Categories
Berita Semasa

PJS menyelar akhbar al-Quds kerana menyiarkan pelan penempatan

Isnin, 06-03-2017 – Sindiket Wartawan Palestin (PJS) mengutuk sekeras-kerasnya akhbar tempatan al-Quds kerana menyiarkan makluman pembinaan penempatan yang dikeluarkan oleh pentadbiran awam Israel di Tebing Barat.

Dalam kenyataan akhbar pada Isnin, PJS menuntut al-Quds agar memohon maaf kepada rakyat Palestin kerana menyiarkan makluman sedemikian, serta tidak berurusan dengan pentadbiran awam Israel dan tidak mempromosi aktiviti penempatan pada masa akan datang.

Sindiket itu memberi amaran, seandainya akhbar itu tidak memberi maklum-balas tentang hal ini dan meneruskan tindakan sedemikian, langkah-langkah sewajarnya akan diambil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak cedera bertembung dengan polis Israel di Baitulmuqaddis.

Isnin, 06-03-2017 – Seorang kanak-kanak warga Palestin cedera terkena peluru besi manakala yang lain sesak nafas selepas bertembung dengan pasukan polis rejim Israel berhampiran kem pelarian Shufat, utara Baitulmuqaddis.

Menurut pemberita PIC, anggota polis rejim menyerbu kem tersebut dan bertindak melepaskan tembakkan peluru besi dan gas pemedih mata. Pihak polis itu juga menghalang mangsa yang cedera dari dibawa ke hospital dengan menahan ambulan Palang Merah.

Persatuan Palang Merah Palestin mengesahkan yang pihak polis rejim telah menahan ambulan mereka selama setengah jam di pos kawalan Shufat sebelum membenarkan mereka menghantar mangsa yang cedera ke hospital Hadassah dengan diiringi sebuah kenderaan tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Protes Duduk Tentang Penutupan Sekolah di BaitulMaqdis

Isnin, 06-03-2017 – Persatuan Ibu Bapa Sekolah Al- Nukhba , keluarga pelajar dan penduduk di Sur Baher , Baitul Maqdis mengadakan protes duduk di hadapan sekolah pada hari Ahad untuk membantah perintah penutupan oleh pihak berkuasa Israel. Guru besar, Loayi Bkairat, berkata bantahan itu bertujuan untuk menolak penindasan Israel terutamanya . Bkairat berkata peguam sekolah sedang mengikuti semua prosedur undang-undang.

Sekolah ini telah menyerahkan semua kertas kerja yang diperlukan untuk lesen dan pendaftaran pada 2016, Bkairat berkata, sambil menambah, “Kami mengikuti kes itu dan kami berusaha untuk menyambung semula pembelajaran secepat mungkin termasuk 230 pelajar yang mendaftar dalam gred berbeza daripada Sur Baher dan lain-lain kampung. Sementara itu, ibu bapa berkeras enggan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain dan mengisytiharkan mereka akan terus protes sehingga sekolah itu dibuka semula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Palestin menyeru memboikot mahkamah Israel

Selasa, 28-02-2017 – Jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan bersama Kesatuan Tahanan Palestin menyeru agar memboikot mahkamah Israel dan mendakwa mereka sebagai pelampau dan bersifat perkauman dalam isu tahanan Palestin.

Ia dinyatakan dalam sidang akhbar yang diadakan pada Ahad di Ramallah dengan kehadiran isteri tahanan Palestin Nael al-Barghouthi dan bapa kepada as-Syahid Abdul Fattah al-Sharif.

Ketua jawatankuasa tahanan Issa Qaraqe berkata, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman ringan ke atas tentera Israel Elor Azaria yang membunuh Sharif. Manakala hukuman penjara seumur hidup dikenakan ke atas Barghouthi. Ia menggambarkan polisi perkauman mahkamah tentera rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri Israel dakwa pihaknya sedang bangunkan robot pembunuh.

Selasa, 28-02-2017 – Seorang menteri parti Likud mendakwa yang pihak tentera rejim sedang membangunkan robot pembunuh yang berupaya memasuki kawasan musuh dan menembak mati mana-mana pemimpin pejuang, demikian lapor media berbahasa Yahudi di Israel.

Menurut menteri tanpa portfolio, Ayoub Kara dalam ucapannya di satu seminar kebudayaan yang diadakan di selatan bandar Beersheba, “Robot itu mampu melaksanakan tugas membunuh dengan menembak sasaran secara tepat berbantukan teknologi pengesan yang canggih.”

“Ada sesiapa yang percaya akan adanya Iron Dome, lima atau sepuluh tahun dulu? Ada sesiapa yang percaya sekiranya roket al-Qasam telah dilancarkan maka akan ada seseorang yang mampu mengesannya dan memusnahkannya di udara?” Tanya beliau lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Zahhar dicalonkan sebagai Ketua Bahagian Perubahan dan Pembaharuan Blok Parlimen

Selasa, 28-02-2017 – Bahagian Perubahan dan Pembaharuan Blok Parlimen, timbalan Hamas di Majlis Perundangan Palestin (PLC), telah memilih jawatankuasa khas untuk mengatuai blok yang dipimpin oleh pemimpin kanan Hamas, Mahmoud al-Zahhar.

Parlimen mengumumkan pencalonan ahlinya: Marwan Abu Ras sebagai Timbalan Ketua, Mohammad Faraj al-Ghoul sebagai Setiausaha Agung, Mushir al-Masri sebagai jurucakap dan Jamal Nassar sebagai bendahari.

Dalam satu kenyataan, Mushir al-Masri memuji usaha bekas jawatankuasa itu dan menegaskan bahawa kepimpinan baru akan berhubung dengan blok parlimen lain untuk menggerakkan PLC di Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Tolak Rayuan Batalkan Perobohan Rumah Pejuang Palestin

Isnin, 27-02-2017 – Mahkamah Agung Israel pada petang Khamis menolak rayuan untuk membatalkan perobohan rumah keluarga aktivis anti-pendudukan Palestin yang dibunuh.

Mahkamah Agung Israel mengekalkan keputusan sebelum ini untuk menutup rumah aktivis yang dibunuh, Fadi Kunbur, dengan mendakwa bahawa keluarga mereka turut bersubahat. Mahkamah Israel memutuskan untuk merobohkan rumah keluarga Fadi Kunbur berikutan serangan beliau pada bulan lalu yang meragut nyawa empat tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Agong Israel benar sebuah sekolah di Baitulmuqaddis ditutup.

Isnin, 27-02-2017 – Mahkamah Agong Israel membenarkan sebuah sekolah rendah di Baitulmuqaddis ditutup kerana sukatan pelajarannya didakwa menghasut supaya membenci Israel.
Menurut berita saluran 2, TV Israel, pihak kementerian pelajaran bersama anggota polis Israel bertindak menutup sekolah rendah al-Nukhba yang mempunyai 220 orang pelajar atas alasan pengasasnya menyokong Pergerakan Hamas sementara sukatan pelajarannya mengajar murid agar membenci pihak rejim.

Kementerian pelajaran telah mengeluarkan surat arahan penutupan sekolah tersebut yang diserah kepada guru besarnya, Loai Bkairat. Bagaimana pun, beliau enggan mematuhinya sebaliknya bertindak membuat laporan polis. Berikutan itu, beliau telah ditahan untuk siasatan lanjut tetapi dilepaskan kemudiannya dengan bersyarat, tambah berita itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera PA Lanjut Penahanan Fattash

Isnin, 27-02-2017 – Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) meneruskan reman terhadap Hammam Fattash, seorang pelajar universiti dari Salfit, untuk 67 hari berturut-turut di penjara Junaid di bandar Nablus.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa Fattash telah dibawa ke mahkamah pada hari Rabu bahawa dilanjutkan perintah tahanan selama 15 hari. Pada 18 Disember 2016, Fattash diculik oleh agen bertopeng daripada bahagian perisikan PA di pintu an-Najah National University di Nablus, di mana beliau belajar kejuruteraan di situ. Penangkapannya datang hanya seminggu sebelum tarikh penyerahan projek akhir tahun pengajian beliau. Fattash sebelum ini ditahan beberapa kali di penjara PA kerana didakwa terbabit dalam aktiviti universiti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Bapa Rayu Anak Dibebaskan Daripada Penjara PA

Isnin, 27-02-2017 – Sheikh Ezziddin Amarneh merayu kepada institusi hak asasi manusia dan pihak berkuasa berkenaan untuk campur tangan bagi melepaskan anaknya, Ahmad, yang ditahan atas faktor politik di penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tulkarem.

Dalam ucapan yang dirakam ke saluran satelit al-Quds, Amarneh berkata anaknya, yang merupakan seorang bekas tahanan, diculik oleh pihak keselamatan PA di hadapan Universiti Khadouri Rabu lepas. Ahmad Amarneh ditahan PA sementara menunggu keputusan Datuk Bandar Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Operasi tentera besar-besaran di al-Khalil

Jumaat, 24-02-2017 – Tentera penjajah Israel sedang menjalankan gerakan besar-besaran di al-Khalil sejak Isnin lalu, menurut saluran Israel 7, Sabtu lalu. Operasi ini adalah sebagai persediaan untuk menggagalkan sebarang serangan rakyat Palestin seperti rempuhan kenderaan, membaling Molotov Koktel, dan menembak, tambah saluran itu lagi.

Platun 890, yang bertanggungjawab bagi al-Khalil dan Kiryat Arba, mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan. Dua platun lain dan unit pengesanan dan kecerdasan juga terlibat dalam gerakan itu

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel guna kekerasan surai tunjuk perasaan sokong mogok lapar.

Jumaat, 24-02-2017 – Beberapa penunjuk perasaan mengalami sesak nafas kerana terhidu asap gas pemedih mata selepas pihak tentera rejim Israel bertindak agresif menyuraikan satu tunjuk perasaan di Qalandiya, utara Baitulmuqaddis.

Menurut wartawan PIC, tentera rejim cuba mengusir penunjuk perasaan secara kasar dari pos kawalan tentera Qalandiya. Mereka berhimpun di situ bagi memberi sokongan kepada Jamal Abu al-Leil dan Raed Mteir yang sedang melakukan mogok lapar, masuk hari ke 4 kerana membantah penahanan tanpa sebarang dakwaan mahupun perbicaraan.

Tindakan tentera rejim melepaskan banyak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, akhirnya menyebabkan berlakunya kekecuhan di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu mengesahkan penyertaan ke sidang kemuncak rahsia Aqaba

Jumaat, 24-02-2017 – Perdana Menteri Israel dilaporkan mengesahkan pada Ahad tentang penyertaannya ke sidang kemuncak rahsia yang diadakan pada tahun lepas bersama penyertaan wakil Mesir, Jordan dan Amerika bagi menggesa keamanan serantau dalam inisiatif yang dibuat oleh setiausaha Amerika Syarikat ketika itu, John Kerry.

Akhbar Hebrew Haaretz melaporkan pada Ahad tentang berita pertemuan rahsia yang diadakan setahun lalu dengan penyertaaan Menteri Luar Amerika Syarikat, John Kerry, Raja Jordan Abdullah Al-Thani, dan Presiden Mesir Abdulfattah al-Sisi.

Ketika kemuncak rahsia yang diadakan pada 21 Februari 2016 di pusat peranginan Aqaba di Laut Jordan, Kerry membentangkan usaha keamanan serantau yang merangkumi pengiktirafan Israel sebagai negara Yahudi dan penubuhan negara Palestin dalam sempadan tahun 1967 yang akan memperbaharui rundingan di antara Israel dan Palestin, demikian menurut laporan Haaretz.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Majlis perbandaran mengarahkan warga Jerusalem meruntuhkan rumah sendiri di Silwan

Jumaat, 24-02-2017 – Majlis Perbandaran Israel mengarahkan seorang warga Jerusalem, Salah Shwaiki untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di Bandar Silwan, Timur Jerusalem kerana mendakwa tidak mempunyai permit pembinaan.

Shwaiki memberitahu Media Quds bahawa pendakwaraya Israel, dalam sesi perbicaraan Khamis lepas mengarahkan beliau untuk meruntuhkan rumanya sendiri dan mengugut untuk mendenda beliau dengan jumlah yang tinggi sekiranya kerja-kerja meruntuhkan struktur dilakukan pekerja Perbandaran. Beliau menyatakan rumahnya yang berukuran 80 meter persegi telah dibina sejak 1990.

Menurut Media Quds, 27 buah rumah and bangunan komersil telah diruntuhkan pada tahun 2016 dan semenjak 2017,4 bangunan telah diruntukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shazwan Halim

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin menahan bekas tahanan di Nablus.

Jumaat, 24-02-2017 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) petang Selasa lepas menculik seorang bekas tahanan muda dari Hamas selepas memanggil beliau untuk sesi soal-siasat di Bandar Nablus.

Sumber dari keluarga tahanan menyatakan, Sa’ied Bilal menurut perintah pihak berkuasa PA untuk pergi ke Ibu Pejabat PA bagi sesi pemeriksaan keselamatan berkala selepas pihak berkuasa PA menyerbu rumahnya dan tidak menemuinya di sana.

Beliau turut menyatakan, pihak berkuasa Palestin menahannya serta merta setelah beliau hadir di Ibu Pejabar PA dan memberitahu keluarganya berkenaan penahanannya.

Bilal sudah melalui tempoh tahanan berbeza di penjara Israel dan penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA). Beliau merupakan anak kepada Pegawai Tinggi Hamas; Baker Bilal yang meninggal pada tahun lepas akibat masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shazwan Halim