Isnin, 18-11-2019 – Satu perjanjian gencatan senjata atas tajaan kerajaan Mesir dilaporkan telah dipersetujui antara pejuang Palestin dengan rejim Israel dan ia berkuatkuasa bermula pada 5.30 pagi, hari Khamis, 14 November kelmarin.
Sumber tidak rasmi mengesahkan berita tersebut tetapi saluran berita satelite al-Jazeera memetik sumber yang tidak mahu dinamakan sebagai berkata bahawa Pergerakan Jihad Islam dan Israel sepakat menerima permintaan Mesir untuk gencatan itu tetapi ia bermula pada pagi ini (Jumaat).
Berita perjanjian itu hadir kira-kira empat jam selepas Israel melancarkan serangan udara ke wilayah tengah Gaza yang mengorbankan enam sekeluarga dan mencederakan 12 lainnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 18-11-2019 – Pada Rabu, Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Setiausaha Agung Liga Arab dalam kenyataan rasminya menyatakan kerajaan rejim Israel mesti bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.
Liga Arab turut menyatakan yang serangan Israel bertujuan menambahkan kemusnahan terhadap Semenanjung Gaza dan menyebabkan ia terperangkap dalam keganasan yang berterusan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 15-11-2019 – Jordan pada hari Selasa telah mengutuk serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza yang telah membunuh 10 warga Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan Daifallah Al-Fayez berkata bahawa “pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan pembunuhan orang awam hanya akan meningkatkan ketegangan dan keganasan di rantau ini.”
Al-Fayez mempertanggungjawabkan Israel atas semua kesan-kesan pencerobohan tersebut dan menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak segera bagi menghentikan serangan dan memberi perlindungan kepada rakyat Palestin di Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 15-11-2019 – Kementerian Pendidikan Palestin mengumumkan yang semua sekolah ditutup pada pagi Selasa di Semenanjung Gaza kerana keganasan tentera rejim yang semakin meningkat.
Tentera rejim Israel pada Selasa melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyebabkan kematian seorang komander Jihad Islami dan isterinya.
Setelah itu, tentera rejim mengumumkan penutupan semua laluan ke Gaza dan penambahan sekatan zon perikanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 15-11-2019 – Jumlah warga Palestin yang meninggal dunia akibat serangan berkelanjutan yang dilancarkan penjajah Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa (12/11/2019) pagi mencapai 10 orang. Sebelumnya tiga warga dinyatakan meninggal dunia akibat serangan yang dilakukan penjajah Israel mensasar wilayah Beit Lahia di Semenanjung Gaza utara.
Dalam sebuah pernyataan singkat yang diterima wartawan Pusat Informasi Palestina di Semenanjung Gaza pada Selasa malam pukul 21:40 waktu al-Quds, jenazah tiga mangsa tiba di hospital, setelah serangan yang dilancarkan penjajah Israel di utara Semenanjung Gaza.
Sementara itu jumlah mangsa yang cedera mencapai 45 orang menurut Jabatan Kesihatan Palestin.
Pejabat media pemerintah juga mengatakan telah maklum lebih dari 20 serangan udara dan 10 serangan artileri yang dilancarkan penjajah Israel ke Semenanjung Gaza.
Sasaran serangan penjajah Israel ini meliputi tanah pertanian, ladang sayuran, penternakan, kawasan perumahan, tempat istirahat dan pos-pos pejuang Palestin di banyak daerah di Jalur Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 15-11-2019 – Tujuh rakyat Palestin terbunuh dan 30 yang lain cedera dalam beberapa serangan udara yang dilakukan oleh Israel di Semenanjung Gaza.
Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa tujuh orang Palestin terbunuh, termasuk pemimpin Jihad Islam, ketika pesawat perang Israel mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.
Sewaktu subuh, pesawat milik Israel mengebom rumah pemimpin Jihad Islam, Bahaa Abu Al-Ata di Gaza yang membunuh beliau dan isterinya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu, 13-11-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Sabtu menahan seorang warga Palestin di timur sempadan Semenanjung Gaza.
IOF mendakwa yang beliau ditahan ketika cuba memasuki kawasan Palestin yang dijajah sejak 1948.IOF hanya menyatakan yang beliau ditahan untuk soal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Rabu, 13-11-2019 – Tentera rejim Israel menangkap sejumlah warga Palestin dalam satu serbuan awal pagi hari Ahad di beberapa kawasan berbeza di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.
Sumber tempatan berkata, tentera rejim telah menahan 9 penduduk Palestin dalam kempen tangkapan terbaru yang mensasarkan Bethlehem, al-Khalil dan Baitulmuqaddis.
Pada malamnya, sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin cedera selepas pihak rejim melancarkan serangan di kawasan perumahan al-Shahid Obeid di Baitulmuqaddis dengan menembak gas pemedih mata ke arah rumah dan melakukan kekasaran ke atas penghuninya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 13-11-2019 – Beberapa penduduk Palestin cedera pada petang Sabtu ketika Regim Zionis Israel (IOF) menyerang bandar al-Isawiya di Yerusalem.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menyerang kejiranan al-Shahid Obeid di bandar itu, sejumlah besar gas pemedih mata telah digunakan di kawasan penduduk Palestin, dan menyerang sebahagian dari mereka secara fizikal.
Ramai rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata dan mengalami lebam dan luka dalam serangan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Rabu, 13-11-2019 – Pertemuan pimpinan Hamas bersama faksi-faksi kerja nasional dan Islam di Gaza berakhir dalam suasana positif dan dapat penegasan peripentingnya mengadakan dialog nasional untuk menjayakan pilihanraya umum Palestin.Selesai pertemua, faksi-faksi Palestin menyatakan bahawa pertemuan dengan pimpinan Hamas sangat positif dan penting untuk menghilangkan halangan bagi kejayaan pilihanraya Palestin.
Tokoh Front Demokratik, Samir Abu Mudlilah menyebutkan bahawa pertemuan sangat penting sebagai penyempurna dialog sebelumnya berkait langkah menjayakan pilihanraya umum.
Abu Mudlilah menjelaskan, pertemuan tersebut membincangkan beberapa langkah untuk menjayakan pilihanraya akan datang dan isu-isu berkaitan.
Dialog nasional menjadi penting sebelum pilihanraya untuk menjamin kebebasan dan pengawasan serta mendapat kesepakatan visi politik bagi pilihanraya Palestin.
Menurut Abu Mudlilah, kita harus memberikan visi politik bagi bangsa Palestin, agar pilihanraya ini menjadi mukadimah menamatkan perpecahan dan bukan memperdalam krisis.
Tokoh Front Rakyat, Luay Qaryuti menyatakan bahawa pertemuan sangat penting untuk menjamin kelangsungan dialog dan musyawarah antara faksi dan membahas pemikiran baru untuk ketenangan bangsa. Pilihanraya merupakan langkah pertama untuk merealisasikan persatuan nasional.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 13-11-2019 – Rejim Zionis Ahad lalu telah memaksa beberapa petani Palestin untuk keluar dari kebun mereka di bandar Sebastia barat laut Nablus dan menghalang mereka daripada mengumpul buah zaitun.
Ketua majlis perbandaran Sebastia Mohammed Azem berkata bahawa tentera Zionis telah menyerang kebun Palestin berhampiran perkampungan Shavei Shomron dan mengusir petani-petani Palestin yang datang untuk menuai zaitun.
Para petani demikian juga menambah bahawa peneroka haram Israel telah berulang kali membuang bangkai haiwan serta mengepam kumbahan ke tanah pertanian mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 11-11-2019 – Rejim Israel menyekat perjalanan tiga warga Palestin di pintu pemeriksaan Alenby (King Hussein) yang menjadi laluan keluar ke Jordan.
Kata polis Palestin, mereka bertiga dilarang dari meneruskan perjalanan oleh pihak rejim atas alasan keselamatan tanpa penjelasan lanjut.
Pintu sempadan Allenby yang juga dikenali sebagai al-Karama terletak di atas jambatan yang merentasi Sungai Jordan dan menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 11-11-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Rabu menculik dua remaja Palestin dan mencederakan salah seorang daripada mereka setelah melepaskan tembakan kepadanya di al-Khalil, Tebing Barat.
menurut sumber tempatan, tentera rejim mengepung Amr Za’akik. 17 tahun setelah menembaknya ketika dia berada dekat penempatan haram, Karmei Tzur. Tiada sebarang maklumat tentang keadaan kesihatan beliau.
Karmei Tzur dibina atas tanah tambahan daripada bandar Beit Ummar, utara al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin, 11-11-2019 – Kementerian Luar Turki pada hari Rabu mengutuk keputusan Israel untuk membina lebih 2,000 unit rumah baru di petempatan di kawasan terjajah di Tebing Barat, dan menyifatkan ianya sebagai suatu tindakan haram.
Kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa Israel bulan lalu untuk pembinaan sebanyak 2,342 unit rumah baru yang melibatkan pelbagai peringkat perancangan di Tebing Barat adalah satu contoh yang baru dan jelas mengenai dasar kejuruteraan demografi negara, menurut agensi berita Anadolu sebagai memetik kementerian berkenaan.
“Kami menentang keputusan tidak sah Israel ini, yang membelakangi undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi rakyat Palestin dan menyeru semua anggota masyarakat antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab mereka untuk menentang penindasan dan pendudukan rakyat Palestin,” kata kementerian itu.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam resolusi yang diterima pakai pada 23 Disember 2016 menyatakan bahawa kegiatan pendudukan Israel merupakan “pelanggaran terang-terangan” undang-undang antarabangsa dan “tidak mempunyai kesahihan undang-undang”. Resolusi 2334 telah menggesa Israel untuk menghentikan kegiatan tersebut dan memenuhi kewajipannya sebagai kuasa yang menduduki.
Kesatuan Eropah pada hari Isnin lalu telah menyatakan bahawa semua aktiviti penempatan di tanah terjajah adalah haram dan “menghakis daya maju” penubuhan negara Palestin.
Israel telah melancarkan pelan untuk lebih 8,300 rumah penempatan di Tebing Barat tahun ini, yang bersamaan dengan lima peratus peningkatan keseluruhan berbanding tahun 2018, menurut kumpulan pemerhati anti-petempatan Peace Now.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 11-11-2019 – Jordan memaklumkan kepada pihak penjajah Israel, bahawa pihak mereka melarang warga Israel memasuki kawasan Baqurah dan Ghamar yang menjadi sebahagian wilayah Jordan mulai Ahad depan, hal itu sesuai dengan berakhirnya kesepakatan penyewaan tanah antara Israel dan kerajaan Jordan.
Media Israel menyebutkan bahawa pihak Jordan dalam beberapa minggu terakhir menolak usul Israel untuk memasukkan syarat pembebasan dua tawanan Jordan; Heba Labdi dan Abdul Rahman Mari dalam perjanjian wilayah Baqurah dan Ghamar atau memberi tempoh waktu kepada para petani Israel sehingga mereka mendapatkan tanah pertanian baru.
Laman sesawang 124 Israel menyatakan, para pegawai tinggi Jordan ketika melakukan rundingan dengan delegasi Israel memperingatkan tentang kesan negatif jika Israel terus melakukan pelanggaran dalam masalah ini terutama terhadap hubungan diplomatik antara Jordan dan Israel.
Kesepakatan yang dicapai antara Jordan dan Israel menyebutkan bahawa wilayah Baqurah dan Ghamar disewakan kepada Israel selama 25 tahun, kemudian dikembalikan kepada Jordan apabila perjanjian berakhir.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman