Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang penggembala, merampas tanah di Tebing Barat

Rabu , 28-10-2020 –  Pendatang pelampau Yahudi pada Sabtu menyerang penggembala Palestin di timur Yatta, Tebing Barat dan memasang dua khemah di tanah kampung Birin, timur al-Khalil.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour berkata, sekumpulan pendatang diiringi tentera mengejar penggembala tempatan, memaki mereka dan menghalang mereka daripada membawa ternakan meragut rumput di kawasan a-Tha’lah, Yatta.

Jabour menambah yang pendatang itu memasang dua khemah di kampung Birin, timur al-Khalil, sebagai usaha beterusan mereka untuk merampas tanah Palestin di kawasan itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

COVID-19: 5 Kematian, 453 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Rabu , 28-10-2020 –  Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, melaporkan bahawa 5 kematian yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 453 jangkitan baharu, dan 360 kes sembuh telah direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa 5 kematian dicatatkan di Tebing Barat terdiri seorang lelaki berusia 65 tahun dari Ya`bad, seorang wanita, 42, dari Jenin, seorang lelaki berusia 64 tahun dari Tulkarem, seorang wanita, 68, dari al-Khalil, dan seorang lelaki berusia 77 tahun dari Bani Naim.

Kes-kes baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (48), Nablus (104), Bethlehem (38), Qalqilya (23), Ramallah dan Al-Bireh (39), Jenin (19), Jericho dan Al Aghwar (7), Salfit (20), Tulkarem (29), Tubas (5), Semenanjung Gaza (111), dan pinggiran kota Baitulmaqdis (10), kata menteri berkenaan.

Mengenai kes sembuh, 247 kes dicatat di Tebing Barat seperti berikut: 48 al-Khalil, 15 Jenin, 9 Salfit, 23 Tulkarem, 125 Ramallah dan Al-Bireh, 27 Tubas, dan 113 di Semenanjung Gaza, katanya.

Angka kes sembuh mencapai 88.1 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 11.1 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan, kata menteri itu.

Kailah menunjukkan bahawa terdapat 41 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 8 yang telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Konfrantasi di laluan Utara Kota Qalqilia

Rabu , 28-10-2020 –  Terjadi konfrantasi antara pemuda Palestin dengan pasukan tentera Israel di laluan utara kota Qalqilia. Menurut sumber tempatan, konfrantasi berlaku setelah tentera penjajah Israel melepaskan tembakan peluru dan gas pemedih mata kepada puluhan pemuda Palestine yang tiba di laluan utara kota Qalqilia semalam.

Pasukan penjajah Israel turut mensasarkan tembakan gas pemedih mata ke sebuah ladang ternakan yang teretak berhampiran laluan tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Lapan kematian baru dan 506 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Isnin , 26-10-2020 –  Pihak Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis telah melaporkan lapan kematian berkaitan COVID-19, 506 kes baru dan sejumlah 609 kes sembuh di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Tiada maklumat baru dari Jerusalem diterima setakat ini. 

Mengikut laporan harian kementerian , tujuh mangsa kematian berasal dari tempat berlainan di Tebing barat dan satu mangsa berasal dari Semenanjung Gaza.  34 pesakit  kes kritikal COVID-19 menerima rawatan dalam wad penjagaan intensif dan lima diantara mereka ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memusnahkan rumah di bandar Khader

Isnin , 26-10-2020 –  Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu memusnahkan sebuah kediaman Palestin dan merampas peralatan pembinaan di bandar al-Khader, selatan Bethlehem.

Pemilik kediaman itu berkata sejumlah besar tentera Israel menyerbu dan menyekat kemasukan ke kawasan Khirbet Aliya di selatan al-Khader sebelum memusnahkan rumahnya.Beliau mengesahkan yang itu merupakan kali keempat IOF memusnahkan rumahnya dalam tempoh dua tahun, dan menambah yang peralatan pembinaan dekat rumahnya turut dirampas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

“Jantungnya boleh terhenti bila-bila masa sahaja”, kata doktor.

Isnin , 26-10-2020 –  Tahanan Palestin Maher al-Akhras telah memasuki hari ke-88 mogok lapar sebagai tunjuk perasaan atas pendedahannya terhadap ketidakadilan pihak pentadbiran ke atas tahanan.

Menurut Pejabat Media Asra, keadaan kesihatan tahanan Akhras telah mencapai tahap kritikal di Hospital Kaplan kerana mogok laparnya yang berpanjangan dan penolakannya untuk mengambil vitamin atau cairan.

Kesihatannya digambarkan sebagai sangat membimbangkan dan bertambah buruk kerana beliau turut menderita kelemahan fizikal yang serius, kekejangan berulang dan pitam, rasa sakit di kepala dan perut yang berterusan, dan kesukaran untuk mendengar dan mengenali orang lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Perjanjian penerbangan Bahrain – Israel

Isnin , 26-10-2020 –  Bahrain telah menandatangani perjanjian kerjasama penerbangan dengan Israel dan bersetuju menghantar 11 penerbangan setiap minggu dengan laluan perniagaan tanpa had antara Bahrain dan Eilat. Selain itu, 5 perjalanan pesawat kargo setiap minggu antara dua negara tersebut mungkin akan di aktifkan.

Persefahaman ini adalah lanjutan dari MOU yang di tandatangani Israel dan UAE yang bersetuju mengadakan 28 penerbangan perniagaan setiap minggu antara Bandar Ben Gurian dengan Dubai dan Abu Dhabi.
Pada awal minggu lepas, Israel dan Bahrain telah mencapai kata sepakat dalam hubungan diplomasi, iaitu sebulan setelah hubungan normalisasi dipersetujui, di mana Amerika bertindak sebagai mediator.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel merobohkan rumah di bandar Khader.

Ahad , 25-10-2020 –  Rejim Israel pada hari Rabu merobohkan sebuah rumah Palestin dan merampas jentera pembinaan di Al-Khader, di selatan Bethlehem. 

Pemilik rumah berkata segerombolan penganas Israel mnyerbu dan menutup kawasan Khirbet Aliya di selatan Al-Khader sebelum meruntuhkan rumah milik beliau. 

Dia mengesahkan ini kali ke empat rejim Israel meruntuhkan rumah dia dalam tempoh dua tahun lepas dan merampas jentera pembinaan beliau. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel menahan 3 rakyat Palestin di Qalqilya

Ahad , 25-10-2020 –  Rejim Israel menahan tiga orang pemuda di timur bandar Qalqilya di Tebing Barat pada hari Selasa malam.  

Saksi melaporkan rejim Israel menahan tiga pemuda Palestin dari bandar Azzun berhampiran bulatan Ezbet al-Tabib setelah memukul mereka. 

Saksi melaporkan rejim Israel menutup mata dan mengikat tangan mereka sebelum membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui dengan jip tentera. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel perbaharui perintah merobohkan 13 rumah Palestin di Silwan.

Ahad , 25-10-2020 –  Rejim Israel mengeluarkan perintah merobohkan rumah-rumah Palestin di bandar Silwan, di selatan Masjid Al-Aqsa di kawasan dijajah Jerusalem pada hari Isnin lepas. 

Sumber tempatan melaporkan pihak perbandaran menceroboh masuk dan mengambil gambar beberapa kawasan di Silwan. Mereka juga menyerahkan perintah notis  merobohkan rumah pemilik dan mengingatkan mereka tentang tarikh luput notis. 

Ahli jawatankuasa Pertubuan Pertahanan Tanah Silwan . Fakhri Abu Dhiab berkata pihak penceroboh perbandaran mengeluarkan notis untuk merobohkan 13 buah rumah di bandar Silwan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Keadaan kesihatan Akhras boleh membawa maut.

Ahad , 25-10-2020 –  Tindakan tahanan Maher al-Akhras, 49 tahun yang berasal dari bandar Silat al-Dhahr, selatan Jenin meneruskan mogok laparnya masuk hari ke 87 bagi membantah penahanan tanpa sebab telah menyebabkan keadaan kesihatan semakin buruk.

Pertubuhan Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan, keadaan kesihatan Akhras sangat merbahaya akibat tubuh yang lesu sehingga dia tidak mampu lagi mengerakkan badan manakala pendengaran serta percakapannya turut terjejas.

Beliau didapati mengalami sawan berterusan dan ditakuti organ-organ akan gagal berfungsi sekiranya dia menolak sebarang makanan dan air. Keadaan beliau itu benar-benar boleh mengancam nyawanya disebabkan mogok lapar yang lama, tambah pertubuhan itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan tanpa bicara Ahli Parlimen Hasan Yousef

Ahad , 25-10-2020 –  Rejim Israel (IOA) pada Selasa mengambil keputusan untuk menahan tanpa bicara ahli parlimen Hasan Yousef, pegawai kanan Hamas yang ditahan semula pada awal Oktober setelah dibebaskan oleh penjara Israel.

Owais Hasan, anak lelaki ahli parlimen itu berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh IOA untuk menahan tanpa bicara bapanya selama enam bulan.

Rejim zionis menculik Yousef dari kediamannya di bandar Beitunia, barat Ramallah, pada 2 Oktober dan memindahkan beliau ke penjara tentera di Ofer.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Roboh Khemah Penduduk Palestin di Beit Iksa

Ahad , 25-10-2020 –  Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merobohkan khemah yang digunakan sebagai tempat kediaman di kampung Beit Iksa, di barat laut Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu kampung Beit Iksa dan merobohkan khemah milik seorang rakyat Palestin yang bernama Khalil Abu Dahouk dan memaksanya untuk meninggalkan kawasan berkenaan bersama dengan haiwan ternakannya.

Perkampungan Palestin dikelilingi di semua sisi oleh tembok pemisah Israel, dengan pintu masuk hanya melalui satu pusat pemeriksaan keselamatan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Serang Petani Tebing Barat, Banjir Dengan Air Kumbahan

Jumaat , 23-10-2020 –  Gerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis pada pagi Selasa menzalimi petani Palestin semasa mereka menceroboh tanah pertanian mereka di bandar Deir al-Hatab di timur Nablus.

Menurut pegawai tempatan Ghassan Daghlas, para peneroka dari penempatan haram Elon Moreh menyerang sekumpulan penduduk yang sedang mengutip zaitun dari kebun mereka di kawasan Khilat al-Jaghoub di bandar tersebut dan memaksa mereka meninggalkan kawasan itu.

Pada hari Isnin, peneroka dari perkampungan haram yang sama menceroboh kebun zaitun milik rakyat Palestin di Deir al-Hatab dengan air pembetung, menyebabkan kerosakan pada pokok.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen


Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan beberapa warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Jumaat , 23-10-2020 –  Rejim Zionis Israel menangkap sejumlah warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada waktu lewat malam dan awal pagi Selasa kelmarin.

Menurut sumber tempatan dari Baitulmaqdis, sejumlah besar anggota polis rejim dengan dibantu dari udara  sebuah helikopter menyerbu kem penempatan Shu’afat bagi mengeledah, memeriksa dengan kasar penduduk tempatan dan menangkap dua pemuda di rumahnya.

Pasukan polis rejim turut menyerbu bandar Beit Hanina di Baitulmaqdis dan menahan seorang pemuda dikenali sebagai Ahmad Abu Subeih selepas memecah masuk rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin