Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencederakan 29 orang Palestin di pantai Gaza

Khamis , 11-10-2018 – Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin cedera pada malam Isnin ketika Regim Zionis Israel (IOF) menembak menggunakan machinegun mereka ke arah ribuan penunjuk perasaan di utara Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 11 orang cedera akibat peluru hidup, lapan mengalami kecederaan akibat terkena serpihan dan enam terkena bom gas.Sembilan kanak-kanak dan lima wanita termasuk mereka yang cedera itu, menurut kementerian itu. Awal Isnin, beribu-ribu rakyat Palestin menyertai demonstrasi pantai menuntut pengakhiran pengepungan 11 tahun Israel ke Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin berhenti mengambil ubat

Khamis , 11-10-2018 – Tahanan Palestin Mus’ab Akef Ashtiyeh berhenti mengambil ubat untuk 4 minggu berturut-turut sebagai bantahan ke atas tempoh penahanannya yang diperbaharui. Bapa Ashtiyeh menyatakan kerisauan beliau terhadap situasi kesihatan anaknya yang menderita akibat hyperthyroid dan tekanan darah tinggi. Ashtiyeh, 26, telah berhenti mengambil ubat sejak 13 September setelah dipindahkan ke pusat siasatan Petah Tikva.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

500 rakyat Palestin ditangkap gara-gara Facebook.

Selasa , 09-10-2018 – Rejim Zionis telah menahan kira-kira 500 orang Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak dan Ahli Parlimen, hanya kerana memuat naik nukilan di media sosial mereka, yang dilaporkan oleh Palestine Center for Prisoners Studies.

Jurucakap pusat Riyadh Al-Ashqar mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel mula menahan orang Palestin ekoran sangkaan menghasut sejak bermulanya Intifada Jerusalem. Rejim Zionis telah menggunakan “Unit Siber” yang baru ditubuhkan untuk memantau siaran media sosial Palestin, katanya. Unit ini, Al-Ashqar berkata, mengklasifikasikan mana-mana posting Facebook yang memuji warga Palestin yang shahid, mendedahkan jenayah Israel, dan menyokong ketahanan sebagai “hasutan keganasan”.

Beratus-ratus orang Palestin telah dijatuhi hukuman. Ada yang lain ditahan di bawah tahanan rumah dan ditolak menggunakan platform media sosial, katanya. Al-Ashqar mengutuk penangkapan sedemikian yang “jelas melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.” Beliau membuat kesimpulan dengan memanggil komuniti antarabangsa untuk melindungi hak kebebasan bersuara rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Israel menimbang untuk usir pelajar AS sokong boikot.

Selasa , 09-10-2018 – Mahkamah Daerah Tel Aviv dijangka memberi tarikh baru untuk mendengar rayuan terhadap keputusan mengusir seorang pelajar perempuan, rakyat AS keturunan Palestin yang ingin memasuki Israel pada minggu lalu kerana didakwa menyokong gerakan memboikot negara tersebut.

Lara Alqasem mengemukakan rayuan terhadap perintah usir yang dikenakan ke atas dirinya selepas sebuah Mahkamah Rayuan di Tel Aviv yang sebelum itu memutuskan bahawa pihak berkuasa tidak melakukan sebarang kesilapan seperti mana yang dikehendaki dalam garis panduan sedia ada yang membolehkan dia perlu dihantar pulang ke negara asalnya, demikian lapor akhbar Haaretz.

Alqasem, 22 tahun yang datuknya berasal dari Palestin telah dihalang dari memasuki Israel semasa tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion pada hari Selasa minggu lepas walaupun beliau memiliki visa pelajar yang dikeluarkan oleh konsulat Israel di Miami, AS untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Hebrew of Jerusalem. Buat masa ini, beliau masih ditahan di bilik tahan di lapangan terbang itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan serangan, menahan rakyat Palestin di Tebing Barat

Selasa , 09-10-2018 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menyoal-siasat dan menahan rakyat Palestin ketika serbuan di bandar Tulkarem rentetan serangan tembakan anti Israel dekat penempatan Burqan, Salfit.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOF memecah masuk kediaman rakyat Palestin Adib Qasem, 58, dan menahan beliau bersama anaknya Majdy, 24. IOF kemudiannya terus menyerbu kampung Shweika di Tulkarem dan melancarkan soal siasat besar-besaran untuk mencari penyerang di Burqan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan Salfit Tindak Balas Semula Jadi

Selasa , 09-10-2018 – Pergerakan Islam, Hamas, pada hari Ahad memuji serangan menembak anti-penjajahan awal hari di bandar Salfit, Tebing Barat di mana dua peneroka Israel terbunuh dan seorang cedera.

Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa serangan itu adalah tindak balas semulajadi terhadap jenayah harian penjajah/pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestin.

Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berdiam diri berbanding pencerobohan harian pendatang haram Israel ke Masjid al-Aqsa, percubaan Israel untuk menghancurkan seluruh kampung Palestin, seperti Khan al-Ahmar, kempen penangkapan harian di Tebing Barat, pengepungan yang dikenakan ke atas Jalur Gaza selama lebih satu dekad, dan tentera Israel membunuh penunjuk perasaan damai berhampiran sempadan Gaza.

Hamas menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satunya pilihan rakyat Palestin, dan mereka akan membuat Zionis Israel membayar “harga berat” untuk jenayahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mogok Lapar Khader Adnan di Penjara Israel Memasuki Hari ke-36

Selasa , 09-10-2018 – Tahanan Palestin, Khader Adnan yang melakukan mogok lapar di penjara Israel kini memasuki hari ke-36 berturut-turut. Isteri Khader Adnan dalam satu kenyataan akhbar menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan suaminya terutama dengan semua pengasingan dan
pengecualian perubatan yang dihadapi suaminya. Dia juga mengatakan bahawa layanan dari pihak atasan terhadap isu suaminya itu tidak memenuhi jangkaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Warga Israel langgar sekumpulan kambing.

Selasa , 09-10-2018 – Pendatang berbangsa Yahudi dilaporkan telah terlibat dengan langgar lari pada pada petang Rabu melibatkan kawanan kambing biri-biri di sebuah jalan di kawasan Tebing Barat di selatan al-Khalil.

Menurut sumber tempatan – Pusat Maklumat Palestin (PIC), seorang pengembala bernama Ismail ad-Daghamin melintasi Jalan 60 berhampiran kampung Ghuwein dan kampung as-Samu di al-Khalil dengan kambingnya, dan secara tiba-tiba suspek mempercepatkan kereta ke arahnya dalam usaha untuk bunuh dia. Tujuh ekor kambing biri-biri mati dalam serangan kenderaan tersebut sementara gembala itu terselamat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Hamas: Keputusan AS tarik diri dari protokol Vienna mencerminkan dasar menyendiri negara itu.

Isnin , 08-10-2018 – Pertubuhan Pergerakan Hamas berkata, keputusan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari protokol Vienna dalam pekara resolusi pelanggaran mencerminkan politik menyendiri negara tersebut.

“Keputusan pentadbiran AS menarik diri dari protokol Vienna pekara resolusi pelanggaran membuktikan bahawa negara itu semakin menyendiri hasil dari mengamalkan dasar berat sebelah dan tidak peduli, ” tulis Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas dalam ruang pendapat di Twitter

Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton mengumumkan pada hari Rabu lepas bahawa negaranya telah mengambil keputusan menarik diri dari “protokol pilihan” dalam Konvensyen Vienna 1961 dalam pekara Hubungan Diplomatik. Beliau berkata, ini berikutan tindakan pihak Palestin yang membawa kesnya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencabar tindakan negaranya memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

90 peratus penduduk Gaza hidup tanpa bekalan air bersih.

Jumaat , 05-10-2018 – Pusat Biro Perangkaan Palestin (PCBS) mendedahkan bahawa peratusan isi rumah yang mendapat bekalan air bersih di Semenanjung Gaza hanya 11% berbanding 95 % di Tebing Barat.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak PCBS, sebanyak 62% keluarga yang menetap di bangunan kediaman menerima bekalan air minum dari sumber yang selamat, iaitu dari rangkaian paip air awam samada yang disambung terus ke rumah, pili air awam, perigi, kolah air hujan atau pun air mineral di mana 58% tinggal di bandar, 94% di luar bandar manakala 44% lagi tinggal di kem pelarian.

Sementara itu, angka dari PCBS menunjukkan bahawa 7% bangunan kediaman di Semenanjung Gaza adalah rumah sewa sementara di Tebing Barat, 10%. Peratusan warganegara yang tinggal di rumah sewa ialah 8% (10% di rumah sewa yang terletak di kawasan bandar, 3% di kawasan luar bandar) sementara 7% lagi tinggal di kem-kem pelarian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warga emas terbunuh di timur Gaza

Jumaat , 05-10-2018 – Seorang lelaki warga emas Palestin telah dibunuh pada petang Selasa oleh tembakan dari kereta kebal Israel di timur kem pelarian al-Maghazi kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Wartawan PIC berkata yang Ibrahim al-Arrouqi, 78, telah ditembak oleh peluru 250-mm dari kereta kebal Israel yang bertempat di bahagian Israel sempadan timur Gaza. Beliau menambah yang al-Arrouqi telah ditembak ketika duduk di hadapan rumahnya yang mana agak jauh dari pagar sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan para pemogok lapar di penjara Israel semakin teruk

Rabu , 03-10-2018 – Kumpulan hak asasi terus menyuarakan kebimbangan tentang keadaan kesihatan tahanan Palestin Khader Adnan, yang sedang mogok lapar sejak 30 hari lalu bagi membantah penahanan beliau.

Menurut Yayasan Muhjat al-Quds, Khader Adnan telah mengumumkan tentang mogok lapar beliau lebih kurang 30 hari lalu membantah penahanan tanpa sebab beliau. Muhjat al-Quds menyeru masyarakat antarabangsa dan institusi hak asasi seperti Palang Merah agar segera masuk campur dan menekan rejim zionis untuk membebaskan Adnan yang merupakan salah seorang tahanan Palestin yang ditahan tanpa sebab.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi rosakkan harta benda penduduk Palestin.

Rabu , 03-10-2018 – Pelampau Yahudi bertindak memasuki Kota Baitulmuqaddis dan melakukan kekacauan di dalam bandar tersebut di hari terakhir cuti umum sempena sambutan Pesta Sukkot (Pesta Menuai), Ahad kelmarin.

Menurut sumber di tempat kejadian, ekstremis Yahudi tersebut dilihat turut menyerbu dan menyerang penduduk Palestin yang tinggal di kawasan Musrara. Mereka menyerang warga Palestin, memukul kereta di tempat letak kereta dan merosakkan kedai-kedai di sepanjang jalan yang mereka lalui di bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel luaskan kawasan perkilangan atas tanah milik penduduk Palestin.

Selasa , 02-10-2018 – Jentolak Israel giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di atas tanah milik penduduk Palestin yang terletak di sebelah barat daerah Salfit, Tebing Barat untuk tujuan membesarkan lagi kawasan penempatan haram Yahudi.

Menurut kata saksi kepada Palestinian Information Centre (PIC), jentolak dan jengkaut Israel telah menceroboh dan meratakan tanah kepunyaan warga Palestin yang menganjur sehingga ke kawasan Batn al-Hamam, barat Salfit. Tindakan tersebut merupakan sebahagian dari rancangan rejim Israel untuk meluaskan zon perindustrian di kawasan itu.

Berikutan itu, seorang penyelidik, Khaled Maali telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang kerosakan yang berlaku di situ akibat dari perlaksanaan projek tersebut yang menurutnya telah melanggar undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar Khader Adnan masuk hari ke 24.

Isnin , 01-10-2018 – Mogok lapar Sheikh Khader Adnan yang sedang ditahan di penjara Israel telah memasuki hari ke 24. Kenyataan media dikeluar Yayasan Mohjat al-Quds menyatakan bahawa beliau tetap meneruskan mogok laparnya kerana membantah penahanan secara berasingan yang dikenakan ke atas dirinya bukan kerana dinafikan dari menerima lawatan ahli keluarga dan peguam.

Pihak yayasan turut menyatakan kebimbangan mereka dan meminta seluruh organisasi hak asasi manusia dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa supaya campurtangan dengan segera dan mendesak agar rejim Israel menamatkan keganasan terhadap tahanan warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali