Categories
Berita Semasa

2 nelayan Gaza ditahan oleh tentera laut rejim Zionis

Isnin , 29-10-2018 – Tentera laut rejim zionis pada pagi Selasa menahan 2 nelayan Palestin dan merampas bot mereka ketika mereka belayar di perairan utara Gaza. Ketua kesatuan nelayan Nizar Ayyash berkata bot Israel mengejar satu bot nelayan Palestin pantai Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza dan menahan 2 nelayan. Mereka yang ditahan dikenali sebagai Awad Sultan dan Ahmad Seyam. Ia dirampas oleh tentera laut rejim Zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel halau keluar UNRWA dari kem pelarian Shufat.

Isnin , 29-10-2018 – Kakitangan majlis perbandaran Kota Baitulmuqaddis dengan dibantu dan diiringi ramai anggota polis mula memasuki kem pelarian Shufat, Baitulmuqaddis pada hari Selasa kelmarin.

Menurut kata saksi, pekerja majlis perbandaran dilihat menjalankan kerja-kerja pembersihan di seluruh kawasan kem yang menempatkan pelarian Palestin, suatu pekara yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dimana biasanya kerja seperti itu dilakukan oleh pekerja Agensi Kerja dan Bantuan untuk Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

Beberapa jam kemudian, Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat pula dilihat memasuki kem dengan diiringi ramai anggota keselamatan.

Barkat, sebelum ini telah menyuarakan rancangannya mahu menghalau keluar UNRWA dari Kota Baitulmuqaddis dengan menuduh agensi itu “beroperasi secara haram, menggalak serta menghasut penghuni kem agar menentang Israel.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ratakan tanah, musnah pokok zaitun milik penduduk Palestin.

Rabu , 24-10-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak meratakan tanah persendirian milik warga Palestin seluas 16 dunums serta memusnahkan beratus pokok Zaitun yang terdapat di atas tanah yang terletak di bandar Tarqoumia, selatan Tebing Barat.

Menurut sumber ditempat kejadian, tentera rejim telah menceroboh masuk ke tanah tersebut, kemudian meratakan tanah dan juga menebang sejumlah 260 pokok Zaitun. Pada masa sama, tentera rejim penjajah turut memusnahkan tiga buah telaga air yang terdapat di atas tanah kepunyaan Mohamed Jaafar dan Awad Fatah itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pegawai Palestin: 87% daripada tanah Bethlehem terletak di bawah kawalan Israel

Rabu , 24-10-2018 – Datuk bandar Bethlehem Anton Salman pada Isnin menyatakan yang tentera rejim Zionis telah merampas lebih kurang 22,000 dunum daripada tanah Bethlehem lands, yang merupakan 87% daripada kawasan tersebut.

Salman berkata, dalam temuramah ekslusif dengan PIC, Bethlehem didiami oleh 29,000 warga Palestin yang mana kebanyakkannya disasarkan untuk pemusnahan terutamanya bagi yang tinggal di Kawasan C yang dikuasai sepenuhnya oleh Israel. Salman menambah yang Bethlehem dikelilingi oleh 23 penempatan Israel yang didiami oleh 168,000 pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi ceroboh Masjid Nabi Yunus di Halhul.

Selasa , 23-10-2018 – Sekumpulan pelampau Yahudi dilihat telah menceroboh masuk pekarangan Masjid Nabi Yunus yang terletak di utara bandar Halhul, al-Khalil. Menurut kata saksi, sebuah kereta bernombor pendaftaran Israel yang dipandu laju telah memasuki pekarangan masjid tersebut dan melempar pakaian yang mereka pakai di luar bangunan masjid itu sebelum melarikan diri. Pendatang Yahudi dilaporkan kerap menceroboh masjid yang merupakan bangunan wakaf itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Para pemuda anti penjajahan ditahan tentera rejim di Qalqilya

Selasa , 23-10-2018 – Rejim zionis pada petang Khamis menahan dua pemuda Palestin di kemasukan utama bandar Azabet al-Tabib, timur wilayah Qalqilya province, di utara Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, tentera rejim memberhentikan dua Palestin di Azabet al-Tabib dan menahan mereka tanpa menyatakan sebabnya.

Pada masa yang sama, pemuda Palestin anti penjajahan melemparkan bom botol Molotov ke arah tentera rejim dekat bandar Azzoun timur Qalqilya, setelah tentera rejim muncul dan menggeledah kejiranan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Perancis kutuk pembunuhan wanita Palestin oleh pendatang Yahudi.

Jumaat , 19-10-2018 – Kerajaan Perancis mengutuk pembunuhan Aisah al-Rabi, 48 tahun di tangan pendatang haram Yahudi berdekatan bandar Nablus, Jumaat lalu. Perancis melalui satu kenyataan media, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan saudara mara mangsa. Konsulat negara itu di Baitulmuqaddis dalam kenyataannya mensifatkan kejadian tersebut sebagai “suatu tindakan ganas dan tidak boleh diterima”.

Aisah terbunuh selepas sekumpulan pendatang Yahudi menyerang beliau dan suaminya dengan membaling batu ke arah kereta yang mereka naiki ketika melalui pos pemeriksaan keselamatan Huwara di Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Delegasi Keselamatan Mesir Tiba di Gaza

Jumaat , 19-10-2018 – Satu delegasi yang mewakili Perkhidmatan Perisikan Mesir telah tiba di Semenanjung Gaza pada Selasa lalu melalui persimpangan Beit Hanoun (Erez). Wartawan Palestin berkata bahawa delegasi dari Mesir yang diketuai oleh Ahmad Abdulkhaliq, di sambut oleh Ketua Pengarah Pasukan Keselamatan Dalam Negeri di Gaza, Tawfiq Abu Naim. Lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha Mesir untuk mencapai perdamaian antara gerakan Hamas dan Fatah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Akan Bina Penempatan Baru di Al-Khalil

Rabu , 17-10-2018 – Kerajaan Israel telah membuat keputusan dalam mesyuarat mingguannya pada Ahad, dengan meluluskan pembinaan penempatan haram baru di tengah kota al-Khalil, selatan Tebing Barat. Sumber media Israel melaporkan bahawa rancangan itu melibatkan pembinaan 31 unit penempatan dengan jumlah kos 21.6 juta NIS.

Menteri Perang Israel, Avigdor Lieberman mengalu-alukan keputusan kerajaan dan berkata bahawa bandar itu akan “berkembang” dengan kejiranan Yahudi baru. Kementerian Luar Negeri Palestin turut memberi amaran mengenai kesan serius itu. Kementerian berkata bahawa kelesuan antarabangsa telah menggalakkan lagi Israel untuk meningkatkan kegiatan pembinaan haram di sekitar Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera akibat tembakan oleh Israel di sempadan Gaza

Rabu , 17-10-2018 – Seorang pemuda Palestin cedera pada petang Ahad apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan ke arah para pembantah aman yang berarak menuju sempadan Gaza.

Wartawan PIC melaporkan yang IOF melepaskan tembakan besar-besaran kea rah sekumpulan warga Palestin dekat timur Gaza dan mencederakan seorang pemuda dengan tembakan peluru hidup di kaki. Demonstrasi pada waktu malam di sepanjang sempadan merupakan sebahagian besar daripada Perarakan untuk kembali di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin cedera selepas Israel serang Gaza.

Rabu , 17-10-2018 – Seorang pemuda Palestin dilaporkan cedera selepas rejim Israel melancarkan serangan udara yang mensasarkan sekumpulan penduduk Palestin di barat Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza awal pagi Ahad, kelmarin.

Menurut sumber tempatan, pemuda yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan, bagaimanpun keadaan kecederaannya tidak teruk. Sejak akhir Mac, penduduk Gaza telah mengadakan tunjuk perasaan setiap hari di sepanjang pagar sempadan menuntut agar sekatan ke atas pantai yang terkepung itu ditarikbalik dan membenarkan pelarian yang diusir sejak 1948 kembali semula ke tanah air.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk menyeru dihentikan sekatan

Rabu , 17-10-2018 – Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk pada Rabu meminta pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas untuk mengangkat sekatan yang dikenakannya di Gaza. Abu Marzouk menyeru Abbas melalui Twitter untuk mematuhi perjanjian yang ditandatangani antara Fatah dan Hamas dan membantu rakyatnya di Gaza Strip yang tertindas. Pegawai Hamas mengutuk tuduhan terbaru Abbas bahawa Hamas “mengambil orang Palestin di tebusan Gaza” dan menyokong Deal of the Century.

Beliau menuntut, “Kenapa awak tidak melakukan perkara yang sepatutnya dan menyelesaikan krisis elektrik, air dan gaji yang semakin meruncing?”.
Abbas pada April 2017 memutuskan untuk mengadakan beberapa langkah zalim dengan menghadkan 50% -70% daripada gaji pekerja Gaza yang menyebabkan beribu-ribu rakyat bersara awal, dan mengurangkan bekalan perubatan dan bekalan kepada wilayah terkepung.

Sekatan ini datang pada ketika Washington sedang berusaha untuk melancarkan pelan berbahaya, yang dikenali sebagai Deal of the Century, yang merupakan percubaan Israel-AS untuk membubarkan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Mesir menahan 2 nelayan warga Palestin

Isnin , 15-10-2018 – Pada subuh Rabu, tentera laut Mesir menahan 2 nelayan warga Palestin di selatan perairan Gaza. Ketua Sindiket Nelayan Palestin Nizar Ayyash memberitahu akhbar Quds yang tentera laut Mesir menahan Sami dan Ibrahim Edwan ketika mereka sedang menangkap ikan dekat sempadan laut di antara Gaza dan Mesir serta merampas bot mereka. Para nelayan Palestin selalunya lebih selesa bekerja dekat perairan Mesir kerana ia jauh dari serangan bot Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cuba culik kanak-kanak Palestin.

Isnin , 15-10-2018 – Penduduk tempatan berjaya menggagalkan percubaan seorang pendatang haram Yahudi yang ingin menculik dua kanak-kanak Palestin. Kejadian itu berlaku di al-Lubban, sebuah bandar yang terletak di selatan Nablus, utara Tebing Barat.

Sumber tempatan menjelaskan, pendatang Yahudi itu telah menyusup masuk ke bandar tersebut dan mengejar dua kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan lapang.

Nasib kanak-kanak itu baik, pemuda tempatan sempat datang menyelamatkan mereka. Berikutan itu, amaran telah disebarkan kepada seluruh penduduk di bandar berkenaan supaya berjaga-jaga agar kejadian itu tidak berulang lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warden Penjara Zionis Buat Kecoh

Isnin , 15-10-2018 – Warden penjara Zionis pada hari Rabu menyerbu sel-sel tahanan Palestin di penjara Nafha dan memeriksa mereka dengan zalim. Suruhanjaya Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan berkata dalam satu kenyataan bahawa warden Zionis pada waktu awal pagi memecah masuk beberapa bahagian penjara dan memusnahkan barang milik tahanan Palestin.

Dalam konteks yang berkaitan, Persatuan Banduan Palestin pada hari Rabu mengatakan bahawa Perkhidmatan Penjara Israel di penjara Gilboa sejak sebulan lalu menyerang tahanan Palestin dan melarang kunjungan keluarga untuk 34 tahanan selama tiga bulan.

Beratus-ratus tahanan Palestin di penjara Zionis kini ditolak lawatan keluarga di bawah alasan keselamatan yang berbeza. Sesetengah tahanan yang menghadapi hukuman ini memulakan mogok lapar atau berdasarkan perintah Shin Bet.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen