakan pesakit buah pinggang dengan ubat-ubatan mereka sebelum terlambat.

Kegagalan untuk memberikan ubat-ubatan itu akan memberi kesan serius kepada kesihatan mereka selain turut mengancam nyawa mereka, kata Kementerian itu. 333 dari 800 pesakit buah pinggang di Gaza, yang telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, mengalami komplikasi yang mengancam nyawa kerana ubat-ubatan yang mereka perlukan hampir habis, menurut Kementerian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel membatalkan permit kerja untuk keluarga yang membunuh seorang ibu rakyat Palestin

Isnin , 29-10-2018 – Perkhidmatan Keselamatan Regim Zionis Israel, Shin Bet, telah membatalkan permit kerja Israel untuk suami dan saudara lelaki Aisha al-Rabi, seorang wanita Palestin yang dibunuh oleh penjajah Israel lebih seminggu yang lalu.

Yacoub al-Rabi, suami Aisha, pada hari Selasa mengatakan bahawa saudara Aisha minggu lalu dihentikan di pusat pemeriksaan El dekat Qalqilya dan memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan memasuki wilayah Palestin 1948 yang dijajah berdasarkan arahan Shin Bet walaupun hakikatnya permit asal kerja membenarkan dia bekerja sehingga Januari.

“Mereka memusnahkan hidup saya, mereka telah memusnahkan tugas saya,” tambah al-Rabi sambil menyatakan terkejut bahawa, walaupun menjadi korban, mereka adalah orang yang dihukum, bukannya penjajah Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada