Categories
Berita Semasa

Pelajar berarak tuntut jenazah tahanan warga Palestin

Jumaat, 07-10-2016 – Sekumpulan pelajar Palestin bertindak mengadakan perarakkan di bandar Qabatia, selatan Jenin bagi meminta pihak berkuasa rejim Israel menamatkan arahan menahan mayat seorang tahanan warga Palestin.

Perarakan itu diadakan kerana pihak rejim Israel masih menahan mayat, Sari Abu Ghurab setelah 40 hari beliau mati ditembak oleh tentera rejim. Mereka berarak sambil mengangkat gambar Sari dan memegang kain rentang menuntut supaya mayat beliau dipulangkan.

Sari mati ditembak anggota tentera Israel semasa memandu kereta berdekatan kawasan penempatan haram Yitzhar, beberapa hari sebelum upacara perkahwinannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bot Zaytouna bakal tiba di Gaza dalam tempoh 2 hari, ada ancaman dari Israel (disertakan update terkini dari pihak Rose2Rose)

Jumaat, 07-10-2016 – Bot Wanita ke Gaza, Zaytouna dijangka bakal tiba di pantai Gaza dalam tempoh dua hari lagi dalam usaha simbolik mereka untuk memecahkan kepungan Israel ke atas wilayah kecil itu.

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa pengepungan Gaza, kapal al-Zaytouna, membawa 13 aktivis dijangka tiba di pantai Gaza pada petang Rabu atau pagi Khamis sekiranya tiada halangan dari pihak tentera laut Israel ke atas bot tersebut melalui perairan antarabangsa.

Jawatankuasa itu juga menggesa aktivis pro-Palestin pro di seluruh dunia untuk membuat liputan media dan kempen secara besar-besaran bagi mempertahankan kapal tersebut dari sebarang serangan Israel.

*update
Sumber dari Kedutaan Malaysia di Jordan dan Wisma Putra mengesahkan bahawa Dr Fauziah Hasan telah dibebaskan dari Rejim Zionis dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Ahli misi WBG yang lain juga sudah dibebaskan dan kami menunggu makluman berkenaan butiran mereka.  Nantikan maklumat selanjutnya. (sumber Rose2Rose)

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul husna

Categories
Berita Semasa

Affidavit wanita Palestin kata penjara Israel umpama neraka.

Rabu, 05-10-2016 – Wartawan wanita Palestin, Samah Dweik menyerahkan affidavitnya setelah mengatakan bahawa penjara Israel seumpama “Neraka Dunia,” ketika menjalani hukuman di situ.

Menurut Dweik, “Saya tidak pernah ada pengalaman lain yang lebih trauma dan menyeksakan berbanding ketika berada di penjara Israel.” Beliau ditahan 9:30 pagi, 10 April, 2016 di rumah keluarganya di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan. Beliau telah dikurung di bilik berasingan selama 12 hari dan dibebaskan pada 19 September, 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel akan membanjiri sempadan Gaza dengan air

Rabu, 05-10-2016 – Tentera rejim Israel ingin membanjiri kawasan sempadan Gaza dengan air untuk memusnahkan terowong bawah tanah yang dikatakan kononnya dibina oleh pihak pejuang Palestin.

Seorang pegawai rasmi tentera Israel yang enggan namanya didedahkan, memberitahu akhbar Maariv tentang perancangan tentera untuk membanjiri terowong bawah tanah di sempadan seperti yang dilakukan oleh Mesir terhadap sempadannya dengan Gaza. 60 batu kawasan sepanjang sempadan Gaza akan dibanjiri oleh air, demikian menurut pegawai itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Jeremy Corbin menekankan perlunya untuk menamatkan pendudukan Israel

Rabu, 05-10-2016 – Ketua Parti Buruh British yang baru dilantik semula, Jeremy Corbin menegaskan akan keperluan untuk menamatkan penjajahan Israel di tanah Palestin dan menyeru agar digunapakai penyelesaian dua negara.

Semasa mesyuarat Rakan Buruh Palestin, Corbin memuji usaha berterusan dalam menyokong rakyat Palestin dan menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mempertahankan keamanan dan keadilan demi hak rakyat Palestin.

“Saya telah berkempen selama beberapa dekad untuk menyokong hak-hak rakyat Palestin termasuk pelarian, untuk menamatkan pendudukan tanah Palestin dan untuk penyelesaian dua negara,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul husna

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Abbas Tangisi Kematian Peres

Rabu, 05-10-2016 – Hamas mengecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengucapkan takziah atas kematian “Penjenayah Perang Israel”, Shimon Peres dan ingin menghadiri pengebumiannya . Dalam satu kenyataan pada Khamis, Hamas menyifatkan tingkah laku Abbas sebagai “tidak menghormati darah syuhada dan penderitaan rakyat Palestin.”

Hamas berkata, rakyat Palestin berasa amat lega dan gembira atas kematian Peres yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Qana, Lubnan selain banyak lagi kekejaman dia terhadap rakyat Palestin. Abbas sebelum ini telah menghantar surat takziah kepada keluarga Shimon Peres pada Rabu dengan menyatakan kesedihan atas kematian dan menyatakan hasratnya untuk menghadiri pengebumian beliau pada hari Jumaat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel memusnahkan kemudahan Palestin di Baitulmuqaddis

Rabu, 05-10-2016 – Beberapa jentolak Israel dilihat meratakan tanah milik Palestin pada pagi Khamis di bandar Hizma timur laut Baitulmuqaddis sebelum merobohkan dinding-dinding di sekitarnya. Ketua majlis tempatan Mouwafaq Khatib mengesahkan bahawa krew perbandaran Israel menyerbu kawasan itu pagi ini dan mula meratakan tanah yang berhampiran tanah milik Fares Salah al-Din. Menurutnya juga, tentera Israel sebelum ini telah merobohkan kemudahan pertanian Palestin di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

8 Rakyat Palestin Diculik Pada Subuh

Jumaat, 30-09-2016 – Sekurang-kurangnya lapan orang awam Palestin diculik oleh tentera Israel (IOF) pada subuh Ahad lalu diikuti serangan ke atas wilayah Palestin. Wartawan PIC melaporkan IOF menyerbu ke kem pelarian utara di bandar ini al-Arroub pada subuh dan menculik beberapa orang remaja Palestin. Mereka turut menyerang rumah-rumah orang awam, termasuk rumah keluarga Khaled Jawabreh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Laman Facebook Forum Dialog masih disekat walaupun Facebook telah memohon maaf.

Jumaat, 30-09-2016 – Facebook terus menyekat Forum Dialog Palestin walaupun telah memohon maaf kerana tidak mengaktifkan akaun sejumlah wartawan dan pusat media secara tidak sengaja katanya.

Pada beberapa hari lepas, Facebook tidak mengaktifkan sejumlah besar laman yang menyokong penentangan rakyat Palestin ke atas rejim Israel. Laman Forum Dialog Palestin pernah tidak diaktifkan beberapa kali sebelum ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Sedia undur tahun depan, Mishaal tunjuk sikap terbuka.

Jumaat, 30-09-2016 – Ketua pertubuhan Hamas, Khaled Mishaal berkata bahawa beliau tidak akan menyambung tugas sebagai pemimpin pertubuhan itu dengan tidak mencalonkan dirinya dalam pemilihan yang akan diadakan pada 2017.

Bercakap sebagai panel dalam satu rancangan bualbicara yang disiaran oleh pusat kajian, TV Al-Jazeera, beliau mengesahkan laporan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pengundian dalaman pertubuhan itu bagi pemilihan semula tahun 2017 akan datang.

Dalam rancangan TV yang disiarkan dari Qatar itu, beliau berkata, “Tahun hadapan, Khaled Mishaal akan menjadi bekas ketua biro politik Hamas.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Penyokong Boat wanita ke Gaza belayar di Sungai Thames

Jumaat, 30-09-2016 – Aktivis dan penyokong Boat Wanita untuk Gaza (WBG) berlayar di Sungai Thames Sabtu lalu sebagai tanda sokongan kepada usaha WBG. Penceramah dan aktivis pada majlis itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan dan memberikan tekanan kepada Israel untuk menghentikan sekatan haram selama lebih satu dekad itu. Mereka juga menggesa masyarakat untuk memberikan perlindungan antarabangsa dan memudahkan laluan mereka ke pantai Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Lieberman desak Utusan Damai PBB diboikot

Jumaat, 30-09-2016 – Menteri perang Israel, Avigdor Lieberman, mengarahkan institusi ketenteraan untuk memboikot utusan Bangsa-Bangsa Bersatu Timur Tengah Nickolay Mladenov sebagai membalas dendam ke atas kritikan wakil agensi tersebut berhubung penempatan haram Israel, laporan Channel 2 pada hari Rabu.

Beliau mengarahkan kakitangan ketenteraan untuk memboikot Mladenov, penyelaras khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah, dan menolak untuk bekerjasama dengan Mladenov. Mladenov meimbulkan ketegangan dengan pegawai Israel berikutan taklimat beliau pada Majlis Keselamatan PBB minggu lalu di mana beliau mengutuk tindakan Israel dalam pembinaan pesat penempatan haram di Tebing Barat dan merobohkan rumah rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Amaran Tahap Kritikal Keadaan Tahanan Mogok Lapar

Jumaat, 30-09-2016 – Kumpulan hak asasi manusia telah melaungkan amaran berikutan tahap kesihatan yang semakin kritikal Malek al-Qadi, tahanan Paestin yang mogok lapar dua bulan secara berterusan dalam tahanan Israel. Menurut kenyataan Muhjat al-Quds, kesihatan al-Qadi kritikal disebabkan jangkitan berikutan mogok lapar.

Al-Qadi akan terus ditahan dalam keadaan koma sekurang-kurangnya satu minggu, dan beliau mungkin berhenti bernafas pada bila-bila masa. Mahkamah Tinggi Israel menolak rayuan buat kali kedua untuk membebaskan al-Qadi dan memutuskan bahawa beliau akan terus ditahan di hospital sehingga keadaan kesihatannya bertambah baik, dan hukuman lain pula mungkin dikeluarkan terhadapnya selepas itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin diculik pasukan Israel dalam serbuan di Tebing Barat

Jumaat, 30-09-2016 – Beberapa rakyat Palestin diculik oleh pasukan pendudukan Israel (IOF) berikutan serangan ke atas wilayah yang diduduki di Tebing Barat. Seorang wartawan berita PIC berkata IOF menyerbu bandar Beit Fajjar, di Bethlehem, dan menutup jalan masuk sebelum mereka dikejar orang awam Palestin. Beberapa rakyat Palestin ditahan oleh IOF di Jenin, di bahagian barat bandar Zabouba selepas IOF menyerbu sebuah kafe siber.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Berlaku di Makam Nabi Yusuf

Isnin, 26-09-2016 – Beberapa orang awam Palestin cedera pada awal pagi Khamis selepas beratus-ratus pendatang haram Israel menyerbu dengan iringan ketat Polis di Makam Nabi Yusuf, wilayah Nablus timur. Tentera Israel menutup Amman Street, berdekatan dengan Makam Yusuf, dan memanjat bumbung rumah awam.

Pada masa yang sama drone peninjau Israel kelihatan berlegar sekitar lokasi tersebut pada ketinggian yang rendah. Pertempuran juga dilaporkan berlaku berhampiran kem pelarian Askar dan Balata Dua pemuda Palestin cedera dalam pertempuran tersebut dan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut. Sebelum ini, pelampau Israel menyiarkan iklan dalam laman web menyeru orang Yahudi memecah masuk ke Makam Nabi Yusuf sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin