Categories
Berita Semasa

Datuk Bandar Jenin: Israel burukkan lagi krisis air

Isnin, 20-02-2017 – Datuk Bandar Jenin, Mohammad Abu Ghali mengecam Israel dengan sengaja memburukkan lagi krisis air di bandar itu dengan menghalang kerja-kerja pembaikan di tangki air Janzour.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya, Abu Ghali berkata pihak pentadbiran berjaya menyelesaikan lebih separuh masalah pengagihan air melalui peningkatan jumlah air yang diambil dari dua telaga di bandar lain. Krisis ini masih berterusan, terutamanya rangkaian air di Jenin yang telah bermula sejak lebih 20 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Universiti Palestin menang anugerah antarabangsa.

Isnin, 20-02-2017 – Universiti Arab-Amerika, Jenin berjaya memenangi anugerah terbaik kategori aplikasi pelayan automatik berkomputer untuk pemprosesan dan prosedur pekerja serta pelajar.

Anugerah itu dimenangi dalam satu persidangan anjuran Laserfiche, salah satu syarikat perisian komputer terbesar dunia yang terletak di California, Amerika Syarikat.

Presiden universiti tersebut, Prof. Ali Abu Zuhri berkata dalam sidang akhbar mengulas anugerah yang dimenangi itu sebagi ” satu lagi pencapaian bersejarah untuk universiti.” Beliau yakin dengan adanya sikap percaya pada diri sendiri dan usaha pembangunan berterusan, universiti itu mampu mencapai tahap piawaian dunia setaraf dengan mana-mana institusi antarabangsa terutamanya di bidang akademik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Gerakan Jihad Islami menyelar PA kerana menyerbu majlis yang diadakan untuk seorang bekas tahanan

Isnin, 20-02-2017 – Gerakan Jihad Islami menyelar sekeras-kerasnya serbuan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) ke atas majlis yang diadakan untuk seorang bekas tahanan Muhanad Jaradat pada Isnin di kampung Silat al-Harithiya, di barat Jenin, Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan akhbar, Jihad Islami menyatakan yang unit keselamatan PA menyerbu majlis itu dan mengeluarkan bendera-bendera dari kenderaan milik para pemimpin dan ahlinya. Gerakan itu mahu PA bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang disifatkan sebagai menimbulkan kekacauan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Ghoul: rang undang-undang Israel adalah tidak sah dan berunsur perkauman

Rabu, 15-02-2017 – Ketua jawatankuasa dewan perundangan Palestin (PLC), Mohammad al-Ghoul, berkata yang rang undang-undang Israel yang meng’halal’kan penempatan di Tebing Barat adalah berunsur perkauman dan tidak sah. Rang itu bertujuan meng’halal’kan perbuatan rampasan tanah milik rakyat Palestin seperti yang berlaku pada peristiwa Nakba tahun 1948, katanya.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Ghoul menyelar kelulusan rang itu serta menyifatkan yang semua peraturan Israel adalah tidak sah kerana ia diluluskan oleh kerajaan haram.

Ghoul menyeru masyarakat antarabangsa agar menyelar undang-undang Israel dan mendakwa Israel di mahkamah jenayah antarabangsa. Beliau menekankan kepentingan menyatakan yang peraturan dan rang undang-undang oleh Israel adalah bertentangan dengan kemanusiaan serta merupakan sebahagian jenayah antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel lulus pembinaan 46 penempatan haram baru di Baitulmuqaddis.

Rabu, 15-02-2017 – Pihak berkuasa Perbandaran Israel meluluskan pembinaan 46 buah kawasan penempatan haram baru di Gilo dan 112 buah rumah di penempatan Ramat Shlomo, kedua-duanya di Baitulmuqaddis, siar akhbar Haaretz Hebrew.

Kelulusan itu diumumkan seperti mana beratus buah lagi penempatan haram baru sejak Donald Trump dilantik menjadi Presiden AS bulan lepas.

Walaupun, akhbar itu menyiarkan kenyataan Timbalan Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Meir Turgeman yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menentang pembinaan bangunan Givat Hamatos, di utara Baitulmuqaddis yang menjadi kontroversi itu tetapi Netanyahu ada menyebut bahawa tiada lagi sekatan untuk pembinaan di bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

17 Majlis Tempatan Gesa Pembatalan Undang-Undang Baru Israel

Rabu, 15-02-2017 – 17 Majlis Tempatan Palestin (15 kampung dan 2 bandar) bersama-sama dengan 3 pertubuhan hak asasi manusia, Pusat Adalah, Pusat Bantuan Guaman & Hak Asasi Manusia BaitulMaqdis serta Pusat al-Mizan telah memfailkan petisyen dengan Mahkamah Agung Israel menuntut pembatalan undang-undang penjajahan baru Israel.

Petisyen terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Knesset Israel itu bagi menghalang kebenaran rampasan tanah dan perluasan penempatan Zionis di Tebing Barat, selain itu, rang undang-undang itu adalah tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, undang-undang baru Israel itu secara jelas melanggar hak Palestin untuk pemilikan hartanah di Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rundingan Diteruskan antara Tahanan Palestin dan Jabatan Penjara Israel

Rabu, 15-02-2017 – Pejabat Media Banduan menafikan apa yang telah dilaporkan di media berhubung perjanjian antara tahanan Palestin dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah dicapai.

Abdurrahman Shadid, Ketua Pejabat Media Banduan, menegaskan bahawa rundingan masih berlaku di antara kedua-dua pihak dan tiada perjanjian telah dicapai lagi.

Shadid memberitahu wartawan PIC bahawa tahanan Palestin baru sahaja memulakan sesi perbincangan baru dengan IPS. Beberapa isu telah dipersetujui dan lain-lain masih dalam perbincangan, katanya.

Penjara Israel menyaksikan, awal Februari, serbuan besar-besaran dan kempen pencegahan oleh Angkatan Khas Israel. Ini membawa kepada dua serangan menikam oleh tawanan Palestin terhadap warden penjara Israel sebagai reaksi kepada serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israel Rampas Tanah Pertanian Rakyat Palestin

Jumaat, 10-02-2017 – Sekumpulan peneroka Israel melancarkan kempen merampas berpuluh-puluh tanah Palestin di selatan wilayah Nablus dengan memasang kawat berduri.

Menurut laporan di kampung Qaryut, Bashar al-Qaryuti berkata, peneroka Israel mula memasang pagar dalam tanah rakyat Palestin berhampiran Hioval. Al-Qaryuti menegaskan bahawa Israel berhasrat untuk menjajah tanah-tanah yang dirampas. Beliau turut mempersoalkan propaganda Israel sebenarnya hanya mahu mendapatkan kawasan itu.

Dalam temu bual dengan agensi berita al-Quds Press, al-Qaryuti berkata peneroka Israel, diiringi oleh pengawal keselamatan, mula memasang pagar berduru sekitar penempatan itu serta tidak memohon kebenaran terlebih dahulu kepada pemilik tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Taha menyelar pihak berkuasa Lubnan kerana merancang untuk memusnahkan kediaman para pelarian.

Jumaat, 10-02-2017 – Ahli biro politik Hamas, Jihad Taha menyelar pihak berkuasa Lubnan kerana mengeluarkan arahan memusnahkan kediaman 50 orang pelarian Palestin di komuniti al-Qasimiyah, utara bandar Tyre.

Dalam kenyataan kepada rangkaian satelit al-Aqsa, Taha berkata yang tindakan itu merupakan satu lagi usaha mennghalau rakyat Palestin dan akan terus memberi kesan buruk kepada isu pelarian Palestin dan hak mereka untuk kembali.

Beliau menyeru agar isu pelarian Palestin di Lubnan terus diberi perhatian menerusi perbincangan di antara kerajaan dan para pemimpin pelbagai kumpulan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Perarakan Solidariti Untuk Tahanan Penjara di Nablus

Jumaat, 10-02-2017 – Berpuluh-puluh penduduk Palestin dan aktivis di Bandar Nablus menyertai perarakan pada Isnin lepas bagi menunjukkan solidariti kepada tahanan Palestin di Penjara Israel.

Pendemonstran memegang banner dan gambar tahanan terutama yang sedang mogok lapar dalam usaha mendapat sokongan yang lebih kuat dari masyarakat. Pendemonstran juga menggesa Pertubuhan Hak Asasi Manusia dan Badan Berkuasa Palestin untuk mengutamakan is tahanan Palestin dan melindungi mereka dari kekejaman dan kezaliman Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Perkenal undang-undang baru, denda pihak boikot penempatan haram.

Jumaat, 10-02-2017 – Akhbar Haarets menyiarkan berita ahli parlimen Israel, Bayit Yehudi yang mahu undang-undang baru diperkenal bagi menghukum mana-mana institusi atau syarikat yang cuba memboikot usaha pembinaan di penempatan haram.

Undang-undang yang dicadang itu bertujuan bagi membolehkan rejim Israel membantu penduduk Yahudi untuk tinggal dan membina penempatan haram lebih jauh, masuk ke wilayah Palestin di Tebing Barat. Sebelum ini, banyak syarikat enggan membekalkan barangan mereka menyeberangi Garis Hijau samada atas alasan keselamatan atau pelbagai alasan lain, siar akhbar itu lagi.

Garis Hijau merupakan garisan yang dilakar oleh rejim Israel bagi membezakan antara dua wilayah, satu yang dijajah pada tahun 1948 dan satu lagi pada 1967.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Lancar 19 Serangan Udara Ke Timur Gaza

Jumaat, 10-02-2017 – Militan penjajah Zionis pada Isnin (6/2/2017) malam melancarkan serangan meriam dan serangan udara ke pelbagai target di Semenanjung Gaza, setelah melakukan serangkaian serangan ke sejumlah wilayah sejak Isnin lalu.

Sumber pihak Keselamatan di Semenanjung Gaza menyebutkan bahawa pesawat tempur penjajah Ziois pada Isnin malam melancarkan 19 serangan udara. Sebanyak 15 serangan berlaku di lokasi timur kampung Syujaiyah di Gaza. Ditambah dua serangan di timur daerah Taqa dan dua serangan udara ke Jabal Ris.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Asyraf Qudrah mengatakan dua orang mangsa cedera tiba di Hospital Nasher di Khanyunis akibat serangan udara Zionis ke deretan kedai di barat Khanyunis.
Menurut wartawan Pusat Informasi Palestin, jumlah yang tercedera sejak serangan yang dilancarkan pasukan penjajah Zionis ke Jalur Gaza sejak Isnin adalah seramai tiga orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin memberi penghormatan terakhir kepada as-syahid Abu Gosh di Baitulmuqaddis

Jumaat, 10-02-2017 – Ratusan warga Palestin memberi penghormatan terakhir pada Ahad kepada as-syahid Hussein Abu Ghosh, seorang warga Palestin berusia 24 tahun dari kem pelarian Qalandia yang ditembak mati oleh rejim Israel pada 25 Januari.

Para hadirin di majlis pengebumian itu melaungkan slogan anti Israel dan menuntut keadilan. Demonstrasi berterusan di kem tersebut bagi memperingati Abu Gosh, akhbar Quds melaporkan.

Rejim Israel memulangkan jenazah Abu Ghosh kepada keluarganya pada Sabtu. Beliau dibunuh oleh tentera rejim di pintu kemasukan penempatan Kokhav Yaakov di Tebing Barat setelah beliau dikatakan cuba merosakkan kereta, tentera rejim mendakwa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Melawat London

Jumaat, 10-02-2017 – Laman Sesawang Walla melaporkan Perdana Menteri Israel; Benjamin Netanyahu terbang ke London pada Ahad lepas untuk mengadakan satu pertemuan dengan Peradana Menteri UK Theresa May dan Menteri Hal-Ehwal Antarabangsa UK.

Laman itu melaporkan pertemeuan tersebut diadakan bagi membincangkan isu serantau khususnya ketegangan di antara Washington dan Tehran berkenaan ujian peluru berpandu ballistik yang telah dijalankan minggu lepas dan juga isu-isu Palestin.

Theresa May merupakan pemimpin dunia pertama yang menemui Presiden Amerika Syarikat yang baru; Donald Trump seminggu selepas Trump menjalankan tugasnya menggantikan Barrack Obama dan Netanyahu dijadualkan untuk menemui Presiden baru itu pada minggu hadapan.

Pertemuan diantara dua pemimpin tertinggi itu akan memberikan peluang kepada Netanyahu untuk menilai pendirian Trump mengenai isu yang akan dibincangkan. Isu Palestin dijangkakan untuk menjadi isu utama perbincangan diantara Netanyahu dan May yang dikenali sebagai penyokong kuat Israel di persada politik antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Delegasi Turki tiba di Gaza bincang dan selesai krisis tenaga.

Selasa, 07-02-2017 – Delegasi Turki tiba di Gaza melalui pintu sempadan Beit Hanoun bagi mencari jalan mengatasi krisis bekalan tenaga elektrik yang melanda dan masih tidak selesai sejak beberapa tahun lalu di wilayah Gaza yang terkepung itu.

Menurut wartawan PIC, delegasi Turki yang terdiri dari 10 pegawai itu akan melakukan pemeriksaan ke atas beberapa projek yang mendapat khidmat nasihat kerajaan Turki.

Satu kenyataan rasmi pihak berkuasa tenaga Palestin menyatakan bahawa delegasi itu juga akan melakukan siri lawatan ke beberapa projek bagi melihat masalah yang menyebabkan krisis tenaga itu terus berlaku di wilayah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin mhd ali