Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Cedera Parah Ditembak Israel

Khamis, 31-01-2019 – Seorang pemuda Palestin ditembak dan menyebabkan kecederaan tentera Israel yang ditempatkan di sempadan timur kem pelarian al-Bureij di kawasan tengah Gaza, pada Ahad lepas.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas sekumpulan pemuda Palestin berhampiran sempadan Gaza yang mencederakan seorang lelaki berusia 25 tahun yang kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan. Dalam serangan yang sama pada Sabtu lalu, seorang pemuda Palestin turut tercedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan


Categories
Berita Semasa

Tolak Israel, Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Kejuaraan Renang Para Dunia 2019

Khamis, 31-01-2019 -  Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, IPC hari ini telah membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 setelah Kuala Lumpur menyatakan ketegasan dan melarang atlet Israel untuk menyertai kejuaraan tersebut. Petandingan Renang Para Dunia sebelum ini dijadualkan akan diadakan di Kuching, Sarawak Malaysia, pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. 

Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.

"Ketika sesebuah negara menganjurkan pertandingan sukan namun melarang penyertaan sesebuah negara kerana alasan politik, kami tidak memiliki alternatif selain mencari tuan rumah yang baru," katanya. Malaysia, termasuk negara Asia Tenggara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, telah mengumumkan bahawa mereka akan melarang warga Israel untuk menyertai sebarang acara sukan yang mereka anjurkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menyerbu Tulkarem, Menyoal Siasat Rakyat Palestin

Khamis, 31-01-2019 – Rejim Zionist Israel (IOF) telah menyerbu bandar Saida di Tulkarem Ahad lalu dan menyoal siasat beberapa rakyat Palestin.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa IOF menyerbu Saida dengan mengadakan sekatan di beberapa jalan, dan mendirikan beberapa pusat pemeriksaan.

Mereka menambah bahawa IOF menahan sebilangan rakyat Palestin, meneliti ID mereka, dan menyoal mereka selama berjam-jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Askar Israel letupkan bendera Palestin yang terdapat di sempadan Gaza.

Isnin , 28-01-2019 – Anggota tentera rejim Israel bertindak meletupkan bendera Palestin yang terpacak berhampiran pagar sempadan, pagar yang menjadi pemisah dan mènyebabkan Semenanjung Gaza terkepung dengan wilayah yang telah dikuasai Israel.

Menurut laman berita berbahasa Yahudi, Walla berkata bahawa anggota tentera rejim bimbang bendera itu merupakan bom jerangkap samar yang dipasang penduduk Palestin.

Bendera itu dikibarkan oleh penduduk Palestin semasa perhimpunan tunjuk perasaan anti pengepungan yang mereka adakan di kawasan itu, tempoh hari.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan peluru Israel di Baitulmuqaddis

Isnin , 28-01-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera teruk pada petang Khamis dalam satu serang hendap oleh tentera penyamar di kem pelarian Shu’fat, timur laut Baitulmuqaddis.

Paramedik Bulan Sabit Palestin berkata yang kanak-kanak berusia 15 tahun itu menerima rawatan kecemasan cedera belakang yang teruk setelah beliau ditebak oleh tentera rejim zionis.

Tidak berapa lama kemudian, tentera rejim menculik beliau yang bernama Mohamed Essam al-Kawasmi itu dalam perjalanannya ke bilik pembedahan di Hospital Hadassha.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Tun M: Malaysia sentiasa bersama Palestin.

Isnin , 28-01-2019 – Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, telah menyatakan sokongannya terhadap Palestin. Dalam perbualan telefon bersama pimpinan Hamas, Ismail Haneyya, Tun Mahathir mengutuk perbuatan Israel sebagai suatu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.
Mohamad berjanji bahawa Malaysia akan sentiasa berdiri di bersama rakyat Palestin sehingga mereka memperoleh hak-hak yang diperjuangkan.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Mahathir: Israel ialah negara penjenayah dan rakyatnya tidak dialu-alukan

Isnin , 28-01-2019 – Malaysia berhak untuk tidak membenarkan para atlet dari ‘negara penjayah’ seperti Israel memasuki negara, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed berkata.

Perdana Menteri Malaysia itu menyatakan dalam sidang akhbar di Vienna yang setiap negara berhak untuk menerima atau menolak kemasukan rakyat dari negara lain.

“Amerika membina tembok tinggi untuk menghalang rakyat Mexico dari memasuki AS. Kami juga mempunyai hak yang sama untuk menghalang kemasukan pengganas.”

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel tolak hingga rata tanah di al-Khalil dan Nablus.

Jumaat, 25-01-2019 – Rejim zionis Israel bertindak menceroboh dan menolak hingga rata sebidang tanah pertanian milik penduduk Palestin di kawasan Wad al-Sam yang terletak di bandar al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Sumber berita di tempat kejadian memberitahu, beberapa buah jentolak dengan diiringi ramai anggota tentera rejim dilihat telah memasuki tanah itu dan seterusnya menolak rata tanah berkeluasan kira-kira 15 dunums tersebut serta meroboh tembok di sekelilingnya. Rejim itu turut menjalankan operasi yang sama dengan meratakan tanah di bandar Assira Qiblia, arah selatan Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Gerakan solidariti buat tahanan Palestin di penjara Israel.

Jumaat, 25-01-2019 – Sekumpulan tujuk perasaan telah mengadakan protes di Gaza untuk menyokong tahanan Palestin di penjara Israel pada hari Rabu lalu. Ahmad Bahar, juru cakap Palestinian Legislative Council  dalam ucapan yang disampaikannya semasa protes meminta rakyat Palestin di mana-mana untuk menyatakan sokongan buat tahanan yang digempur tentera Israel tersebut.

Bahar menggesa organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk menghentikan jenayah Israel terhadap tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan & nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menyerang sasaran di Syria

Khamis, 24-01-2019 – Tentera rejim zionis pada pagi Isnin berkata yang satu operasi menyasarkan Tentera Quds Iran dan pertahanan udara Syria telah diadakan.

Media Syria menyatakan yang kebanyakan peluru berpandu Israel telah ditembak jatuh.Israel mendakwa yang ia bertindak setelah tentera Quds melancarkan roket  dari Syria ke arah Dataran Tinggi Golan pada Ahad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionos cederakan 100 tahanan penjara Ofer

Khamis, 24-01-2019 – Tentera Israel pada hari Isnin menzahirkan kekejaman terhadapat sekumpulan 100 tahanan di penjara Ofer dalam sebuah serbuan di Tebing Barat yang rata-rata diduduki dan menyerang tahanan Palestin.

Dalam satu kenyataan Isnin, sumber menyatakan anggota pasukan Metsada khas Israel telah menyerang mereka menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata. Lebih daripada 100 tahanan cedera semasa serangan, di mana barang-barang mereka rosak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Dikurung berasingan di penjara Israel, tahanan warga Palestin lancar mogok lapar.

Khamis, 24-01-2019 – Seorang tahanan warga Palestin, Isa Awad, 21 tahun bertindak melakukan mogok lapar masuk hari ke tujuh dan tidak diketahui sehingga bila mogoknya itu akan berakhir. Mogok itu dilakukan bagi membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas dirinya.

Awad ditahan dan dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara sejak 17 Mei, 2018. Tempoh tahanannya sepatutnya berakhir pada bulan Januari tetapi pihak rejim Israel mengenakan hukuman tahanan tanpa bicara yang baharu, beberapa hari sebelum tarikh pembebasannya.

Beliau ditahan pihak keselamatan rejim selepas dia tercedera. Setelah menjalani dua tahun setengah penjara, kini dia ditahan di lokap penjara gurun Nafha pula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Dua Warga Palestin ditahan di Kafer Qadum

Selasa, 22-01-2019 –  Tentera rejim Israel (IOF) menahan dua warga Palestin dan menyerang yang lain ketika pertelingkahan di Kafer Qadum, timur Qalqili.

Ketua para pejuang di kampung itu, Murad Shteiwi berkata yang tentera rejim menahan dua warg Palestin termasuk seorang yang cedera. Para tahanan itu dikenali sebagai Yazan Barham, 20, dan Zia Rajab, 29.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rumah penduduk Palestin tinggal rangka diroboh Israel.

Selasa, 22-01-2019 –  Rejim Israel bertindak meroboh dengan jentolak sebuah rumah milik penduduk Palestin di kawasan kediaman al-Matar, utara Baitulmuqaddis.
Anggota tentera rejim telah mengepung kawasan tersebut bagi membolehkan jentolak meruntuhkan rumah itu yang terletak berdekatan dengan kawasan petempatan haram Yahudi Atrot.

Rumah milik keluarga al-Maghraby itu diroboh atas alasan kononnya ia telah dibina tanpa memiliki permit membina.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

920 Perintah Penahanan oleh Pentadbiran Israel di Keluarkan pada 2018

Selasa, 22-01-2019 –  Pihak Berkuasa Israel (IOA) telah mengeluarkan 920 perintah penahanan terhadap tahanan Palestin sejak tahun lalu.
Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Rabu lalu, mahkamah Israel mengeluarkan 920 arahan penahanan pada tahun 2018 menjadikan penurunan sebanyak 13% berbanding 2017.

Laporan itu menyebut bahawa 381 orang dikenakan arahan tahanan tanpa caj atau perbicaraan buat kali pertama pada 2018, manakala 539 lagi menerima diperbaharui perintah penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul