Rabu, 04-12-2019 – Tentera rejim zionis Israel menahan sekurang-kurangnya 11 warga Palestin dalam operasi yang dilakukan pada waktu subuh di beberapa daerah di Tebing Barat.
Siaran media yang dikeluarkan pihak tentera rejim mengesahkan penahan 11 orang penduduk Palestin yang dikehendaki pihak keselamatan rejim.
Antara yang ditahan ialah Salah Abu Diyak yang merupakan abang kepada Sami, pejuang yang meninggal dunia akibat kanser ketika dalam tahan pihak rejim beberapa hari yang lalu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 03-12-2019 – Tentera rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin di pekan Asira ash-Shamaliya, di utara Nablus.
Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata bahawa sebuah jentolak yang diiringi oleh pasukan tentera menyerbu bandar tersebut dan telah merobohkan kediaman milik penduduk tempatan bernama Mu’amar Hamadneh.
Tindakan tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara pihak tentera dan belia tempatan yang berada berdekatan dengan rumah berkenaan, di mana kemudiannya pihak tentera melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata secara bertalu-talu untuk menyuraikan orang ramai yang berang.
Beberapa orang belia lelaki dilaporkan mengalami kecederaan disebabkan pendedahan terhadap asap gas pemedih mata.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 03-12-2019 – Sekurang-kurangnya, 48 pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk ke ruang dalam masjidil Aqsa secara berkumpulan dengan diiringi anggota polis rejim.
Menurut pihak Urusan Waqaf Islam, kumpulan pendatang Yahudi itu telah melakukan lawatan provokasi di ruang dalam masjid tersebut.
Kata pihak wakaf itu lagi, pegawai polis rejim Israel turut sama mencemar kesucian bangunan Bab al-Rahman yang digunakan untuk solat orang Islam itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 03-12-2019 – Empat orang bekas tahanan yang melakukan mogok lapar dibawa ke hospital pada Khamis (28/11) kerana keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk selepas melakukan mogok lapar.
Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyatakan, Presiden Otoriti Palestin Mahmoud Abbas dan perdana menterinya bertanggung jawab penuh atas kejahatan nasional dan moral yang mengabaikan tuntutan mereka.
Bekas tahahan tersebut tidak diberikan keperluan asas untuk keperluan hidup dengan alasan melanggar undang-undang.
Mereka telah melakukan aksi mogok lapar di Ramallah, pusat bangunan Yasser Arafat selama 41 hari secara berturut-turut dan mereka melakukan mogok makan sejak 20 hari yang lalu, sementara mogok makan dan air serta ubat-ubatan selama tiga hari.
Pada hari Rabu (27/11) para bekas tahanan membawa peti jenazah dan tulisan surat wasiat bagi keluarga mereka. Mereka memperingatkan, jika pihak berkuasa terus mengabaikan tuntutan mereka maka akan terus melakukan mogok sehingga hak-hak mereka ditunaikan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 29-11-2019 – Gerakan Hamas, pada Selasa berkabung kematian tahanan Palestin Sami Abu Diak, 36, di penjara Israel kerana kanser dan pengabaian rawatan perubatan.
Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas menyatakan rejim Israel bertanggungjawab atas kematian Diak yang disebabkan oleh keadaan teruk, dan tidak mendapat rawatan.
Hamas berkata polisi pengabaian rawatan ke atas para tahanan yang sakit di penjara Israel adalah jenayah kemanusiaan yang terang-terangan melanggar semua undang-undang antarabangsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 29-11-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik tiga rakyat Palestin dari rumah mereka di kawasan yang berbeza di Tebing Barat.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menahan Mohammed Atawaneh dan Qasem Atawneh dari rumah mereka di pekan Beit Kahel, barat laut kota al-Khalil.
Bapa kepada seorang tahanan Palestin di penjara Israel telah ditangkap semasa kempen yang sama di bandar Dura, selatan al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Jumaat, 29-11-2019 – Kesatuan Pemuda Intifada Palestin mengajak seluruh penduduk bangsa Palestin untuk turun dalam aksi kemarahan dan revolusi pada Jumaat esok sebagai bentuk solidariti terhadap para tahanan di dalam penjara Israel. Ia juga sebagai bantahan terhadap kependudukan yang masih berlaku di wilayah jajahan.
Dalam sebuah pernyataan akhbar, kesatuan ini mengatakan, “Kami mengundang anda pada hari Jumaat bagi revolusi dan kemarahan di semua kampung, kem dan bandar-bandar Palestin untuk memenuhi janji kita kepada para syuhada dari kalangan tawanan diantaranya ” Sami Abu Diak salah seorang pahlawan Intifada Al-Aqsa yang menginginkan mati dalam pelukan ibunya yang sederhana, tetapi penjajah merampas dari ibunya.
Beliau menambah, “Kami menyatakan bahawa Jumaat 29/11/2019 mendatang, bahawa kami tidak akan meninggalkan tahanan kami bersendirian di penjara. Kami juga menolak tindakan serangan di tanah kami oleh pemerintah Amerika Syarikat melalui legitimasi kependudukan di tanah kami tercinta”.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 28-11-2019 – Mahkamah Majistret Israel di Haifa pada hari Ahad lalu mensabitkan Sheikh Ra’ed Salah atas kesalahan menghasut dan menyokong Gerakan Islam cawangan utara yang telah diharamkan.
Keputusan mahkamah belum lagi dikeluarkan terhadap Sheikh Salah berikutan sabitan tersebut.
Sheikh Salah, pejuang ternama Masjid Aqsa, dikelilingi oleh penyokong-penyokongnya ketika tiba di mahkamah pada hari Ahad, termasuk penggubal undang-undang dari Senarai Bersama empat parti yang kebanyakannya dari Arab. Berikutan keputusan tersebut, penyokong Salah melaungkan “Kami akan mengorbankan nyawa kami untuk Aqsa,” menurut laman web Ynet.
Salah adalah ketua Cawangan Utara Pergerakan Islam di Israel, yang telah diharamkan oleh Israel pada tahun 2015 atas dakwaan mempunyai hubungan dengan kumpulan penentang Palestin, di samping tuduhan-tuduhan lain.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 28-11-2019 – Tentera rejim zionis Israel menembak cedera seorang pemuda Palestin di bandar Beit Umar, utara Kota Al-Khalil.
Kata aktivis, Mohammed Awad, anggota tentera rejim yang ditempatkan berdekatan petempatan haram Karmei Tzur telah melepaskan tembakkan ke arah pemuda itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Abu Maria, 21 tahun cedera di bahagian punggung.
Jelas beliau lagi, mangsa kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk diberi rawatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 25-11-2019 – Jawatankuasa Kebudayaan Unesco semasa persidangan yang ke-40 yang dihadiri menteri kebudayaan di seluruh dunia telah bersepakat akan melindungi warisan dunia di Baitulmaqdis.
Negara anggota Unesco dan penderma antarabangsa telah berkata, mereka akan memberi sokongan yang lebih di masa akan datang untuk aktiviti yang bertujuan untuk melindungi tinggalan warisan di bandar lama di Baitulmaqdis.
Jawatankuasa Kebudayaan Unesco telah menyatakan mereka memberi perhatian kepada aktiviti penggalian dan pembinaa di bandar lama Baitulmaqdis dan di kedua belah bandar dan dinding tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Isnin, 25-11-2019 – Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed berkata, pendirian baru AS tentang penempatan Israel di Palestin adalah tidak masuk akal dan akan menggalakkan negara lain untuk merampas tanah orang lain.
Mengulas kenyataan terbaru setiausaha AS Mike Pompeo, yang mengumumkan pentadbiran presiden AS Donald Trump tidak beranggapan yang penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram, Mahathir menyifatkan pendirian itu sebagai mengarut dan terang-terangan tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin, 25-11-2019 – Tentera Zionis pada pagi Khamis lalu telah melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Gaza.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kapal-kapal perang Israel telah melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan di pinggiran pantai al-Sudaniya dan al-Waha di utara Gaza.
Mereka menambah bahawa bot-bot berkenaan telah mengejar beberapa bot nelayan, diiringi oleh tembakan yang bertubi-tubi, memaksa mereka untuk kembali ke darat.
Hampir setiap hari kapal-kapal perang Israel akan berada berhampiran nelayan Gaza, mengganggu mereka, menembak mereka, merosakkan bot mereka, dan membuat tangkapa, sehinggakan ada nelayan yang adakalanya cedera atau terbunuh semasa serangan-serangan tembakan tersebut.
Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan untuk menangkap ikan di kawasan sehingga 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi semenjak itu Israel telah terus-menerus mengurangkan kawasan penangkapan secara beransur-ansur hingga lah ke tiga batu nautika, sebagai sebahagian daripada sekatannya di Gaza.
Nelayan dan kumpulan hak asasi manusia juga mengatakan bahawa sejak perang 2008-09 di Gaza, tentera Israel telah menguatkuasakan sempadan yang lebih dekat ke pantai.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 25-11-2019 – Pada pagi selsa yang lalu, Rejim Zionis telah menculik seramai 30 orang penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat termasuk kanank-kanak.
Tentera negara haram Isral telah mengeluarkan kenyataan bahasa Rajim Zionis telah menculik 15 orang penduduk Palestin yang di label sebagai ‘yang dikehendaki’ di Tebing Barat.
Sumber tempatan di Ramallah berkata, tentera negara haram Israel telah menyerang kampung Deir Nidham dan menculik 2 orang kanak-kanak dari rumah mereka. Mereka berdua dikenalpasti sebagai Abdul-rahman Tamimi dan Ramez Tamimi.
Tentera Zionis juga telah menyerang bandar Silwad di Ramallah dan menculik seorang bekas tahanan yang bernama Muhanad Shibrawi. Manakala di al-Khalil, tentera Zionis telah menculik 2 orang kanak- kanak yang bernama Rousef Jawabreh dan Saleem Jawabreh bersama seorang lelaki yang bernama Baha Jawabreh semasa kempen tersebut di kem pelarian al-Arroub.
Di Nablus, dua orang bekas tahanan telah ditahan semula di rumah mereka di bandar tersebut. Mereka adalah Suleiman Abu Saliha dan Majd Azem. Dua beradik dari keluarga Abu Zaina dan seorang pemuda bernama Husam al-Ghoul telah di culik dari rumah mereka di kem pelarian Jenin. Di Baitulmaqdis, 15 rakyat Palestin lagi ditahan semasa keganasan kempen polis negara haram Israel di daerah Issawiya.
Tujuh orang pemuda juga turut diberikan saman kerana menyoal di kempen yang sama di Issawiya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Jumaat, 22-11-2019 – Tahanan Palestin di penjara Israel Sami Abu Diyak telah dipindahkan ke hospital pada Isnin rentetan daripada tahap kesihatan yang semakin teruk, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan.
Menurut satu kenyataannya, Abu Diyak dipindahkan ke hospital setelah mengalami pendarahan dan keadaan kesihatannya semakin teruk.
Tiga hari yang lepas, Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan Abu Diyak ke Hospital Assaf Harofeh dan mengembalikan beliau ke penjara pada Ahad. Tahanan tersebut yang beratnya 45 kg, sedang menderita kesakitan tubuh badan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 22-11-2019 – Pertubuhan Amnesty International pada hari Selasa telah mengutuk pengumuman oleh Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa AS tidak akan mengiktiraf petempatan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.
Ini dinyatakan dalam satu kenyataan oleh organisasi antarabangsa berkenaan sebagai tindak balas terhadap keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, pada hari Isnin lepas.
“Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa ia percaya AS dan Israel terkecuali dari undang-undang: bahawa Israel boleh terus melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi warga Palestin, dan Amerika Syarikat akan memberikan sokongan padu terhadap tindakan demikian,” menurut Amnesty International.
Ia menambah, “Pengumuman AS tidak sama sekali mengubah undang-undang yang sangat jelas sama ada sekarang mahupun di masa akan datang: pembinaan dan pengekalan petempatan di Tebing Barat Terjajah, termasuk Baitulmaqdis Timur, melanggar undang-undang antarabangsa dan adalah suatu jenayah perang.”
Masyarakat antarabangsa rata-rata menganggap pendudukan Israel di Wilayah Palestin yang Terjajah adalah bertentangan dengan undang-undang, berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat yang menetapkan bahawa kuasa yang menduduki tidak dibenarkan untuk memindahkan penduduknya sendiri ke wilayah yang dikuasainya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul