Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melanjutkan tempoh reman para tahanan warga Palestin

Isnin, 12-03-2018 – Rejim Israel (IOA) melanjutkan tempoh reman sejumlah tahanan Palestin pada Selasa, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun. Sumber tempatan mengesahkan yang mahkamah tentera Salem melanjutkan tempoh reman Qassem Abu Baker, 16, untuk lebih seminggu bagi ke 13 kalinya. Manakala, Mahkamah Salem melanjutkan tempoh penahanan 3 lagi tahanan dari bandar Yabad, barat daya Jenin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

15000 Wanita Palestin Ditahan Israel Sejak 1967

Isnin, 12-03-2018 – Lebih 15,000 wanita Palestin telah ditahan oleh pasukan keselamatan Israel (IOF) sejak 1967, menurut Ketua Komiti Isteri dan Bekas Tahanan, Issa Qaraqe pada Selasa.

Dalam ucapannya yang disampaikan pada majlis penghormatan untuk pekerja perempuan Jawatankuasa dan Pertubuhan Palestin di Hari Wanita Antarabangsa, Qaraqe berkata bahawa 62 wanita Palestin masih menderita di penjara Israel.

Jumlah itu termasuk 8 wanita yang cedera, 10 remaja perempuan, 20 orang yang berkahwin, dan 3 yang lain yang berada di bawah tahanan pentadbiran haram tanpa sebarang pertuduhan, kata Qaraqe.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ratakan tanah, bina kem di Lembah Jordan.

Isnin, 12-03-2018 – Tentera rejim Israel didapati telah meratakan tanah bagi memulakan kerja-kerja pembinaan kem untuk persediaan latihan ketenteraan di atas tanah pertanian milik penduduk Palestin di al-Hummusa al-Foqa, sebuah bandar yang terletak di utara Lembah Jordan

Menurut kata seorang aktivis Palestin, Mutaz Besharat kepada Quds Press, tindakan tentera Israel itu membuktikan bahawa keganasan rejim Israel masih berterusan di wilayah tersebut. Kata beliau lagi, pihak tentera rejim turut mengarahkan 16 keluarga Palestin yang tinggal di lembah itu untuk berpindah dengan alasaan latihan tentera akan diadakan di situ.

Sehari sebelum itu, pendatang haram Yahudi telah menceroboh dan meratakan tanah pertanian kepunyaan penduduk Palestin berhampiran bandar Massafer Yatta, selatan al- Khalil, terang Besharat lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bertindak ganas ke atas petani Palestin di Nablus.

Rabu, 07-03-2018 – Tindakan pendatang haram Yahudi menyerang petani warga Palestin di bandar Asria al-Qibliyah, selatan daerah Nablus telah dilaporkan berlaku, baru-baru ini.

Tindakan ganas yang dilakukan oleh para pendatang dari penempatam haram Yitzhar yang dibina di atas tanah milik penduduk Palestin itu bukan sahaja ke atas petani Palestin malah penduduk tempatan yang sedang bekerja membina jalan menuju ladang mereka. Demikian lapor wakil pemberita Palestinian Information Center (PIC).

Sejak kebelakangan ini, perbuatan ganas yang dilakukan oleh pendatang Yahudi di sepanjang sempadan bahagian utara Tebing Barat terutama di Nablus dilaporkan semakin meningkat. Antaranya mereka sering membakar, mencuri harta benda, menceroboh tanah, memukul dan menconteng perkataan berbaur perkauman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Jihad Islami menemui delegasi Mesir di Gaza.

Rabu, 07-03-2018 – Pemimpin gerakan Jihad Islami menemui delegasi Mesi di semenanjung Gaza pada Ahad lepas. Biro politik Jihad Islami, Nafedh Azzam dan Khaled al-Batesh menemui delegasi Mesir yang diketuai pegawai perisikan, Sameh Nabeel di kediaman delegasi tersebut.

Rombongan Mesir tersebut tiba di Gaza minggu lepas bagi memantau kemajuan usaha penyatuan di antara fraksi-fraksi di Gaza dan memantau keadaan kemanusiaan di kawasan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan di Gaza

Rabu, 07-03-2018 – Bot tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan Palestin Israeli yang sedang belayar di pinggir pantai Gaza. Menurut sumber tempatan, kapal perang Israel melepaskan tembakan kepada bot nelayan warga Palestin yang berlayar dalam zon enam batu nautika, di luar pantai al-Nusairat, pertengahan Semenanjung Gaza.

Tentera laut Israel kerap melepaskan tembakan kepada para nelayan Palestin walaupun mereka belayar dalam kawasan yang dibenarkan, sekaligus melanggar perjanjian gencatan senjata sejak 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israel Memecah Masuk Masjid Aqsa

Rabu, 07-03-2018 – Segerombolan peneroka Israel menyerbu Masjid al-Aqsa pada Ahad lalu di bawah perlindungan pihak polis. Wartawan mengatakan bahawa seramai 46 orang peneroka masuk ke Masjid melalui Pagar al-Maghareba dan satu kawalan ketat dikenakan di pintu al-Aqsa.

Beliau menegaskan bahawa bekas ketua Shin Bet, Ami Ayalon mengetuai 32 pelajar Yahudi ke kawasan masjid dan menyampaikan
pembentangan mengenai sejarah “Kuil Gunung” disitu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan bekas gabenor al-Khalil

Isnin, 05-03-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan bekas gabenor bandar al-Khalil Abdel Halim Ja’bari pada petang Selasa setelah dipanggil untuk siasatan.

Sumber tempatan mengesahkan yang Ja’bari, 70, telah dipanggil pada pagi Selasa untuk siasatan di Pusat Siasatan Etzion dan kemudiannya ditahan. Ja’bari pernah menjadi ketua hal-ehwal akademik Universiti al-Khalil, gabenor al-Khalil di antara tahun 2002 hingga 2007, dan gabenor Jericho pada 2008.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Cairo-perbincangannya dengan Hamas berhubung penyatuan semula berjalan lancar.

Isnin, 05-03-2018 – Sesi perbincangan antara delegasi keselamatan Mesir dengan pihak Hamas akan diadakan lagi supaya proses penyatuan semula di Palestin dapat dipercepatkan. Menurut jurucakap Hamas, Hazem Kasem menyatakan bahawa barisan kepimpinan pergerakan tersebut yang diketuai oleh Yahya Sinwar telah mengalu-alukan lawatan delegasi Mesir yang diterajui Sameh Nabeel ke ibu pejabat pertubuhan itu di Gaza.

Kedua-dua belah pihak telah membuka lembaran baru dengan memulakan perbincangan dan merentis jalan yang memungkinkan proses penyatuan semula di Palestin bakal menjadi kenyataan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel akan membincangkan rang undang-undang yang menghalang kembalinya jenazah syahid

Rabu, 28-02-2018 – Jawatankuasa Menteri Israel untuk Perundangan ditetapkan pada hari Ahad untuk membincangkan rang undang-undang yang mengharamkan kembalinya jenazah syahid Palestin kepada keluarga mereka.

Menurut laman web saluran TV Ibrani 7, rang undang-undang itu dimulakan oleh MKs dari pihak pelampau Yahudi Rumah dan Yisrael Beiteinu. Rang undang-undang itu menyediakan untuk menahan jenazah syahid Palestin selagi puak-puak Palestin menahan rakyat Israel atau mayat orang Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin hantar delegasi ke Gaza

Rabu, 28-02-2018 – Delegasi pegawai dari kementerian pihak Berkuasa Palestin (PA) tiba di Semenanjung Gaza pada hari Ahad, kelmarin. Kehadiran mereka adalah untuk membuat persiapan bersama dengan pihak Gaza bagi menyambut kedatangan delegasi keselamatan kerajaan Mesir.

Menurut jurucakap pihak PA, Yosuf al-Mahmod para pegawai itu juga akan membuat lawatan susulan berikutan kunjungan menteri PA ke bahagian selatan Semenanjung Gaza sebelum ini.

Laporan akhbar Quds Press memetik kenyataan al-Mahmod sebagai berkata, pihak PA akan mengadakan mesyuarat mingguan pada hari hari Selasa ini di Ramallah yang mana ia akan turut disertai oleh pihak Gaza melalui sidang video. Jelasnya lagi, lawatan pada hari Ahad itu adalah untuk membuat persiapan bagi mesyuarat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Sokongan para konspirator membantu Trump dalam isu Baitulmuqaddis

Rabu, 28-02-2018 – Bekas Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal pada Ahad menyeru Turki agar melaksanakan tindakan praktikal untuk menyokong Baitulmuqaddis dan menghentikan keputusan AS untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke kota suci itu pada 14 Mei.

Ia disuarakan ketika mesyuarat dengan sejumlah institusi awam Turki di Istanbul untuk membincangkan perkembangan terkini tentang isu Baitulmuqaddis serta ‘perjanjian abad ini’ oleh AS. Mishaal menyeru agar mempertingkatkan sokongan ke atas Baitulmuqaddis dan melancarkan projek ekonomi Turki bagi menguatkan rakyat Palestin di kota suci.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang Nelayan Terbunuh, 2 Cedera dalam Serangan oleh Tentera Laut Israel

Rabu, 28-02-2018 – Seorang nelayan Palestin terbunuh manakala dua lagi cedera selepas sepasukan Tentera Laut Israel melepaskan tembakan ke atas kapal nelayan walaupun mereka berlayar dalam kawasan zon perikanan yang ditetapkan di luar kawasan al-Sudaniya, utara bandar Gaza.

Tentera Israel menghala api kearah sebuah kapal nelayan Palestin yang membawa tiga nelayan lalu membunuh salah seorang daripada mereka dan mencederakan dua yang lain. Mereka berada didalam keadaan kritikal, kata ketua Gabungan Nelayan Gaza,
Nizar Ayyash kepada Pusat Maklumat Palestin.

Jurucakap tentera Israel mendakwa perahu itu melebihi kawasan yang dibenarkan untuk memancing dan tiba berdekatan pantai Zikim yang di utara Semenanjung Gaza yang dihalang untuk memancing.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Gereja Holy Sepulchre Tutup Sebagai Bantahan Cukai

Rabu, 28-02-2018 – Gereja Holy Sepulchre ditutup pada hari Ahad sebagai protes Majlis Perbandaran Jerusalem yang diuruskan oleh Israel untuk mengenakan cukai ke atas gereja-gereja di bandar. Keputusan itu diumumkan semasa sidang akhbar yang diadakan oleh ketua gereja-gereja Kristian Jerusalem di halaman Gereja Makam Suci.

Langkah itu juga datang untuk membantah rang undang-undang Israel yang membolehkan Israel menyerang harta gereja di Jerusalem Diduduki. Bilangan orang Kristian di Jerusalem pada masa ini adalah 10,000-12,000, sementara jumlah penduduknya adalah 300,000. Ketua gereja Kristian di Jerusalem mengatakan bahawa Israel berusaha untuk melemahkan kehadiran Kristian di kota suci.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel mengetatkan kawalan di Tebing Barat susulan sambutan perayaan Yahudi

Rabu, 28-02-2018 – Tentera Israel telah mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar Tebing Barat susulan sambutan perayaan Purim oleh penduduk Yahudi. Menurut sumber berita Israel, sekatan jalanraya akan dilakukan bermula pagi Selasa sehingga Ahad.

Purim adalah perayaan kaum Yahudi bagi mengingati peristiwa terselamatnya kaum Yahudi dari Hamam yang merancang untuk membunuh semua kaum Yahudi ketika era pemerintahan empayar Achaemenid di Persia. Kisah ini direkodkan didalam kitab Esther.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea